You are on page 1of 5

ESEI PROSES

PENGHASILAN BONEKA

BONEKA BERTALI
PENGENALAN
Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk.
Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan
bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya
boleh digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi
cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan
mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang
lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut
digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk
sesuatu watak.

PROSES PENGHASILAN
Alatan
1. Boneka ikan yang beraneka
2. Benang
3. Dawai panas
Langkah-Langkah
1. Ambil boneka ikan yang beraneka jenis ikan tersebut yang telah siap
2. Kemudian ambil dawai panas untuk menebuk lubang kecil dibahagian atas ikan
agar benang dapat melalui lubang tersebut untuk diikat dengan kemas
3. Masukkan benang tersebut kedalam lubang yang terdapat dibahagian atas ikan
tersebut .
4. Akhir sekali ikat benang tersebut pada pada kayu agar senang untuk digerakkan
apabila dipentaskan

Kos Penghasilan
BARANGAN
Boneka ikan
Benang
Dawai panas
JUMLAH

UNIT
1
1
1

HARGA (RM)
RM8.00
RM0.50
RM0.50
RM9.00

RAJAH , alatan yang diperlukan untuk membuat boneka tali


CERITA PENDEK

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah
batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung!
Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakanrakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan
helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan
itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan
jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah,
kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua
mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony
tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

KEISTIMEWAAN BONEKA IKAN BERTALI

Antara keistimewaan boneka bertali yang terdapat pada boneka ialah boneka bertali ini
berwarna warni dimana terdapat ikan berwarna kuning dan kuning , ia dapat menarik
minat murid untuk memberi perhatian kepada penceritaan boneka ini .
Selain itu , boneka ini dapat menghiburkan hati murid

kerana boneka ini akan

digunakan untuk bercerita , guru akan menyediakan cerita yang sangat menarik agar
murid terhibur dengan penceritaan yang disampaikan yang penuh dengan pengajaran
dan nilai-nilai murni .
Disamping itu , boneka bertali ini juga memudahkan murid memahami pelajaran yang
ingin disampaikan oleh guru seperti boneka ini akan mengajar murid akan jenis-jenis
ikan dan nilai-nilai murni pada penghujung cerita boneka tersebut .
Boneka ini juga dapat memupuk daya kreativiti murid dimana , selepas guru bercerita
menggunakan boneka ini , guru boleh mengajar murid untuk membuat boneka ini agar
mereka dapat mengaplikasikan boneka ini dalam kehidupan seharian seperti membuat
boneka kertas yang berkonsepkan origami.
Pada masa yang sama , murid belajar dapat belajar dalam suasana ceria , dimana
teknik pengajaran dan pembelajaran guru yang pelbagai dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sangat menarik .
Akhir sekali , keistimewaan boneka ini juga amat menjimatkan dan menggunakan
bahan terpakai seperti dawai panas , dan benang . BBM ini dikategorikan sebagai
bahan bantu mengajar yang kos rendah , sememangnya ciri-ciri BBM yang baik ialah
BBM yang murah dan menggunakan bahan-bahan terpakai

You might also like