You are on page 1of 74

PANDUAN PENUBUHAN

PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA


Oleh : PgKB II Mohamad Yunus Abu

1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR


1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Bomba Dan
Penyelamat, Malaysia.
1.2 Alamat berdaftar Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
a) Peringkat Kebangsaan :
Bahagian Latihan,
Ibu Pejabat,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia,
Lebuh Wawasan, Persint 7,
60200 PUTRAJAYA.
b) Peringkat Negeri :
Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri.
c) Peringkat Daerah :
Balai Bomba Dan Penyelamat, Zon / Daerah
d) Peringkat Sekolah :
Sekolah Berkenaan
e) Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang di tentukan oleh Jawatan
Kuasa Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dari semasa ke semasa.

2. TUJUAN

Tujuan Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah :

2.1 Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah


pencegahan.
2.2 Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai
salah satu cara hidup.
2.3 Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri
serta bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat.
2.4 Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan
Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
2.5 Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
2.6 Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba Dan
Penyelamat sebagai kerjaya.

3. MOTO KADET BOMBA DAN


PENYELAMAT, MALAYSIA

4. LOGO
4.1 Bulan Bintang
Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai nilai murni diserapkan ke dalam
Kadet Bomba Dan Penyelamat.
4.2 Dua Rumpun Padi
Kerjasama antara Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat dengan Jabatan
Bomba Dan Penyelamat.
4.3 Helmet
Memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli.
4.4 Kapak
Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan antara ilmu
akademik dengan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah
kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda.
4.5 Warna
Kuning Emas Taat setia kepada Raja dan Negara.
4.6 Reka bentuk logo
Reka bentuk logo, seperti di Rajah 1.

Rajah 1 : Logo Kadet Bomba Dan


Penyelamat Malaysia

5. BENDERA
5.1 Bendera Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
terbentuk daripada segi empat tepat berwarna merah
(warna merah bendera bomba) tertera logo Kadet
Bomba di tengah-tengah segi empat.
5.2 Warna merah melambangkan keberanian dan
semangat jati diri yang tinggi di kalangan ahli Kadet
Bomba.
5.3 Logo berwarna kuning emas melambangkan taat setia
kepada raja dan negara serta mempunyai pasukan
Kadet Bomba yang mempunyai kualiti terbaik.
5.4 Spesifikasi bendera seperti Rajah 2.

Rajah 2 : Bendera Kadet Bomba


Dan Penyelamat Malaysia

6. LAGU
6.1

Lagu Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia


dinyanyikan adalah bertujuan untuk menaikkan
semangat dan menunjukkan taat setia kepada
pasukan. Lagu ini akan dinyanyikan setiap kali
majlis rasmi pasukan dan setiap kali sebelum
memulakan aktiviti pasukan.

SENIKATA LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

7. KEAHLIAN
7.1

Ahli

7.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan
dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
7.1.2 Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah para 7.1.1 adalah di bawah
tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

7.2

Nombor Pengenalan Diri / Nombor Badan

7.2.1 Setiap ahli akan diberikan nombor pengenalan diri yang dikeluarkan oleh jawatankuasa
di peringkat sekolah. Setiap nombor pengenalan diri akan dimulakan dengan abjad
negeri dan diikuti dengan nombor kod sekolah dan seterusnya tahun semasa dan
diikuti nombor ahli bermula dari 0001 hingga ahli yang terakhir. Pengenalan abjad bagi
setiap negeri adalah seperti di Rajah 3.
7.2.2 Setiap guru akan diberikan nombor pengenalan diri yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Peringkat Negeri. Setiap nombor pengenalan diri guru akan dimulakan
dengan abjad negeri diikuti dengan nombor Kod Sekolah seterusnya tahun semasa
dan diikuti kod dan nama guru dari 0001 hingga guru yang terakhir. Pengenalan bagi
setiap negeri adalah seperti di Rajah 4.

Rajah 3 :
Nombor Pengenalan Diri Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Rajah 4 :
Nombor Pengenalan Diri Guru Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

7.3

Had Umur
Had umur adalah dari 12 tahun ke atas.

7.4

Fizikal
Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu / bapa /
penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah
disediakan seperti di Lampiran A.

7.5

Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga


Kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu / bapa /
penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangani borang kebenaran ibu / bapa seperti
Lampiran B.

7.6

Kelucutan Keahlian
7.6.1 Keahlian lucut serta-merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada
menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat
berhenti sekolah dikeluarkan.
7.6.2 Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan
kredibiliti Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga
disiplin sekolah.
7.6.3 Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh
pihak sekolah (jika berkenaan) seperti di Lampiran C.
7.6.4 ** Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan
rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah
berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.

Lampiran A :
Format Borang Perakuan Kesihatan

Lampiran B :
Format Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga

Lampiran C :
Format Surat Lucut Keahlian Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

7.7

Pengambilan Ahli Baru


7.7.1 Pengambilan ahli Kadet Bomba baru mesti
daripada pelajar Tingkatan Satu(1), peralihan,
Tingkatan Empat (4), Tingkatan Enam (6) Rendah
pada tahun berkenaan.
7.7.2 Sesi pemilihan ahli baru hendaklah dilakukan
dengan kehadiran Jurulatih dari Jabatan Bomba
Dan Penyelamat dan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia (jika berkenaan).
7.7.3 Ahli berdaftar yang berpindah sekolah dibenarkan
untuk menyertai pasukan Kadet Bomba di sekolah
baru tanpa menjejaskan pangkat yang disandang
sebelumnya. Pelajar akan kekal dengan nombor
keahlian yang asal.

7.8

Organisasi dan Struktur Kadet Bomba


7.8.1 Setiap organisasi Pasukan Kadet mengandungi tidak kurang
seramai 43 orang pelajar bagi setiap pasukan terdiri daripada
seorang Ketua Kadet Kanan, seorang Ketua Kadet, seorang
Ketua Keluaran dan 4 pasukan yang terdiri daripada 10
anggota satu pasukan (Pasukan A, B, C dan D).
7.8.2 Bagi organisasi yang mempunyai lebih daripada 43 orang ahli
kadet tetapi tidak mencukupi untuk membentuk satu pasukan,
lebihan ahli kadet boleh diserapkan ke dalam Pasukan secara sama
rata.
7.8.3 Sebarang masalah berkaitan dengan orgasasi pasukan hendaklah
dirujuk kepada Pegawai Teknik Negeri masing-masing.
7.8.4 Penasihat (Pengetua) bertanggungjawab memastikan bilangan ahli
pasukan kekal tidak kurang daripada 20 orang untuk tiap-tiap modul
latihan.
7.8.5 Ahli yang mempunyai kes kesihatan masih boleh dikekalkan dalam
pasukan, walaubagaimanapun dikehendaki hadir dalam kelas teori
tanpa melibatkan diri dalam amali.

Rajah 5 :
Organisasi dan Struktur Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

i.

Pengisian Jawatan bagi pasukan yang baru ditubuhkan adalah diisi


oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa
Peringkat Pasukan.

ii.

Jawatan-jawatan di atas akan diisi oleh penyandang hakiki sekiranya ada kenaikan pangkat.

iii.

Sebarang permasalahan dalam menentukan jumlah keluaran dan pasukan hendaklah


ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Zon / Daerah.

8. PAKAIAN SERAGAM
Pakaian seragam guru dan kadet adalah mengikut kod
pakaian seragam Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia.
8.1

Jenis Pakaian Seragam dan Kod Pakaian


8.1.1 Pakaian Seragam Operasi (pakaian no.4) Rajah 6
8.1.2 Pakaian Seragam Bush Jacket (pakaian no.2) Rajah 7
8.1.3 Pakaian Seragam Tuck in (pakaian no.3) Rajah 8
8.1.4 Pakaian Latihan Rajah 9
8.1.5 Pakaian Kebangsaan (pakaian no.9) Rajah 10

8.2

Tatacara Pemakaian Pakaian Guru Dan Kadet


8.2.1 Guru Kadet dikehendaki memakai sama ada pakaian
seragam di para 8.1.1 atau 8.1.2 atau 8.1.3 atau 8.1.5 pada
acara rasmi.
8.2.2 Ahli Kadet dikehendaki memakai pakaian seragam di para
8.1.1 atau 8.1.3 atau 8.1.4 atau 8.1.5 mengikut keperluan.

8.2.3

Pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa acara rasmi Jabatan


Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dan Kementerian Pelajaran
sebagaimana ditetapkan seperti berikut:
a) Semasa majlis ko-kurikulum Pasukan Seragam sekolah peringkat
Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Sekolah.
b) Semasa Upacara perbarisan rasmi Badan Pasukan pakaian Seragam.
c) Program lawatan-lawatan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat.
d) Program-program Tahunan seperti Perkhemahan Kadet Bomba,
Pertandingan Kawad Kaki dan lain-lain.
e) Acara-acara lain sebagaimana diarahkan oleh Guru Kadet atau
Pegawai Bomba berkaitan.
f) Memenuhi tatacara pemakaian rasmi seperti seragam Jabatan Bomba
Malaysia.

8.3

Sesiapa yang memakai pakaian tersebut tanpa kebenaran atau didapati


pada matanya sengaja salah guna pakaian seragam ini untuk tujuan yang
tidak dibenarkan, maka ianya menjadi satu kesalahan di bawah Akta 341,
Akta Perkhidmatan Bomba jika disabitkan kesalahan.

8.4

Setiap Ahli Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dikehendaki untuk


memakai pakaian seragam operasi dengan lengkap sebagaimana
ditetapkan di dalam peraturan ini. Rujuk Rajah 6.

Pakaian Seragam Operasi (Pakaian No.4)

SPESIFIKASI PAKAIAN SERAGAM OPERASI GURU KADET DAN


KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.4)
a) Baju -

Di lengan sebelah kanan dijahit tanda pangkat (jika ada)


Di sebelah kanan atas poket diletakkan tanda nama
dengan jahitan sulam.
Di kiri atas poket tanda nama
Di lengan sebelah kiri diletakkan Logo Kadet Bomba dan
Penyelamat.
T-Shirt operasi berkolar bulat dipakai sebagai pakaian
dalam.
Baju lengan panjang dengan manset / cuffc 50mm,
belahan 180mm pada hujung lengan baju.
Poket dada jenis bertampal di kedua-dua belah 120mm
lebar dan 140mm panjang dan poket bahagian bawah
adalah dari jenis tampal dan kedua-dua belah poket
berukuran 145mm lebar.
Ke semua poket baju mempunyai penutup poket dan
dilengkapi dengan velcro
Bahagian bahu baju mempunyai jalur bahu berbucu /
meruncing ke arah kolar dengan butang baju biasa warna
hitam.
Kain adalah berwarna biru gelap.

b)

Seluar

c)

Tali pinggang

Mempunyai dua poket di belakang


dengan penutup 120mm lebar yang
dilengkapkan dengan velcro.
Dua belah poket di kiri kanan seluar
dengan bukaan 35mm.
Bahagian pinggang terdapat klip
penyangkuk yang boleh diselaraskan
mengikut keperluan saiz pengguna.
Ikatan pinggang adalah 40mm dalam
dan terdapat tiga lubang tali pinggang
besar yang berbentuk meruncing di
sekeliling pinggang.
Kain adalah berwarna biru gelap.
Kaki seluar dilengkapkan dengan
getah bergrip.
Tali pinggang berwarna biru tua dari
jenis tali pinggang keselamatan yang
ditetapkan.

d) Kasut

Adalah dari jenis kombat / flying


boot atau yang bersamaan
dengannya.

e) Topi Beret

Berwarna biru gelap dengan


memakai lambang Kadet Bomba.
Di lekat dengan badge lambang
Kadet Bomba (Guru Kadet sahaja)

f) Tudung

Berwarna hitam dimasukkan ke


dalam kolar baju.

g) Apolet

Tanda pangkat adalah jenis


sulaman benang kuning pada atas
tanah berwarna biru (Guru Kadet
sahaja)

h) Tanda Nama Pasukan -

Diletak di kiri dan kanan


bahu

Pakaian Seragam Bush Jacket (Pakaian No.2)

SPESIFIKASI PAKAIAN BUSH JACKET GURU KADET DAN KADET


BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.2)
a) Baju

Jaket berlengan pendek (untuk lelaki)


Jaket berlengan panjang (untuk perempuan)
Warna biru
Berpoket empat
Dua Apolet di atas bahu
Mengikut spesifikasi Pakaian Seragam No.2 JBPM

b) Seluar

Panjang bertali pinggang


Warna biru

c) Topi Beret

Warna biru gelap


Lencana kain bersulam lambang Kadet Bomba
Dan Penyelamat.

d) Butang

Empat butang kecil untuk poket


Dua butang kecil untuk Apolet
Enam butang besar untuk baju.

e) Line Yard

Berwarna merah beserta wisel

f) Tanda nama

Latar belakang hitam


Huruf putih
Dipakai di bahagian atas poket sebelah kanan.

g) Kasut

Kasut kulit berwarna hitam bertali


Bertapak rendah

h) Tali pinggang -

Warna biru gelap


Kepala berlambang Kadet Bomba Dan Penyelamat
Malaysia.

i) Tanda Pangkat -

Di bahu kiri dan kanan


Lapik pangkat berwarna biru tua

j) Tudung

Berwarna hitam
Di masukkan ke dalam kolar baju

k) Tanda Nama Pasukan l) Kolar Dot

Kiri dan kanan bahu

Pada kolar kiri dan kanan

Pakaian Seragam Tuck In (Pakaian No.3)

SPESIFIKASI PAKAIAN SERAGAM TUCK IN GURU KADET DAN


KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.3)
a) Baju

Kemeja berlengan pendek (untuk lelaki)


Kemeja berlengan panjang (untuk perempuan)
Warna biru lembut
Kain kapas
Berpoket dua
Logo Kadet Bomba Dan Penyelamat diletak di lengan
sebelah kiri.
Dua Apolet di atas bahu

b) Seluar

Panjang bertali pinggang


Warna biru gelap

c) Cap

Pilihan untuk guru lelaki dan wanita

d) Topi Beret

Sama seperti beret pakaian seragam operasi

e) Tanda nama

Latar belakang hitam


Huruf putih
Dipakai di bahagian atas poket sebelah kanan.

f) Kasut

Kasut kulit berwarna hitam bertali


Bertapak rendah

g) Tali pinggang

Warna biru gelap


Kepala berlambang Kadet Bomba
Dan Penyelamat Malaysia.

h) Tanda Pangkat

Di bahu untuk Guru Lelaki dan


Wanita
Di lengan sebelah kanan untuk
Kadet Lelaki dan Wanita

i) Tudung

j) Tanda Nama Pasukan

Berwarna hitam
Di masukkan ke dalam kolar baju
-

Kiri dan kanan bahu

Pakaian Seragam Latihan

SPESIFIKASI PAKAIAN LATIHAN GURU KADET DAN


KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki / Perempuan
a) Baju

Baju-T berkolar berlengan pendek (kadet lelaki)


Baju-T berkolar berlengan panjang (kadet
perempuan)
Kain berwarna biru gelap
Lambang KADET BOMBA DAN PENYELAMAT,
MALAYSIA hadapan dada kiri.
Belakang baju dicetak dengan perkataan KADET
BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA

b) Seluar

Seluar operasi / seluar pakaian seragam sekolah

c) Tudung

Berwarna hitam

d) Beret

Sama seperti beret pakaian seragam operasi

Guru Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki /Perempuan


a) Baju

Baju-T berkolar berlengan pendek (guru kadet


lelaki)
Baju-T berkolar berlengan panjang (guru kadet
perempuan)
Kain berwarna biru gelap
Lambang KADET BOMBA DAN PENYELAMAT,
MALAYSIA hadapan dada kiri.
Belakang baju dicetak dengan perkataan KADET
BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA

b) Seluar

Seluar operasi / seluar pakaian seragam sekolah

c) Tudung

Berwarna hitam

d) Beret

Sama seperti beret pakaian seragam operasi

Pakaian Kebangsaan (Pakaian No.9)

SPESIFIKASI PAKAIAN KEBANGSAAN GURU


KADET DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA (PAKAIAN NO.9)
Ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki / Perempuan
a)

Baju

b)

Seluar

c)

Tudung

d)

Aksesori

Merujuk kepada jenis dan


pemakaian mengikut bangsa
masing-masing.
Merujuk kepada jenis dan
pemakaian mengikut bangsa
masing-masing.
Berwarna hitam (kepada yang
berkenaan)
Mengikut keperluan pakaian di
atas (contoh : samping)

Guru Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki / Perempuan


a)

Baju

b)

Seluar

c)

Tudung

d)

Aksesori

Merujuk kepada jenis dan


pemakaian mengikut bangsa
masing-masing.
Merujuk kepada jenis dan
pemakaian mengikut bangsa
masing-masing.
Berwarna hitam (kepada yang
berkenaan)
Mengikut keperluan pakaian di
atas (contoh : samping)

Rajah 11 :
Spesifikasi, Kedudukan Beret dan Saiz logo

Rajah 12 :
Spesifikasi, Kedudukan dan Saiz Tanda Nama Pasukan dan Logo

9. PANGKAT GURU DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Rajah 14 :
Tanda Pangkat dan Syarat Pemakaian Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Rajah 15 :
Carta Aliran Lantikan Kenaikan Pangkat

10. PEMAKAIAN PANGKAT


10.1

Kenaikan Pangkat Dan Kelayakan


Kelayakan, pergerakan pangkat atau kenaikan pangkat
kepada Guru dan Kadet adalah seperti keterangan di
Rajah 13 dan Rajah 14.

10.2

Penganugerahan Pangkat Kehormat


Pangkat Kehormat akan dianugerahkan kepada
pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri secara
Khas Untuk Penyandang. Tanda Pangkat, gelaran dan
kelayakan penganugerahan adalah seperti di Rajah 16.

10.3

Tatacara Pemakaian Tanda Pangkat


Tatacara pemakaian pangkat bagi Guru dan Kadet
Bomba Dan Penyelamat, Malaysia adalah seperti
keterangan di Rajah 6, Rajah 7 dan Rajah 8.

Rajah 16 :
Tanda Pangkat dan Anugerah Kehormat

Rajah 17 :
Spesifikasi Tanda Pangkat dan Anugerah Kehormat

Rajah 18 :
Spesifikasi dan Kedudukan Kolar Dot dan Bar Kolar

11. MODUL LATIHAN

12. PENDAFTARAN
Semua sekolah yang ingin menubuhkan Pasukan Kadet bomba Dan
Penyelamat hendaklah membuat permohonan mengikut aliran tindakan
berikut:
11.1

Sekolah menghubungi Balai Bomba Dan Penyelamat


berhampiran untuk mendapatkan sokongan bagi menubuhkan
Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat.

11.2

Sekolah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang


permohonan (contoh borang seperti di Lampiran D) dan dihantar
berserta surat sokongan Balai Bomba dan Penyelamat
berkenaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. Satu salinan surat
tersebut hendaklah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

11.3

Jabatan Pelajaran Negeri memajukan permohonan kepada


Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri untuk dipertimbangkan.
Kelulusan penubuhan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat
hanya diperingkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri sahaja.

11.4

Jawapan kelulusan penubuhan berserta nombor pendaftaran


pasukan akan dihantar kepada sekolah berkenaan dengan
menggunakan borang seperti di Lampiran E dan salinan kepada :

a)

Kementerian Pelajaran Malaysia


(Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum)

b)

Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.


(Bahagian Latihan)

c)

Pejabat Pelajaran Daerah

d)

Balai Bomba Dan Penyelamat berkenaan.

11.5

Keputusan melulus / menolak permohonan penubuhan Pasukan


Kadet Bomba Dan Penyelamat oleh Jabatan Pendidikan Negeri
dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri adalah muktamad.

Lampiran D :
Borang Permohonan Penubuhan
Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

13. NOMBOR PENDAFTARAN


PASUKAN
Setiap pasukan akan diberikan nombor
pendaftaran pasukan yang di keluarkan
oleh Jawatankuasa Peringkat Negeri.
Setiap nombor pendaftaran akan
dimulakan dengan abjad negeri dan diikuti
dengan nombor Kod Sekolah. Kod abjad
dan nombor sekolah bagi setiap negeri
adalah seperti di Rajah 20.

Rajah 20 :
Kod abjad dan Nombor Pendaftaran Kadet Bomba dan Penyelamat
Malaysia

Rajah 21 :
Carta-Aliran Permohonan Penubuhan Pasukan Kadet Bomba Dan
Penyelamat

14. KAWASAN KEGIATAN


14.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat kebangsaan, negeri-negeri
dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan, daerah-daerah dan sekolahsekolah.
14.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam peraturan ini juga bermaksud
jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan
Sarawak.
14.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam peraturan ini bermaksud
sekolah-sekolah menengah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah
swasta.

15. ORGANISASI
15.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri
dan Daerah
Menteri Pelajaran Malaysia dan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
15.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri
dan Daerah
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan
Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan
Penyelamat, Malaysia.

15.3

Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan

Penaung

Menteri Pelajaran Malaysia dan


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Penasihat

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan


Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia

Pengerusi

Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran


Malaysia dan
Penolong Ketua Pengarah Latihan Jabatan Bomba Dan
Penyelamat, Malaysia (Bahagian Latihan)

Setiusaha
Kehormat

Ketua Penolong Pengarah (Kokurikulum)


Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Komandan, Akademi Bomba Dan Penyelamat, Malaysia,
Kuala Kubu Baru

Bendahari

(Dilantik oleh Pengerusi)

Ahli J/Kuasa

8 orang (dilantik)

15.4

Jawatankuasa Peringkat Negeri

Penaung

Menteri Pelajaran Malaysia dan


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Penasihat

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan


Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia dan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan (Exco)

Pengerusi

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan


Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri

Setiusaha

Ketua Unit Kokurikulum


Jabatan Pelajaran Negeri dan
Penolong Pengarah Bahagian Latihan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri

Bendahari

(Dilantik oleh Pengerusi)

Ahli J/Kuasa

Pegawai Teknikal Kadet Negeri


8 orang (dilantik)

15.5

Jawatankuasa Peringkat Daerah / Jajahan / Zon

Penaung

Menteri Pelajaran Malaysia dan


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Penasihat

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan


Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia dan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan (Exco)

Pengerusi

Pegawai Pelajaran Daerah / Jajahan / Zon dan


Ketua Balai Zon / Daerah

Setiusaha

Penyelia Sukan dan Kokurikulum


Pejabat Pelajaran Daerah dan
Pegawai Latihan Bomba Dan Penyelamat
(dilantik oleh Pengarah Bomba Dan Penyelamat, Negeri)

Bendahari

(Dilantik oleh Pengerusi)

Ahli J/Kuasa

Pegawai Teknikal Kadet Bomba Daerah


Semua Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba Dan
Penyelamat
Semua Ketua Jurulatih Kadet Bomba Dan Penyelamat

15.6

Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Penaung

Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri dan


Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri

Penasihat

Pengetua

Pengerusi

Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)

Timbalan

Penyelaras Unit Uniform

Setiusaha

Ketua Guru Kadet

Penolong
Setiusaha

Guru Kadet Bomba

Bendahari

Dilantik oleh Pengerusi (Guru Kadet)

Ahli J/Kuasa

Dilantik (Ketua Kadet Kanan) dan Guru Kadet

Pemeriksa
Kira-kira

Dilantik (Guru Kadet)

15.6.1

Perlantikan jawatan-jawatan di atas


dilakukan oleh pentadbir sekolah.

15.6.2

Pemegang-pemegang jawatan ini


dan tiap-tiap pegawai yang hendak
menjalankan tugas pengurusan
Kadet Bomba Dan Penyelamat,
Sekolah hendaklah warganegara
Malaysia.

15.6.3

Tugas jawatankuasa ialah merancang,


mengelola dan mengatur program
Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat.

16. KEWANGAN
16.1

Setiap pelajar yang menyertai Kadet Bomba Dan


Penyelamat dikehendaki membayar bayaran
pendaftaran sebanyak RM1.00 dan sumbangan
tahunan sebanyak RM2.00.

16.2

Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala


yang berkaitan dengan kewangan Kadet Bomba Dan
Penyelamat.

16.3

Ketua Guru Kadet boleh menyimpan wang tunai tidak


melebihi RM50.00 pada sesuatu masa. Wang
selebihnya hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari
dimasukkan ke bank yang dipersetujui oleh
jawatankuasa. Akaun di bank hendaklah di atas nama
Kadet Bomba Dan Penyelamat yang berkenaan

16.4

Buku cek atau dokumen seumpamanya akaun Kadet


Bomba dan penyelamat hendaklah disimpan oleh Guru
Kadet Bomba. Segala cek atau kenyataan pengeluaran
wang daripada akaun Kadet Bomba Dan Penyelamat
hendaklah ditandatangani bersama oleh bendahari
dengan salah seorang dari pengerusi atau setiausaha.
Sebarang pertukaran tandatangan akaun Kadet Bomba
Dan Penyelamat boleh dibuat oleh pentadbir sekolah
kepada pihak bank.

16.5

Perbelanjaan yang melebihi RM250.00 bagi sesuatu


masa tidak boleh dibayar kecuali mendapat kelulusan
pentadbir sekolah.

16.6

Penyata akaun Kadet Bomba Dan Penyelamat


hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa
oleh pemeriksa kira-kira mengikut perlembagaan serta
disahkan oleh pentadbir sekolah.

17. TEMPAT LATIHAN AKAN DILAKSANAKAN MENGIKUT


KESESUAIAN DAN KEMUDAHAN YANG ADA :
a)
b)
c)

Di kawasan sekolah
Balai Bomba dan penyelamat yang berdekatan
Lain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh Guru Kadet dan
Jurulatih

18. PEPERIKSAAN
Semua kadet dikehendaki menduduki peperiksaan akhir bagi
setiap modul di dalam bentuk teori dan amali yang ditetapkan
oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
18.1 Peperiksaan akan dikendalikan oleh Balai Bomba Dan
Penyelamat yang terlibat merujuk kepada prosedur
MS ISO 9001:2000.
18.2 Soalan akan digubal oleh Akademi Bomba Dan
Penyelamat, Malaysia dan akan disalurkan kepada
Bahagian Latihan Negeri untuk diedarkan ke balai-balai
yang terlibat.
18.3 Hanya ahli Kadet Bomba yang mencapai kehadiran
melebihi 80% dalam aktiviti yang dijalankan layak untuk
menduduki peperiksaan Asas dan Lanjutan. Manakala
yang tidak mencapai tahap tersebut tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan.

19. PERSIJILAN
19.1 Sijil-sijil akan dikeluarkan kepada ahli-ahli Kadet Bomba dan Penyelamat selepas lulus
peperiksaan teori dan amali yang akan ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Malaysia.
19.2 Warna dan rupa bentuk sijil untuk kedua-dua tahap adalah sama. Rujuk Lampiran F dan G
19.3 Ahli-ahli yang gagal, tidak dapat menduduki peperiksaan dan tidak dapat menghabiskan
modul hanya akan diberikan Sijil Penyertaan.
19.4 Sijil akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia. Sijilsijil ini akan ditandatangani oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Negeri masing-masing

Lampiran G :
Contoh Sijil Peringkat Lanjutan

20. DISIPLIN
20.1 Semua pelajar yang telah diiktiraf sebagai
ahli kadet adalah tertakluk kepada peraturan
dan tatatertib yang dikeluarkan oleh Jabatan
Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
20.2 Ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat boleh
digantung atau diberhentikan daripada
menjadi ahli jika didapati : Melanggar
peraturan dan tatatertib yang ditetapkan oleh
Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan pihak
sekolah.

21. MEREKOD AKTIVITI


Setiap ahli diwajibkan merekod segala aktiviti /
latihan yang dihadiri. RUJUK BUKU PANDUAN
PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH
MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA (KPM)

22. KAD KEAHLIAN


Setiap pelajar dan guru yang menjadi ahli
kadet bomba akan dibekalkan dengan kad
keahlian sebagai perakuan ahli kadet
bomba. Kad ini akan merekod butir-butir
keahlian dan maklumat diri.
Walaubagaimanapun, kad ini tidak
menunjukkan sebarang pemberian kuasa
anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Rekabentuk Kad Keahlian adalah seperti
Lampiran H.

23. ANUGERAH
Anugerah Golden Helmet, Silver Helmet dan
Bronze Helmet akan dipertimbangkan kepada
ahli kadet yang cemerlang di dalam pasukan
dan memberi sumbangan kepada pihak sekolah
dan masyarakat. Pemilihan calon akan
menerima anugerah ini adalah dicadangkan
oleh pihak sekolah ke peringkat daerah
seterusnya dipanjangkan ke peringkat negeri.
Kriteria Pemilihan dan bentuk Anugerah adalah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Peringkat
Kebangsaan dan akan disampaikan dalam
majlis kebesaran Jabatan.

24. PINDAAN PERATURAN


Peraturan ini tidak boleh diubah
atau dipinda kecuali dengan
keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Latihan Peringkat
Kebangsaan.

You might also like