Professional Documents
Culture Documents
Ekonomi
Ekonomi
Ekonomi
Rujukan
Abu Bakar Hamed (2005) m/s 21-40
SUMBER KEUSAHAWANAN
Sumber merupakan input yang dapat digunakan oleh usahawan dalam proses pengeluaran
untuk menghasilkan sesuatu produk. Kualiti sumber yang dimiliki oleh usahawan akan mencipta
kelebihan saingan terhadap perniagaan usahawan.
1. Usahawan sendiri merupakan sumber utama perniagaan kerana memiliki dan
menyumbangkan sikap, tenaga, idea, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
dalam menjayakan aktiviti perniagaan.
Usahawan juga perlu mencari idea, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dari
persekitaran samada secara formal atau tidak. Adalah penting bagi usahawan
berinteraksi dengan persekitaran untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dengan
menggunakan sumber kekuatan diri yang dimiliki.
2. Sumber Kewangan. Usahawan biasanya memulakan perniagaan dengan modal sendiri
atau meminjam dari keluarga dan rakan. Jarang pihak institusi kewangan memberi
pinjam kepada syarikat baru. Apabila perniagan telah berkembang barulah institusi
kewangan sanggup membayai operasi perniagaan
3. Sumber fizikal seperti bangunan, peralatan, mesin dan bahan mentah. Usahawan
berinteraksi dengan interaksi kerajaan untuk mendapatkan banguna untuk dijadikan
kilang, berinteraksi dengan pembekal untuk mendapatkan teknologi moden dalam
proses pengeluaran dan sebagainya
4. Sumber manusia digunakan bagi aktiviti pengeluaran dan pemasaran serta pengurusan
organisasi
5. Sumber reputasi merupakan persepsi pihak persekitaran (pelanggan, pembekal,bank,
kerajaan) terhadap syarikat atau usahawan. Usahawan harus membina imej syarikat
yang baik agar pelanggan lebih setia.
6. Sumber organisasi merujuk kepada struktur organisasi, sistem dalam organisasi (sistem
ganjaran, penilaian, motivasi, pampasan, ) corak pengurusan, gaya kepimpinan dan
PERSEKITARAN PERNIAGAN
Persekitaran Luaran
1. Persekitaran Mikro (Persekitaran luar khusus atau tugas)
Pelanggan- Pihak yang membeli barang dan perkhidmatan dari pelanggan. Mereka
merupakan kumpulan sasaran yang diperlukan oleh usahawan dalam aktiviti penjualan.
Pelanggan boleh terdiri orang perseorangan, syarikat perniagaan, agensi kerajaan,
pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan sebagainya. Usahawan
seharusnya menjaga dan menarik lebih banyak pelanggan
Pembekal- Pihak yang membekal input seperti bahan mentah, peralatan, tenaga kerja
dan input lain kepada perniagaan.
Pihak kerajaan- Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap aktiviti perniagaan.
agensi kerajaan terlibat dalam pengeluaran lesen perniagaan, menggubal dasar dan
peraturan, menyediakan kemudahan asas perniagaan, menyediakan latihan dan
nasihat, menyediakan pembiayaan dan sebagainya
Pihak institusi kewangan- Seperti bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat
insuran. Mereka membekalkan dana kepada organisasi perniqagaan
Pesaing- Merupakan perniagaan yang mengeluarkan atau menjual produk yang sama
atau produk pengganti, beroperasi dalam kawasan yang sama serta mempunyai
pelanggan yang sama
Pertubuhan bukan kerajaan- Seperti persatuan pengguna, persatuan perniagaan,
pertubuhan kebajikan, persatuan alam sekitar dan lain-lain. Kempen-kempen tertentu
terhadap barang yang dikeluarkan boleh mempengaruhi barang yang dijual. Oleh itu
usahawan harus sensitif kepada isu masyarakat seperti alam sekitar, kesihatan,
bebersihan, halal dan lain-lain.
2. Persekitaran makro (Persekitaran Luaran umum)
Faktor sosial- iaitu faktor demografi, ( umur, bangsa, jantina, pendidikan, pendapatan)
perubahan gaya hidup (makan di hotel, rerstoran, makanan segera, makanan barat)
dan nilai-nilai sosial masyarakat (penjagaan kesihatan, kecantikan, hak-hak pengguna,
hak-hak wanita)
Faktor ekonomi- seperti keluaran dan pendapatan negara, tabungan individu dan
kerajaan, pelaburan, kadar inflasi, kadar tukaran asing, dasar kewangan kerajaan
(menaikan cukai/ memberi subsidi)
Faktor politik- Kesetabilan politik
dan kesetabilan dasaar kerajaan mempengaruhi
perniagaan
Faktor teknologi- Berkait rapat dengan kemajuan sains dan perkembangan baru yang
berlku pada produk, pemprosesan, bahan, peralatan, serta pengurusan maklumat.
Persaingan akan menyebabkan penggunaan teknologi baru kerana penggunaan
teknologi baru dapat memberi kelebihan kepada pesaing
Persekitaran Dalaman
Diri usahawan- Kerja kuat, jujur, bersemangat, berwawasan, mempunyai sifat positif dan
lain-lain
Pekerja Pekerja bermotavasi, amanah boleh bekerja tanpa arahan berterusan dan
lain-lain
Rakan kongsi atau pemegang saham- Pertukaran pemilik saham akan menukar
lembaga pengarah dan memungkinkan pertukaran dasar perniagaan
PERNIAGAAN SEBAGAI SATU SISTEM
Perniagaan dikatakan sebagai satu sistem kerana aktivitinya mempengaruhi atau dipengaruhi
oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar organisasi.
FAKTOR PERSEKITARAN DALAMAN DAN LUARAN
INPUT
Kilang
Bahan mentah
Mesin
Buruh
Dan lain-lain
Barang Siap
ISI RUMAH/PENGGUNA/
PELANGGAN
Gaji/ upah
PROSES
TRANSFORMASI INPUT
KEPADA OUTPUT
PENGUSAHA
OUTPUT
Pakaian
Kereta
Hospital
Hotel
Kolej
ISI RUMAH/PENGGUNA/
PELANGGAN
Harga
Sewa
Bil
III.
IV.
Hubungan bergantungan
Melibatkan konsep Embeddedness. Konsep ini membincangkan hubungan
peribadi, sosial dan perniagaan adalah bercampur dalam satu jangka tertentu
yang lama. Hubungan ini wujud dalam satu hubungan jaringan yang
kemudiannya akan bersambung dengan hubungan jaringan yang lain
seterusnya membentuk jaringan usahawan yang luas.
DIMENSI JARINGAN
Jaringan usahawan merupakan satu hubungan yang dinamik dan berubah-ubah mengikut
jangkamasa tertentu. Perubahan dapat dilihat dari beberapa dimensi seperti berikut;
1. Pertukaran. Kandungan hubungan akan berubah mengikut masa antara usahawan
dengan ahli jaringan seperti pembekal, pelanggan, pihak bank dan sebagainya.
Misalnya hubungan awal antara usahawan dengan pembekal melibatkan pembelian
barang. Setelah beberapa lama aktiviti pertukaran berjalan kandungan hubungan itu
akan bertambah dan menjadi semakin kompleks. Dari hubungan jual beli menjadi
oertukaran maklumat, idea, kewangan, sosial dan sebagainya
2. Hubungan pertukaran wajib. dan sukarela- Hubungan usahawan dengan pembekal
dan pelanggan dianggap wajib apabila usahawan mendapat barang mendapat
barang dan menjual barang kepada kumpulan ini. Hubungan usahawan dengan
agensi kerajaan atau persatuan perniagaan kadangkala bermula sebagai sukarela.
Bagi hubungan sukarela, apabila sesuatu tujuan timbul seperti keperluan kewangan
maka hubungan sukarela berubah menjadi wajib. Apabila tujuan berubah maka
hubungan juga berubah.
3. Hubungan lemah dan kuat. Pada peringkat awal hubungan usahawan dengan ahli
jaringannya adalah lemah. Lama kelaman apabila kedua-dua pihak telah memahami
kejujuran masing-masing maka hubungan menjadi kuat
4. Ringkas dan kepelbagaian. Hubungan pada peringkat awal adalah ringkas. Setelah
sekian lama ia berubah menjadi hubungan multipleksiti sebagai rakanniaga, penasihat,
mentor, rakan permainan, keluarga dan sebagainya
5. Kepercayan.Apabila kepercayaan telah wujud maka hubungan menjadi lebih kuat
6. Saiz jaringan- Setelah usahawan menjalankan perniagaan maka jaringannya menjadi
semakin luas. Pertambahan ahli jaringan berlaku dari semasa ke semasa.
5
dapat