You are on page 1of 2

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga

saya menyempurnakan kerja kursus PSV3073 Pendidikan Seni Visual ini dengan penuh
jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh En. Zahidi bin Khamis dan beliau merupakan orang
yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk
menyiapkan 3 tugasan iaitu menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
menyediakan Bahan Bantu Mangajar (BBM) dan folio berproses.
Langkah

pertama

dimulakan

apabila

arahan

tugasan

diberikan

iaitu

menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) berkaitan dengan Bahan Bantu


Mengajar yang akan dibuat nanti. Tugasan pertama ini tidak terlalu rumit kerana
terdapat banyak contoh-contoh RPH yang boleh di dapati di dalam internet. Saya juga
telah menggunakan media ini sebagai rujukan untuk menghasilkan RPH seni ini. Selain
itu, saya juga merujuk kepada guru seni di sekolah saya dan juga medium buku sebagai
rujukan

sampingan.

Saya

tidak

mempunyai

pengalaman

di

dalam

mengajar

matapelajaran Pendidikan Seni Visual apatah lagi membuat RPH seni, setelah
melakukan tugasan pertama ini, sedikit sebanyak ia memberi pengalaman kepada saya
bagaimana untuk menghasilkan satu RPH seni yang tersusun dan mengikut spesifikasi
yang diberikan.
Manakala, bagi tugasan yang kedua. Saya dikehendaki membuat satu Bahan
Bantu Mengajar (BBM) samada di dalam bentuk 2D atau 3D. Saya telah memilih untuk
membuat BBM berbentuk 3D iaitu diorama hidupan laut. Pada mulanya, saya
menganggap tugasan ini adalah berat dan saya sangsi samada saya mampu
melakukannya atau tidak tetapi Alhamdullilah, saya berjaya menyiapkan BBM ini. Apa
yang saya dapati, semasa melaksanakan tugasan ini, ia menyeronokan walaupun ia
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya kerana untuk menghasilkan
diorama, ia memerlukan proses yang agak lama. Saya telah membahagi masa sebaik
mungkin bagi tugasan ini. Selain itu, ia memerlukan kesabaran, ketelitian dan
kekemasan. Cuma apa yang saya dapati, hasil karya saya tidaklah kemas seperti yang
dikehendaki.

Setiap proses menghasilkan diorama hidupan laut ini hendaklah di rekodkan


atau di ambil bukti gambar kerana ia berkaitan dengan tugasan saya yang ketiga iaitu,
menghasilkan satu folio berproses mengenai BBM yang saya telah buat sebelum ini.
Alhamdullilah, semasa saya di tahun yang ketiga, saya telah menimba pengalaman di
dalam menghasilkan folio berproses ini di bawah bimbingan En. Rousliludin bin Ambia.
Jesteru itu, saya menggunakan pengalaman yang sedia ada pada saya bagi
melaksanakan folio berproses ini. Maklumat-maklumat tambahan seperti gambargambar serta penerangan yang berkaitan diorama digunakan sebagai maklumat di
dalam folio ini. Saya melaksanakan aktiviti penerokaan yang menjana idea saya bagi
menggunakan alat, media dan teknik di dalam penghasilan diorama saya. Seterusnya
saya menganalisis setiap teknik dan penggunaan media yang bertepatan dengan karya
saya. Kemudian, saya membuat pengolahan gambar untuk dijadikan perkembangan
idea. Saya mengambil beberapa langkah yang dijadikan perkembangan idea dan
digabungkan menjadi satu perkembangan idea yang baru. Daripada perkembangan idea
tersebut, saya menzahirkan perkembangan idea tersebut sehingga hasil karya saya
siap.
Berinteraksi di dalam kelas ternyata tidak mencukupi bagi menyiapkan projek ini
kerana soalan-soalan sering keluar di benak fikiran sentiasa membelenggu saya di
dalam menyiapkan projek ini. Di atas usaha En. Zahidi, beliau telah berjaya membina
satu blog yang khas bagi kami berinterkasi untuk kami mengajukan soalan-soalan yang
berkaitan dengan dengan projek kami. Ternyata, di dalam blog beliau banyak maklumat
dan contoh-contoh yang diberi dan soalan-soalan yang diajukan juga terjawab.
Segala ilmu dan maklumat yang saya perolehi sepanjang menyempurnakan
tugasan ini sangat berguna dan membantu saya untuk lebih memahami berkaitan
dengan penghasilan RPH seni, BBM dan folio berproses. Alhamdulillah, saya berjaya
juga menyempurnakan tugasan saya walaupun saya tidak mempunyai asas seni visual.
Ternyata melihat karya yang dihasilkan oleh orang lain lebih mudah berbanding
melakukannya sendiri. Kini saya mula belajar betapa susahnya untuk menyiapkan
sesebuah karya. Usah memandang remeh dalam penghasilan sesebuah karya kerana
ianya merupakan kerja yang amat rumit dan memerlukan ketelitian serta kesabaran
yang tinggi supaya karya yang bakal terhasil nanti mempunyai kualiti yang terbaik.

You might also like