You are on page 1of 51

Kepelbagaian Sosiobudaya

Kepelbagaian
Sosio-budaya
ADAT RESAM

Apakah Adat Resam?


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan

Ketiga Edisi Ketiga 1997:


~ Adat pearaturan yang sudah diamalkan
turun temurun (sejak dahulu kala) di
dalam sesuatu masyarakat (sehingga
merupakan hukum dan peraturan yang
harus dipatuhi).
~ Resam adat kebiasaan, aturan aturan
yang menjadi adat.

Beri contoh
adat resam
pelbagai kaum
di Malaysia

Kaum
Melayu

Adat amat penting bagi masyarakat

Melayu peribahasa Biar mati anak,


jangan mati adat.
Tata perlakuan dalam adat resam
masyarakat Melayu banyak dipegaruhi
oleh adat yang diwarisi dari budaya
Hindu yang disesuaikan mengikut unsur
unsur Islam.
Masyarakat Melayu sangat berpegang
teguh dengan adat resam kerana ia
dipercayai mempunyai kesan dalam
kehidupan.

Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan

Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap


pasangan suami isteri.
Bagi masyarakat Melayu yang rata
ratanya beragama Islam, adalah dipercayai
setiap anak yang dilahirkan mempunyai
rezekinya masing masing.
Oleh itu, setiap kelahiran itu perlu
disyukuri.

Perkahwinan
Orang Melayu melakukan perkahwinan monogami

dan poligami.
Bentuk perkahwinan endogami (pipit sama pipit,
enggang sama enggang), eksogami juga terjadi,
malah di sebahagian tempat diutamakan.
Perkahwinan campur juga ada tetapi tidak begitu
popular.
Semua perkahwinan Melayu dijalankan mengikut
peraturan dan undang undang perkahwinan
Islam.

Kematian
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu

dimuliakan dan dihormati daripada jasad


yang hidup.
Bagi masyarakat Melayu yang rata

ratanya beragama Islam, kewajipan


menguruskan mayat saudara sesama Islam
adalah fardu kifayah.

Kaum
Cina

Masyarakat Cina mempunyai adat

resam yang agak unik.


Kehidupan seharian mereka yang

dipengaruhi oleh persekitaran dan


alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib.

Dalam pelbagai perkara, tukang tilik

mempunyai peranan yang besar sebagai


pakar rujuk dalam hal hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
Adat resam ini diamalkan secara berbeza

beza mengikut kaum kaum tertentu


dalam masyarakat Cina.
Berikut merangkumi adat resam

masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Kelahiran
Sewaktu mengandung
Ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita

mengandung dan bukannya suami.


Masyarakat Cina amat mementingkan anak
lelaki.
Melanjutkan keturunan mereka melalui
pewarisan nenek moyang.

Memastikan bayi yang bakal lahir selamat

dan sempurna.

Ibu mengandung:

Tidak dibenarkan melakukan kerja kerja seperti

memaku dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami


kecacatan.
Tidak mengeluarkan kata kata kesat dan dilarang
memukul binatang menghindari bayi dari terkena
badi.
Dilarang memberi nama kepada bayi yang belum
lahir mengelakkan perasaan kecewa apabila
harapan tidak tercapai.
Tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut
mereka bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat
yang manja.
Tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi
akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu
sukar untuk bersalin.

Selepas lahir
Berpantang
Berpantang selama 40 hari.
Ibu tidak boleh mandi air sejuk dibimbangi masuk
angin.
Pusat bayi diikat dan dililit dengan sehelai kain pada
perutnya mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan
mengeringkan tali pusat.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan
sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam
dalam masakan mereka.
Arak itu dimasukkan bersama sama ayam, halia dan
lada, kemudiannya digoreng.
Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angian daripada badan wanita yang
bersalin dan menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Mengadakan kenduri apabila bayi berumur sebulan.


Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah

dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta


telur yang diwarnai merah diberikan kepada
saudara mara.
Dibalas dengan hadiah berupa pakaian bayi dan pati
ayam untuk para ibu.

Mencukur rambut

Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu

dicukur untuk menumbuhi rambut baru.


Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran
orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi nama

Nama yang diberi harus mengandungi


maksud yang baik seperti lambang kekayaan
dan kesejahteraan.
Nama yang diberikan patut mempunyai
timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.
Nama mesti mempunyai lima unsur iaitu
emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.

Perkahwinan
4 peringkat:
Merisik
Meminang
Bertunang
Majlis perkahwinan

Merisik
Untuk mengetahui latar belakang gadis yang

dihajati (nama, keturunan, peribadi, watak &


tingkah laku)

Sebahagian masyarakat Cina gemar mengadakan

perbincangan di restoran dengan disertai saudara


mara.

Tradisi makan bersama mengeratkan hubungan

kedua dua belah keluarga.

Perbincangan berkenaan perkara umum: latar

belakang keluarga, asal keturunan.

Meminang
1 wakil ke rumah si gadis berbincang dengan

ibu (pihak perempuan) tentang jumlah mas


kahwin, peruntukan meja dalam jamuan, hari
perkahwinan.
Pihak lelaki tidak tawar menawar. (jatuh

maruah)
Setuju beritahu kedua ibu bapa pihak lelaki

bincang dengan anak. (untuk menyediakan


segala permintaan)

Bertunang
Mengikut kalendar Cina (tukang tilik & buku Toong-Su)
Bakal pengantin lelaki ke rumah perempuan untuk

tunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin (jari manis kiri), mas kahwin

(sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan


wang tunai.)
Beritahu keluarga perempuan tarikh kahwin dan

rundingan dibuat dengan pengantin perempuan.


> banyak mas kahwin, > tinggi martabat kedudukan pihak

lelaki.

Majlis Perkahwinan
Dilangsungkan setelah 1 tahun bertunang / ikut

tempoh.
Kematian ahli keluarga: mesti tangguh ke tahun

depan / 100 hari.


Dahulu: pakaian pengantin

~ kain sutera disulam benang emas & aksesori.


~ putih/merah/kuning (hitam/biru/kelabu dilarang)
Minta restu kedua dua mertua (upacara minum

teh)

Kematian
Semasa kematian:
Mayat dimandikan, dibersihkan, minyak

wangi, disolek, pakaian cantik.


Keranda kayu ukir yang cantik
Ahli keluarga hendak menangis terutama di
ruang tamu.
Tidak mengungkit keburukan si mati roh
tenteram.

Semasa Pengebumian
Liang lahad perlu besar untuk dimasukkan pelbagai

harta milik si mati.


Kawasan perkuburan yang strategik penting:
Lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi.
Lebih baik terletak di kawasan yang tinggi.

Berhampiran jalan raya (memudahkan roh menemui jalan

pulang)
Dihias menarik (ukiran, warna, bentuk) lambang
kekayaan si mati ketika hidup.
Kubur / jirat yang besar dan berbentuk menarik
lambang kemewahan.

Selepas Kematian
Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung.
Baju hitam dipakai beberapa hari sehingga

hari perkabungan tamat.


Selepas itu, barulah pakaian warna lain boleh
dipakai.
Namun, bagi isteri yang kematian suami atau
suami yang kematian istero akan terus
memakai baju itu lebih lama sebagai
berkabung.

Kaum
India

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan


ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali
sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud
'perlindungan'.
Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi
bayi di dalam kandungan daripada kesukaran
semasa bersalin.

Ibu memakaikan gelang


emas kepada anak
perempuannya yang hamil.

Kunyit disapu pada


tangan dan pipi.

Ibu akan mengelilingkan beras


di atas kepala sebanyak 3 kali.

Suami akan menyuapkan manisan


kepada isterinya.

Sewaktu Bersalin
Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi


masyarakat India dimana ia akan dicatat
dengan tepat bagi menentukan bintang
bayi mengikut almanak Hindu. Bintang
bayi ini akan menentukan mental, fizikal
dan rohani bayi sehingga dewasa.

Membisikkan Nama Tuhan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau


sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi
mengenai agama Hindu akan membisikkan
Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan
di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah
untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama
Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia
bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi
tersebut.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu


bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Minyak savvennai yang merupakan campuran
minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga
kadangkala digunakan.
Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa
kecantikan dan supaya bayi tidak diserang
sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat
melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi
bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan
sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan
bertindak menjadi pelawas dalam sistem
penghadaman dan membantu tumbesaran bayi
tersebut.

Selepas Kelahiran
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital dibawa pulang ke rumah


pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke
rumah, upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala /
sebarang malapetaka dariapada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk
kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur
barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga
dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya, para cumanggali
akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut
dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan
anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari,


upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam
buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang
tertua yang arif tentang agama dan perkara
yang berkaitan dengan dewa-dewa.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan
almanak dengan mengikut tarikh kelahiran
bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek
moyang serta yang berkaitan dengan agama
Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana
nama yang dipilih ini akan mempengaruhi

Kematian

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai


konsep kelahiran semula, iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun
selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di
mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke
alam barzakh .
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar
atau dikebumikan. Untuk melaksanakan
upacara ini, pelbagai adat tertentu akan
dilakukan.

Sekiranya seseorang itu telah meninggal


dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan
sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman
vilakku dipasang dinyalakan.
Sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan
dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau
tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang.

Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati


perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat
perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat
dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan
mulut mayat juga perlu ditutup rapat.
Setelah itu, barulah si mati dibalut dengan
menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk
membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan
dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan
mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar

Untuk menunjukkan kesedihan, gambargambar yang tergantung diterbalikkan dan


barang-barang perhiasan dibawa keluar dari
ruang tamu.
Lagu-lagu suci seperti teevaaram,
tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan
serta diimainkan sehingga ke tanah
perkuburan. Tujuannya agar roh si mati
sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan


dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman
rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa
air dalam jumlah yang ganjil.
Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau
sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung
yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain
dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air
tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air
tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat.

Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan


untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.
Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan
diikuti oleh saudara mara terdekat.
Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu
minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan
sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan
oleh orang yang telah berumur.
Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan
pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan
dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan
itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah

Perkahwinan

Adat yang dilakukan untuk menghormati dan


mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa
yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang
air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak
kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi
hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)
dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali
dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di
dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan
ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira


sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya
seperti masa yang baik untuk melangsungkan
perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal,
pemberian manisan, hadiah, penghormatan
kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang,
jamuan perkahwinan dan meroboh khemah
perkahwinan.

Kaum
Kelabit

1. Kepercayaan Animisme

Kepercayaan kepada semua benda seperti gunung,

bulit, busut, pokok kayu dan hutan.


Mempercayai semangat dan roh.

2. Bahan Hiasan

Seperti tatu, anting-anting dan rantai


melambangkan kecantikan.
Melukis tatu dengan pelbagai corak yang mempunyai
makna tersendiri.
Lelaki akan dicucuk lubang di kedua-dua belah
telinga sejak kecil lagi seperti dalam gambar di atas.
Anting-anting yang berbeza melambang status yang
berbeza.
Anting-anting akan diwarisi secara turun-temurun.

Telinga menggantung gelang timah/

tembaga hingga telinga menjadi lanjut.


Pakai rantai dan pata semasa majlis
perkahwinan atau perayaan yang lain.
Lelaki berasa tampan semasa pakai rantai
kabo dan baju batik.
Parang panjang digantung pada pinggang.
Perempuan yang
memakai gelang
timah.
Dayang Aran yang
berumur 96 tahun
memakai pata (topi).

Sangat menghargai manik kaca yang berwarna

kebiru-biruan dan manik batu yang biru kehijauan.


Manik kaca yang bewarna biru muda, manik batu
atau permata merah dan manik tulang yang
berwarna oren hingga coklat tua adalah paling
dihargai.
Tetapi manik yang paling berharga ialah manik kaca
bersaiz besar yang berwarna biru kehijau-hijauan
yang pucat dan biru gelap.
Saling bertukar rantai dengan teman
bermaksud mereka kepunyaan antara
sesama lain.
Lukut (rosette beads)

Alai Maun (yellow


peanut beads)

Let Bayong (blue


barrel beads) with a
Kabo (red sead bead
bobble) at the end.

Orang
Kadazandusun

Kepercayaan
Pada zaman puntung berasap, mereka mengamalkan
kepercayaan animisme, Kinorohingan.
Yakin adanya syurga dan neraka.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan
dipercayai terdapat lima makhluk halus:

Kinoringan (Ketua makluk halus & Pencipta)


Rusod (semangat semua benda hidup kecuali
manusia)
Koududuwo (semangat manusia)
Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal)
Rogon (semangat jahat)

Pada masa kini, kebanyakan masyarakat


Kadazandusun adalah penganut agama Kristian.
Sebahagian daripada mereka juga beragama Islam.

Ketika ibu mengandung


Tidak boleh memotong sst benda,
suami tidak menggunting rambut anak itu akan panjang rambutnya dlm
kandungan.
ibu yang mengandung tidak makan buah
yang mengandungi air di dalamnya.
suami x mencucuk hidung kerbau /
lembu untuk dipasang tali - anak lahir
dengan bibir sumbing.

Sekian, terima kasih

You might also like