You are on page 1of 20

800731125065001

HBHE3202SMP

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER
TAHUN 2014

HBHE3203SMP

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI

800731125065001

NO. KAD PENGENALAN

899731-12-5065

NO. TELEFON

0138516913

E-MEL

baden@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PP KENINGAU

HBHE3203SMP

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka surat

Isi Kandungan

Penghargaan

1.0 PENGENALAN

2.0 TEKS CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN


DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

3.0 BORANG PEMANTAUAN TAHAP KEBERSIHAN DAN


KESELAMATAN DI SEKOLAH

3.1 Borang Pemantauan Persekitaran Sekolah

3.2 Borang Pemantauan Kantin Sekolah

3.3 Borang Pemantauan Makmal Sains Sekolah

3.4 Borang Pemantauan Bangunan Sekolah

10

3.5 Borang Pemantauan Bilik Darjah

10

4.0 LAPORAN ANALISIS PEMANTAUAN

11

4.1 Analisis Pemantauan Persekitaran sekolah

11

4.2 Analisis Pemantauan Kantin Sekolah

12

4.3 Analisis Pemantauan Makmal Sains Sekolah

13

4.4 Analisis Pemantauan Bangunan Sekolah

14

4.5 Analisis Pemantauan Bilik Darjah

15

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


5.1 Komitmen Penuh Dari Pihak Pentadbir.
5.2 Mewujudkan Hubungan Di Antara Sekolah Dan Masyarakat
5.3 Perbincangan Isu Kebersihan Dan Keselamatan.
5.4 Prosedur Dan Peraturan Diwujudkan.
5.5 Penyediaan Prasarana Dan Kawasan Selamat

16
16
16
17
17
17

6.0 KESIMPULAN

18

RUJUKAN

19

PENGHARGAAN

HBHE3203SMP

Syukur kepada Tuhan kerana berkat dan kurnia-Nya, saya telah dapat menyelesaikan
tugasan Bahasa Melayu untuk semester September 2014 dibawah tajuk HBHE3203
Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran. Tanpa bantuan dan berkat dari-Nya saya
mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan ini.
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada En Richard Kajim selaku Tutor bersemuka
dan En Chia Chiow Ming selaku e-Tutor saya dalam subjek ini kerana komitmen,
kerjasama, kesungguhan dan sumbangan yang diberikan dalam usaha mendapatkan data,
maklumat dan bahan ilmiah untuk menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) yang telah memberi peluang kepada saya melanjutkan pengajian saya di
universiti ini.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya, isteri saya Brenda
Latimah Manal yang sangat memahami keadaan saya semasa melaksanakan tugasan saya
ini. Kepada anak-anak saya, kamulah pemberi semangat kepada saya untuk berjuang
untuk memajukan diri dan sekaligus memberikan kekuatan kepada saya untuk
menyelesaikan tugasan ini.
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dalam pengajian ini, terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan di atas tunjuk ajar, maklumat, dan dorongan yang diberikan semasa
proses melaksanakan tugasan ini. Kerja sama kalian tidak akan saya lupakan. Samasamalah kita berjuang untuk mempertingkatkan kemahiran dalam diri masing-masing
dalam menempuh era perubahan global yang mendatang.
Sekian.
Baden Florentius Iwid.
Pelajar Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

1.0 PENGENALAN
2

HBHE3203SMP

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan


manusia. Sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan manusia. Bermula dengan tahap pertengahan kanakkanak, individu diberikan didikan formal di sekolah. Tujuan utama kanak-kanak
ditempatkan di institusi formal ini untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan
spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang
dianggotainya. Untuk merealisasikan tujuan ini ia bermula dengan aspek yang utama di
sekolah iaitu aspek kebersihan dan keselamatan sekolah. Kedua-dua aspek ini harus
diutamakan agar proses perkembangan dan pendidikan dapat diberikan dengan sempurna.
Menurut Shamsiah Mohd Amin (2005), amalan kebersihan dan keselamatan sekolah
menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan
selamat. Sekolah yang bersih dan selamat adalah sekolah yang ceria, indah dan wangi,
tanpa contengan, sampah, sawang, tidak berbau busuk, berhabuk dan berlumut. Pada
waktu yang sama, kemudahan sekolah juga perlu dijaga dan diselenggarakan dengan baik
agar terus berfungsi. Sekolah juga perlu selamat dan tidak menjadi tempat pembiakan
serangga atau haiwan perosak dan membahayakan.
Menurut Stephens (1996), sekolah merupakan tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan
guru dapat mengajar dalam suasana selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan.
Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan semangat
dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Hussien Mahmood (1993), berpendapat kunci
bagi sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan nilai ramah
mesra dan wujudnya persekitaran yang sentiasa memberikan sokongan. Sesungguhnya
satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia perlulah adil
dan dilaksanakan secara berterusan.
Dalam tugasan ini, pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan aspek-aspek kajian seperti
berikut:
i.

Menyediakan teks ceramah berkaitan kepentingan amalan kebersihan dan


keselamatan di sekolah.
3

HBHE3203SMP

ii.

Menyediakan lima set borang maklum balas dalam bentuk skala likert bagi

iii.
iv.

meninjau tahap kebersihan dan keselamatan beberapa lokasi di sekolah.


Menyediakan laporan analisis menggunakan aplikasi MS Word dan MS Excel.
Membuat cadangan pencegahan dan penambahbaikan sebagai panduan untuk
menghindari kemalangan dan penyakit.

2.0 TEKS CERAMAH


Selamat pagi, salam sejahtera dan salam ceria. Yang berusaha, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Lintuhun Baru, selaku Penasihat Program Sekolahku, Rumahku, yang
4

HBHE3203SMP

dihormati ahli-ahli jawatankuasa program Sekolahku Rumahku, guru-guru, ibu


bapa serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan
kerana pada pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam program
Sekolahku, Rumahku yang sangat bermanfaat kepada kita semua sebagai warga
sekolah. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah kepentingan amalan
kebersihan dan keselamatan sekolah.
Sidang hadirin dan hadirat sekalian,
Sekolah merupakan satu institusi formal yang terpenting yang banyak
mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Persekitaran sekolah yang
ceria, bersih dan selamat harus diwujudkan agar semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Program ini menekankan
aspek kebersihan dan keselamatan demi kebaikan semua warga sekolah sekaligus
membantu generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.
Para hadirin yang disayangi,
Memang tidak dinafikan, amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah ini
memberikan banyak manfaat kepada kita semua. Kawasan sekolah yang bersih dan
selamat akan mewujudkan suasana yang kondiusif kepada guru mahupun pelajar
dalam semasa dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa menghadapai sebarang
musibah. Sampah-sarap yang diuruskan dengan sempurna di dalam kelas memastikan
bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa. Kemudahan asas seperti kerusi, meja
dan infrastruktur kelas yang selamat digunakan membolehkan tumpuan pelajarpelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu sekaligus memudahkan penguasaan
pelajaran dengan lebih berkesan.
Sidang hadirin sekalian.
Kebersihan dan keselamatan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan dapat
mengharumkan nama sekolah. Kawasan sekolah yang bebas daripada kecelakaan dan
kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa,
pelawat mahupun masyarakat luar. Aspek ini juga akan menunjukkan bertapa
bertanggungjawabnya bahagian pentadbiran sekolah sehinggakan sekolahnya
mengharunkan namanya. Sekolah yang memiliki kawasan yang bersih dan
5

HBHE3203SMP

mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi akan menjadi contoh kepada sekolahsekolah terdekat dan sekaligus amalan ini akan menjadi panduan kepada sekolahsekolah tersebut berikutan kejayaannya di sekolah ini.
Sidang hadirin yang dihormati,
Amalan kebersihan dan keselamatan juga perlu untuk mengelakkan penularan
penyakit khususnya dalam sekolah. Antara penyakit yang biasa dihadapi oleh
kebanyakan sekolah adalah penyakit denggi. Kawasan sekolah yang bebas dengan
sampah-sarap yang boleh bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggi yang
membahayakan pelajar-pelajar kita. Longkang-longkang yang tersumbat dan
penyaliran air kumbahan perlu diselenggara agar tidak ada lagi tempat pembiakan
nyamuk. Persekitaran sekolah yang selamat serta bebas dari ancaman binatang liar
yang berbahaya juga penting agar pelajar agar sentiasa selamat ketika berada di
sekolah. Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan selamat
daripada sebarang kemungkinan.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya, kawasan sekolah yang bersih dan selamat akan memudahkan dan
memberi peluang kepada pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti luar bilik
darjah dengan selamat. Mata pelajaran pendidikan jasmani, aktiviti ko-kurikulum,
serta sukan sekolah akan mudah dilaksanakan khususnya di padang sekolah dan
lokasi berkaitan dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan musibah yang kita tidak
ingini berlaku. Dengan adanya suasana sekolah yang bersih dan selamat kita juga
akan dapat melaksanakan aktiviti yang melibatkan sekolah-sekolah lain seperti
perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan antara sekolah kerana
kesesuaian lokasi sekolah kita. Ini sekaligus membolehkan pelajar sekolah ini akan
menjadi lebih aktif dalam menyertai aktiviti luar bilik darjah dan menggalakkan
penglibatan semua murid dalam apa juga akiviti yang dilaksanakan sama ada dalam
bidang ko-kurikulum mahupun kurikulum.
Hadirin sekalian,
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berkerjasama agar amalan-amalan ini
akan sentiasa diteruskan dan bukannya hanya bersifat sementara sahaja. Kesedaran
6

HBHE3203SMP

dan kesungguhan dalam diri kita masing-masing harus ada demi memastikan amalan
ini dikekalkan. Semua pihak harus bertanggungjawap merealisasikan amalan ini, bak
kata pujangga Jiwa yang suci, terpancar daripada diri yang bersih. Justeru, marilah
kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita agar sentiasa bersih dan
selamat.
Sebelum saya menamatkan ceramah pada hari ini, saya percaya tentu sidang hadirin
sekalian kini sedang tertanya-tanya dalam diri sendiri. Antara persoalan yang mundarmandir di minda ialah dapatkah saya membantu merealisasikan amalan ini di
sekolah?. Mampukah saya membantu sekolah saya?. Jawapannya untuk kedua-dua
soalan ini ialah ya, kamu boleh membantu dengan keazaman dan tekad untuk berubah
serta berganding baru dalam memastikan amalan kebersihan dan keselamatan ini
menjadi satu amalan berterusan, bak kata pepatah Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Tepuk dada tanya selera.
Sekian, Terima Kasih.

3.0 BORANG PEMANTAUAN


Berikut dipaparkan borang pemantauan aspek menggunakan skala Likert. Diskripsi bagi
setiap pemantauan dan penilaian adalah seperti berikut:
1
2
3
4

: Sangat Tidak Setuju ( STS )


: Tidak Setuju ( TS )
: Setuju ( S )
: Sangat Setuju ( SS )

Borang-borang berikut saya gunakan untuk melaksanakan pemantauan dan penilaian di


Sekolah Kebangsaan Lintuhun Baru, Sabah. Antara lokasi-lokasi yang menjadi sasaran
pemantauan dan penilaian ini adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Persekitaran sekolah ( termasuk padang dan gelanggang ).


Kantin sekolah
Makmal sains
Bangunan sekolah, dan
Bilik darjah.
7

HBHE3203SMP

3.1 Borang Pemantauan Persekitaran Sekolah


Skala
Bi

Item Dinilai

ST

TS

SS

S
01

Kawasan sekolah di kelilingi dengan pagar


untuk keselamatan.

02

Persekitaran sekolah ceria, bersih dan selamat.

03

Kawasan padang sekolah sesuai dan selamat


untuk aktiviti.

04

Gelanggang permainan selamat digunakan.

05

Tidak ada binatang liar berkeliaran yang boleh


mengganggu warga sekolah.

3.2 Borang Pemantauan Kantin Sekolah


Skala
Bi

Item Dinilai

ST

TS

SS

S
01

Murid beratur ketika membeli makanan dan


minuman

02

Murid mencuci tangan menggunakan sabun


sebelum makan

03

Murid bersopan-santun dan mengamalkan


pekerti yang baik ketika berada di kantin.

04

Murid duduk dan makan di tempat yang

05

disediakan
Murid sentiasa menjaga kebersihan kantin
8

HBHE3203SMP

3.3 Borang Pemantauan Makmal Sekolah


Skala
Bi

Item Dinilai

ST

TS

SS

S
01

Prosedur Keselamatan makmal disediakan dan


dipatuhi oleh murid dan guru.

02

Infrastruktur makmal tersusun rapi dan selesa


untuk menggalakkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.

03

Susunan pendawaian komputer selamat dan


tidak membahayakan pelajar dan guru.

04

Guru sentiasa berada di makmal komputer


sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.

05

Makmal komputer dilengkapi dengan alat


pemadam api.

3.4 Borang Pemantauan Bangunan Sekolah


Bi

Item Dinilai

1
ST

S
01

Keadaan bangunan selamat digunakan dan


bebas dari unsur yang berbahaya seperti

02

retakan dan pereputan.


Kerosakan pada mana-mana bangunan sekolah

03

telah diperbaiki.
Penyelengaraan bangunan sekolah seperti

04

pengecatan semula bangunan lusuh dilakukan.


Pendawaian elektrik untuk semua bangunan
diselenggara dengan baik dan sentiasa
diperiksa.
9

Skala
2
3
TS

4
SS

HBHE3203SMP

05

Semua bangunan disediakan pemadam api


untuk digunakan semasa berlaku kebakaran di
mana-mana bangunan.

3.5 Borang Pemantauan Bilik Darjah


Bi

Skala
2
3

Item Dinilai

ST

TS

SS

S
01

Peraturan di dalam kelas disediakan untuk

02

panduan murid dan guru.


Kondusi bilik darjah ceria, bersih dan selamat

03
04

digunakan.
Pendawaian dalam bilik darjah selamat.
Susunan peralatan dalam bilik darjah seperti
meja murid, kerusi murid, meja guru dan
kerusi guru teratur untuk membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

05

dengan selesa.
Setiap bilik darjah dilengkapi dengan

kelengkapan pemadam api yang berfungsi.


4.0 ANALISIS PEMANTAUAN
Berikut merupakan laporan dapatan daripada pemantauan dan penilaian yang telah saya
laksanakan.
4.1 Analisis Pemantauan Persekitaran Sekolah
Bi

Perkara Dinilai

1
ST

Skala
2
3
TS

4
SS

S
01

Kawasan sekolah di kelilingi dengan pagar untuk

02
03
04
05

keselamatan.
Persekitaran sekolah ceria, bersih dan selamat.
Kawasan padang sekolah sesuai dan selamat untuk aktiviti.
Gelanggang permainan selamat digunakan.
Tidak ada binatang liar berkeliaran yang boleh mengganggu
10

/
/
/
/
/

HBHE3203SMP

warga sekolah.

Analisis Pemantauan Persekitaran Sekolah


6
4
Skala

2
0
1

Item Dinilai

Kelebihan yang dapat diperhatikan melalui pemantauan ini menunjukkan gelanggang


permainan amat selamat digunakan untuk pelbagai aktiviti. Persekitaran sekolah juga
amat ceria dengan banyak penanaman bunga pelbagai jenis dan bersih pada tahap yang
memuaskan. Kelemahan pula dikenalpasti melalui item pertama yang mana kawasan
sekolah mempunyai pagar yang telah uzur dan terdapat banyak koyakan. Ini
mengakibatkan terdapat binatang liar seperti anjing memasuki kawasan sekolah dan
mengganggu warga sekolah. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku
seperti serangan anjing yang berbahaya maka wajarlah pihak sekolah memohon bantuan
segera pemasangan pagar yang baru. Aspek-aspek yang juga perlu dipertingkatkan agar
sekolah lebih ceria, bersih dan selamat.
4.2 Analisis Pemantauan Kantin Sekolah
Bi

Perkara Dinilai

1
ST

Skala
2
3
TS

4
SS

S
01

Murid beratur ketika membeli makanan dan minuman

02

Murid mencuci tangan menggunakan sabun sebelum makan

03

Murid bersopan-santun dan mengamalkan pekerti yang baik

04
05

ketika berada di kantin.


Murid duduk dan makan di tempat yang disediakan
Murid sentiasa menjaga kebersihan kantin
11

/
/

HBHE3203SMP

Analisis Pemantauan Kantin Sekolah


6
4
Skala

2
0
1

Item Dinilai

Kelebihan yang dapat diperhatikan melalui pemantauan ini menunjukkan murid


mengamalkan kebersihan apabila sebelum mengambil dan memakan makanan murid
terlebih dahulu mencuci tangan di singki dengan sabun. Murid juga berjaya menunjukkan
sifat bersopan-santun dan mengamalkan pekerti yang baik ketika berada di kantin
sekolah. Kelemahan pula dikenalpasti melalui item pertama, keempat dan kelima iaitu
ada sebilangan murid yang tidak beratur ketika mengambil makanan. Terdapat juga murid
yang tidak makan di tempat yang disediakan dan bermain ketika makan. Murid juga
kurang mementingkan aspek kebersihan kantin dengan membiarkan sisa-sisa dan plastik
makan di atas meja dan di lantai kantin. Sebagai langkah penambahbaikan wajarlah pihak
sekolah menyediakan dan melakatkan peraturan di kantin agar murid dapat mempelajari
disiplin penggunaan kantin. Guru-guru juga harus sentiasa mengingatkan murid agar
sentiasa mematuhi peraturan yang telah disediakan.
4.3 Analisis Pemantauan Makmal Sains Sekolah
Bi

Item Dinilai

1
ST

Skala
2
3
TS

4
SS

S
01

Prosedur Keselamatan makmal disediakan dan dipatuhi oleh

02

murid dan guru.


Infrastruktur makmal tersusun rapi dan selesa untuk

03

menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.


Susunan pendawaian komputer selamat dan tidak

membahayakan pelajar dan guru.


12

HBHE3203SMP

04

Guru sentiasa berada di makmal komputer sepanjang masa

05

pengajaran dan pembelajaran.


Makmal komputer dilengkapi dengan alat pemadam api.

Analisis Pemantauan Makmal Komputer Sekolah


5
4
3
Skala 2
1
0
1

Item Dinilai

Analisis pemantauan makmal komputer menunjukkan semua item pada skala keempat.
Ini menunjukkan pihak sekolah memastikan semua aspek berkenaan dengan makmal
komputer diutamakan. Prosedur penggunaan makmal telah disediakan dan dipatuhi.
Infrastruktur makmal juga lengkap dan tersusun rapi. Guru juga sentiasa berada di
makmal komputer sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan tidak
ada perkara yang tidak diingini berlaku. Makmal komputer juga dilengkapi dengan alat
pemadam api jika berlaku litar pintas yang boleh membahayakan pelajar dan guru.
4.4 Analisis Pemantauan Bangunan Sekolah
Bi

Item Dinilai

1
ST

Skala
2
3
TS

S
01

Keadaan bangunan selamat digunakan dan bebas dari unsur

02
03

yang berbahaya seperti retakan dan pereputan.


Kerosakan pada mana-mana bangunan sekolah telah diperbaiki.
Penyelengaraan bangunan sekolah seperti pengecatan semula

04

bangunan lusuh dilakukan.


Pendawaian elektrik untuk semua bangunan diselenggara
13

/
/
/
/

4
SS

HBHE3203SMP

05

dengan baik dan sentiasa diperiksa.


Semua bangunan disediakan pemadam api untuk digunakan

semasa berlaku kebakaran di mana-mana bangunan.

Analisis Pemantauan Bangunan Sekolah


Item Dinilai
0

0.5

1.5

2.5

3.5

Skala

Bagi analisis pemantauan bangunan sekolah, kelebihan dapat diperhatikan pada di mana
kerosakan pada mana-mana bahagian yang rosak diperbaiki dan pengecatan semula
fizikal sekolah yng lusuh telah dilaksanakan. Namun terdapat kelemahan pada keadaan
bangunan yang menghadapi keretakan dan perebutan yang tidak dikesan menyebabkan
bangunan sekolah tidak selamat. Pendawaian elektrik juga menghadapi masalah kerana
masih menggunakan sistem pendawaian lama. Bangunan sekolah juga dilengkapi dengan
alat pemadam api yang tidak berfungsi dan tamat tempoh. Justeru itu, pihak sekolah
seharusnya peka terhadap infratruktur bangunan dan kemudahannya agar tidak
membahayakan warga sekolah terutamanya para pelajar dan guru-guru. Penyeliaan dan
penyelengaraan perlu dilakukan sekerap mungin untuk mengelakkan kecelakaan berlaku.
4.5 Analisis Pemantauan Bilik Darjah
Bi

Item Dinilai

1
ST

Skala
2
3
TS

S
01

Peraturan di dalam kelas disediakan untuk panduan murid dan

02
03
04

guru.
Kondusi bilik darjah ceria, bersih dan selamat digunakan.
Pendawaian dalam bilik darjah selamat.
Susunan peralatan dalam bilik darjah seperti meja murid, kerusi
murid, meja guru dan kerusi guru teratur untuk membolehkan
14

/
/
/
/

4
SS

HBHE3203SMP

05

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan selesa.


Setiap bilik darjah dilengkapi dengan kelengkapan pemadam

api yang berfungsi.

Analisis Pemantauan Bilik Darjah


4
Skala

2
0
1

Item Dinilai

Bagi analisis pemantauan bilik darjah pula, kelebihan dapat diperhatikan melalui inisiatif
sekolah menyediakan peraturan di dalam kelas untuk digunakan oleh murid dan guru.
Pendawaian elektrik didalam kelas juga berada pada tahap yang memuaskan. Susunan
peralatan dalam bilik darjah seperti meja murid, kerusi murid, meja guru dan kerusi guru
teratur untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan
baik dan selesa. Kelemahan dalam analisi ini dapat diperhatikan kondiusi bilik darajah
yang tidak ceria dan bersih kerana kurang bahan-bahan yang dapat membantu proses
pengajaran di samping terdapat sampah di atas lantai. Pemadam api yang disediakan di
dalam kelas juga dikesan tidak berfungsi lagi. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
pihak sekolah peka terhadap permasalahan yang terdapat di dalam bili darjah. Segala
kekurangan yang terdapat di dalam bilik darjah harus diperbaiki oleh pihak sekolah untuk
menjamin keselesaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.0 CADANGAN PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN.
Usaha mewujudkan sebuah sekolah yang mengamalkan amalan kebersihan dan
keselamatan yang sempurna sebenarnya sesuatu proses yang amat mudah. Untuk
mencapai kesempurnaan ini memerlukan penglibatan semua pihak. Terdapat beberapa
pendekatan yang boleh diterapkan untuk mencapai tujuan ini. Antaranya ialah:
5.1 Komitmen penuh daripada pihak pentadbir sekolah.

15

HBHE3203SMP

Menurut Hussien Mahmood (1993), pentadbir merupakan pemimpin yang


perlu mangamalkan ketelusan dalam melaksanakan tugas berlandaskan piawai
disiplin yang adil. Pentadbir perlu peka terhadap keperluan semasa pelajar
mahupun guru di dalam kawasan sekolah. Pentadbir perlu peka terhadap
berupaya menyelesaikan masalah yang terutamanya yang berkaitan dengan
aspek kebersihan dan keselamatan sekolah. Kepimpinan yang efektif yang
diamalkan oleh pentadbir selaku pengurus sekolah akan mewujudkan budaya
sekolah yang sempurna, sihat, ceria dan selamat.
5.2 Mewujudkan hubungan di antara sekolah dan masyarakat.
Menurut Necholson (1985), untuk mewujudkan sekolah yang selamat dan
bersih memerlukan penglibatan komuniti. Pihak sekolah disarankan agar
mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat dan
komuniti di persekitaran sekolah. Dengan adanya hubungan ini pihak sekolah
akan dapat berkerjasama dengan masyarakat dalam memastikan aktiviti
berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan dapat dipertimgkatkan. Aktiviti
gotong-royong boleh dilaksanakan untuk membersihkan kawasan sekolah
agar tidak membahayakan para pelajar dan meminimumkan risiko serangan
binatang berbahaya.
5.3 Perbincangan isu kebersihan dan keselamatan.
Perbincangan isu-isu kebersihan dan keselamatan sekolah perlu diterapkan
dalam pengajaran, peraturan, latihan dan amalan-amalan di sekolah. Pihak
sekolah perlu kreatif melaksanakan promosi kesihatan dan keselamatan
dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah, pameran, demonstrasi, pameran
poster dan peraturan kesihatan dan keselamatan dalam membantu kefahaman
dan kesedaran pelajar mengenai kebersihan dan keselamatan sekolah.
5.4 Prosedur dan peraturan diwujudkan.
Prosedur dan peraturan kebersihan dan keselamatan perlu diwujudkan di
lokasi-lokasi yang berisiko tinggi. Prosedur dan peraturan ini perlu dipatuhi
oleh semua warga sekolah terutamanya guru-guru dan pelajar-pelajar.
Perlaksanaan sistem ini perlulah dilaksanakan dengan tegas dan berterusan.
Dengan adanya prosedur dan peraturan kebersihan dan keselamatan maka kita
16

HBHE3203SMP

akan dapat meminimumkan risiko yang boleh menggangu keselamatan dan


juga menjamin aspek kebersihan. Selain itu, disiplin pelajar juga akan dapat
dipertingkatkan.
5.5 Penyediaan prasarana dan kawasan selamat.
Menurut Carolyn (1998), kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakantindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melaksanakan
peyeliaan berterusan dan menyediakan sistem kawalan khabar agin dalam
kawasan sekolah. Pihak sekolah perlu mempertingkatkan prasarana agar dapat
membolehkan guru-guru dan pelajar melaksana dan mengikuti pengajaran dan
pembelajaran. Kekurangan prasarana akan menyebabkan pelajar akan
menghadapi gangguan dalam pembelajaran kerana suasana yang tidak
kondiusif dan merimaskan. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun
kawasan, laluan dan jalan-jalan yang selalu digunakan seharian oleh pelajar
agar lebih terbuka dan selamat. Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah
menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Penyediaan pagar
di sekeliling sekolah, penyelengaraan dan penyeliaan bangunan dan
pemantauan infrastruktur seharusnya dilaksanakan sekerap yang boleh. Ini
membolehkan

tahap

keselamatan

dapat

dimaksimumkan

sepenuhnya

sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan penyakit.

6.0 KESIMPULAN
Amalan penjagaan kebersihan dan keselamatan khususnya di sekolah memerlukan
penglibatan semua pihak dalam menggalas tanggungjawab ini bersama-sama.
Bermula dari pihak pentadbir, guru, kaitangan sekolah serta murid harus tahu, sedar
dan faham apa yang perlu mereka lakukan ketika berada di kawasan sekolah. Pihak
sekolah wajar mewujudkan prosedur keselamatan terutama di kawasan berisiko tinggi
seperti persekitaran sekolah, kantin, makmal sains, bangunan sekolah, bilik darjah
dan sebagainya untuk memastikan agar tempat-tempat itu sentiasa berada dalam
kondusi yang terbaik dan terkawal.

17

HBHE3203SMP

Prosedur berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan perlu ada di setiap sekolah
untuk mewujudkan budaya bersih dan selamat secara berterusan dengan adanya
sokongan warga sekolah dan komuniti setempat. Ia juga sekaligus dapat
membangunkan kesedaran terhadap aspek kebersihan dan keselamatan dalam
menjadikan iklim sekolah yang kondiusif untuk perkembangan potensi individu
secara

menyeluruh

bertanggungjawab

dan

bersepadu.

mengingatkan

Pihak

murid-murid

pentadbir
agar

mahupun

patuh

kepada

guru-guru
prosedur

kebersihan yang telah diletakkan dan ditampal di kawasan-kawasan yang strategik.


Pengawasan sepanjang masa perlu dilakukan agar peraturan-peraturan tersebut tidak
diingkari.
Selain itu, sekolah juga berperanan untuk menyebarkan maklumat dan
pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari
semasa ke semasa sama ada melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau
edaran artikel yang berkaitan. Guru perlu sentiasa mengingatkan murid-murid dengan
mematuhi tentang amalan kebersihan dan keselamatan agar murid faham dengan
lebih jelas. Pihak sekolah juga perlu memastikan segala kemudahan dan prasarana
yang terdapat di sekolah dalam keadaan yang baik dan selamat. Kesimpulannya,
pihak sekolah harus sedar bahawa langkah-langkah amalan kebersihan dan
keselamatan amat penting untuk memastikan segala aktiviti yang berlaku di sekolah
berjalan lancar dan sentiasa dalam keadaan yang aman dan harmoni.
( 3105 patah perkataan )
RUJUKAN
Borhan Yusof.et.al. (2103). HBHE3103: Gaya Hidup Sihat.
Selangor.

Meteor Doc.Sdn Bhd.

Carolyn, R.Pool (1998). A Safe And Caring Place. Jurnal Association for Supervision and
Curriculum Developmental.Vol.21, 1998.
Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

18

HBHE3203SMP

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Program 3K : Keselamatan, Kesihatan dan


Keceriaan.
Diperolehi
pada
18
September
2014,
dari
http://www.moe.gov.my/v/program-3k
Mohd Noorazam Abdul Razak.et.al.(2011).HBHE 3203: Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran. Meteor Doc.Sdn Bhd. Selangor.
Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). Safe Schools: You Cant Do It Alone.
Phi Delta Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496.
Norazan Che Lan. (2013). HBHE2103: Program Bersepadu Sekolah Sihat. Meteor
Doc.Sdn Bhd. Selangor.
Omar Zakaria. (2006). HBEF2303 : Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Meteor
Doc.Sdn Bhd. Selangor.
Ronald, D. Stephens. (1996). The Art of Safe School Planning: 40 ways to Manage and
Control Student Discruiton. AASA. Number 2, Volume 53.
Shamsiah Mohd Amin. (2005). Seminar Pendidikan UTM: Konsep Dan Perlaksanaan
Sekolah Selamat.
Diperolehi pada 27 Oktober 2014 , dari
http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf

19

You might also like