You are on page 1of 30

GIFTED LEARNER

Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan


tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai
Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada
peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan telah
dijadikan sebagai teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (2006-2010). Matlamatnya ialah untuk membangunkan modal insan
yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif.
Menurut Sternberg (2004) minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu
kepintaran, kreativiti dan kritis serta kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketigatiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya
secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajiankajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan
untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum
lagi diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara
ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan
seimbang sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang
negaramencapai status menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
KEPENTINGAN KREATIVITI
Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah
memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini
telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka
kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka
memerlukan banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan
yang berlaku.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan
ketika majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar
komuniti para saintis di Malaysia agar dapat melahirkan seorang pemenang hadiah
nobel di kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 (Sachi, 2004). Beliau juga
berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran
kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains
dan teknologi.

DEFINISI KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud
membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud

memenuhi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kreatif didefinisikan


sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru
dan asli. Selain itu, daya kreatif adalah kemampuan atau kebolehan mencipta
sesuatu kreativiti, dan menjana kekreatifan mengikut kemampuan diri sendiri.
Manakala kreativiti adalah kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Creativity is a matter of talent there is nothing you can do about it except get
creative people (de Bono, 1996)
Menurut kamus Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring
something new existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah
kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan
difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah
mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada.
Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia
yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan
kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya
menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu
ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan
sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan
kemampuan manusia mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada. Menurut John
(2002); Only God could create, and whatever he created was original. Man could
only rearrange what God had created.
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa
disedari oleh manusia itu sendiri.
To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be
first to portray and give character to a role or part creation: An original product of
human invention or imagination.
A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge,
missing elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for
solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing
and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally
communicating the results. (Torrance, 1974)
Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people
who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas
that others judge to be useful. (Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; People

who copy concepts and ideas, sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah
kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.
KESULITAN DAN KREATIVITI
Terdapat pelbagai kesulitan yang dihadapi dalam usaha untuk memupuk kreativiti
dalam bilik darjah. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah
melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara dalam akta 1996. Menurut Falsafsah
Pendidikan Negara, matlamat utuama pendidikan Negara adalah melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Namun
matlamat murni masih belum tercapai. Salah satu faktor yang menjadi penghalang
ialah sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan yang mana menghalang
pemupukan kreativiti dalam bilik darjah.
Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai
bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan
guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru
kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk
menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan
(Toh, 2003). Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang
ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat
sebagai guru yang berkesan (Toh, 2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar
untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar
kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama yang lebih
berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap
pembangunan kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989)
tanpa ragu-ragu telah menyatakan this emphases have taken a heavy toll on the
creativity of Malaysia students(m.s. 20).
Sternberg & Lubart (1995) pula berpendapat bahawa persekolahan juga menghalang
kreativiti dengan menanamkan ke dalam diri para pelajar sifat toleransi yang rendah
terhadap kegagalan. Ini menjadikan para pelajar takut mengambil risiko. Sikap takut
mengambil risiko ini mula berkembang dalam bilik darjah apabila kegagalan sering
dibalas dengan celaan atau dendaan manakala kejayaan dalam bentuk hasil kerja
yang baik sering dibalas dengan pujian atau ganjaran (Dacey & Lennon, 1998).
Tambah Dacey & Lennon (1998) lagi, kegagalan mungkin menyebabkan pelajar perlu
melakukan tugas pembaikan atau mungkin merasa malu kerana dilihat sebagai
seorang yang bodoh. Ini menyebabkan mereka selalu mengambil jalan yang selamat

dan tidak melakukan sesuatu yang mencabar diri mereka.


Di samping itu kajian-kajian di beberapa negara Asia menunjukkan bahawa para
guru cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan
dengan kreativiti (Ng & Smith, 2004). Menurut MacKinnon (1963), antara ciri-ciri
personaliti individu kreatif termasuklah berazam, bebas, suka mengambil risiko,
impulsif dan individualistik. Kajian oleh Westby &
Dawson (1995) menunjukkan bahawa ciri-ciri yang dipaparkan tadi tidak digemari
oleh para guru. Sebaliknya kajian menunjukkan bahawa para guru lebih menyukai
ciri-ciri personaliti pelajar seperti bertanggungjawab, boleh diharapkan, ikhlas, suka
bertoleransi dan boleh dipercayai. Menurut kajian yang dijalankan oleh MacKinnon
(1963), ciri-ciri personaliti tersebut mempunyai kaitan dengan tahap kreativiti yang
rendah. Oleh itu, guru kebiasaannya tidak menyukai bilik darjah yang pelajarnya
terdiri daripada individu yang kreatif. Ini adalah kerana guru berpendapat bilik
darjah tersebut sukar dikawal dan diurus. Sebaliknya guru lebih suka kepada bilik
darjah yang para pelajarnya terdiri daripada individu yang pengakur dan baik kerana
mereka senang dikawal dan diurus. Disebabkan ciri-ciri personaliti kreatif
dipandang negatif oleh para guru, mereka cenderung untuk melatih pelajar-pelajar
tersebut untuk menjadi taat dan pengakur. Perkara ini sekaligus boleh
melumpuhkan daya kreativiti pelajar kerana aspek personaliti merupakan salah satu
aspek kreativiti yang penting.
Satu lagi elemen penting yang boleh memberikan kesan negatif kepada daya kreatif
pelajar ialah rakan sebaya. Torrance (1968) melalui kajiannya mendapati markah
kreativiti bagi pelajar menjadi rendah secara konsisten selepas tahun empat. Beliau
turut mendapati bahawa punca kepada penurunan aras kreativiti ini adalah kerana
tekanan agar mereka akur kepada rakan sebaya meningkat. Selain daripada itu,
Amabile (1996) seorang penyelidik dalam bidang psikologi sosial dan kreativiti turut
berpendapat bahawa rakan sebaya merupakan penghalang utama yang
menyebabkan para pelajar enggan mengambil risiko serta meluahkan idea kreatif.
PENGAJARAN KREATIVITI UNTUK PELAJAR PINTAR CERDAS
Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker,
Beghetto dan Dow, 2004). Guru harus menginspirasikan pelajar kearah pemikiran
kreatif pada peringkat individu dan kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran
yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran dan pengajaran
tidak seharusnya membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar
sewenang-wenangmya semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi
dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek-aspek
kreatif.

Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu
dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan
idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu
khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan
pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam
perbincangan dan pembelajaran itu.
Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas
bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama
ahli-ahli kumpulan . Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah
beberapa individu hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang
dilakukan oleh ahli-ahli lainyang membuat tugas yang disarankan guru.
Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semangat berpasukan yang
kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru,
jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang
banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam
kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap
dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
Dewey ( 1910 ) menegaskan bahawa
Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah
tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang
dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
Edward de Bono ( 1976 )
Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Menurut Mayer(1977) pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan untuk menyelesai masalah.

Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses


menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah
Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti
mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami
sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)
by: Vasanthi
P O S T E D B Y S YAM S I N A H A RYAN T I AT 7 : 5 9 P M 0 C O M M E N T S
E M A I L T H I S B L O G T H I S ! S H A R E TO T W I T T E R S H A R E TO FAC E B O O K S H A R E TO P I N T E R E S T

Penulisan: Mengenal Pasti Murid Pintar Cerdas


Pengenalan
Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan
kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan
pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik,
kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik
yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang
lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi
meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah
keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran
yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi
tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka. Di England, pintar merujuk kepada
5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala
cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah
mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik.
Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula
adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan
atau seni persembahan.
Merancang pentaksiran
Kita telah memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Pengetahuan ini sangat
berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita, rakan kita,
keluarga kita ataupun mana-mana individu agar dapat mengenalpasti individuindividu terutamanya pelajar kita sama ada mereka benar-benar cerdas atau

berbakat. Untuk itu pentaksiran atau penilaian hendaklah dibuat terhadap golongan
ini. Menurut Miller (1978) terdapat tiga persoalan yang harus dijawab semasa
merancang untuk menjalankan pentaksiran ini.
1. Kenapa hendak dinilai?
2. Apa yang hendak dinilai?
3. Bagaimana hendak menilai?
Kenapa hendak dinilai?
Proses-proses pentaksiran dan penilaian terhadap golongan pelajar ini dibuat
dengan tujuan untuk :
1. Mengenalpasti bakat dan kepintaran yang diperolehinya - Di sini , guru juga dapat
mengenalpasti kecenderungan mereka ke dalam sesuatu bidang. Selain itu juga
dapat mengetahui sejauh mana kemahiran atau bakat yang dimilikinya serta aras
kemahiran semasanya. Penilaian hendaklah merangkumi kekuatan dan kelemahan
pelajar. Ini adalah sebagai panduan untuk guru menyediakan pengalaman
pendidikan dan juga perkembangan sosial pelajar berkenaan.
2. Perancangan kurikulum Setelah guru mengetahui aras kemahiran semasa dan
kecenderungan seseorang pelajar, mudah bagi seseorang guru untuk membuat
perancangan kurikulum untuknya. Memang tidak diwujudkan lagi kurikulum khas
untuk golongan pelajar seperti ini. Apa yang seseorang guru boleh buat adalah
memberikan projek atau aktiviti yang mencabar berbanding rakan sebayanya
berdasarkan kepada tahap kemahiran semasa pelajar berkenaan di dalam sesuatu
perkara. Dengan kata lain guru akan memberikan kerja yang sesuai dengan
kecenderungan pelajar berkenaan.
3. Klasifikasi Pelajar ini akan diklasifikasi sebagai pelajar berbakat di kalangan
rakan sebaya mereka . Jika terdapatnya aktiviti-aktiviti yang bersesuaian maka
golongan ini akan dilibatkan berdasarkan kepada kecenderungan mereka.
4. Penentuan program Program-program yang disediakan mungkin tidak
bersesuaian terhadap seseorang pelajar tetapi sesuai dengan pelajar yang lain.
Setelah dikenalpasti melalui penilaian dan pentaksiran yang guru jalankan maka
mudah bagi guru untuk menentukan program-program yang wajar pelajar ini ikuti.
Apa yang hendak dinilai?
Setelah seseorang guru mengenalpasti pelajar melalui pemerhatian, maka pelajar
yang dijangkakan berbakat dan cerdas ini perlu melalui siri pentaksiran dan
penilaian yang dapat mengenal pasti bidang atau domain yang dimilikinya. Ini
adalah bertujuan untuk memastikan bahawa adakah kemahiran yang dimilikinya
didalam sesuatu bidang tersebut adakah bersesuaian dengan umurnya ataupun
menjagkau daripada yang sepatutnya. Untu itu seseorang guru perlu mendapatkan
pandangan pakar-pakar yang berkaitan dengan bidang-bidang berkaitan.

Bagaimana hendak menilai?


Setelah difahami definisi pintar cerdas dan berbakat dan setelah memahami ciri-ciri
pelajar pintar, cerdas dan berbakat (PCB) pendidik boleh mengenalpasti pelajarpelajar PCB untuk disediakan pendidikan yang sesuai dengan keperluan unik
mereka. Terdapat dua tahap didalam proses identifikasi siapakah pelajar yang perlu
kepada pendidikan khas pintar cerdas.
a. Tahap pertama
Proses mendapatkan maklum balas dari semua pihak dalam bentuk pencalonan
pelajar. Pencalonan boleh dibuat oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan, dan diri pelajar
itu sendiri. Pencalonan boleh dibuat dengan menggunakan senarai semak (checklist) dan skala pemarkahan (rating scales).
Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan
Melalui pemerhatian, guru memperoleh pelbagai maklumat mengenai seseorang
pelajar. Pemerhatian teliti merupakan faktor penting dalam pengesanan pelajar.
Pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu seperti:
1. Kenapa pemerhatian itu dijalankan?
2. Apakah objektif yang hendak dicapai?
3. Apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat?
4. Apakah fokus perkembangan yang hendak diperhatikan?
5. Siapakah yang diperhatikan?
6. Bagaimana maklumat hendak direkod?
7. Apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian?
8. Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian?
Langkah-langkah pemerhatian
1. Tentukan perkara yang hendak diperhati
2. Merekod maklumat dengan lengkap
3. Merekod serta merta semasa pemerhatian
4. Rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi
Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian.
1. Rekod harian
mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang.
tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada
( perkembangan)
satu cara yang informal

2. senarai semak ( check list)


sifat/sikap yang ditonjolkan
given content - sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam pemerhatian
3. skala ( rating scale)
menggunakan skala contoh: cemerlang, sangat baik, baik,s ederhana, lemah
b. Tahap kedua
Proses mengenalpasti bidang-bidang atau domain kecerdasan serta
tahap kecekapan pelajar terbabit dalam bidang tersebut. Pada tahap ini pelajar
yang dicalonkan akan ditaksir oleh pakar untuk menentukan kemampuan pelajar
dalam bidang/domain berkenaan pada ketika itu.
Alat-alat penaksiran termasuklah ujian kecerdasan (IQ), ujian kompetensi, ujian
bagi menentukan domain kecerdasan dengan menggunakan ujian kecerdasan
pelbagai (Multiple Intelligence-MI). Selain itu, pada tahap ini penilaian pakar juga
boleh/perlu diambil kira bagi menentukan domain serta tahap kecerdasan seorang
pelajar. Contohnya penilaian seorang pelukis untuk menentukan domain bakat dan
tahap kecerdasan seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan.
Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: pengasingan,
pemecutan (acceleration) atau pengayaan.
1. Pengasingan, - kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka
disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.
Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang
tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
2. Pemecutan - boleh dilaksanakan dengan dua cara. Cara yang pertama ialah
dimana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjeksubjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai
dengan perkembangan mereka untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar
dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana
murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama.
Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada
kadar yang lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya.
3. Pengayaan - pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di
dalam kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke
muzium atau perpustakaan Negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau
aktiviti lain yang memrlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam
tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

Program-program pengesanan pelajar cerdas dan berbakat.


Penilaian Tahap Satu
Pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas
telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS).
Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar
yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke
Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun,
penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja. Ianya telah
diberhentikan pada tahun 2000.
Ujian Aptitud UPSR
Ujian Aptitud bagi murid tahun enam sekolah rendah mula dilaksanakan pada tahun
2009. Ianya bertujuan untuk mengukur kebolehan semulajadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperolehi (aquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran
pembelajaran. Ujian ini dapat mengenal pasti potensi murid untuk mengikuti
pembelajaran dan dapat membantu para guru mengetahui tentang bakat, minat dan
kecenderungan diri murid supaya pembelajaran murid lebih mudah dilaksanakan
dan dipertingkatkan. Bahasa yang akan digunakan dalam Ujian Aptitud tersebut
adalah menggunakan bahasa pengantar mengikut aliran sekolah masing-masing.
Format Ujian Aptitud Tahun Enam merupakan ujian berbertuk objektif aneka
pilihan yang mengandungi 61 soalan. Tempoh masa adalah 1 jam 30 minit dan
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a. Bahagian 1: Kemahiran berfikir (20 item)
b. Bahagian 2 : Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (20
item)
c. Bahagian 3 : Minat, kecenderungan dan kesedian (21 item)
Program Permata Pintar
Program PERMATA Pintar yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2009 di UKM
merupakan satu usaha murni bertujuan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas
yang berada di seluruh Malaysia. Ia bertujuan untuk menyediakan satu program
yang boleh membina suasana pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka
untuk terus menjadi insan yang kreatif dan inovatif selari dengan keperluan negara
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Ini adalah satu-satunya program
yang dapat membantu anak-anak pintar cerdas untuk terus menerima kaedah
pembelajaran yang berbeza bagi membantu mereka menjana pembentukan budaya
ilmu baru dan membentuk rasa cinta terhadap pengetahuan sehingga dapat
menjadikan mereka khazanah negara yang begitu berharga.

Usaha mengenal pasti pelajar pintar cerdas seterusnya telah dilakukan dengan gigih
melalui dua ujian saringan yang ketat iaitu Ujian Permata Pintar UKM 1 dan UKM 2.
Semasa di program Perkhemahan Cuti Sekolah untuk kanak-kanak pintar cerdas
dengan kerjasama Johns Hopkins University-Center for Talented Youth di Amerika
Syarikat, pelajar akan diberikan peluang untuk mengikuti salah satu dari sembilan
kursus yang di tawarkan mengikut umur mereka. Kursus-kursus yang ditawarkan
adalah seperti Kriptologi, Pengenalan kepada Robotik, Reka cipta, Penaakulan
Mantik, Menjadi Saintis, dan pelbagai kursus penulisan yang menggalakkan
perkembangan minda yang kreatif. Pelajar telah diasak untuk mencabar minda
mereka dan berfikir di luar kotak (think outside the box), menukar cara mereka
menyelesaikan masalah dari satu format yang linier kepada penyelesaian yang
pelbagai. Justeru, mereka bukan sahaja diasah mindanya supaya menjadi tajam,
tetapi juga dibantu membentuk keperibadian unggul agar menjadi insan cemerlang
di masa hadapan. Ini memang merupakan satu usaha yang sukar terutama apabila
program yang dijalankan mengambil masa hanya tiga minggu sahaja.
Program perkhemahan tersebut juga telah dilaksanakan sebagai satu program
pembelajaran yang holistik. Pelajar telah diberikan pelbagai aktiviti rekreasi yang
mencabar kebolehan mereka, di samping mendedahkan mereka kepada aktiviti
kerohanian, sukan dan kebudayaan. Sementara itu, usaha berterusan telah di
rancang bagi menampung minat belajar dan membantu mereka mengatasi kesan
"big fish in a little pond" yang biasa dirasai oleh pelajar-pelajar berkenaan dalam
suasana sistem pendidikan yang biasa.
Untuk tujuan itu, pihak Pusat PERMATA Pintar Negara yang telah ditubuhkan di
UKM telah merancang beberapa aktiviti di antaranya ialah :
i. Mengadakan latihan dalam talian untuk pelajar-pelajar yang telah menghadiri
program Perkhemahan Cuti Sekolah pada tahun 2009
ii. Mengadakan Alumni PERMATA Pintar UKM sebagai satu platform pembinaan
jaringan antara pelajar pintar cerdas, ibu bapa mereka serta guru-guru yang telah
menghadirkan diri dalam program Perkhemahan Cuti Sekolah tahun lepas
iii. Menjalankan program mentoran antara pelajar pintar cerdas tersebut bersama
guru pembimbing yang telah dilatih semasa perkhemahan dijalankan
iv. Membina e-mail kumpulan bagi memudahkan setiap pelajar pintar cerdas
berhubung antara satu sama lain
v. Menyediakan bulletin bulanan yang akan disebar kepada setiap pelajar, guru,
sekolah dan individu yang terlibat bagi memaklumkan perkembangan yang berlaku
dalam pendidikan pintar cerdas di Malaysia dan di luar negara.
Walau pun program PERMATA Pintar baru berumur setahun jagung, namun
pencapaiannya adalah begitu membanggakan. Oleh yang demikian, satu program
pembelajaran yang lebih formal melalui sebuah sekolah yang akan dikenali sebagai
Akademi PERMATA Pintar Negara akan dibina. Di dalam Akademi berasrama penuh
ini, pelajar akan mengikuti pembelajaran arus perdana seperti pelajar-pelajar lain.

Namun, pada masa yang sama mereka juga akan diberi peluang untuk mengambil
beberapa peperiksaan antarabangsa seperti SAT, Advance Placement atau O dan A
level mengikut kemampuan masing-masing. Ini akan memberikan mereka satu
"safety net" yang luas untuk meneruskan pengajian mereka di universiti-universiti
terkemuka di dunia. Mereka memerlukan satu sistem pembelajaran unik yang dapat
merangsang minat, kebolehan berfikir, motivasi dan rasa ingin tahu yang tinggi.
Justeru, satu program khusus perlu dijana untuk terus memapan minat mereka
untuk belajar secara berterusan.
Ujian dalam talian UKM1 merupakan saringan pertama untuk mencari pelajarpelajar pintar cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Program
PERMATApintar Negara.
Pelajar berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA
pintar Negara 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun (darjah 2 pada tahun 2011) untuk program
Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
Pelajar berusia 15 tahun (tingkatan 3 pada tahun 2011) untuk menyertai program
Pendidikan Menengah Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.
Penutup
Penyelidikan membuktikan bahawa guru terbaik untuk kanak-kanak pintar cerdas
adalah seorang individu yang juga pernah dikategorikan sebagai pintar cerdas. Ini
kerana pendidik sebegini lebih arif tentang kemahuan dan keperluan individu seperti
mereka. Jika ibu bapa atau guru merasakan anak atau pelajarnya mungkin boleh
dikategorikan sebagai pintar cerdas atau melihat salah satu atau kombinasi ciri
utama ini dalam dirinya, maka sebagai ibu dan bapa dan guru anda wajib
menghubungi pakar akademik dan pendidikan atau ahli psikologi untuk khidmat
nasihat tentang cara terbaik untuk membangunkan potensi dan bakat pelajar
tersebut.

by:Ma Noralasikin
P O S T E D B Y S YAM S I N A H A RYAN T I AT 7 : 5 2 P M 0 C O M M E N T S
E M A I L T H I S B L O G T H I S ! S H A R E TO T W I T T E R S H A R E TO FAC E B O O K S H A R E TO P I N T E R E S T

Penulisan: Ciri-ciri dan Keperluan Murid Pintar Cerdas


1.0

PENDAHULUAN
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Terpulang kepada ibu bapa masing-masing
bagaimana hendak mencorakkan kehidupan anak masing-masing. Ungkapan
yang biasa didengar apabila bercakap mengenai perkembangan kanak-kanak.
Baik didikan maka baiklah jadinya dan begitulah juga sebaliknya.
Perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses penting yang perlu
diambil berat oleh setiap ibubapa. Pelbagai faktor perlu diambilkira selain
daripada faktor genetik dan keturunan yang memang sukar untuk dielak.
Namun demikian, kanak-kanak perlu dibantu untuk mendapatkan
pengalaman dan pengayaan kemahiran dalam hidup masing-masing. Kanakkanak yang mewarisi bakat atau kepintaran ibubapa juga memerlukan
rangsangan bagi memastikan kelebihan yang dimiliki akan dapat digunakan
sebagai satu ciri penting yang ada pada dirinya. Kanak-kanak pintar cerdas
dan berbakat sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai
bidang mengikut kecenderungan masing-masing.

2.0 DEFINISI PINTAR CERDAS.


Siapakah yang dikatakan pintar cerdas?
Kanak-kanak pintar cerdas ini secara umumnya
mempunyai keunikan mereka tersendiri. Kebolehan dan kelebihan mereka
telah ditonjolkan sejak dari awal lagi, dan keadaan ini boleh dikenalpasti oleh
ibu bapa mereka sendiri.Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat sebenarnya
mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai bidang mengikut
kecenderungan masing-masing. Keupayaan mereka adalah berbeza jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka dan
sesetengahnya dapat mengatasi kepintaran atau kebolehan yang dimilki oleh
orang yang lebih dewasa daripadanya.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai kanak-kanak pintar cerdas oleh
penulis-penulis yang terdiri daripada beberapa pakar dalam pelbagai bidang.

Biasanya mereka akan memberikan pendapat berdasarkan bidang mereka.


Antaranya ialah:
Menurut Stanford Binet (1916) iaitu orang yang pertama menjalankan ujian
pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford Binet Test memberikan
definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu
memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.
Seterusnya menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and
Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar
cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya
menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Manakala Lewis Terman (1916) memberi definisi pintar cerdas sebagai
seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.
Menurut Piaget (1950) pula, pintar cerdas merujuk kepada kebolehan
individu
membuat adaptasi terhadap persekitaran fizikal dan sosial.
Seterusnya menurut Jim Delisle dan Judy Galbraith (2002), tidak ada seorang
pun yang benar, tepat atau secara umumnya boleh diterima definisi yang
mereka berikan mengenai pintar cerdas. Ini adalah kerana setiap pakar yang
memberikan definisi mengenai pintar cerdas akan memberikan pandangan
berdasarkan kepada kepakaran mereka. Beliau juga bersetuju dengan definisi
yang diberikan oleh Howard Gardner iaitu The bottom line is a deep interest
in children and how their minds are different from one another, and in
helping them use their minds well
Manakala menurut Kamus Dewan pula, pintar cerdas diistilahkan sebagai
cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna anal.
Maka, secara umumnya, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan
individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek
perkembangan dan pertumbuhan. Seperti yang diterangkan di dalam Teori
kepelbagaian Kecerdasan (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner.
Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang
dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi
terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi pula
mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya
melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan
mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan
mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang

abstrak.
Seterusnya menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanakkanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok
sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang
mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar
cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras
kreativiti yang tinggi.
Daripada pelbagai definisi yang diberikan, ini menunjukkan bahawa, pintar
cerdas boleh kita takrifkan sebagai satu kepandaian luar biasa yang dimiliki
oleh seseorang yang mengatasi rakan yang seusia. Namun demikian, sesorang
kanak-kanak pintar cerdas itu tidak semestinya mempunyai semua ciri-ciri
yang biasany disenaraikan sebagai ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas.
Walaubagaimana pemantauan yang berterusan ke atas kanak-kanak yang
dikenal pasti sebagai pintar cerdas akan memabantu bahawa mereka
mengembangkan lagi potensi yang sudah sedia ada dalam diri mereka.
Namun demikian, kadangkalanya kanak-kanak pintar cerdas ini juga
digolongkan dalam kumpulan kanak-kanak bermasalah positif kerana sikap
mereka yang tidak sama berbanding kanak-kanak seusianya dan ini mungkin
menimbulkan masalah kepada guru-guru di sekolah untuk mengawal dan
memberi tumpuan yang berbeza kepada mereka.
3.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu
banyak. Namun demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu
ciri-ciri kognitif dan juga ciri-ciri afektif.
3.1 CIRI-CIRI KOGNITIF
Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam
beberapa keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul,
menganalisis, dan membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanakkanak dalam golongan pintar cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat
bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan dipantau
oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan perkembangan
yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa
yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih
bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan kognitif
kanak-kanak boleh diuji menggunakan ujian IQ. Kanak-kanak pintar cerdas
biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak 140, namun
kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian,
kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan

perbezaan tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam


ujian IQ ini.
Di bawah ini akan disenaraikan beberapa ciri kognitif kanak-kanak pintar
cerdas. Antaranya ialah;
a) Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai daya tumpuan yang
tinggi dalam melakukan sebarang kerja atau aktiviti.
Contohnya kanak-kanak yang diberikan permainan blok dan puzzle akan
berusaha sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan meninggalkan
atau tidak menghiraukan orang atau keadaan sekeliling mereka kerana daya
tumpuan mereka terhadap aktiviti yang menarik minat mereka yang terlalu
tinggi. Mereka juga kurang berminat dengan permainan yang dimilki oleh
rakan mereka.
Dalam proses pembelajaran pula, mereka akan memberi sepenuh tumpuan
mereka kepada bidang yang mereka minati.
b) Boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda.
Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia kurang
daripada 5 tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping boleh
menggunakan laras bahasa dan kosa kata yang tinggi jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang seusianya.
c) Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu.
Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu menghafal sesuatu
fakta atau ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami isi
kandungan dan akan meluahkan semula menggunakan bahasa sendiri.
Kelebihan yang ada juga dapat membolehkan mereka membaca dengan cepat
dan cepat memahami apa yang mereka ingati.
d) Perasaan ingin tahu
Disebabkan perasaan ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas
biasanya akan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan
inovatif yang mana kadangkalanya pemikiran mereka diluar jangkauan akal
kanak-kanak normal. Pada peringkat kanak-kanak lagi sifat ini boleh
dikenalpasti, contohnya mereka akan membuka kereta mainan mereka untuk
mengetahui komponen-komponen yang ada dalam kereta tersebut.
Kadangkalanya sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh ibubapa yang
kurang memahami anak mereka yang pintar cerdas.
e) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul
Kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja mampu untuk memahamai
pelajaran malah mereka juga boleh membuat rumusan ke atas proses
pengajaran dan pembelajaran serta boleh menganalisa dan memberi alasan
kepada keputusan yang diambil selepas sesuatu analisa dibuat.
f) Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain.

Contohnya, mereka boleh mengaitkan teori-teori yang dipelajari berkaitan


dengan burung dengan mengaitkannya dengan bagaimana terciptanya kapal
terbang.
g) Memahami dua konsep yang seolah-olah sama
Ini bermaksud kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami atau
membezakan dua konsep yang seolah-olah sama contohnya mereka dapat
membezakan konsep berat dan ketumpatan, Cahaya dan terang dan
menakrifkan perbezaan antara makan dan minum.
h) Tertarik kepada pemikiran abstrak
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami pengetahuan yang canggih,
abstrak dan kompleks sehingga diluar jangkauan akal kanak-kanak normal
yang lain. Umpamanya mereka akan cuba memikirkan alam selepas kematian
manusia.
i) Memahami kebolehan intelek sendiri
Kanak-kanak pintar cerdas ini telah menyedari potensi mereka pada
peringkat awal usia mereka lagi, jadi dengan kesedaran itu maka mereka akan
cuba untuk melakukan sesuatu mengikut impian dan juga gaya pembelajaran
mereka sendiri. Mereka telah menyedari di mana kekuatan yang mereka ada
dan akan mengaplikasikannya bagi mencapai matlamat mereka. Mereka juga
menyedari bahawa sekiranya mereka tidak mengaplikasikan pengetahuan
yang mereka ada mungkin mereka akan lupa.
Manakala ciri-ciri istimewa kanak-kanak pintar cerdas yang berkaitan dalam
bidang matematik pula ialah;
a) boleh membuat generalisasi
b) kebolehan menaakul
c) kebolehan untuk mengingat
d) berfikir secara logik
e) fleksibel dan
f) kebolehan dalam menyelesaikan masalah
Sebagai contoh, kanak-kanak pintar cerdas Adi Putra telah dikenalpasti bakat
dan kebolehannya dalam bidang matematik sejak berumur tiga tahun lagi.
Bermula dari usia yang sangat muda dia telah menunjukkan potensi diri yang
luar biasa antaranya ialah;
a) Mencipta kaedah menguasai sifir 1 hingga 12 dengan cara baru.
b) Semasa berumur 5 tahun dia mula mencipta kaedah pengiraan cepat bagi 4
operasi asas iaitu, tambah, tolak, darab dan bahagi.
c) Semasa berumur 6 tahun dia telah menonjolkan dirinya kepada umum dan
mampu membuat soalan-soalan algebra, log, trigonometri, bearing dan lainlain serta mampu untuk menerangkan kepada orang lain bagaimana
mendapatkan jawapan tersebut. Dia juga dianggap telah dapat mengatasi
bagaimana seorang professor mengajar.

3.2 CIRI-CIRI AFEKTIF


Ciri kedua yang akan dibincangkan di sini ialah ciri-ciri afektif kanak-kanak
pintar cerdas. Menurut kamus Dewan edisi keempat, afektif adalah berkaitan
dengan perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir. Untuk
memperkembangkan minat dan motivasi di kalangan kanak-kanak ciri-ciri
afektif haruslah berkembang serentak dengan ciri-ciri kognitif mereka.
Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang
pertama yang menggunakan terminology afektif telah menemukan satu lagi
domain penting adalam perkembangan manusia iaitu afektif. Mereka telah
mengkategorikan afektif kepada 3 ciri iaitu penerimaan (receiving),
tindakbalas (responding), menghargai dan menilai sesuatu idea (valuing),
menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan sesuatu
mengikut sistem nilai yang kompleks (characterization).
Antara ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar cerdas ialah;
a)karismatik
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai gaya tersendiri dan
personaliti yang agak berbeza daripada orang lain. Oleh itu biasanya mereka
akan menjadi bintang di sekolah dimana mereka akan menjadi perhatian
dalam masyarakat di sekelilingnya.
b) Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist)
Kanak-kanak pintar cerdas ini akan melakukan kerja-kerja dengan penuh
minat dan mereka amat mementingkan kesempurnaan. Walaupun mereka
dapat menyiapkan kerja-kerja mereka namun masih mementingkan kepada
kesempurnaan dan sikap ini akan menyebabkan mereka meluangkan banyak
masa terhadap apa jua kerja yang dilakukan. Kadangkalanya mereka akan
melakukannya sehingga berulang kali bagi mendapatkan hasil yang benarbenar memuaskan hati mereka. Sikap ini juga kadangkalanya akan
menimbulkan kemarahan dan ketidak puasan hati mereka terhadap orang
lain atau rakan-rakan mereka kerana mereka juga akan menjangkakan hasil
yang sama seperti yang dilakukannya daripada orang lain.
c) Berasa tertekan
Sebagai seorang yang bersikap teliti dan mempunyai matlamat sendiri
semenjak dari awal lagi, mereka akan mudah rasa tertekan dalam usaha untuk
mengatasi orang lain. Sikap ini juga menunjukkan bahawa mereka takut kalah
kepada orang lain dan akan mencetuskan kesan sosio emosi yang lain seperti
cemburu.
d) Sensitif
Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Mereka akan berfikir di luar jangkauan kanak-kanak normal dan ini akan
menyebabkan mereka mudah terangsang. Contohnya ketika tidur, mereka
mudah terjaga kerana terlalu memikirkan imaginasi mereka. Mungkin bila

menonton cerita seram, mereka mula memikirkan pelbagai perkara yang


berkaitan dengan rentetan cerita tersebut. Berikutan dengan sikap ini mereka
mungkin akan menjadi fobia kepada bencana seperti kegelapan dan kematian
kerana mereka akan sentiasa memikirkan. Contohnya mereka akan selalu
bertanya mengenai soal kematian, apa yang berlaku kepada manusia selepas
mati, boleh tak kalau manusia tak mati. Persoalan-persolan seumpama ini
akan menyebabkan mereka menjadi terlalu sensitif dan fobia kepada sesuatu
kejadian.
e) Sentiasa bekerja kuat
Kanak-kanak pintar cerdas biasanya telah mengenalpasti matlamat mereka
sejak awal lagi dan mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat
mereka itu. Disebabkan terlalu memikirkan kepada sesuatu yang dilakukan
sehingga kadang kalanya mereka tidak tidur. Contohnya kanak-kanak yang
bermain puzzle, mereka tidak akan tidur sehinggalah dapat
melengkapkannya.
f) Suka menyendiri
Disebabkan terlalu menumpukan kepada kerja, kanak-kanak pintar cerdas ini
dikatakan lebih suka menyendiri dan menyebabkan hubungan sosialnya agak
kurang baik.
4.0 Keperluan kanak-kanak pintar cerdas
Setelah mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini, adalah lebih
mudah bagi menentukan program yang bersesuaian dengan mereka. Ini
adalah kerana pengenalpastian ciri-ciri kepintaran seseorang individu adalah
langkah penting dalam menyediakan program yang membuahkan kejayaan
dengan program yang sesuai serta menepati keperluan kanak-kanak pintar
cerdas. (Cox, Daniel & Boston, 1985).
Keperluan yang akan dibincangkan di sini adalah lebih tertumpu kepada
kurikulum dan keperluan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas.
Kanak-kanak pintar cerdas merupakan golongan minoriti istimewa yang
memerlukan perhatian khusus seperti juga kanak-kanak berkeperluan khas
yang lain. Di Malaysia program bagi kanak-kanak berkeperluan khas telah
diberi banyak penumpuan namun usaha masih kurang dijalankan bagi
memberi tumpuan khusus kepada golongan kanak-kanak pintar cerdas ini.
Sebenarnya kanak-kanak pintar cerdas juga memerlukan perhatian khusus
kerana mereka akan merasa cepat bosan dengan program pembelajaran biasa.
Akhirnya mereka digolongkan dalam kumpulan kanak-kanak istimewa kerana
bersikap mengganggu rakan dan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Menurut Joyce Van Tassel Baska, isu yang biasanya
dikaitkan dengan kanak-kanak pintar cerdas ialah mereka biasanya akan
dilabel sebagai bermasalah, tidak mendapat ekuiti atau kesamarataan,

biasanya keperluan golongan majoriti menjadi keutamaan, keperluan yang


diberi tidak bertepatan dan sistem pengredan yang terlalu sempit.

by: Siti Zaleha


P O S T E D B Y S YAM S I N A H A RYAN T I AT 7 : 5 1 P M 0 C O M M E N T S
E M A I L T H I S B L O G T H I S ! S H A R E TO T W I T T E R S H A R E TO FAC E B O O K S H A R E TO P I N T E R E S T

Penulisan: Kurikulum Bersesuaian Bagi Murid PIntar Cerdas


KURIKULUM YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
1.0 PENGENALAN
Perkembangan pendidikan semasa, terutama dari segi modifikasi sukatan pelajaran
dan kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas, normal
dan pendidikan khas, samaada di Malaysia atau di luar negeri, telah menarik minat
ahli pendidik dan penulis bahan ilmiah untuk membicarakan fenomena tersebut.
Dengan perlaksanaan program KBSR, KBSM dan yang terbaharu KSSR (Kurikulum
Standard Sekolah Rendah) yang memberi tumpuan kepada pendidikan umum untuk
semua pelajar, maka dengan ini kita memerlukan masa untuk meneliti isu-isu yang
berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran dan penilaian bagi pendidikan untuk
murid pintar cerdas secara meluas dan mendalam.
Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari telah dibentuk dan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum bagi
pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar biasa. Perkara yang
membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah pengayaan
kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus
kepada bidang yang diminati pelajar.
Untuk melahirkan insan yang cemerlang, program pendidikan pintar cerdas perlu
memberi fokus kepada perkembangan dan pembangunan manusia secara seimbang,
menyeluruh dan bersepadu. Program pendidikan pintar cerdas yang bersepadu
dapat diwujudkan hanya apabila ahli pendidik membuat beberapa perubahan besar
terhadap falsafah, teori dan amalan pendidikan konvensional.
2.0 KAJIAN TENTANG KURIKULUM UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Kajian mengenai kurikulum yang sesuai untuk kanak-kanak pintar dan cerdas
adalah sangat baru. Peredaran zaman dari akhir 1950an hingga sekarang banyak
menghasilkan program-program yang bertujuan untuk mendapatkan idea-idea
dalam bidang kandungan tertentu tentang tentang pembezaan kurikulum untuk
kanak pintar telah dipelajari secara sistematik. Walaupun kelas khusus telah

beroperasi sejak 1919 di beberapa lokasi seperti di New York dan Cleveland,
pembezaan dari segi strategi pembelajaran, kandungan atau bahan antara kelas dan
perkara lain masih belum dikaji. Pengelompokan berdasarkan kecerdasan dan
prestasi adalah strategi utama yang digunakan dan garis panduan untuk kurikulum
yang telah disiapkan untuk digunakan oleh kanak-kanak pintar cerdas (Hall, 1956;
Hollingworth, 1926).
Pada tahun 1960an dan 1970an, penyelidik dalam bidang untuk kanak-kanak pintar
cerdas telah menyenaraikan beberapa prinsip umum tentang kurikulum yang sesuai
untuk kanak-kanak berbakat. Ward (1961) mengembangkan teori pembezaan
pendidikan untuk kanak-kanak pintar dan prinsip-prinsip khusus yang dikhaskan
untuk kurikulum kanak-kanak pintar boleh dibangunkan. Meeker (1969)
menggunakan struktur intelek Guilford untuk mencari kekuatan dan kelemahan
kanak-kanak pintar sehingga penyelidik kurikulum dapat membina suatu program
pintar untuk mengurangkan kelemahan yang ada. Arahan kerja kurikulum yang
berstruktur secara khusus dibanngunkan untuk menangani kurikulum yang sesuai
dalam bidang afektif, kognitif, berfikiran konvergen dan divergen, dan penilaian.
Renzulli (1975) memfokuskan pada model pembezaan kurikulum yang
menggerakkan kanak-kanak pintar cerdas dari segi aktiviti pengayaan melalui
latihan dalam kemahiran berfikir dan kajian didalam program berorientasikan
projek untuk menangani masalah yang nyata. Gallagher dan Gallagher (1995)
menekankan pengubahsuaian kandungan dalam mata pelajaran teras dari segi seni
bahasa, kajian sosial, matematik dan sains. Stanley, Keating dan Fox (1974) memberi
tumpuan kepada model untuk mempercepatkan kandungan untuk membezakan
program untuk kanak-kanak pintar.
Maker dan Nielson (1996) telah menekankan pendekatan konfluen dalam
pembezaan kurikulum untuk kanak-kanak pintar yang meliputi program pecutan
dan strategi pengayaan. Passow (1982) merumuskan tujuh prinsip kurikulum
kardinal yang melibatkan isi kandungan, proses, produk, tingkah laku dan penilaian.
VanTassel-Baska (1993b) mengembangkan suatu garis besar dari 20 aspek
kurikulum yang baik untuk kanak-kanak pintar yang menekankan pada kandungan,
proses/ produk dan konsep dimensi tema/ dari kurikulum ke dalam Model
Kurikulum Bersepadu (Intergrated Curriculum Model) yang telah diuji dalam sains
dan seni bahasa didalam kelas nasional. Data dari dua kajian terdahulu
menunjukkan bahawa kanak-kanak pintar telah diajar menggunakan kurikulum
yang dikembangkan dari model ini mengungguli kawalan dalam bidang berfikir
peringkat tinggi (VanTassel-Baska, Johnson, Hughes & Boyce, 1996).

3.0 ELEMEN UTAMA DALAM MEMBANGUNKAN KURIKULUM KANAK-KANAK


PINTAR CERDAS
3.1 KEPERLUAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Dalam menilai elemen utama berhubung dengan kurikulum kanak-kanak pintar,
salah satu daripadanya ialah dari segi prinsip yang harus diberi perhatian untuk
diterjemahkan secara teori ke dalam amalan yang baik secara menyeluruh sehingga
isu pendidikan untuk kanak-kanak ini selesai dan tidak dihapuskan. Hal ini dapat
dicapai jika kita memfokuskan pada unsur asas seperti:
1. Penekanan kepada struktur bagi konsep dan prinsip asas dalam sesuatu mata
pelajaran dan bukan kepada aktiviti hafalan dan ingatan sahaja.
2. Penekanan kepada cara bagaimana sesuatu prinsip atau algoritma itu diterbitkan
dan bukan kepada apa yang diterbitkan sahaja.
3. Penekanan kepada pengembangan sesuatu kurikulum secara meluas dan
mendalam.
4. Penekanan kepada kaedah pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek,
simulasi, memain peranan, kajian kes, inkuiri secara individu atau kelompok dan
reka cipta.
5. Penekanan kepada integrasi teknik pembelajaran berseorangan, bekerjasama dan
bersaing konstruktif.
3.2 KEMAHIRAN BERFIKIR
Ia membabitkan kemahiran memberi tumpuan kepada maklumat yang relevan,
kemahiran mengumpul data dari pelbagai sumber, kemahiran mengingat,
kemahiran mengurus, kemahiran analisis, kemahiran menghasilkan idea yang
bermakna, kemahiran membuat hubungkait dan kemahiran membuat penilaian.
4.0 MODEL KURIKULUM
4.1 MODEL WILLIAM (1970), MODEL TAYLOR (1971) dan MODEL TORRANCE
(1978)
4.2 MODEL MAKER (1982)
Maker (1982) menyenaraikan empat komponen kurikulum yang boleh diubahsuai
oleh pendidik bagi membentuk program pendidikan pintar cerdas yang berbeza dari
segi kualiti dengan program pendidikan konvensional iaitu:
i. Isi Kandungan.
ii. Proses pengajaran.
iii. Hasil pembelajaran.
iv. Persekitaran Pembelajaran.

4.2.1 Isi Kandungan


Pelajar pintar dan berbakat dapat memahami idea dan konsep yang abstrak pada
tahap yang tinggi berbanding dengan pelajar biasa, dengan itu amat bertepatan
sekali jika isi kandungan yang khusus digubal bagi membolehkan pelajar tersebut
mengembangkan potensinya secara maksimum.
Dalam program pendidikan pintar cerdas, pelajar pintar dan berbakat didedahkan
dengan konsep dan prinsip yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka, dan bukan
lebih rendah atau terlalu tinggi daripada tahap kebolehan mereka.
Walaubagaimanapun jika guru tidak mempunyai wawasan yang jelas tentang
matlamat pendidikan pintar cerdas, pelajar akan hanya dicurahkan dengan berbagai
maklumat dan fakta dan bukan dengan analisis dan sintesis yang terperinci terhadap
idea-idea kompleks yang signifikan. Renzulli (1977) menyatakan sebahagian besar
daripada program pintar cerdas sekarang lebih merupakan program hiburan
daripada pendidikan.
Pendidikan khusus bagi pelajar pintar dan berbakat ditentukan sifatnya oleh
pandangan hidup sesuatu budaya kerana pendidikan itu merupakan alat terpenting
untuk merealisasikan tujuan dan pandangan hidup itu.
4.2.2 Proses pengajaran dan Hasil pembelajaran
Proses pengajaran merujuk kepada penggunaan kaedah pengajaran yang khusus
bagi memenuhi keperluan pelajar pintar dan berbakat dalam mengembangkan tahap
pemikiran yang tinggi, penaakulan induktif dan deduktif, penghasilan kreatif dan
akhlak yang mulia.
Hasil pembelajaran pula merujuk kepada pembinaan tindakan dan operasi yang
mantap yang membolehkan pelajar pintar cerdas memberi sumbangan yang
professional kepada kesejahteraan diri dan keharmonian masyarakat.
Output yang dihasilkan oleh pelajar pintar cerdas mestilah berbeza daripada output
yang dihasilkan oleh pelajar lemah dari segi penekanannya kepada transformasi dan
bukan kepada rumusan pengetahuan yang sedia ada. Pendidikan itu mestilah
mampu melahirkan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang konstruktif
kepada pembangunan negara dari segi intelek, ekonomi, teknologi, politik dan
akhlak. Guru pula berperanan sebagai penyambung budaya, pembimbing, contoh
tauladan yang baik dan pemberi ingatan kepada murid. Seterusnya semua guru
harus sedar bahawa mereka tidak dapat membina pengetahuan kepada murid.
4.2.3 Persekitaran Pembelajaran.
Modifikasi dalam persekitaran pembelajaran membabitkan perubahan yang
menggalakkkan pembelajaran yang berpusatkan murid seperti pembelajaran melalui
pengalaman, autonomi, pemikiran terbuka, pembinaan adab, amanah, penerokaan,
berdikari, kefleksibelan dan mobiliti serta pembelajaran berpusatkan pembinaan
tingkahlaku yang sofistikated. Perubahan ini boleh diwujudkan melalui kaedah

pengayaan, pecutan dan pengelompokan.


I. Pengayaan (Enrichment)
Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan
sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari. Istilah pengayaan merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang
berbeza oleh guru dalam kelas tanpa bantuan daripada sumber luar atau guru lain.
Program pengayaan yang berkesan berlaku apabila guru menyediakan pelajaran
yang berbeza untuk pelajar pintar dan berbakat dalam bentuk aktiviti yang telah
tersusun rapi dan pelajar menggunakan kebolehan kognitif pada peringkat tinggi.
Ianya membabitkan isi kandungan yang luas dan mendalam serta memerlukan
strategi komunikasi yang mencabar.
Program pengayaan yang baik memerlukan seseorang guru itu memperuntukkan
tenaga, masa, usaha, sumber dan komitmen yang tinggi. Program pengayaan juga
disalahtafsirkan sebagai penyediaan aktiviti yang berbeza dari segi kuantiti, tetapi
sama dari segi kualiti kepada pelajar pintar dan berbakat. Contohnya penglibatan
pelajar pintar berbakat sebagai tutor kepada pelajar yang lain, penglibatan dalam
projek kajian tanpa bimbingan dan pengawasan yang sewajarnya atau penyediaan
pengalaman yang unik tetapi tidak sesuai dengan rancangan pendidikan yang sepadu
sehingga aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ini tidak bermakna.
Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan
menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah
penyelidikan. Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan
Renzullis Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Model ini direka untuk pelajar mendapat
pendedahan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan,
pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip
mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan
penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor.
SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I
mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam
kelas formal. Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar
mengenalpasti minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti
Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar kemahiran-kemahiran asas bagi
mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yang diberikan ialah Kursus
Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk
berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang
lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan
penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka.
Guru haruslah sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-masing.

Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan mengikut


kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu
pendekatan alternatif bagi model pendidikan luar biasa. Pendekatan ini melibatkan
tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan menggunakan
maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar. Implikasi
daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran
dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari
kebosanan. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai
maklumat dapat disampaikan.
Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar
mempunyai nilai-nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan
diri dalam membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru,
pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak merasa bahawa diri
mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian.
Kitano & Kirby (1986) dan Weiss & Gallagher (1982) telah menyenaraikan beberapa
cadangan kaedah yang boleh gunakan untuk program pengayaan:
Kajian bebas: pelajar menjalankan projek kajian yang telah dirancang dengan teliti
oleh guru dan diawasi secara sistematik.
Peluang menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat dan mengambil
peperiksaan lebih awal: membolehkan pelajar menggunakan masa selebihnya untuk
meneroka bidang pembelajaran yang baru dan mencabar.
Penggunaan proses pemikiran pada tahap yang tinggi: guru menyediakan beberapa
aktiviti dalam topik yang sama yang memberi peluang kepada penglibatan pelajar
pada tahap yang sesuai dengan kebolehan inteleknya.
Program ceramah: penceramah diundang untuk menyampaikan maklumat yang
lebih dan mendalam daripada apa yang disampaikan oleh guru tentang sesuatu
tajuk.
Program mentor: mentor ialah seorang pakar rujuk yang akan memberi tunjuk
ajar, nasihat, bimbingan dan mengadakan perbincangan dengan pejar pintar dan
berbakat secara perseorangan dalam bidang yang diminati dalam tempoh masa
tertentu.
Bahan peringkat tinggi: guru menyediakan bahan rujukan dan bacaan yang
bertahap tinggi dalam bidang yang tertentu.
Program guru penasihat: guru menyediakan pelajaran yang berbeza dalam kelas
biasa dengan bantuan guru penasihat.
II. Pecutan (Acceleration)
Istilah pecutan merujuk kepada perubahan dalam kadar penyampaian sukatan

pelajaran untuk membolehkan pelajar pintar dan berbakat menyiapkan program


pendidikan biasa dalam masa yang singkat atau memendekkan masa belajar. Maka
rancangan pendidikan lanjutan yang baik perlu disusun untuk membolehkan pelajar
tersebut menggunakan masa yang selebihnya secara produktif. Tanpa rancangan
lanjutan yang sistematik, kaedah pecutan akan menemui kegagalan.
Kaedah pecutan melibatkan program seperti kemasukan pelajar ke tahun satu atau
ke pusat pengajian tinggi pada peringkat umur yang lebih muda, melangkaui kelas
dan kelas gabungan. Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah
yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam
pembelajaran. Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai
kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.
Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar
dengan lebih banyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini
bermakna kurikulum penyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak
dinilai daripada penguasaan dan bukannya menggunakan kurikulum yang seragam
yang digunakan oleh semua kanak-kanak diperingkat yang sama. Ini bermaksud,
kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yang lebih tinggi akan menerima
kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka dan bukannya pencapaian
dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan di sekolah. Kaedah ini dapat dicapai
dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula bersekolah fasa awal umur
dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion).
Seterusnya ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur
dikumpulkan bersama dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan
penguasaan individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur kanak-kanak. Selain
itu, cara menyesuaikan kurikulum di mana bahan atau topik yang telah dikuasai
kanak-kanak dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yang lain. Grade
telescoping pula memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalam
masa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun.
Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang
menguasai sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan
sama dengan rakan sekelas mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran
membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa
dalam masa yang singkat. Namun, kaedah ini memerlukan pendidikan lanjutan yang
baik agar kanak-kanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif.
III. Pengelompokan
Istilah pengelompokan merujuk kepada penempatan pelajar-pelajar yang
mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam satu kelas yang khusus.
Walaubagaimanapun program ini tidak dapat mempertingkatkan mutu pencapaian
murid secara automatik. Untuk mendapatkan hasil yang baik, pengelompokan harus
disusuli dengan pelajaran yang berkualiti dan aktiviti pengayaan.

Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulan praktis oleh Karen Rogers pada
tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa (tracking) arahan
rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaian akademik
bagi pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam
pencapaian akademik pelajar yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa
kemampuan pengelompokan untuk pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan
pengelompokan, seperti pengelompokan di dalam kelas juga memberi manfaat
kepada pelajar pintar dan berbakat.
Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya
dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum
compacting), grade telescoping (menghabiskan sekolah menengah lebih awal),
pecutan subjek atau mata pelajaran dan kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej
atau universiti) pada usia lebih muda. Kaedah pecutan tidak memberi kesan
langsung terhadap harga diri (self-esteem) mereka. Kaedah pecutan bukan hanya
mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang menakjubkan, tetapi juga
mampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana kanak-kanak yang
dikumpulkan bersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas mereka yang
mempunyai kemampuan, minat dan tahap yang sama.
Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang
membolehkan kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan
bersama untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah
pengelompokan merangkumi pengelompokan sepenuh masa, pengelompokan
kluster, pengelompokan dalam kelas, pengelompokan silang kelas (cross-class/
grade grouping) dan pull-out grouping. Kajian menunjukkan pencapaian akademik
yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak pintar cerdas yang menjalankan kaedah
pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyai minat dan kemampuan yang
sama.
Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan
sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat untuk
mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika
strategi ini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam
pembelajaran kanak-kanak dan memberi banyak kesan positif kepada mereka.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelompokkan pelajar
pintar dan berbakat di sekolah rendah.
Program bawa keluar: pelajar pintar dan berbakat meninggalkan kelas mengikut
jadual yang ditetapkan untuk menerima pelajaran yang khusus daripada guru yang
terlatih.
Pengelompokan rumpun: pelajar pintar dan berbakat dari sekolah yang
berhampiran dikumpulkan bersama mengikut jadual yang ditetapkan untuk
mengikuti aktiviti yang tertentu. Contohnya program Rancangan Integrasi untuk
Perpaduan Murid (RIMUP).

Ekspedisi masa cuti: Ekspedisi yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang tertentu
dapat membekalkan pengalaman yang berfaedah kepada pelajar pintar dan
berbakat.
Program luar: pelajar pintar dan berbakat dikumpulkan bersama pada tempat
tertentu seperti di muzium, universiti, makmal sains, hospital, masjid dan pusat
industri untuk mempelajari dan mengambil bahagian dalam penyelidikan atau
perkhidmatan yang dijalankan di tempat tersebut.
5.0 EVOLUSI KURIKULUM UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DI
MALAYSIA
5.1 KELAS SISTEM EKSPRESS 1962
Golongan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem
pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam
Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang
mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh
sekolah rendah mereka daripada enam tahun kepada lima tahun sahaja. Namun
begitu, perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an.
5.2 MENSA (1984)
Pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak
Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak
pintar cerdas ini kembali diperkatakan dan Persatuan Mensa diasaskan oleh Tan Sri
Dato Yong Poh Kon setelah beliau mendaftarkan Persatuan Mensa Malaysia pada 22
Mei 1984. Ahli persatuan Mensa Malaysia akan menjadi ahli persatuan Mensa
antarabangsa secara langsung. Keahlian Mensa Malaysia dibuka kepada semua
rakyat Malaysia yang mempunyai IQ yang tinggi dan berada dalam populasi 2%
rakyat Malaysia. Ujian saringan seperti ujian IQ perlu dijawab dan Mensa telah
menetapkan skala skor yang tertentu untuk seseorang itu diterima menjadi ahli
persatuan Mensa.
Ujian kecerdasan ini telah diluluskan oleh International Supervisory Psychologist
dimana ia merupakan badan yang mengiktiraf ujian yang dibuat oleh Mensa.
Seseorang yang telah terpilih menjadi ahli Mensa mestilah membayar yuran yang
telah ditetapkan untuk mereka menyertai program yang dianjurkan oleh pihak
Mensa. Antara tujuan Mensa adalah untuk mengenal pasti individu pintar cerdas.
Antara faedah yang diperolehi setelah menyertai Mensa adalah memberi kesempatan
kepada individu yang mempunyai tahap fikiran yang sama untuk berinteraksi dan
berkongsi pendapat antara satu sama lain.

5.3 BAKA (1985)


Sejarah BAKA bermula sebagai sebuah projek kajian di Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya untuk pembangunan program Superior and Gifted Intellectual
Potential pada tahun 1980. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya telah mula
mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk kanak-kanak pintar
cerdas. Ujian pengesanan untuk kanak-kanak yang pintar cerdas telah dijalankan
dan seterusnya pada tahun 1982, program ini menjadi "pull-out" program dilakukan
selama bercuti sekolah dan masa yang lain apabila diperlukan. Dikenali sebagai
Program Baka untuk Tinggi Potensi Intelek (untuk kanak-kanak pintar cerdas) yang
telah ditubuhkan oleh Prof Madya Azman Wan Chik. Semangatnya untuk
mengembangkan potensi intelektual telah membimbingnya untuk terus
menghabiskan masa, tenaga dan wang dalam penyelidikan dan pembangunan Baka.
5.4 UJIAN PENILAIAN TAHAP SATU (1996)
Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program
pendidikan khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas di negara ini, Seminar
Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada 33 seminar yang telah dijalankan,
didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu
diadakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang pintar cerdas ini.
Pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti kanak-kanak pintar
cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS).
Penilaian ini dilaksanakan keatas kanak-kanak tahun tiga yang belajar di sekolah
rendah. Murid yang berjaya memperolehi tahap maksimum serta cemerlang
dibenarkan meneruskan persekolahan ke tahun lima, tanpa perlu mengikuti
persekolahan tahun empat. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan
dalam tempoh lima tahun sahaja dan berakhir pada tahun 2001 kerana beberapa
masalah.
5.5 PERMATA PINTAR (2008)
Program Permata Pintar telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
sejak tahun 2008 untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat
pada peringkat usia awal. Penaung bagi Program Permata Pintar Negara ialah Datin
Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini tiada program
khusus untuk kanak-kanak pintar bagi meningkatkan kebolehan mereka. Matlamat
dan strategi program ini untuk melahirkan lebih ramai pelajar pintar di negara ini.
Selain itu, program ini juga dapat mendidik dan melahirkan pelajar pintar sebanyak
mungkin mengikut sistem dan ujian yang lebih efektif.
Ujian saringan PERMATApintar UKM1 mula dijalankan bermula pada tahun 2010
berbentuk ujian secara talian merupakan ujian saringan pertama untuk pelajar

menyertai program seperti perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar (usia 9-15


tahun), program Permata Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam
Malaysia (usia 8 tahun), Akademi Permata Pintar untuk pelajar tingkatan 3 yang
akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011.
Jika selama ini banyak pelajar pintar tidak diendahkan, kini mereka boleh dilahirkan
melalui sistem yang sistematik melalui pengajaran dan pembelajaran serta ujian
yang lebih berkesan.

KEY ISSUES AND PROBLEMS IN GIFTED CHILDREN

Gifted People and their Problems


Eleven Key Issues for Gifted Children

Misdiagnosis and Dual Diagnosis of Gifted Children

Nurturing Social-Emotional Development of Gifted Children

Is Asynchrony the Only Reason for Their Problems?

Misdiagnosis and Dual Diagnosis of Gifted Children

You might also like