You are on page 1of 9

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 20 orang murid


dari kelas tahun 4 Dinamik yang berumur 10 tahun
yang terdiri daripada 12 lelaki dan 8 perempuan.

Tindakan Yang Dicadangkan


Selama 3 minggu saya mengajar di kelas 4 Dinamik,
saya mendapati bahawa ramai murid di kelas ini tidak
menghantar kerja rumah seperti yang pada waktu yang
ditetapkan. Hanya sebilangan kecil iaitu dalam
lingkungan 7 hingga 10 orang sahaja yang menghantar
kerja rumah seperti yang disuruh. Ini menyukarkan saya
untuk mengetahui kemajuan murid dalam topic yang
saya ajar di dalam kelas.

Aplikasi system ganjaran dalam menggalakkn murid untuk menghantar kerja


rumah merupakan kaedah yang saya guna untuk memotivasikan murid supaya
mereka lebih rajin membuat dan menghantar kerja rumah. Ini juga membuatkan
mereka lebih bersemangat dan rajin untuk menyiapkan kerja rumah.
Untuk menjayakan kajian ini, saya telah mengaplikasikan salah satu teori
behavioris iaitu teori pelaziman operan. Skinner telah menjalankan berbagai
kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938
yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant).
Perkataan operan dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke
atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak
balas kerana organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas
persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya
sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan.
Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia
tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Dalam kajian ini, saya telah merangka beberapa langkah untuk


menjayakan kajian ini. Langkah-langkah tersebut adalah seperti
berikut:
a. Langkah 1
-. Saya memberitahu murid mengenai system token untuk
menyediakan murid supaya mereka bersedia dan dapat
menyesuaikan diri.
b. Langkah 2
- Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai system token
dan ganjaran yang mereka dapat sekiranya menghantar kerja rumah
dalam secara berturutan dan sesuatu jangka masa yang ditetapkan.

c. Langkah 3
- Menyediakan papan carta untuk merekod murid yangmenghantar
kerja rumah. Pelekat bergambar digunakan untuk menunjukkan
murid yang menghantar kerja rumah. Papan ini diletakkan di dalam
kelas untuk murid melihat kekerapan mereka menghantar kerja
rumah.
d. Langkah 4
- Setelah menepati jangka masa yang dijanjikan, murid yang paling
kerap menghantar kerja rumah akan diberi ganjaran. Ini akan
membuatkan murid merasa hasil kerja mereka dihargai dan memberi
murid-murid lain semangat untuk membuat perkara yang sama.

Perancangan Cara Mengumpul Data


Tiga teknik digunakan untuk mengumpul data untuk
mengesan keberkesanan system token ini. Tiga teknik
tersebut ialah pemerhatian, temu bual separa
berstruktur dan bukti dokumen.
Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam
pengumpulan data untuk mengkaji dan memahami
proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya,
dalam pemerhatian, saya melihat, mendengar,
memerhati dan bertanya untuk mendapat maklumat
serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik
darjah.

Saya juga menggunakan teknik temubual untuk


mengumpul data. Saya telah menemubual guru kelas
dan guru Sains kelas tersebut untuk mendapatkan
maklumat yang releven dengan kajian. Mereka
bersetuju dengan kajian ini dan menyokong cubaan
kaedah ini dalam usaha saya meningkatkan jumlah
bilangan murid yang menghantar kerja rumah.
Selain itu, saya juga menemu bual beberapa murid di
dalam kelas tersebut secara rawak untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka mengenai system
token ini.

Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya


juga akan memperolehi data daripada dokumen.
Pengutipan maklumat daripada dokumen ini
membolehkan saya menambah, membandingkan dan
memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada
teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini
kemudiannya saya akan analisis untuk melihat bentuk,
pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti
kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual
dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang saya
kutip adalah hasil kerja murid dan borang senarai
semak yang telah disediakan.

You might also like