You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 / 2013 SK SERASOT

Tarikh : 14 Januari 2013


Hari : Isnin
Masa : 3.00 3.30 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah SK Serasot, Bau.
Kehadiran:
1. En. Ginor anak Nyipoi
2. En. Gowbei anak Nasian
3. Pn. Ngios anak Nasey
4. En. Nyahun anak Langip
5. En. Nedick anak Apat
6. En. Jaem anak Rasah
7. En. Ensoh anak Uba
8. Pn. Liew Suu anak Jamong
9. Pn. Monica Misol anak Jikat
10. Pn. Jetio anak Johit
11. Pn. Jadi anak Dusey
12. Pn. Bintan anak Durim
13. Pn. Victoria anak David
14. Pn. Pan Guat Nee
15. En. Ilyas bin Bohan

Guru Besar
PK 1
PK HEM
PK Kokurikulum
Ketua Panitia Sains
Setiausaha Panitia Sains

Agenda:
1. Kata-kata Aluan Ketua Panitia Sains
2. Perlantikan AJK Panitia Sains
3. Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Mengajar Harian
4. Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia 2012
5. Pentaksiran dan Penilaian
6. Hal-hal lain
Perkara-perkara:
1.0

Kata-kata Aluan Ketua Panitia Sains


Ketua Panitia mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat hadir ke mesyuarat panitia Sains kali pertama untuk tahun 2013 ini.
Tindakan : Makluman semua

2.0

Perlantikan AJK Panitia Sains


Ketua Panitia telah melantik En. Jaem Rasah sebagai Setiausaha Panitia Sains bagi
sesi persekolahan 2012.
Tindakan : Makluman semua

3.0

Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian


Ketua panitia memaklumkan bahawa matapelajaran Sains Tahun 1, Tahun 2 dan
Tahun 3 akan dikenali sebagai Dunia Sains dan Teknologi selaras dengan perubahan
kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan akan diajar
dalam Bahasa Malaysia.
Ketua Panitia telah memaklumkan kepada guru Sains bahawa Dokumen Standard
Prestasi, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian Dunia
Sains dan Teknologi boleh dirujuk dari CD yang telah diedarkan ke sekolah oleh
PPD dan meminta guru tersebut menyediakan dalam bentuk hardcopy.
Ketua panitia juga memaklumkan kepada semua guru bahawa Rancangan Pelajaran
Tahunan disediakan mengikut format seperti tahun lepas.
Tindakan : Guru-guru Sains
Bagi mata pelajaran Sains Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, oleh kerana Rancangan
Pelajaran Tahunan adalah mengikut kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) maka elemen yang perlu ada di dalam Rancangan
Pelajaran Tahunan Dunia Sains dan Teknologi adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Minggu
Tajuk/Sub Tajuk
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Pentaksiran
Catatan
Tindakan : Guru Sains Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3

Ketua panitia memaklumkan bahawa penyediaan Rancangan Pelajaran Harian


(RPH) masih lagi sama seperti tahun lepas bagi semua kelas Tahun 3, Tahun 5 dan
Tahun 6 kecuali bagi kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4. Format penyediaan RPH
adalah seperti berikut:
A) Kelas Tahun 4, 5 dan 6 (KBSR)
i.
Theme:
ii.
Topic:
iii.
Learning Objective:
iv.
Learning Outcome:
v.
SPS/SMS:
vi.
Activities:
vii.
Reflection:

B) Kelas Tahun 1, 2 dan 3 (KSSR)


i. Tema:
ii. Tajuk:
iii.
Standard kandungan:
iv. Standard pembelajaran:
v. KPS/KMS:
vi. EMK:
vii. Aktiviti:
viii. Refleksi:
Tindakan : Guru-guru Sains

4.0

Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia 2012


Perancangan aktiviti panitia Sains untuk tahun 2012 adalah seperti berikut:
1) Minggu Sains Kerta kerja akan disediakan
2) Reka Cipta (Tahap 2)
3) Taman Sains (Kelab Sains) Kolam kura-kura dan Taman Herba
4) Bengkel Bahan Bantu Mengajar
Tindakan : Makluman semua
Perincian bagi setiap aktiviti akan disediakan dalam buku program tahunan panitia
Sains
Tindakan : Guru-guru Sains

5.0

Pentaksiran dan Penilaian


Pentaksiran dan penilaian murid akan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun
mengikut takwim sekolah.
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 akan menjalani penilaian amali secara berterusan
iaitu PEKA.
Guru matapelajaran perlu menyedia dan memberikan ujian bulanan 1 dan bulanan 2
mengikut format yang telah ditetapkan.
Tindakan : Guru-guru sains

6.0

Hal-hal Lain
Guru Besar menjelaskan bahawa Refleksi bagi setiap sesi P&P haruslah
menjelaskan sejauh mana kenyataan objektif tercapai.
Guru Besar turut memaklumkan Huraian Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard
akan disimpan oleh Ketua Panitia di dalam fail panitia.
Sebarang jenis edaran daripada pejabat hendaklah diserahkan kepada En. Ensoh
untuk dikumpulkan.
Tindakan : Makluman semua
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..............
(JAEM ANAK RASAH)
Setiausaha Panitia Sains
SK Serasot, Bau

..................
(NEDICK ANAK APAT)
Ketua Panitia Sains
SK Serasot, Bau

You might also like