You are on page 1of 2

RESEPI LASAGNA

Bahan-Bahan

kepingan lasagna segera, tak perlu rebus

parutan keju mozarella, secukupnya

serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan untuk sos bolognaise:

300 gram daging atau ayam kisar

379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional

3 sudu besar minyak zaitun extra virgin

1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji capsicum hijau, potong dadu

6 biji cendawan butang, hiris nipis

1 cawan carot yg dipotong dadu kecil

1/2 sudu besar serbuk lada hitam

garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

2 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung gandum

2 keping keju cheddar cheesedale

1 sudu besar serbuk parmesan cheese

1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream

lada putih dan garam secukup rasa

Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak sos bolognaise:


1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan
bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu
masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering.
Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera
atau kering.
Cara untuk memasak sos putih:
1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum
dan kacau sebati.
2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau
seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hatihati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
3. Angkat dan sejukkan
Cara untuk membuat lasagna:
1. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapatrapat.
2. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella
dan parmesan cheese.

3. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih,
mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese

You might also like