You are on page 1of 15

1

LAPORAN ANALISIS
Dalam tugasan ini, saya telah menjalankan satu ujian kepada murid-murid di
sekolah saya. Murid -murid yang saya jalankan ujian ini mempunyai tiga
kategori iaitu aras cemerlang, sederhana dan baik. Manakala tajuk yang diuji
ialah untuk setengah tahun. Jadual di bawah adalah jadual aras bagi setiap
soalan. Di mana bagi tahun 4,5,6 aras yang diuji ialah pada aras 1, 2 dan 3.
Aras rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman . Kedua, aras sederhana iaitu
aras aplikasi dan analisis. Ketiga aras tinggi iaitu sintesis dan penilaian.
Kebiasaannya pada aras tinggi tidak diuji untuk murid tahun 4,5, dan 6.
- Aras 1 - pengetahuan
- Aras 2 - kefahaman
- Aras 3 - Aplikasi
- Aras 4 - Analisis
- Aras 5 - Sintesis
- Aras 6 - Penilaian
Manakala pemberat bagi setiap soalan pada asasnya seperti jadual di bawah :
Aras kefahaman - 50 %
Aras pengetahuan - 30 %
Aras Aplikasi - 20 %

Jadual di bawah adalah pengkategorian setiap tajuk mengikut aras.


Aras
Soalan
No
soalan
1.
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Tajuk
Mikroorganisma
Mikroorganisma
Mikroorganisma
Kemandirian spesis haiwan
Kemandirian spesis haiwan
Kemandirian Tumbuhan
Kemandirian Tumbuhan
Kepentingan Kemandirian spesis
Rantai makanan, Siratan makanan
Rantai makanan, siratan makanan
Tenaga
Perubahan Tenaga
Perubahan Tenaga
Tenaga yang boleh diperbaharui dan
tidak boleh diperbaharui
Sumber Elektrik
Litar bersiri dan Litar selari
Litar selari dan Litar bersiri
Cahaya
Cahaya ( Pembentukan bayangbayang
Pantulan cahaya

1
/
/
/

/
/

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Huraian .
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui
Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran
sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar
untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira
dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi
item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya
adalah seperti persamaan berikut :

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul


Jumlah calon yang menjawab
Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan
Item.
Nilai (p)

Pengkelasan Item

0.00 0.20

Terlalu Sukar

0.21 0.40

Sukar

0.41 0.60

Sederhana Sukar

0.61 0.80

Mudah

0.81 1.00

Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat
bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15)
tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang
bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab
oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak
akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat
membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang
tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk
mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati
ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk
mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian
kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran
yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu
kandungan.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas
melaksanakan ujian di sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan
indeks kesukaran item yang telah kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item

yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual berikut :
No.Soalan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Nilai (p) / Aras


Kesukaran
0.34
0.53
0.46
0.42
0.38
0.38
0.5
0.4
0.34
0.4
0.42
0.42
0.69
0.38
0.34
0.38
0.42
0.38
0.38
0.34

Pengkelasan Item
sukar
Sederhana sukar
Sederhana sukar
Sederhana sukar
sukar
sukar
Sederhana sukar
Sederhana sukar
sukar
Sederhana sukar
Sederhana sukar
Sederhana sukar
Mudah
Sukar
Sukar
Sukar
Sederhana sukar
Sukar
Sukar
Sukar

Jadual 1: Jadual kesukaran indeks


Melalui jadual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat 10 soalan yang
dikategorikan sukar iaitu soalan nombor 1,5,6,9,14,14,16,18,19,20.
pada

aras sederhana

sukar

terdapat

soalan

iaitu

pada

Manakala
nombor

2,3,4,7,8,10,11,12 dan 17. Tetapi soalan kategori mudah terdapat satu sahaja
iaitu pada nombor 13 dan seramai 18 orang murid daripada 26 telah betul pada
soalan ini.
Oleh yang demikian, secara keseluruhan kertas soalan ini tidak merangkumi
kesemua aspek tahap kesukaran. Justeru , kertas soalan ini, dikatakan kurang
sesuai diuji kepada murid. Ini kerana apabila dilihat taburan soalan tidak banyak
yang boleh digunapakai kepada murid-murid.

INDEKS DISKRIMINASI ITEM


Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/
mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar
yang

berpencapaian

tinggi.

Indeks

diskriminasi

boleh

dikira

dengan

membahagikan perbezaan ( R U RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar


yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. R L
pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar
berkeupayaan rendah.T(L+

U)

adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan

tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :
Indeks Diskriminasi (d) =

(RU RL)
(1/2 T (L+U) )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :


Nilai ( d )
0.00 0.10
0.11 0.20
0.21 0.30
0.31 0.40
0.41 1.00

Pengkelasan Item
Tidak Baik
Kurang Baik
Sederhana Baik
Baik
Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks


diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk
Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang
berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan
yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan soalan ini
dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar
pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks
diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN
kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah,
iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul

berbanding pelajar pandai.


Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang
perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan
bahagian bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada
pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang
diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan
mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian
dalam bidang bidang tertentu. Jadual di bawah menunjukkan nilai / aras
diskriminasi setiap soalan.

N0.SOALAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Nilai (d) / Aras


Diskriminasi

Pengkelasan Item

0.23
Sederhana Baik
0.15
kurang baik
0.15
Kurang baik
0.23
Sederhana Baik
0.15
Kurang baik
0
Tidak baik
0.38
baik
0
Tidak baik
0.38
Baik
0.53
Sangat baik
0.23
Sederhana Baik
-0.23
Tidak baik
0
Tidak baik
0.15
Kurang baik
0.38
Baik
0.15
Kurang baik
0.38
baik
0.15
Kurang baik
0.15
Kurang baik
0.38
Baik
Jadual 2 : Indeks Diskriminasi Item

Berdasarkan

pencapaian

yang

telah

diperolehi

oleh

pelajar

selepas

melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan


indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item
yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 2 di atas. Contoh
pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah :
Contoh soalan 1 :Markah Tinggi (RU)
Markah Rendah (RL)
T(L+U)
(RU-RL)

= 6 4 = 0.33

T(L+U)

ANALISIS ITEM

= 6 orang

= 4 orang
= 6 orang

Soalan/Item 1
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.23 Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 3 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang sederhana baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini dapat kurang membezakan murid yang pandai dengan murid
yang lemah.
- Soalan ini perlu diperbaiki.
Soalan/Item 2
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.15. Seramai 8 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 6 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid
yang lemah.
- Soalan ini juga perlu diperbaiki
Soalan/Item 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.15.Seramai 7 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid
yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu dibaiki.
Soalan/Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.23. Seramai 7 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam

pengkelasan item yang sederhana baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid dan murid yang menguasai.
- Oleh itu, soalan ini tidak boleh digunakan dalam ujian .
Soalan/Item 5
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah --0.15. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Manakala, 6 orang murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat
menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana murid kumpulan pencapaian tinggi
tidak dapat menjawab berbanding kumpulan rendah. .
- Soalan ini perlu diganti.
Soalan/Item 6
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama iaitu 5 bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan 5 murid bagi
kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item
yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai

- Soalan/Item 7
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.38. Seramai 9 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Manakala, 4 orang murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat
menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat
baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di
antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

10

Soalan/Item 8
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.00. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan juga
5 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini
dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang tidak baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia tidak dapat membezakan di
antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini tidak sesuai digunakan dalam ujian.
Soalan/Item 9
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.38 Seramai 7 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 murid dari kumpulan pencapaian rendah
dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara
murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 10
- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah 0.53 di mana seramai
9 orang murid dari kumpulan berpencapaian tinggi telah berjaya menjawab
soalan ini dengan betul berbanding hanya 3 orang
berpencapaian rendah.Soalan ini sederhana

sahaja dari kumpulan

baik untuk PRN, kerana dapat

membezakan aras murid tersebut.


Soalan ini sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 11
- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu 0.23 di
mana seramai 7 orang murid dari kumpulan berpencapaian tinggi dapat

11

menjawab soalan ini.Hanya 4 pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian rendah


dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah sederhana baik untuk
penilaian rujukan norma.
- Soalan ini juga perlu diperbaiki .
Soalan/Item 12
-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah -0.23. Seramai 4orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 7 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu
lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada
pelajar pandai.
- Soalan ini tidak sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 13
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.00 di mana seramai 9 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat dan 9 orang juga

murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat

selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan
item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia tidak
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini tidak sesuai digunakan.

Soalan/Item 14
- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah 0.15 di mana 6
seorang murid

dari kumpulan berpencapaian tinggi telah berjaya menjawab

soalan ini dengan betul.Manakala, 4 orang murid dari kumpulan berpencapaian

12

rendah yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini kurang baik untuk PRN,
kerana ia tidak dapat membezakan aras pencapaian murid.
- Soalan ini perlu diperbaiki dalam ujian ini.
Soalan/Item 15
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.38 di mana 7 orang murid dari
kumpulan berpencapaian tinggi telah berjaya menjawab soalan ini dengan
betul.Manakala, 2 orang

murid

dari kumpulan berpencapaian rendah yang

dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini

baik untuk PRN, kerana ia dapat

membezakan aras pencapaian murid.


- Soalan ini boleh digunakan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 16
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 015 . Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Manakala, 4 orang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah
dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang
kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia tidak dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.
- Soalan ini boleh diperbaiki untuk digunakan dalam ujian.
Soalan/Item 17
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.38. seramai 8 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dapat menjawab betul dan 3 murid dari kumpulan
berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid
yang lemah.
- Soalan ini sesuai digunakan dalam ujian.

13

Soalan/Item 18
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.15 di mana seramai 6 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat dan hanya 4 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat
menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga boleh diperbaiki lagi untuk digunakan dalam ujian.
Soalan/Item 19
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 19 ini ialah 0.15 di mana seramai 6 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat dan hanya 4 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat
menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga boleh diperbaiki lagi untuk digunakan dalam ujian.
Soalan/Item 20
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 20 ini ialah 0.38 di mana seramai 7 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat dan hanya 2 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat
menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini sesuai digunakan dalam ujian.

14

Keputusan yang di dapati daripada ujian tersebut adalah seperti yang


ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Soalan Objektif Beraneka Pilihan ( 20 soalan )

15

Nombor Soalan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Bilangan murid betul

Bilangan murid salah

You might also like