You are on page 1of 13

SULIT

1511/1
Sains
Kertas 1
Mei
2014

1 jam

1511/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RIA JAYA


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 4

SAINS
Kertas 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih satu
jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan
pada kertas jawapan objektif anda.
4. Rajah tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.
5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak


1511/1

[ Lihat sebelah
SULIT

Disemak oleh,

Disediakan oleh,

...................................................
( AZILA BINTI ISMAIL)
Ketua Panitia Sains

...................................................
(NUR DASIMA MOHD DAUD)
Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

...................................................
( ROSNORA BT AHMAD)
GKM Sains dan Matematik

...................................................
( ROHANI BINTI MAT)
Pengetua SMK Taman Ria Jaya

Manakah antara pernyataan berikut menerangkan maksud sains dengan paling tepat?
A Ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling yang tersusun dan kian berkembang mengikut
penemuan yang baru
B Kajian angkasa lepas
C Penerangan tentang pencemaran alam sekitar
D Ciptaan alat yang semakin canggih

Seorang pelajar menggunakan sebatang pembaris untuk mengukur panjang buku laporan
Sainsnya. Bacaan manakah yang menunjukkan catatan yang betul?
A 26.3 cm
B 26.34 cm
C 2634 mm
D 26.3 m

Semasa mengkaji kadar keterlarutan gula berlainan saiz dalam air, apakah pemboleh ubah yang
harus dimalarkan?
I
Suhu air
II Isi padu air yang digunakan
III Masa untuk gula melarut dalam air
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D I dan II sahaja

Manakah antara yang berikut merupakan pernyataan hipotesis?


I
Kadar penyejatan air dipengaruhi oleh luas permukaan yang didedahkan
II Semakin besar saiz balang gas, semakin lama lilin menyala dalam balang gas itu
III Bumi adalah suatu planet dalam Sistem Suria
A III sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

5.

Rajah 1 menunjukkan struktur satu atom.

neutron
X XX X

Rajah 1
Pernyataan manakah benar tentang subatom X?
I Bercas positif
II Jisim relatifnya ialah 1/1840
III Terletak dalam nukleus atom
A I sahaja
B II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

6.

Rajah 2 menunjukkan sistem saraf manusia

Q
P
R

Rajah 2
P, Q dan R ialah

A
B
C
D
7.

P
saraf tunjang
saraf tunjang
saraf spina
saraf kranium

Q
saraf kranium
saraf spina
saraf tunjang
saraf spina

R
saraf spina
saraf kranium
saraf kranium
saraf tunjang

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kesan pengambilan


minuman beralkohol.
I hilang daya pertimbangan
II muka pucat
III agresif
A I sahaja
B II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

8.

Q
Rajah 3

Rajah 3 di atas menunjukkan dua jenis sel saraf P dan Q dalam badan manusia. Antara berikut,
yang manakah mewakili sel-sel saraf tersebut?

A
B
C
D

P
Neuron deria
Neuron perantaraan
Neuron motor
Neuron motor

Q
Neuron perantaraan
Neuron motor
Neuron deria
Neuron perantaraan

9.
I
II

III
IV
Rajah 4
Berdasarkan Rajah 4 di atas, kekurangan hormon dari kelenjar manakah boleh menyebabkan
seseorang menghidap penyakit goiter?
A I
C III
B II
D IV
10.
P
Q

Rajah 5
Mata seorang pelajar mengerlip untuk mengelakkan kemasukan seekor serangga kecil ke
dalamnya. Antara bahagian yang berlabel P, Q, R, dan S pada Rajah 5 di atas, yang manakah
bertanggungjawab kepada gerak balas itu?
A P
C R
B Q
D S
11. Bahagian otak yang manakah mengawal minda seseorang?
A Serebrum
B Serebelum
C Medula oblongata

D Saraf spina
12. Otak manusia dilindungi oleh tulang keras yang dikenali sebagai
A serebrum
B serebelum
C meninges
D kranium
13. Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak dikawal oleh medula oblongata?
A Peristalsis
B Pemikiran
C Denyutan jantung
D Peredaran darah

14. Rajah 6 menunjukkan kajian bagi variasi sifat X dan sifat Y di kalangan pelajar di sebuah
sekolah.
Bilangan pelajar

Bilangan pelajar

Sifat X

Sifat Y

Rajah 6
Apakah sifat yang diwakili oleh X dan Y ?

A
B
C
D

Sifat X
Berat badan
Ketinggian
Kumpulan darah
Kebolehan menggulung lidah

Sifat Y
Ketinggian
Kebolehan menggulung lidah
Berat badan
Kumpulan darah

15. Rajah 7 menunjukkan satu proses perubahan jirim.


Proses Z

Gas

Cecair
Rajah 7

Namakan proses Z.
A Peleburan
B Pendidihan
C Pembekuan
D Kondensasi
16. Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?
A albino
B hemofilia
C buta warna
D Sindrom Down
17.

Sumbangan penyelidikan genetik dalam pertanian termasuk


I hasil yang banyak dan bermutu.
II tahan terhadap serangan penyakit.
III penyesuaian terhadap perubahan persekitaran.
A I
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II dan III

18.

Rajah 8
Rajah 8 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini berlaku di
A hati
B ginjal
C kulit
D ovari
19. Seekor seladang dikacuk dengan seekor lembu. Diketahui bahawa bilangan kromosom dalam sel
soma bagi seladang dan lembu masing-masing ialah 56 dan 60. Berapakah bilangan kromosom
pada sel anak hasil daripada kacukan tersebut ?
A 29
B 30
C 58
D 116
20.

bilangan

sifat
Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan graf taburan normal bagi satu sifat manusia. Sifat yang paling mungkin
digambarkan oleh graf tersebut ialah
A berat badan
B warna iris
C jenis cap jari
D kumpulan darah
21. Antara penyakit baka berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen ?
A Sindrom Turner
B Sindrom Klinefelter
C Mongolisme

D Hemofilia
22. Suatu atom mempunyai 9 elektron dan nombor nukleon 19. Berapakah bilangan neutron bagi
atom itu?
A 9
B 10

C
D

19
28

23. Rajah 10 menunjukkan skema kewarisan pada manusia.

Rajah 10
Apakah kromosom bagi Q?
A 22 + XY
C 44 + XY

B 22 + XX
D 44 + XX

24. Rajah 11 menunjukkan struktur otak manusia.

Rajah 11
Apakah yang dikawal oleh X?
A tindakan reflex
B tindakan terkawal
C postur badan
D keseimbangan badan
25. Rajah 12 menunjukkan struktur suatu neuron. Antara bahagian A, B, C dan D yang manakah
adalah akson?

Rajah 12
26.

Kromosom yang terdapat dalam sel kulit lelaki ialah

A 22 + Y
C 44 + XX

B 22 + X
D 44 + XY

27. Neuron yang membawa isyarat dari otak atau saraf tunjang ke otot dan kelenjar disebut
A neuron deria
C reseptor regang
B neuron motor
D neuron perantara
28. Antara A, B, C dan D yang manakah mewakili proses pemejalwapan?
A

D
29. Rajah 13 menunjukkan jadual berkala yang tidak lengkap.

Rajah 13
Unsur X ialah
A logam
B bukan logam

C semikonduktor
D unsur peralihan

30. Ali dan Ahmad merupakan kembar seiras. Ali dibesarkan di Malaysia. Ahmad dibesarkan oleh
keluarga angkatnya di England. Mereka mungkin berbeza dari segi
A berat
B kumpulan darah
C lekapan cuping telinga
D kebolehan menggulung lidah.
31. Kromosom manakah yang terdapat di dalam sperma?
A 22 + Y
B 22 + XX
C 44 + XX
D 44 + XY
32. Apakah kepentingan variasi kepada spesis tertentu?

A
B
C
D

Meningkatkan kepelbagaian
Mengurangkan kemandirian
Meningkatkan risiko kepupusan
Mengurangkan kemampuan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar.

33. Rajah 14 menunjukkan satu neuron

Rajah 14
Apakah label X?
A Akso
C Dendron

B Dendrit
D Salut meilin

34. Rajah 15 menunjukkan dua ovum disenyawakan oleh dua sperma yang berbeza.

Rajah 15
Apakah yang akan berlaku pada zigot yang terbentuk?
A Kedua- dua zigot berkembang menjadi kembar seiras.
B Kedua- dua zigot berkembang menjadi bayi yang sama jantina.
C Kedua- dua zigot bercantum menjadi satu bayi.
D Kedua- dua zigot berkembang menjadi kembar tak seiras.
35.

Gas

K
L

O
P

Cecair

Pepejal
N
Rajah 16

Rajah 16 menunjukkan perubahan keadaan fizik jirim. Antara proses berikut, yang
manakah melibatkan pembebasan tenaga haba?
A K, M, P
B L, N, O
C L, M, P

D L, M, O
36. Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaran
A Warna kulit
B
Kumpulan darah
C Jenis cap ibu jari
D
Kebolehan menggulung lidah
37. Oksigen mempunyai nombor proton 8 dan nombor nukleon 16. Suatu bahan lain dikatakan isotop
bagi oksigen jika ia mempunyai

A
B
C
D

Nombor nukleon
17
16
17
16

Nombor proton
8
9
9
7

38. Maklumat berikut menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron bagi suatu atom
Bilangan proton = 5
Bilangan neutron = 6
Berapakah nombor nukleon bagi atom itu?
A 1
B 5
C 6
D 11
39. Antara berikut yang manakah contoh variasi tak selanjar?
A Ketinggian
B Warna kulit
C Berat badan
D Kumpulan darah
40. Apakah kaedah penyelidikan genetik yang dapat menghasilkan organisma baharu yang seiras
dengan induknya?
A variasi
B pembiakan
C penempelan
D pengklonan
41. Antara berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat resesif yang wujud pada manusia ?
I Polidaktil
II Rambut lurus
III Boleh menggulung lidah
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III
42. Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan luar kawal?
A Batuk
B Mendengar
C Menghidu
D Bercakap
43. 1

Atom ialah sfera keras yang tidak boleh dibahagi atau dibelah bahagi.

10

Antara saintis berikut, siapakah yang mengemukakan model atom seperti di atas?
A Ernest Rutherford
B Sir Joseph John Thomson
C John Dalton
D Neils Bohr

44.
elektron
nukleus
neuklus

8 proton
8 neutron

Rajah 17
Rajah 5 di atas menunjukkan struktur bagi satu zarah oksigen. Antara berikut, yang manakah
benar tentang zarah itu?
I Nombor proton 8
II Nombor nukleon 16
III Zarah itu merupakan atom oksigen yang neutral
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
45. Antara berikut, yang manakah sifat bahan ion?
I Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal sahaja.
II Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
III Biasanya wujud dalam keadaan cecair dan gas pada suhu bilik.
A II sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
46.

Rajah 18
Rajah 18 di atas menunjukkan perubahan jirim bagi suatu bahan. Antara berikut, yang
manakah berlaku semasa perubahan jirim itu?
I Zarah-zarah menyerap tenaga haba
II Daya tarikan antara zarah-zarah dilemahkan
III Zarah-zarah terbebas ke udara
A III sahaja

11

B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

47. Antara berikut, yang manakah sifat logam?


I Mengalirkan elektrik
II Tidak larut dalam pelarut organik
III Mempunyai daya tarikan antara zarah yang kuat
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
48. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang meiosis?
I pembahagian sel untuk membentuk gamet.
II menyebabkan variasi genetik berlaku.
III menghasilkan empat sel anak.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D I,II dan III
49. Setiap gamet pada tikus mempunyai 20 kromosom. Berapakah kromosom yang terdapat di dalam
sel epitilium seekor tikus?
A 10 kromosom
B 20 kromosom
C 40 kromosom
D 60 kromosom
50. Atom Z mempunyai 14 elektron, 14 proton dan 15 neutron. Apakah nombor nukleon bagi atom Z?
A 14
B 15
C 28
D 29

12

13

You might also like