You are on page 1of 3

NILAI KECEMERLANGAN IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

DALAM KALANGAN PENSYARAH


Pada 17 Oktober 2014, bertempat di Bangunan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, saya iaitu Siti Aisah binti Ruzelan dari PISMP SN SEM 6 Ambilan Jan 2012 telah
menemu ramah salah seorang pensyarah dalam jabatan berkenaan iaitu Encik Kamalul bin
Arifin bagi melaksanakan keperluan Bina Insan Guru untuk semester ini yang berfokus
kepada nilai kecemerlangan IPG Kampus Raja Melewar dalam kalangan pensyarah.
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa beberapa nilai kecemerlangan yang telah
dinyatakan oleh beliau berdasarkan rangsangan soalan yang diutarakan adalah berdedikasi,
komited dengan kerjaya dan tidak mengira masa dalam melakukan kerja serta ikhlas
menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Dapatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa
bagi beliau, seseorang individu yakni pensyarah boleh dikatakan cemerlang dan mampu
mengembangkan kerjaya sekiranya individu tersebut melengkapkan dan mengambil kira
aspek dedikasi, komited dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan kewajipan dalam
mendidik anak bangsa. Hal ini dikatakan penting untuk memastikan setiap kerja yang
dilakukan bukan sahaja menjadi bekalan amalan namun menjadi satu loncatan di mana
kecemerlangan kendiri dalam tugas dapat dicapai bagi setiap individu. Dalam temu bual
juga, didapati bahawa beliau seorang yang sedar akan etika sebagai seorang pensyarah
seiring dengan pembawakan dan pengetahuan akan etika sebagai seorang guru sebelum
beliau berkhidmat di IPG ini. Dapatan mendapati, beliau masih mampu mengekalkan etika
dalam kerja dan cuba sebaik mungkin menerapkan dan mengamalkan nilai kecemerlangan
yang dinyatakan melalui temu bual dalam diri beliau sendiri.
Seterusnya, dalam aspek upacara dan majlis, antara dapatan yang diperoleh melalui
temu bual, majlis dan perhimpunan yang beliau berkesempatan hadir sepanjang tempoh
lapan bulan satu hari berkhidmat di IPG ini adalah mesyuarat jabatan, perhimpunan
bulanan, Karnival Sukan dan Keusahawanan serta Majlis persaraan dan Majlis anugerah
Kecemerlangan . Berdasarkan dapatan ini, jelas dapat dilihat bahawa beliau merupakan
seorang pensyarah yang aktif yakni sedar akan tanggungjawab membina hubungan
silaturahim antara setiap warga IPG dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti dan majlis
yang dijalankan. Bukan itu sahaja, maklumat ini juga dapat memberikan kesimpulan ringkas
di mana IPGKRM juga merupakan sebuah institusi yang menyediakan perbagai medium
penyampaian dalam bentuk majlis dan perjumpaan dalam mengeratkan hubungan antara
warga IPG dan khususnya memastikan perkembangan dan pentadbiran dibincangkan
secara kolaboratif dalam membina kecemerlangan jabatan mahupun IPGKRMM sendiri.

Tokoh atau idola yang telah dinyatakan oleh Encik Kamalul secara jujur dalam
pandangan beliau adalah Puan Darinda iaitu salah seorang pensyarah dalam Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menurut beliau, Puan Darinda merupakan seorang
yang boleh dijadikan contoh ekoran sikap beliau yang sangat komited dalam menjalankan
kerja dan sangat menepati masa serta seorang individu yang tidak lokek ilmu yakni sering
kali ringan tulang bagi membantu setiap rakan setugas yang memerlukan bantuan. Ekoran
itu, beliau sangat menghormati dan menjadikan Puan Darinda sebagai idola beliau.
Beberapa simbol yang menunjukkan kecemerlangan seseorang individu yang
mencerminkan kecemerlangan institusi nya yang terdapat di IPGKRM adalah satu plat yang
dipamerkan di satu sudut khas di perpustakaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
yang diberikan kepada individu yang layak.

Intihanya, melalui temu bual dan dapatan ini, saya sedar bahawa seorang individu
mahupun pendidik haruslah

sentiasa melengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu

pengetahuan bahkan mempamerkan nilai nilai kecemerlangan diri dalam setiap kerja
mahupun perlakuan seharian. Ini penting dalam memastikan kita sebagai seorang penjawat
awam mahupun warga sesebuah institusi dapat mencerminkan dan membawa nama baik
institusi walau di mana kita berada. Bukan itu sahaja,saya juga sedar akan kepentingan kita
membuat refleksi kendiri dengan melihat situasi sekeliling yang boleh dijadikan contoh dan
yang tidak boleh dijadikan contoh dalam berkelakuan dan menjalankan tugas. Selain itu,
adalah penting bagi setiap individu sedar akan keperluan diri dalam melakukan sesuatu
dengan terbaik dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta sentiasa
berhubungan baik dengan setiap individu terutamanya rakan setugas dan warga warga
institut yang lain.

Dalam aspek pensyarah pula, saya dapat lihat di mana nilai kecemerlangan haruslah
diketahui dan diamalkan dalam memastikan penglibatan dan role model pendidik yang
dicontohi oleh guru pelatih adalah golongan yang bukan sahaja berilmu, kreatif dan inovatif
bahkan mempamerkan nilai kecemerlangan dalam segala aspek yakni perlakuan mahupun
setiap tanduk formal mahupun tidak formal serta sentiasa komited dalam menjalankan
amanah yang telah diamanahkan dengan pelaksanaan yang terbaik.

Plat-Anugerah
AnugerahPsyCemrlang

Simbol-sKecmrlang

Simbol-sKecmrlang

PerhimpunaBl
AMneusgyeuraarhPtJbn

UpAanucgerrahdPnMjlis
MesyuartJbn
Persanyrah

PuaTnoDkrihd AnugerahPsyCemrlang
PuaTnoDkrihd Plat-Anugerah
KoBertilmduan
IkhlasdnNMileapatims
BNeirlialmu

IkhlsKomMitedapns

UpacrdnMjlis
Persanyrah
PerhimpunaBl

You might also like