You are on page 1of 2

Bendi untuk mengubati Diabetes

Bendi di percayai boleh mengubati penyakit kencing manis atau sekurang-kurang boleh mengurangkan
kadar gula dalam darah.
Cara-cara mengamalkan petua ini.

1. 2 biji sayur Bendi (saiz sederhana) di buang hujung dan pangkalnya belah sebahagian bendi
supaya boleh terbuka tetapi tidak terlerai.

2. Rendamkan di dalam gelas besar dengan air suhu biasa (bukan air panas atau air sejuk)
3. Rendamkan bendi pada waktu malam sebelum tidur dan minum air rendaman bendi tadi pada
keesokan pagi sebelum bersarapan.

4. Sebaiknya tidak memakan atau minum apa-apa selama setengah jam selepas meminum air
rendaman bendi tadi.

5. Amalkan setiap pagi, Insya-allah jika di takdirkan penyakit kencing manis boleh sembuh.
Petua ini pernah saya dengar dahulu dari orang tua saya, baru-baru ini pula tersebar dalam email tulisan
yang asalnya dari eropah menceritakan bagaimana ahli keluarganya sembuh dari penyakit kencing
manis setelah mengamalkan petua ini. Oleh kerana petua ini menyakinkan saya, saya telah
mengesyorkan kepada beberapa kenalan yang mengidapi kencing manis.
Antara kenalan-kenalan yang saya syorkan, 3 darinya telah memberi maklum balas.

1. Kenalan pertama seorang berbangsa India telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya.
selepas hampir 2 bulan mengamalkan petua ini, walaupun belum sembuh tetapi beliau sudah
tidak mengambil ubat dari doktor dan telah menjimatkan perbelanjaan perubatan beliau.

2. Kenalan kedua memberi maklum-balas selepas 2 minggu mengamalkan petua bendi ini. beliau
mengakui petua ini sudah menunjukkan sedikit kesan tetapi beliau agak berat untuk
meneruskan kerana beliau mempunyai masaalah meminum air rendaman bendi setiap pagi.
Beliau akan meneruskan mengambil ubat dari doktor kerana perbelanjaan perubatan beliau di
tanggung oleh majikan.

3. Kenalan ketiga tidak nampak sebarang kesan dari petua ini tetapi tidak jugak bertambah serius
diabetesnya walaupun beliau tidak menjaga pantang-pantang pesakit diabetes.
Dari maklumbalas diatas diharap pembaca sedikit sebanyak mendapat gambaran keberkesanan petua
ini. Pembaca yang mencuba atau mengetahui tentang petua ini dialukan alukan memberi komen mereka
semuga dapat di nilai oleh pembaca-pembaca lain yang ingin mencuba atau menyesyorkan kepada ahli
keluarga dan sahabat andai.

You might also like