You are on page 1of 3

Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dimana melalui pelaksanaannya akan


melatih pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang
menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya
serta kecemerlangan perkhidmatan. Program Bina Insan Guru semester
keenam ini secara ringkasnya adalah merupakan sebuah lawatan penanda
aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru cemerlang dan
diajalankan atas beberapa rasional, antaranya supaya guru pelatih semester
enam memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara
perlaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta menghayati budaya
kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan
seharian.

6.2 KEKUATAN

Selama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat
dua faktor utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor
pertama terletak pada pemilihan guru cemerlang. Pemilihan guru cemerlang
untuk program Program Bina Insan Guru kali ini, bdul Latif merupakan
penerima anugerah cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan
2009 sebagai guru Pendidikan Khas. beliau juga merupakan seorang Jurulatih
Utama Pendidikan Khas pada peringkat kebangsaan. Ilmu yang dicurahkan
beliau sebagai seorang guru yang pernah menuntut di University of Monash,
Australia dalam bidang Pendidikan Khas amatlah bertepatan kepada kami
bakal-bakal guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, sikap
dedikasi dan komited serta pengalaman beliau selaku bapa yang
mempunyai anak penghidap Autisme ini telah memberikan kami inspirasi
untuk menyumbangkan tenaga bagi membolehkan kanak-kanak istimewa
menerima peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal lain.

Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi kami yang


masih mentah dalam bidang keguruan.

Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina
Insan Guru kali ini. Program yang dinamakan sebagai Interaksi Profesional
dengan Guru Cemerlang mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan
sistematik. Semua aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Tambahan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, guru-guru pelatih
telah menerima input-input yang berguna berkaitan dengan dunia
Pendidikan Khas. Contohnya berkaitan Program terapi yang telah diasaskan
oleh penceramah program iaitu Bilik Snoozelen yang amat berfaedah kepada
murid-murid khas dimana ia merupakan satu program yang unik yang hanya
terdapat di sebuah sekolah di Malaysia

6.4 CADANGAN

Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada
kali ini adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi
supaya lebih banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan
semasa berkhidmat sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan
dalam diri masing-masing.

You might also like