You are on page 1of 21

2.

Terangkan sumber maklumat tambahan yang boleh menyokong sumber manusia


bagi mencapai sesuatu maklumat.
Terdapat pelbagai jenis teknologi untuk menyokong sumber manusia bagi mencapai
sesuatu matlamat.Antaranya termasuklah sumber manusia ,sumber media
elektronik,sumber media bercetak,sumber media tiga dimensi dan sumber
persekitaran.
Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang
mempunyai kepakaran tertentu .Mereka benar-benar arif dan juga berpengetahuan
dan berpenalaman dalam sesuatu bidang.Maklumat yang boleh diperoleh dari pakar
kebiasaannya berkaitan dengan kemahiran-kemahiran tertentu yang telah mereka
kuasai dengan cekap .Antara sumber manusia termasuklah guru , wakil rakyat ,
penguatkuasa , ahli perniagaan , dan pakar motivasi .
Guru atau pensyarah sememangnya golongan yang terpilih untuk mendidik . Guru
atau pensyarah perlu mempunyai sifat mendidik dan membimbing yang penuh
dengan kemesraan dan kasih sayang . Sumber maklumat yang boleh diperoleh
daripada guru memang banyak . Guru mempunyai pelbagai maklumat yang
merangkumi pelbagai aspek .Aspek yang paling banyak yang dipunyai oleh guru
ialah aspek pendidikan , aspek kerjaya ,aspek kehidupan , dan aspek-aspek isu
semasa yang berkaitan dengan pengalaman pendidikan guru itu .
Wakil rakyat termasuk ahli politik merupakan golongan insan yang dipilih oleh
masyarakat setempat untuk mewakili mereka dalam sesuatu kawasan tertentu
.Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada mereka . Maklumat yang boleh
didapati dari mereka kebiasaannya berkaitan tentang dasar-dasar negara ,
pengurusan persatuan , pembangunan , nilai-nilai dan lain-lain isu yang berkaitan .
Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasakan sesuatu undangundang dan juga dasar-dasar tertentu di dalam negara . Mereka ini merupakan
orang yang penting dalam bidang pentadbiran negara . Pelbagai maklumat boleh
diperolehi dari mereka . Di antara maklumat yang boleh diperoleh dari mereka ialah
berkaitan dengan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri ,badan atau
persatuan .

Ahli perniagaan adalah orang yang menjalankan kegiatan sara hidupnya dengan
berniaga .Ada orang yang berniaga secara kecil-kecilan dan ada yang berniaga
secara besar-besaran Pelbagai jenis perniagaan boleh dilakukan seperti perniagaan
jual beli , hartanah ,pengiklanan , makanan , perundingan ,dan seumpamanya
.Mereka mempunyai bahan dan sumber yang berkaitan dengan bidang mereka
untuk dikongsikan .
Pakar motivasi boleh memotivasikan orang lain .Cara mereka bercakap ,
berkomunikasi , dan berceramah dapat memberikan motivasi kepada orang lain
.Mereka tahu berkenaan dengan psikologi manusia . Mereka juga berpengetahuan
luas berkaitan dengan sifat-sifat manusia . Selain itu , mereka berpengetahuan dan
berkebolehan untuk mendorong seseorang menjadi lebih dinamik .
Media elektronik sangat berguna untuk memahami konsep-konsep yang kompleks
dan sukar difahami melalui lisan .Sumber media elektronik terbahagi kepada dua
jenis iaitu audio visual dan komputer.Audio visual termasuklah radio, televisyen,dan
video.Manakala komputer pula merangkumi internet,e-mail,perpustakaan maya,
multimedia, pendidikan jarak jauh,dan seumpamanya.
Televisyen merupakan antara sumber maklumat yang penting .Ia sentiasa digunakan
dalam aspek ekonomi , sosial , politiik , pendidikan ,hiburan dan hal ehwal
kehidupan yang lain. Melalui rancangan pendidikan di televisyen anda akan
memperolehi pelbagai maklumat baru .
Pelbagai topik boleh dipelajari melalui televisyen , antaranya ialah Sejarah , Geografi
, Kemahiran Hidup , Bahasa Melayu , Perdagangan ,Matematik , Agama ,Sains , dan
lain-lain lagi .Rancangan pendidikan yang dipersembahkan melalui televisyen
sangat menarik dengan menggunakan pelbagai kesan bunyi dan grafik yang
mengujakan . Pelbagai rancangan menarik dari dalam ataupun luar negara berkaitan
dengan pendidikan dapat ditonton . Rancangan pendidikan dalam negara yang
dipersembahkan juga kebiasaannya mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perakam video merupakan teknologi yang popular .Video mudah digunakan dan
harga juga murah . Perakam video merupakan alat yang amat berguna serta
berkesan dalam pembelajaran . Penggunaan perakam video sangat mudah dan ia
2

boleh digunakan di dalam keadaan kelas biasa .Ia tidak memerlukan bilik khas yang
gelap
Alat-alat yang diperlukan untuk menggunakan perakam video ialah pita rakaman dan
monitor televisyen serta wayar penyambung yang sudah sedia dibekalkan oleh
pembekal .Video amat sesuai digunakan dalam proses belajar kerana ia dapat
menayangkan gambar seperti televisyen , dapat merangsang pemikiran ,dapat
menarik minat dan dapat membantu kita dalam proses belajar .
Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasukan data
dan memprosesnya mengikut satu set arahan , menyimpan arahan dan maklumat
yang diproseskan dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai outout.Input
ialah fakta , nombor , huruf ,dan imej yang dikenali sebagai data.
Arahan yang menjalankan pemprosesan dinamakan program atau perisian . Output
yang dihasilkan adakah untuk kegunaan dan untuk diinterpretasi oleh manusia dan
output ini dikenali sebagai maklumat .Terdapat empat elemen dalam penggunaan
computer . Yang pertama ialah elemen manusia . Sebuah computer tidak akan dapat
berfungsi sekiranya tiada manusia yang mengendalikannya . Terdapat dua golongan
manusia yang mengendalikan computer . Golongan pertama ialah mereka yang ada
kelayakan untuk untuk mengaturcara , mencipta program , dan membaik pulih
computer . Golongan kedua pula ialah orang ramai yang menggunakan komputer
untuk tujuan hiburan , pendidikan , perniagaan , dan seumpamanya .
Yang kedua ialah elemen tektik penggunaan computer . Menggunakan computer
memerlukan seseorang itu mengikut kangkah-langkah tertentu . Menggunakan
komputer perlu dengan cara yang betul . Buku panduan komputer mengandungi
panduan menggunakan perkakasan dan perisian komputer .
Yang ketiga ialah data dan maklumat . Data ialah maklumat yang belum diproses .
Data boleh jadi dalam bentuk kertas , elektronik , atau bentuk lain yang belum
diproses . Data boleh jadi dalamn bentuk kertas , elektronik atau bentuk lain yang
belum diproses oleh sesebuah computer . Data adalah merupakan fakta dan angka
mentah yang akan diproses menjadi maklumat .
Yang keempat ialah perkakasan dan perisian komputer . Perkakasan computer
terdiri dari peralatan seperti papan kekunci , tetikus ,monitor ,unit sistem dan peranti3

peranti lain . Perkakasan dikawal oleh perisian . Komputer memproses data untuk
dijadikan maklumat . Perisian adalah program . Program ialah arahan langkah demi
langkah yang memberitahu komputer bagaimana melaksanakan sesuatu tugas .
Perisian dicipta oleh pengaturcara komputer Tujuan perisian ialah untuk memproses
data supaya menjadi maklumat .
Internet ialah jaringan computer antarabangsa yang terbesar yang menghubungkan
dari rumah , sekolah , universiti , pejabat , dan pelbagai organisasi .Jaringan ini
membolehkan komunikasi dapat dijalankan antara individu atau sekumpulan individu
dengan individu atau sekumpulan individu yang lain .Penggunaan internet pada
masa hadapan merupakan titian dari cara mendapatkan maklumat secara lebih baik
dan berkesan .Penggunaan internet dan multimedia adalah penting kerana pada
masa depan ,penyerapan komputer dan telekomunikasi akan mendorong kepada
pembangunan suasana realistik maya yang interaktif .Internet telah dilihat sebagai
alat untuk mengakses maklumat dan pengetahuan secara global dan ini akan dapat
membantu kami mengakses maklumat dan pegetahuan secara global dan ini akan
dapat membantu kita mengakses maklumat ,mengikut kebolehan kita sendiri dan
dengan kadar kendiri kita .Internet telah merevolusi dunia pengkomputeran dan
komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk
teks , video , suara dan aminasi dan telah digunakan secara meluas .
Media bercetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan hingga kini ia
masih menjadi media utama dalam memberikan maklumat atau pembelajaran .
Walaupun media cetak mempunyai saingan hebat daripada media elektronik seperti
komputer , ia masih kekal menjadi media utama dalam semua urusan komunikasi
dan pembelajaran . Terdapat tiga bentuk media cetak .Bentuk pertama merupakan
sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa lapang .Contohnya majalah yang
berkaitan dengan filem , hiburan , sukan , fesyen , masakan dan permainan . Bentuk
kedua merupakan sumber maklumat seperti surat khabar , journal dan risalah .
Bentuk ketiga ialah berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti
buku teks , teks pengajaran terancang termasuk modul pengajaran , buku kerja , dan
nota edaran .
Grafik didefinisikan sebagai gambaran visual dua dimensi yang direka dan dicipta
serta digubah khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada kita .Terdapat
4

beberapa jenis bahan grafik yang sesuai digunakan sebagai sumber pembelajaran
iaitu ; carta ,graf ,poster ,dan lukisan kartun .Bahan grafik menjadi bahan
pembelajaran yang sangat berkesan kerana bahan ini dapat menarik dan
merangsang minda . Antara prinsip grafik yang baik ialah kesederhanaan ,penyatuan
,garisan ,imbangan warna ,dan susunan .
Kita boleh belajar dengan menggunakan bahan tiga dimensi apabila kaedah biasa
kurang difahami . Biasanya bahan 3 dimensi digunakan untuk memudahkan
kefahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak .Antaranya termasuklah bahan
realia , diorama , mobil , boneka ,topeng , akuarium dan terrarium .
Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenarnya . Contoh bahan relia yang boleh
dirujuk sebagai bahan pelajaran ialah daun atau haiwan kecil yang ada di
persekitaran .Bahan relia ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu bahan realia
dalamn konteks dan bahan relia di luar konteks .
Bahan-bahan di dalam kontek ialah bahan- bahan yang sebenarnya . Contohnya
,aktiviti ini tidak dilaksanakan di dalam bengkel kerana kos membeli bahan tersebut
terlalu mahal . Kita terpaksa pergi ke tempat bahan itu ada dan kita perlu mengkaji
bahan tersebut di tempat yang sebenarnya .
Bahan di luar kontek ialah bahan-bahan sebenar yang terdapat di luar bilik darjah
yang dibawa masuk ke bilik darjah atau ke bengkel untuk dipelajari. Kita tidak boleh
mempelajarinya dengan hanya menggunakan rajah atau gambar sahaja.Kita
memerlukan bahan yang sebenarnya untuk kita memahami dan mengingatinya
dengan lebih baik dan berkesan. Contohnya sebuah motosikal boleh dijadikan
bahan pelajaran untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang komponen
enjin motosikal tersebut
Diorama ialah pameran tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat
kejadian asal . Diorama banyak digunakan di muzium .Saiz diorama yang biasa ialah
saiz hidup untuk bahan asal yang kecil .Diorama penting sebagai bahan rujukan
mengantikan suatu suasana yang mungkin tidak terdapat lagi keadaan itu pada
masa sekarang .
Mobil diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud bergerak . Dari segi
pendidikan , mobil membawa maksud bahan-bahan pelajaran yang boleh dibawa ke
5

mana-mana dan biasanya ia digantung pada suatu tempat . Mobil boleh dibuat dari
bahan-bahan buangan , digunting dan direka bentuk dengan begitu cantik dan
menarik . Banyak perkara yang boleh dirujuk dari bahan mobil ini . Ada sekolah
menggunakan mobil ini sebagai formula untuk mengingati sesuatu rumus
matematik . Bahan-bahan ini boleh dijadikan bahan pelajaran kerana bahan ini
mudah untuk dibina dan dapat menarik perhatian pelajar . Ia juga mudah alih dan
boleh dibawa ke mana-mana maka ia adalah merupakan bahan rujukan yang mudah
diperolehi .
Boneka adalah figura animasi yang digunakan untuk persembahan dalam sebuah
teater . Boneka boleh mewakili manusia ,binatang dan juga personafikasi mistik .
Boneka juga terdiri dari pelbagai bentuk , warna dan saiz . Ia boleh digerakkan
dengan menggunakan tangan atau alat-alat kawalan yang lain . Ia sangat berkesan
digunakan sebagai persembahan sesebuah penceritaan atau pengkisahan sesuatu
peristiwa . Ia dapat memberikan kefahaman dan ingatan jangka panjang bagi audien
yang menonton .
Topeng digunakan untuk menutup muka di dalam persembahan , teater dan dapat
memberi simbol kepada si pemakai . Tujuan penggunaan topeng adalah untuk
berkomunikasi dengan menggunakan berlainan identiti . Diperbuat dari kayu , kulit ,
kertas , plastik , dan seumpamanya dan direka bentuk dengan berbagai rupa .
Topeng mempunyai variasi yang berbagai dalam bentuk realisme ataupun dalam
bentuk realisme ataupun dalam bentuk abstraknya .Membuat topeng adalah
merupakan aktiviti seni dalam banyak budaya .
Akuarium merupakan tangki kaca yang diisikan air di dalamnya . Biasanya ia
berbentuk empat segi dan didindingi cermin .Ia juga boleh terdapat dalam berbagai
bentuk dan digunakan untuk memelihara ikan hiasan atau hidupan dan haiwan laut
atau sungai lain . Perkataan akuarium itu sendiri membawa maksud sebuah tangki
yang diletakkan di rumah sebagai perhiasan . Di makmal sekolah ia digunakan untuk
mengkaji tumbuh-tumbuhan dan hidupan air seperti berudu ,ulat air , katak , ikan ,
lumut , rumpai dan seumpamanya .
Terrarium atau vivarium juga dikenali sebagai taman gelas . Ia didindingi oleh gelas
di sekelilinnya .Tujuan terrarium ialah untuk menyimpan tumbuhan , rumpai ,

serangga atau binatang-binatang kecil yang lain .tujuannya untuk hiasan , penelitian
saintifik atau membuat kajian berkaitan dengan seseuatu habitat haiwan .
Selain dari sumber manusia ,sumber bukan manusia seperti sumber semula jadi
adalah merupakan sumber penting yang boleh dirujuk untuk mendapatkan pelbagai
maklumat . Sumber bukan manusia ini termasuklah sumber dari alam semula jadi
separti sungai , laut , bukit ,gunung , paya ,dan seumpamanya .Matlamat pendidikan
dari pembelajaran sumbert alam semula jadi ini adalah untuk menyediakan kita agar
menjadi seorang yang memahami alam sekeliling dan akan menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan mempunyai ilmu terhadap persekitaran yang anda diami .
Bunyi adalah merupakan satu fenomena fizikal yang yang merangsang deria
pendengaran anda . Bunyi-bunyi yang menyenangkan seperti bunyi lagu yang
perlahan , bunyi deruan ombak laut , bunyi percikan air di sungai , bunyi kicauan
burung dapat menambah damai suasana . Kedamaian ini boleh memberikan
ketenangan kepada hati dan jiwa manusia .Bunyi merupakan eleman penting untuk
menarik perhatian audien apabila kita ingin membuat persembahan .
Kehidapan kita dipenuhi dangan warna warni . Merah ,biru , dan hijau ialah warna
asas .Warna sekunder diperoleh daripada mana-mana dua warna asas . Warna
sekunder ialah warna kuning ,magenta ,dan sian . Warna digunakan oleh manusia di
pelbagai tempat dan juga pada pelbagai alat .Warna-warna yang digunakan
menandakan makna-makna tertentu , menjadikan suasana lebih riang , ceria , dan
menarik .
Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnetik sama jenis dengan haba radiasi ,
gelombang radio dan juga sinar-x .Cahaya merambat dalam satu garis lurus
.Atmosfera bumi mangandungi zarah-zarah halus yang terdiri daripada molikulmolikul gas , wap , air dan habuk . Apabila cahaya matahari menembusi atmosfera ,
sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh zarah-zarah halus dalam
atmosfera .Dengan cahaya , kita dapat melihat warna pada pendawaian elektrik dan
warna pada lampu isyarat .Manusia hidup ceria kerana adanya cahaya .
Deria bau yang terdapat di dalam hidung kita sangat sensitif terhadap struktur kimia
yang masuk ke dalam rongga hidung kita . Deria bau yang ada di dalam hidung kita
boleh bertindak balas dengan hanya satu molekul , yang merupakan unit yang
7

terkecil di dalam sesuatu bahan yang terdiri dari beberapa atom .Mengikut
Amoore(1964) ,terdapat tujuh sub deria bau asas iaitu bau gegat , musky , floral ,
mint , ethereal , masam , dan bau busuk seperti bau telur tembelang .Kita dapat
menikmati harumnya bunga-bungaan dan minyak wangi.Kita juga berupaya
menghidu bau ammonia atau bau gas beracun yang ada di sekitar kita .
Kebanyakan tenaga yang digunakan oleh kita dijanakan melalui pelbagai tindak
balas kimia dan berasal daripada sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh
diperbaharui .Namun begitu ,tenaga nuklear akan menjadi satu sumber tenaga
pilihan yang penting selain sumber alam semula jadi yang lain . Kegunaan tenaga
nuklear yang utama ialah dalam menghasilkan tenaga elektrik . Penjanaan tenaga
nuklear kepada tenaga elektrik bermula di reactor nuklear . Di samping itu ,tenaga
nuklear juga digunakan untuk menggerakkan kapal selam , kapal besar , dan
satelit .Penggunaan tenaga secara berhemat membolehkan manusia terus
menikmati kemudahan dan keselesaan hidup.

3.Sediakan pengurusan grafik yang sesuai untuk menggabungkan isi-isi


penting bagi soalan 1 dan 2.
1. Sumber manusia
a. Guru

b. wakil rakyat

c. penguatkuasa

d. ahli perniagaan
9

e. pakar motivasi

2. Sumber media elektronik


a. Televisyen

b. Video

10

c. Komputer

d. Internet

3. Sumber media tiga dimensi


a. bahan realia

b. diorama

11

c. boneka

d. topeng

e. akuarium

12

f. terrarium

4. Sumber media bercetak


a. bahan grafik

5. Sumber persekitaran
a. Bunyi

b. Warna

13

c. Cahaya

d. Bau

e. tenaga

14

sumber
manusia

Sumber
persekitar
an

Sumber
makluma
t
tambaha
n

sumber
media
elektronik

sumber
media tiga
dimensi

sumber
bercetak

15

guru

pakar
motivasi

Sumbe
r
manusi
a

ahli
perniagaa
n

wakil
rakyat

penguatkua
sa

16

televisy
en

internet

Sumber
media
elektroni
k

komput
er

17

video

18

bahan
realia
terrariu
m

dioram
a

Sumber
media
tiga
dimensi

akuariu
m

topeng

mobil

boneka

Sumber
media
bercetak

Sumber
persekitar
an

bahan
grafrik

bunyi
warna
cahaya
bau
tenaga

19

RUMUSAN:
Konsep kemahiran belajar merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh
seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara
keseluruhan , sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi
dengan persekitarannya .
Kepentingan kemahiranbelajar ialah dapat menggunakan celik akal untuk
menyelesaikan mesalah-masalah .Kita juga dapat memupuk motivasi untuk
melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar .Kita juga dapat menggunakan
sumber-sumber persekitaran yang ada untuk mendfapatkan maklumat dan
pengetahuan .
Kita dapat mencari dan mengumpul maklumat yang relevan melalui pelbagai
media di pusat sumber seperti dengan menggunakan kad katalog , indeks dan
biliografi Nasional Malaysia yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia
,rujukan buku dan rujukan bukan buku.
Selain itu, pelbagai jenis sumber maklumat tambahan yang boleh menyokong
sumber manusia bagi mencapai sesuatu matlamat .Antara jenis media untuk
mendapatkan sumber maklumat ialah media elektronik yang menggunakan audio
visual da komputer . Terdapat tiga bentuk media cetak . Bentuk pertama
merupakan sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa lapang . Bentuk
kedua ,merupakan sumber maklumat seperti surat khabar ,jurnal , risalah , brosur
, laporan , dokumen , soal selidik , buku panduan telefon , istilah , dan
ensiklopedia . Bentuk ketiga ialah berkaitan dengan sumber pengajaran dan
pembelajaran seperti buku teks , teks pengajaran terabcang termasuk modul
pengajaran ,buku kerja dan nota edaran .
Selain dari sumber manusia , sumber bukan manusia seperti sumber semula jadi
adalah merupakan sumber penting yang boleh dirujuk untuk mendapatkan
pelbagai maklumat .

20

21

You might also like