Professional Documents
Culture Documents
21HUBUNGAN ETNIK Peranan Kerajaan Dan Masyarakat
21HUBUNGAN ETNIK Peranan Kerajaan Dan Masyarakat
RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden:
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum
dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak
sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh manamana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan
pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat
sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi
semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan
stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hakhak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh
Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai
matlamat integrasi nasional
. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang
menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan
antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk
mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka
tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah
melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap
kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.
RASIONAL
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari
jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14%
di kawasan bandar.
Objektif
Strategi Pendidikan
Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan
program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanakkanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika
Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar
terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan
untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu
tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa
kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi
kesefahaman diantara mereka.
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada
pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam
pelbagai aktiviti.
Tuju* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagaibagai bangsa dan latar belakang
* Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
* Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu
* Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga
sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktivitiaktiviti lain di sekolah
* Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan
an dan matlamat Sekolah Wawasan
bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta
meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam
kumpulan etnik serta wilayah;
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan
sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi
makro;
mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi;
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah
strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;
mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga
kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan dan meneruskan
pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan
jangka panjang.