You are on page 1of 13

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

rumusan bina insan guru (big)

Nama Guru Pelatih: Elve Euzila Yan Dulian


Unit : PISMP Sains Januari 2011
Nama Tutor : Pn. Ainon bt Hadim
Program Bina Insan Guru adalah kursus yang wajib dilaksanakan oleh semua
guru pelatih program PISMP bermula dari semester 1 hingga 6. Setiap semester
Program BIG ini telah ditetapkan proforma sebagai panduan guru pelatih
menjalankan program BIG sama ada mengikut unit masing-masing ataupun
melibatkan semua PISMP Ambilan Januari 2011.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1
BIG Fasa 1 melibatkan unit PISMP SN, PJ dan PAI Ambilan Jan 2011 telah
dijalankan pada 24-26 Jan 2011 bertempat di tapak perkhemahan IPG Kampus
Kent Tuaran danpantai Gayang. Di dalam perkhemahan ini kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan yang menggabungkan beberapa orang pelatih dari
ketiga-tiga unit yang terlibat. Ahli kumpulan say terdiri daripada Aaron Jim Jr. James
(Sains), Mohd. Fais bin Ismail (Sains), Mohd. Naim (PJ), Shah (PJ), Mohd. Syazwan
bin Japlus (PAI), Asma binti Busrah (PAI), Najwa binti Abdul Halim (PAI), dan Siti
Khadijah binti Harun (PAI). Sebelum perkhemahan dimulakan kami telah membuat
perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara seperti memilih ketua dan
penolong ketua kumpulan, warna pakaian yang akan dipakai, nama kumpulan,
bendera kumpulan, sorakan kumpulan dan pembahagian tugas. Ketua kumpulan
kami ialah saudara Mohd Syazwan binti Japlus dan saya sendiri sebagai penolong
ketua kumpulan. Nama kumpulan kami ialah kumpulan Dynamite. Pelbagai input
dan pengalaman baru yang saya perolehi semasa perkhemahan berlangsung.
Pada hari pertama perkhemahan kami berpeluang mendapat ceramah
pertolongan cemas daripada En Saimin dan En Jailin. Kemahiran pertolongan
cemas amat penting bagi seorang bakal guru agar mampu mengambil tindakan yang
sepatutnya pada saat-saat yang memerlukan. Pada setiap petang perkhemahan
ELVE EUZILA YAN DULIAN
PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

kami berpeluang menjalani aktiviti kawad kaki dan riadah diikuti dengan pengurusan
diri, makan malam, dan kuliah maghrib dan kuliah moral.

Gambar: aktiviti kawad kaki pada waktu petang

Pada hari kedua perkhemahan kami berpeluang mengikuti kembara sejauh


20 km. Kembara ini mengajar saya untuk lebih tabah dan berfikir dengan kritis dan
kreatif semasa menghadapi situasi-situasi yang mencabar.

Gambar : Aktiviti masakan rimba semasa kembara dan


pembentangan dapatan kembara

Pengalaman yang paling menarik di dalam BIG Fasa 1 ini ialah kami
berpeluang menjalani aktiviti air dimana kami semua berkayak di sekitar Gayang.
ELVE EUZILA YAN DULIAN
PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Kami diajar cara untuk mengapungkan diri di dalam air dan juga bagaimana untuk
menyelamatkan individu sewaktu di dalam air. Pengalaman ini amat bermakna
kerana telah dapat meningkatkan keyakinan apabila berada di air yang dalam. Ini
merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah
berkayak.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2, Siri 1
Program BIG (Bina Insan Guru) bagi Fasa 2, siri 1 unit PISMP Sains Ambilan
Januari 2011 telah dilaksanakan pada 10 September 2011 (semester 2) bersamaan
hari sabtu bertempat di SK Inanam 2. Kami telah bertolak ke SK Inanam 2 lebih
kurang pukul 8.00 pagi dari IPG Kampus Kent diiringi oleh dua orang tutor unit Sains
pada semester itu iaitu En Tan Cho Chiew dan En Kok Boon Shiong.
.Gambar : Kerja-kerja menceriakan makmal sains SK Inanam 2
Secara peribadi program BIG ini memberikan saya peluang untuk

menjalankan tugas sebagai AJK Makanan dengan sebaiknya. Walaupun tugas ini
kelihatan mudah namun cara pelaksanaan tanggungjawab seseorang AJK Makanan
perlu mengikut prosedur yang betul. Pertama sekali permohonan makanan di
pejabat am perlu dilakukan dan seterusnya perbincangan dengan pihak Jabatan
HEP bagi menentukan kesesuaian kuantiti dan jenis makanan terhadap aktiviti yang
dijalankan. Setelah perbincangan mencapai keputusan yang terbaik barulah
tempahan dilakukan kepada kafeteria IPG Kampus Kent. Selain itu, sebagai seorang
AJK Makanan saya perlu memastikan semua peserta mengambil makanan mengikut
masa yang ditentukan. Melalui tugas ini saya dapat meningkatkan kemahiran
interpersonal saya dengan berinteraksi mengikut prosedur yang betul dengan pihak
pengurusan.

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Kesimpulannya aktiviti ini telah membolehkan kami membuka minda untuk


membantu masyarakat sekitar terutamanya di sekolah bagi melancarkan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini membekalkan kami
pengalaman yang berguna pada masa hadapan apabila menjadi seorang guru
kelak.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2, Siri 2
Program BIG Siri 2 Fasa yang kedua bagi semua pelatih PISMP Ambilan
Januari 2011 telah dilaksanakan pada 21 September 2011 pada kira-kira pukul 8.00
pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Tun Mustapha, IPG Kampus
Kent. Aktiviti BIG pada kali ini ialah forum yang bertajuk Seksa Menjadi Guru :
Antara Beban, Minat dan Tanggungjawab. Moderator bagi forum tersebut ialah
Cik Nurul Atika Ripin dari unit PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011,
manakala ahli-ahli panel yang dijemput pula ialah Puan Hamidah Abdul Karin, Encik
Chandran A/L Vengadasamy dan Ustaz Rushdi Abdul Majid.
Forum tersebut mengupas tentang beban tugas guru di sekolah yang kian
bertambah. Cik Nurul Atika selaku moderator telah mengajukan beberapa soalan
kepada setiap ahli panel secara berasingan dan ketiga-tiga ahli panel memberikan
pandangan terhadap soalan yang diberikan. Antara isu-isu yang dikemukakan ialah
guru bukan sahaja mengajar tetapi dibebankan lagi dengan tugas-tugas perkeranian
seperti hal pengurusan dalaman yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah yang
pada asalnya diluar bidang tugas seseorang guru.
Daripada forum tersebut, saya menyimpulkan bahawa guru harus membuat
persiapan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan.Persiapan
ini termasuklah aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Saya harus sedar bahawa
sebarang kerja yang diamanahkan kepada kita bukanlah satu beban semata-mata
malah ianya membawa pengalaman dan kemahiran secara tidak langsung kepada
diri kita. Maka, saya sebagai bakal guru tidak wajar untuk merungut apabila
menghadapi tugasan sebaliknya menyelesaikan sebarang kerja yang diamanahkan
dengan sebaiknya.
Profesion perguruan merupakan profesion yang utama dalam Negara kita
yang kian membangun dan adalah wajarnya para guru untuk menghayati karier
ELVE EUZILA YAN DULIAN
PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

mereka dan sentiasa berusaha untuk memartabatkan maruah bangsa demi Negara
yang tercinta ini dan demi membangunkan dan melahirkan anak bangsa yang
berkualiti pada masa hadapan. Para guru haruslah bersedia untuk menanggung
sebarang tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan tidak merungut
dalam melaksanakan kerja itu kerana seorang guru haruslah sedar bahawa dirinya
adalah penggerak dan agen perubahan kepada masyarakat.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3, Siri 1
Bina Insan Guru siri 3 fasa 1 khidmat masyarakat, yang diadakan pada
tarikh 20 April 2012 bertempat di Tasik Sulaman, Tenghilan, Tuaran diadakan atas
kerjasama Jabatan Sains dan Matematik atas kelolaan PISMP Sains Ambilan
Januari 2011 dengan pihak Kota Kinabalu Wetland centre bertemakan Satu Pelatih,
satu bakau. Aktiviti ini bukan sahaja disertai oleh pelajar PISMP Sains namun, turut
dibuka penyertaan kepada kelas-kelas lain yang berminat. Jumlah keseluruhan
peserta lebih kurang 40 orang dan diiringi oleh ketua jabatan, En. Haslan bin Manja
dan mentor PISMP Sains iaitu Mr. Tan Cho Chiew. Ini merupakan kali kedua kami
mengikuti aktiviti penanaman bakau di kawasan yang sama dengan pihak KK
Wetland.
Aktivitikemasyarakataninibertujuanuntukmemupukkesediaanberbaktisecarasu
karelakepada

komuniti,

memupukkerjasamadankerjasepasukansertamembina

hubungan sosial denganmasyarakatataukomunitisetempat. Selain daripada itu, guru


pelatih juga akan lebih peka terhadap kepentingan hutan paya bakau dalam
memastikan kestabilan ekosistem.Melalui program ini, banyak perkara yang telah
saya pelajari. Sebagai contoh, saya sebagai setiausaha program, telah mempelajari
tentang cara-cara membuat kertas kerja dan bagaimana berurusan dengan pihak KK
Wetland. Secara tidak langsung saya belajar bagaimana caranya berkomunikasi
dengan pihak luar. Ini melatih saya mengawal rasa gugup dan peka dalam
menyusun ayat agar pihak yang satu lagi memahami apa yang cuba saya
sampaikan agar tujuan yang diingini terlaksana.
Selain daripada itu, aktiivti ini juga mengajar saya tentang kepentingan pokok
bakau dalam memelihara keseimbangan ekosistem persekitaran. Mungkin dari segi
luaran, pokok bakau mempunyai ciri-ciri yang kurang menarik. Namun dari segi
kepentingannya, ia memainkan peranan yang sangat besar terutamanya dalam
ELVE EUZILA YAN DULIAN
PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

mengelakkan daripada ombak besar seperti tsunami dan hakisan pinggir pantai,
selain menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan seperti udang, ketam, burung
raja udang dan sebagainya.
Jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti seperti ini,
saya akan cuba memberikan sumbangan yang terbaik boleh saya berikan untuk
menjayakannya. Saya berharap aktiviti yang berfaedah seperti ini dapat diperbanyak
dan diperluas infromasinya kepada para pelatih guru agar dapat melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti seperti ini, selain daripada memastikan masa lapang dapat
diluangkan dengan perkara yang bermanfaat.

Gambar : Peserta bergambar sebagai kenangan menanam BIG

Bina Insan Guru (BIG) Fasa3, Siri 2


Pada 4 Mei 2012, kami telah menjalankan BIG Fasa 3, siri yang keduaiaitu
Bengkel Etika Sosial dan Protokol bertempat di Dewan Hone, Ip Kent. Ceramah
bertajuk Etika Sosial telah disampaikan oleh Encik Roger Merdika Ombulun iaitu
Pegawai Pengurusan Pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar manakala slot ceramah
sesi kedua yang bertajuk Protokol

disampaikan oleh Datu Raiman bin Datu

Kauman.
Melalui ceramah ini, saya mempelajari mengenai etika berpakaian yang
sesuai bagi guru. Hal ini kerana, guru juga akan dinilai daripada segi berpakaian

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

dan penampilan yang kurang sesuai atau tidak kemas akan memberikan tanggapan
yang kurang baik terhadap seseorang individu itu. Selain itu, saya menyedari
bahawa guru sebagai model perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada murid
daripada segi amalan berpakaian yang baik.
Daripada ceramah protokol yang disampaikan oleh Datu Raiman, saya
mendapat pendedahan mengenai susunan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis
dan kata kata sapaan yang sesuai untuk tetamu tersebut. Melalui ceramah ini saya
mendapat pengetahuan akan protokol sesuatu majlis kerana kita akan terdedah
kepada penganjuran majlis majlis rasmi di sekolah seperti Hari Kecemerlangan
dan sebagainya. Jikalau seseorang guru itu tidak mengetahui akan aspek aspek
seumpama ini maka program atau majlis yang dijalankan tidak akan berjalan dengan
lancar. Pengetahuan yang saya perolehi daripada ceramah ini amat membantu saya
sebagai persediaan untuk ke alam kerjaya kelak daripada segi etika berpakaian dan
protokol.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa4, Siri 1
Program Bina Insan Guru Fasa 4 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent bagi
guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 telah diadakan pada 11 hingga 13
September 2012 berpusat di SK Mantob, Tuaran. Di dalam program BIG ini telah
diadakan kembara sosial dan khidmat masyarakat. BIG kali ini merupakan program
yang sangat berbeza dengan program sebelum ini, di mana kami diberikan keluarga
angkat di dalam kumpulan masing-masing.
Saya telah mendapat keluarga Puan Ruminah sebagai keluarga angkat saya.
Di dalam program anak angkat ini, sebuah keluarga angkat menerima sekumpulan
anak angkat seramai 5 hingga 6 orang. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri
(Sains), Timothy Goliwot (Pengajian Sosial), Wan Nur Aqilah bt Wan Abdul Rahman
(Bahasa Melayu), Nur Syamimi (Pengajian Agama Islam), dan Muaz Mudrikah
(Pendidikan Jasmani). Kami berpeluang untuk membantu melakukan kerja-kerja
rutin harian keluarga angkat kami dari pagi hingga ke petang.

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Gambar
:Membantu keluarga angkat berkebunGambar : Menyediakan makanan tengahari

Banyak pengalaman baru yang saya perolehi semasa aktiviti bersama


keluarga angkat. Namun yang paling utama ialah saya telah belajar bagaimana
untuk berkomunikasi dengan cara yang baik dengan orang yang lebih tua.
Pengalaman ini mengajar saya untuk beramah dengan orang yang pertama kali
ditemui. Di sini juga saya sedar akan pentingnya nilai menghormati orang lain
terutama orang yang lebih tua dalam pergaulan masyarakat yang lebig besar.
Pada malam terakhir perkhemahan, kami telah mengadakan sesi refleksi
bersama-sama dengan tutor masing-masing. Semua orang rasa bersemangat untuk
mengongsikan pengalaman masing-masing kerana mendapat pengalaman baru
semasa bersama-sama dengan keluarga angkat. Saya dapat menyimpulkan bahawa
perkongsian pengalaman ini membuatkan hubungan kami dalam unit sains ini
nampak semakin rapat setelah bersama-sama selama 7 semester. Semua orang
mampu berkongsi perasaan dan rakan-rakan yang lain memberikan respon yang
positif apabila seorang rakan memberikan perkongsian. Saya berharap melalui
aktiviti ini hubungan kami sebagai rakan sekelas akan mampu dieratkan agar dapat
berjuang bersama-sama menjadi insan pendidik yang berkualiti.
Pada hari terakhir perkhemahan, kami telah menjalankan aktiviti khidmat
masyarakat di SK Mantob. Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti menceriakan
kawasan sekolah. Sebenarnya sekolah ini memang ceria sedia kala, oleh itu kami
hanya menjalankan aktiviti mengecat semula mural dan hiasan yang telah pudar.
Terdapat juga pelatih yang ditugaskan untuk menceriakan papan kenyataan di dalam
kelas. Bagi kumpulan kami (pelatih perempuan unit sains) pula, kami ditugaskan
untuk menceriakan papan kenyataan bagi sudut sains di kelas tahun 3. Walaupun
ELVE EUZILA YAN DULIAN
PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

tidak mempunyai banyak bahan untuk menhias sudut sains namun kami telah
berusaha untuk menceriakannya. Kami telah membuat kolah daripada bahan-bahan
semulajadi seperti daun-daun dan ranting kering untuk menunjukkan bahagianbahagian utama pokok. Di samping itu , kami juga telah memaparkan nota ringkas
mengenai tajuk magnet dan litar elektrik. Guru sains kelas tahun 3 itu memuji usaha
kami untuk menceriakan kelas tersebut.

Gambar : Aktivti khidmat masyarakat-menghias sudut sains

Program BIG ini sangat memberi banyak makna kepada saya sebagai guru
pelatih kerana berpeluang untuk bergaul dengan masyarakat luar terutama
masyarakat di SK Mantob yang banyak memberi teladan dalam menguruskan
sekolah kurang murid yang terletak di pedalaman.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, Siri 1
Program Bina Insan Guru Siri 5 Fasa 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
bagi guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 telah diadakan pada 2hb Mei
2013 bersamaan hari Khamis bertempat di SMK Datu Peter Mojuntin. Lawatan ini
merupakan lawatan penanda aras yang melibatkan tiga unit PISMP Ambilan Januari
2011 Semester 5 iaitu Sains, Bahasa Melayu, dan Pengajian Sosial. Lawatan ini
merupakan lawatan 2 dalam satu kerana lawatan ini juga merupakan lawatan ilmiah
bagi subjek PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Sukan dan Permainan.

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Gambar : Ucapan aluPn. Nurani Fauziah

aluan pengetua sekolah,


Derin

Gambar 2: En. Medi

Marau
menyampaikan taklimat

Gambar: Gambar kenangan lawatan di mini stadium, SMK Datu Peter Mojuntin.

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Secara keseluruhannya lawatan ilmiah ini telah banyak membuka minda saya
dan menambah pengetahuan mengenai sistem pengurusan dan pentadbiran
sesebuah

sekolah

dijalankan

bermula

daripada

pemilihan

atlet,

program

pembangunan yang dijalankan dan sehinggalah kepada hal pemberian elaun


kepada jurulatih. Diharap lawatan pada masa akan datang akan dapat memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang ada. Semoga semua ilmu yang diperoleh mampu
dipraktikan dalam diri para guru pelatih dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai
pendidik pada masa akan datang.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, Siri 2
Program Bina Insan Guru Siri Ke-5 bagi Fasa yang ke-2 mengkehendaki
pelajar semester 5 menjalani satu program yang dikenali sebagai Bengkel Tokoh
Pendidik. Bengkel ini telah dijalankan pada hari Jumaat (10 Mei 2013)di Dewan
Hone IPG Kampus Kent Tuaran bermula dari 7.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi.
Tokoh pendidik yang dijemput untuk menyampaikan sesi ialah Tuan Haji Ibrahim bin
Ismail, mantan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya yang juga telah
menyandang jawatan Pensyarah Kanan DG 52.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang telah saya lalui sepanjang
bengkel, antara kekuatan bengkel tersebut ialah penceramah yang dipilih amat
berpengalaman dan sangat memahami ciri-ciri guru berkualiti yang diperlukan oleh
dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini. Beliau telah dapat memberikan input
yang sangat berguna kepada guru pelatih dan ceramah yang disampaikan adalah
sangan memberi motivasi kepada kami.
Kelemahan yang kelihatan adalah sesi bergambar yang mengambil masa
kerana setiap unit perlu bergilir mengambil tempat untuk bergambar bersama tetamu
kehormat dan tetamu terpaksa menunggu lama sehingga sesi bergambar selesai.
Cadangan penambahbaikan ialah sesi bergambar sepatutnya dijalankan di tempat
yang lebih mudah menyusun kedudukan pelatih bergambar seperti di tangga depan
dewan Hone.
Kesimpulannya, bengkel ini sangat berguna kepada para guru pelatih untuk
menambah pengetahuan nilai keguruan daripada tokoh pendidik yang sangat
berpengalaman seperti penceramah yang dijemput. Diharap agar teladan-teladan
ELVE EUZILA YAN DULIAN
PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

yang diberikan oleh penceramah boleh diamalkan oleh para guru pelatih untuk
menjadi seorang pendidik yang amanah dan berkualiti.
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6, Siri 1
Program Bina Insan Guru (BIG) fasa enam untuk siri pertama unit PISMP
Sains Januri 2011 telah diisi dengan aktiviti lawatan bench marking . Lawatan ini
bertempat di Institut Biologi Tropika Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah
(UMS) pada 7 Oktober 2013. Lawatan ini adalah lawatan dua dalam satu yang mana
menggabungkan program BIG dan aktiviti kursus SCE 3112 Pengurusan Makmal
Sains dan Sumber. Program ini disertai oleh seramai 17 orang pelajar unit PISMP
Sains Januari 2011 dan 3 orang guru iaitu Pn. Ainon bt Hadim, tutor unit PISMP
Sains Januari 2011 serta Pn Low Kee Sun dan En. Tan Cho Chiew, pensyarah
kursus SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber.
Pengalaman yang sangat berharga yang saya perolehi di dalam BIG kali ini
ialah kami berpeluang untuk melihat bagaimana sebuah institusi yang besar
menjalankan pengawetan spesimen sama ada spesimen basah mahupun kering.
Ilmu pengawetan ini amat berguna bagi kami sebagai bakal guru sains kelak. Kami
amat beruntung kerana telah diberi tunjuk ajar oleh pegawai sains yang amat
berpengalaman dan berpengetahuan yang luas dalam bidang pengawetan. Selain
itu kami berpeluang melihat pengurusan pelbagai koleksi spesimen yang telah
diawet.

Gambar 2: Kumpulan kami yang terdiri daripada Pui Chaw Min, Nur Farhana binti Sairin, Nur Izyan
Shafinaz binti Aznan, dan saya sendiri sedang mengawet kelawar dibantu oleh pegawai yang bertugas.

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Kesimpulan bagi lawatan benchmarking ini ialah saya secara peribadi dapat
meluaskan lagi pedagogi pengetahuan isi kandungan bagi subjek sains. Ilmu yang
diperolehi ini sangat membantu saya dalam proses membina peribadi insan guru
yang diharapkan dalam profesion keguruan.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6, Siri 2


Pada 22 Oktober2013, kami telah menjalankan BIG Fasa 6 bagi siri yang
kedua iaitu Bengkel Penulisan Reflektif yang telah disampaikan oleh En. Amidy
Malagob, pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Bengkel ini telah dihadiri oleh
semua unit semester 6 PISMP Ambilan 2011 yang terdiri daripada unit Sains,
Pengajian Agama Islam, TESL, Bahasa Melayu, Pengajian Sosial, dan Pendidikan
Jasmani.
Secara keseluruhan, saya telah mendapat input yang banyak melalui bengkel
penulisan reflektif ini. Penulisan reflektif sangat penting bagi menjadikan sebarang
aktiviti atau program yang dijalankan adalah bermakna. Refleksi yang disediakan
untuk sebarang aktiviti yang dilakukan menjadi dokumen rujukan pada masa akan
datang bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan aktiviti tersebut. Selain daripada
itu, cadangan penambahbaikan yang disediakan untuk aktiviti yang terlibat juga
dapat menjadi rujukan agar masalah yang dihadapi pada penganjuran aktiviti masa
lalu dapat dikenal pasti dan dapat diatasi agar dapat membantu melancarkan aktiviti
seumpamanya pada masa akan datang.
Kesimpulannya, aktiviti BIG ini amat penting untuk membentuk jati diri guru
dalam diri setiap guru pelatih. Ini seterusnya dapat melahirkan guru yang kompeten
dalam profesion keguruan yang semakin mencabar seiring dengan peredaran
zaman moden masa kini.

ELVE EUZILA YAN DULIAN


PISMP SAINS JAN 2011

You might also like