You are on page 1of 8

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

BMM 3117 :
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 7
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
v Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
v Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
v Pembelajaran Berasaskan Permainan
1.PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI
v Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.
v Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid
untuk mencapai objektif pelajaran.
v Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
v Aktiviti juga suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden.
v M.J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid.
v Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.
v Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.
v Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di
sekolah.
CONTOH AKTIVITI
v Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu
dikuasai.
v Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut, murid-murid diberi terjemahan dalam bahasa ibunda.
v Disamping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan peraturan-peraturan nahu
yang telah diajar.
v Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta menterjemahkan bahasa daripada
bahasa sasaran kepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya.
v Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis tentang bahan-bahan
yang telah dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

2.PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL/SENARIO


v Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan
bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi
bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar
makna yang betul.
v Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa
kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa yang betul.
v Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran
berikut:
a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak.Tiap-tiap gerak balas yang
betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.
b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang
lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur.

v Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh
guru.
v Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut.
v Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi.
v Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil
dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.
v Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna
digunakan.
Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu
Contoh 1: Dialog dan Nyanyian

v Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.
v Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan
menghafal dialog.
v Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi
memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Contoh 2 : Latihan Pandang dan Sebut


v Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.
v Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang
dimasukkan dalam teks latihan.
v Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan.
v Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik

3.PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN


v Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarik dan memikat.
v Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagai satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain
biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan.
v Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana permainan memberi lebih banyak peluang
untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi.
v Bagi guru-guru disekolah, permainan merupakan alat yang amat penting kerana ia boleh digunakan
apabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-konsep dan kemahiran yang memerlukan konsolidasi
dan peneguhan.
v Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
v Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
v Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
v Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid.
v Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid.
v Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
v Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta
mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

v Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan
negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif
tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
-Merangsang interaksi verbal pelajar
-Menambah kefasihan dan keyakinan
- Menyediakan konteks pembelajaran
-Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan.
v Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

v Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan


v Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain
v Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid
v Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya
mereka.
v Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

Menggalakkan interaksi.

Peluang-peluang menggunakan tenaga dan kebolehan berkomunikasi adalah bahagian-bahagian yang


berhubung rapat dalam pengalaman berbahasa. Perkara yang lebih penting ialah kesan dari pada
hubungan rakan-rakan sebaya. Kerjasama

Kerjasama

Adalah elemen penting dalam permainan. Ahli-ahli sesebuah kumpulan bekerjasama sesama sendiri
untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Oleh itu, permainan boleh mewujudkan naluri semulajadi
manusia untuk bekerjasama

Pertandingan.

Permainan memberi peluang kepada murid-murid bertanding sesama sendiri.


Permainan boleh melibatkan peserta, masa, kebolehan tertentu, kecemerlangan dan matlamat-matlamat
tertentu.
Permainan mewujudkan kecenderungan untuk bertanding dan menyalurkannya untuk tujuan-tujuan
pembelajaran.

Pembelajaran secara semulajadi

Permainan-permainan yang berbentuk komunikatif membenarkan pembelajaran secara komunikatif.


Banyak aspek pembelajaran bahasa berlaku hanya melalui proses yang semulajad iapabila seseorang itu
terlibat dengan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.

Tujuan Permainan Komunikatif

Untuk merangsangkan interaksi verbal murid-murid. Dalam permainan, murid-murid digalakkan

bercakap untuk membolehkan mereka menyuarakan pendapat dan menyatakan pandangan mereka.

Guru sebagai fasilitator akan mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan murid. Peranan guru

ialah menggalakkan interaksi dan mengawal keadaan kelas dari segi ketenteraman dan displin.

Untuk menambahkan kelancaran dan keyakinan.

Permainan boleh digunakan sebagai satu cara untuk menambah dan mempertingkatkan kelancaran dan
keyakinan murid-murid.
Fungsi bahasa boleh dilaksanakan melalui aras linguistik yang berbeza-beza. Ini membolehkan
permainan yang mengandungi arahan-arahan dapat dilaksanakan pada semua peringkat mengikut kadar
kefasihan dan kelancaran serta pengetahuan murid terhadap bahasa tersebut.

Untuk mewujudkan konteks pembelajaran.

Permainan menyediakan peluang-peluang perhubungan yang positif untuk berkembang, bukan sahaja
diantara murid-murid bahkan juga diantara guru dan murid.
Perhubungan yang mesra membantu mengharmonikan kelas, membentuk perhubungan mesra sesama
mereka.

Untuk bertindak sebagai alat bagi mengatasi kebosanan pada saat-saat kritikal.

Pada saat-saat kritikal seperti waktu hampir-hampir tiba masa makan tengah hari, murid-murid merasa
letih dan biasanya mereka akan bosan, mengantuk dan lapar.
Permainan dapat menciptakan satu bentuk komunikasi secara semulajadi untuk menemui keperluan
murid-murid. Contoh: permainan berdasarkan justifikasi perbalahan.

Prinsip-prinsip Bermain

Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah dapat

memenuhi keperluan psikologi murid-murid iaitu sesuai dengan umur, minat, kebolehan mental dan
pengalaman murid-murid.

Guru harus peka dengan objektif permainan yang hendak dijalankan Sebaik-baiknya permainan

yang telah dipilih itu dapat memenuhi tujuan dan matlamat pengajaran hari itu.

Setiap permainan yang dipilih harus dapat memberi sumbangan yang besar terhadap peningkatan

tahap berbahasa dan pengetahuan atau kemahiran yang hendak dikuasai.

Sebelum permainan itu dijalankan, guru perlu merancangkannya terlebih dahulu, iaitu bagaimana

hendak melaksanakannya, alat-alat yang diperlukan, ganjaran-ganjaran yang perlu disediakan, ruang
untuk menjalankan gerak kerja tersebut, penglibatan murid dan sebagainya.

Penerangan tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat permainan mestilah dijelaskan terlebih

dahulu sebelum pelajaran dapat dijalankan.

Semasa aktiviti permainan dijalankan, guru hendaklah membimbing murid-murid.

Di bahagian akhir aktiviti, guru bolehlah bincangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku. Guru juga

boleh menyemak jawapan murid atau membincangkan perjalanan permainan tersebut.

Guru hendaklah memastikan permainan tersebut mempunyai penutup.

Permainan harus difokuskan kepada sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Guru harus menerangkan terlebih dahulu permainan yang akan dimainkan. Murid-murid harus tahu

apakah yang akan dikaitkan oleh permainan itu.

Sekiranya permainan itu memerlukan penerangan dan penjelasan, guru harus menyediakan kad-

kad atau salinan foto. Edarkan salinan foto ini kepada murid-murid dan beri mereka sedikit masa untuk
mempelajarinya.

Guru kemudian menunjukkan cara bagaimana permainan itu dapat dilaksanakan.

Gunakan seorang murid atau sekumpulan murid dan lakukan demonstrasi dihadapan kelas. Dengan

cara ini, idea bagi permainan tersebut adalah lebih mudah dikuasai melalui salinan foto yang dibekalkan,
dan penerangan secara verbal tidak dapat membantu pemahaman murid secara berkesan.

Permainan hendaklah digunakan mengikut peringkat dalam pelajaran.

Ia harus berfaedah dan menyumbang sesuatu bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran

yang hendak dipelajari dan dikuasai.

Kelas boleh dikendalikan secara berpasangan atau berkumpulan.

Permainan secara individu boleh juga dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran murid-murid.

Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan.

Permainan yang berasaskan huraian atau meneka.

Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu

Permainan kad

Permainan dam

Contoh-contoh permainan bahasa :

Nama permainan: Mendengar dan membuat.

Tujuan: supaya murid-murid boleh mendengar dengan betul dan mengikut arahan.

Bahan: pegang hidung kamu, sentuh tangan kamu dan lain-lain.

Cara bermain : kelas

Langkah-langkah: Guru memberi arahan seperti:


1- Bongkokkan badan kamu
2- Angkat tangan kamu
3- Pusingkan badan kamu.

Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata Saya bongkokkan badan saya saya angkat

tangan saya dan lain-lain. Jika terdapat perbuatan yang salah, maka murid itu tidak dapat markah, kalau
betul dapat markah.

RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/21963760/Nota-Kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran-Bahasa

http://www.scribd.com/doc/49197959/PEMBELAJARAN-BERASASKAN

You might also like