You are on page 1of 30

MENGENAL KRAF

TRADISIONAL

Anyaman

Definisi Anyaman
Anyamanbermaksud proses

menyilangkan bahan-bahan daripada


tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh,
pandan, mengkuang, jut dan sebagainya.

Bahan yang boleh dibuat Anyaman

Rotan

Bemba
n

Lidi

Buluh

Mengkuang

PROSES MENYEDIAKKAN BAHAN

TEKNIK DAN PROSES MENGANYAM TIKAR MENGKUANG/PANDAN

MELAGANG
- Dikenali sebagai proses
menaja
- Lagang ialah tulang
sesuatu ciptaan anyaman
-setiap bilah daun dibentuk
seperti huruf v
ditengahnya, iaitu tempat
anyaman bermula.

MENGANYAM
-anyaman tengah:
dilakukan di tengah
atau badan sesuatu
anyaman
-daun diselang selikan
secara menegak dan
melintang dengan
sehelai diatas dan
sehelai di bawah
Mengepai- proses
mematikan tepi
anyaman tikar supaya
tidak terburai

PEPEH ATAU LEPIH


-dikenali sebagai
anyaman mati di
tepi tikar untuk
mengakhiri kerja
anyaman

SISIP
- Proses
mengelakkan
anyaman daripada
terburai
- Alat penyisip
diperbuat daripada
buluh

Kelarai
Kelarai adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman.
Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai.
Kelarai dapat digubah secara tersusun tunggal atau tersusun

dalam ruang tertentu


Anyaman kelarai hanya memerlukan dua warna yang kontra
untuk menunjukkan kesannya.
Penghasilan kelarai dirancang terlebih dahulu dengan
menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Pembentukan kelarai dilakukan serentak dengan proses anyaman.
Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau
ghadas.

JENIS KELARAI
KELARAI BERASASKAN FLORA

Kelarai bunga
Cina

Kelarai bunga
durian

Kelarai bunga
cengkih

Kelarai bunga
ator

KELARAI BERASASKAN FAUNA

Kelarai buntut
siput

Kelarai mata
bilis

Kelarai siku
keluang

Kelarai kepala
lalat

KELARAI BERASASKAN

GEOMETRI

Kelarai anyaman
gila

Kelarai tulang
belut

Kelarai pecah
lapan

KELARAI BERASASKAN
ABSTRAK

Kelarai bunga
api

Kelarai madu
manis

Kelarai titik
hujan

Corak
Corak ialah susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau

ghadas tanpa kelarai.


Corak kelihatan terlebih rumit daripada kelarai walaupon
teknik menganyam yang digunakan adalah seragam.
Corak mengutamakan jalinan pelbagai warna.
Corak biasanya dijalin secara berselang-seli sehingga
meninggalakan kesan geometri asli.
Beraneka corak dapat dihasilkan dan corak-corak ini
dibezakan mengikut bentuk dan penyelangan warna.
Lazimnya warna yang berkontra digunakan untuk
mendapatkan hasil yang menarik.

Contoh-contoh anyaman

Anyaman lidi

Anyaman
mengkuang

Anyaman rotan

Anyaman daun
pandan

Anyaman daun sal

Anyaman buluh

Tokoh- tokoh penting.


Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944.


Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman,
iaitu tempat penghasilan kraftangan
anyaman yang terkenal. Puan Aminah
merupakan tokoh kraf anyaman yang telah
dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia.
Pada tahun 1982 beliau memenangi
tempat pertama dalam pertandingan
Pertukangan tangan sezaman anjuran
muzium Negara. Hingga kini beliau masih
aktif sebagai seorang ahli kraftangan
anyaman.

Tokoh tokoh penting


Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai


Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak
harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Pengenalan Seni Visual

Mengenal Kraf Tradisional

SEJARAH BATIK

Batik adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional yang sangat unik
dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu.
Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang
tinggi.
Pada masa dahulu, ubi kentang digunakan sebagai alat pengecap tetapi kini
pengusaha kain batik menggunakan alat-alat moden.
Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud
menitik atau menulis titik-titik.
Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam
Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak
tahun 1770-an lagi.
Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah
perkembangan perusahaan batik tanah air.
Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain
yang digunakan untuk membuat batik dinamakan kain pelangi iaitu kain sutera
tiruan yang diimport dari Negara Siam.

Terdapat 4 jenis batik, iaitu batik blok, batik lukis, batik skin dan batik pelangi.
Batik Blok

Dikenali juga dengan batik terap atau batik cap.


Blok penerap dinamakan sarang diperbuat daripada bahan keluli dan juga kayu. Kain
putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan sarang yang telah
dibentuk. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu
sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam lilin
yang telah dicampurkan dengan bahan seperti resin sebelum ditekapkan di atas kain
tersebut.

PEMPROSESAN BATIK
BLOK

Batik Conteng / Batik Lukis

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain
putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian
corak dilakukan dengan menggunakan berus warna, dimana bahagian-bahagian
yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses
mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagianbahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan
conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang
berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster
yang berpengidang.Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan
dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara
begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk
mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu
warna sahaja.

PEMPROSESAN BATIK
CONTENG/ LUKIS

Batik Pelangi
Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh

Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793
1808)
Ia disebut juga sebagai kain rawa Ia digunakan sebagai tudung / selendang serta
menjadi pelengkap atau eksesori pakaian
Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup
Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang
penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna
pada kain

Motif dan corak kain batik

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk
motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan MotifGeometrik. Motif Organik
berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Ayam
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
Contoh Motif Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas

kain batik tersebut.


Antara corak-corak yang sering digunakan dalam penghasilan kain batik ialah:
1.Corak
2.Corak
3.Corak
4.Corak
5.Corak
6.Corak
7.Corak
8.Corak

Berdiri
Jalur
Melintang
Menyeluruh
Menyerong
Tompok-tompok
Ulangan Batu-bata
Ulangan/Selang seli

Bahan dan alat


Canting
Pemidang
Berus
Periuk
Kuali atau bekas
Dapur
Kain putih (fabrik yang sesuai)
Campuran lilin (lilin + resin)
Bahan pewarna
Bahan pemati warna (fixer)
Debu soda (soda ash)

Tamat

You might also like