You are on page 1of 4

Program kolaborasi yang dianjurkan ini adalah yang kedua dianjurkan oleh Pusat Sumber

Sekolah SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Haji Sail. Program kolaborasi yang pertama
ialah bersama unit Kaunseling sekolah iaitu program Kolaborasi PSS dan PPDa. Melalui
program tersebut, telah berjaya mewujudkan laluan PPDa di sekolah ini.

Kini, sekali lagi PSS menganjurkan program kolaborasi. Untuk tahun 2014 pula,
PSS menjalinkan kolaborasi bersama bidang Sains dan Matematik dengan menjalankan
Kolaborasi Minggu Sains dan Matematik Bersama Pusat Sumber Sekolah 2014. Tema
yang dipilih ialah Al-Quran Pencetus Ilmu Sains Pendorong Kreativiti dan Inovasi.

Program dimulakan pada 03 Mac 2014 (Isnis) iaitu dalam perhimpunan pagi
dengan taklimat aktiviti yang disampaikan oleh Puan Hajah Roziah binti Mohd Ali,
Ketua Bidang Sains dan Matematik. Seterusnya perasmian Kolaborasi Minggu Sains dan
Matematik Bersama Pusat Sumber Sekolah 2014 telah disempurnakan oleh Ustaz Saiful
Bahrin bin Abu, Pengetua SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Haji Sail. Seterusnya,
acara pada hari perasmian telah diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajarpelajar kelas 2 Ibnu Sina bertajuk Ear di bawah pimpinan Puan Fawarni binti Ahmad.

Seusai perasmian, pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan seperti yang telah
dibincang bersama guru-guru sains dan matematik dan juga PSS. Aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan sepanjang Minggu Kolaborasi Sains, Matematik dan PSS ini ialah
Pameran Sains dan Matematik, Pertandingan Roket Air, Treasure Hunt, Kuiz Sains, Kuiz
Matematik, Kuiz Matematik Tambahan, Kuiz Sains dan Matematik untuk guru, Kuiz
Biologi, Kuiz Fizik, Kuiz Sains Teras, Kuiz Kimia, Pertandingan G-Maths, Pertandingan

Sudoku, Kuiz Istilah Sains, Pertandingan Melukis Poster Sains, Tayangan, Efficiency
Energy Cooking, Pertandingan Menulis Sajak, Pertandingan Deria Rasa, Pertandingan
Mencipta Komik Sains, Pertandingan Piramid Makanan dan juga pertandingan YasinKuGali Maknanya.

Berikut ialah perincian Minggu Sains dan Matematik 2013 :-

1.

Tarikh

: 03 14 Mac 2014

2.

Tempat

: SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Haji Sail

3.

Perasmi

: Ustaz Saiful Bahrin bin Abu


Pengetua SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Haji Sail

4.

Objektif
4.1

Memberi pengetahuan kepada warga sekolah tentang pentingnya


membaca.

4.2

Merupakan aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan serta penggerak


aktiviti-aktiviti galakan membaca.

4.3

Mencungkil bakat sedia ada dalam diri pelajar.

4.4

Menanam rasa cinta kepada ilmu.

4.5

Menanam rasa cinta pelajar kepada buku.

4.6

Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar seperti yakin, berani dan


bekerjasama dalam aktiviti yang disertai.

4.7

Menimbulkan minat yang mendalam terhadap subjek Sains dan Matematik


dan tidak menjadikan subjek tersebut sebagai satu subjek yang sukar serta
membosankan.

4.8.

Menggerakkan minda pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif dan


bekerjasama sesama rakan sebaya untuk menjayakan program.

4.9

Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru sepanjang


program berjalan.

5.

Impak Program
Kebaikan
Kolaborasi Minggu Sains dan Matematik Bersama Pusat Sumber Sekolah 2014
telah berjaya menjimatkan kos dan juga masa serta dilihat berjaya meningkatkan
budaya bekerjasama antara pelajar seterusnya meningkatkan minat mereka.
Walaupun Sains dan Matematik dianggap sukar, namun melalui pertandingan
Sains dan Matematik yang bercorak permainan dan kuiz dilihat mampu menarik
minat pelajar.
Selain itu, pertandingan roket air juga mampu menggerakkan pelajar
menggunakan konsep aplikasi sains dan ini turut meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.
Julung kali diadakan Pertandingan Pameran Sains dan Matematik dan aktiviti ini
dilihat sangat menarik minat pelajar dan mereka sangat teruja untuk menyiapkan
projek serta mempersembahkan kepada para tetamu pameran.
Kelemahan
Beberapa acara tidak dapat dijalankan iaitu Pertandingan Menceriakan Makmal
Sains kerana kekangan masa dan juga budaya menunggu arahan dan
kebergantungan yang tinggi pelajar terhadap guru. Pelajar-pelajar dilihat
menunggu setiap arahan daripada guru dan tidak mampu bergerak sendiri.

Ceramah sains juga tidak dapat dijalankan kerana pakar yang dijemput
menghadiri seminar di Pulau Pinang. Seharusnya pihak urusetia menyediakan
beberapa senarai penceramah yang boleh dijemput dan melakukan tindakan
segera sekiranya penceramah menarik diri.
Pihak urusetia juga berhadapan dengan banyak masalah semasa pengendalian
Pertandingan Pameran Sains dan Matematik. Budaya kerja disaat akhir akan
membantutkan minat pelajar, apa yang dapat dilihat ialah pelajar sangat teruja
untuk menyiapkan pameran sains, sehingga pada malam pertandingan, pihak
urusetia terpaksa keluar membawa pelajar membeli peralatan pameran. Namun
ada beberapa pameran terpaksa dibatalkan kerana pihak urusetia tidak mampu
melayan setiap masalah pelajar di saat akhir.

5.

Penutup

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan ditambah dengan pelbagai aktiviti yang lebih
menarik. Penglibatan semua pelajar perlu dicapai kerana menjadi hasrat kerajaan untuk
mencapai nisbah 60:40 iaitu 60 untuk aliran sains dan 40 untuk aliran sastera. Minat
dalam sains perlu diterapkan kepada para pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti ini
supaya pelajar-pelajar dapat memilih aliran sains ketika mereka di IPT nanti.

Laporan disediakan oleh:

...............................................
Puan Rukiah binti Mohamed Ibrahim
Setiausaha
Kolaborasi Program Minggu Sains dan Matematik bersama Pusat Sumber Sekolah
2014SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail

You might also like