You are on page 1of 6

Konsep 1 Malaysia

" 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. "

Kata-kata di atas merupakan salah satu petikan yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat,
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ketika
beliau berucap semasa ingin memperkenalkan dan melaksanakan konsep 1 Malaysia. Konsep
1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri setelah beliau mengambil alih tampuk
kepimpinan Malaysia yang tercinta pada tahun 2008 setelah berlangsungnya pilihan raya umum
yang ke-12. Konsep 1 Malaysia ini telah diperkenalkan oleh beliau pada 3 April 2009 setelah
hampir setahun beliau memenangi pilihan raya di bawah tiket Barisan Nasional pada Mac 2008.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin dalam satu wawancara
menjelaskan bahawa pembaharuan dan pendekatan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Dato' Sri
Najib adalah bagi mewujudkan sebuah negara bersepadu dan kepimpinan yang bersikap lebih
terbuka. Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, gagasan 1 Malaysia
adalah jalan penyelesaiannya. Dengan berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya disemat dan diamalkan di dalam setiap hati rakyat Malaysia.
1 Malaysia adalah penjenamaan semula terhadap pendekatan yang dilakukan oleh
pemimpin terdahulu. Ia hanya berbeza dari segi istilah, bukan dari segi konsep dan sebagainya.
Pengisiannya tetap sama. Dengan kata lain, ia bukanlah satu dasar baru yang terpisah dari
dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap
kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan serta mencapai kemajuan dan pembangunan yang tinggi kepada rakyat
Malaysia dan terutamanya kepada negara kita yang tercinta, Malaysia. Ini tidak bermakna
pemimpin terdahulu gagal membina bangsa Malaysia kerana setiap pemimpin mempunyai
peranan yang berbeza mengikut zaman pemerintahannya.
Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku
Abdul Rahman. Beliau berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan Inggeris. Apa

yang saya ingin nyatakan disini ialah bukan hanya Allahyarham Tunku Abdul Rahman sahaja
yang terlibat dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu tetapi didokongi oleh kaum lain juga.
Tun Tan Cheng Lock telah mewakili kaum Cina dalam proses tersebut manakala bagi kaum
India pula diwakili oleh Tun V.T. Sambanthan. Ini menunjukkan bahawa konsep 1 Malaysia telah
diguna pakai sejak dari tahun 1950-an lagi tetapi tidak dikenali sebagai konsep 1 Malaysia.
Sepertimana yang saya katakan,pengisiannya tetap sama cuma istilah sahaja yang berbeza.
perkara ini juga berlaku kepada semua pemimpin Malaysia semasa memerintah negara.
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi parlimen raja berpelembagaan.
1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan
terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu
bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif
masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat
1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini
yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa
hadapan.
Konsep 1 Malaysia dibahagikan kepada 2 aspek yang utama. Aspek yang pertama
adalah teras-teras perpaduan manakala aspek yang kedua pula ialah penerapan nilai aspirasi.
Teras-teras perpaduan boleh dibahagikan kepada 3 teras yang utama iaitu penerimaan, prinsipprinsip kenegaraan dan keadilan sosial. Teras yang pertama ialah penerimaan. Konsep
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana
sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama
dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. melalui sikap
penerimaan ini, rakyat Malaysia dapat bersatu padu lantas secara tidak langsung berjaya
membentuk perpaduan. Teras yang kedua pula ialah prinsip-prinsip kenegaraan. Prinsip-prinsip
kenegaraan berasaskan kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negara. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya menyemat di dalam hati kita 5 rukun negara iaitu kepercayaan
kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan
undang-undang dan yang terakhir ialah kesopanan dan kesusilaan.
Teras perpaduan yang ketiga pula ialah teras keadilan sosial. Semua rakyat Malaysia
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar
kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada

golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Ini bermaksud, setiap rakyat
Malaysia akan menikmati kemewahan hasil daripada keuntungan negara bersama-sama.
Sebagai contoh, pihak kerajaan telah memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada
semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 3000.00. untuk para pelajar
pula, kerajaan telah menyediakan baucer buku 1 Malaysia dimana setiap pelajar tidak mengira
bangsa mahupun agama dapat menerimanya. Ini menunjukkan keadilan sosial dilaksanakan.

Rajah 1
Ketiga-tiga teras ini tidak membawa erti jika tidak disertai dengan nilai-nilai murni seperti nilai
hormat-menghormati, rendah hati (tawadhuk), kesederhanaan, dan berbudi bahasa. Hormatmenghormati perlulah dijadikan amalan utama dalam setiap diri rakyat Malaysia kerana
Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
Setiap kaum perlu hormat adat resam ,kepercayaan kaum lain tanpa menyentuh sensitiviti
sesebuah kaum tersebut. Nilai murni yang kedua pula rendah hati. Setiap rakyat perlulah
berasa rendah hati dan tawadhuk kerana kita hidup di dalam Malaysia yang berbilang kaum. Ia
juga merangkumi bahawa setiap kaum, malah individu mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing dan masing-masing perlu memanfaatkan kelebihan mereka untuk memperkukuhkan
masyarakat dan negara. Nilai murni yang ketiga pula ialah kesederhanaan.

Ia lebih merujuk

kepada pendekatan sederhana dalam apa jua isu berbangkit. Tindakan atau tutur kata yang
ekstrem adalah tidak boleh diterima dan ia boleh membawa kepada kepincangan antara kaum.

Nilai murni yang keempat pula ialah berbudi bahasa. Budi bahasa ialah tuturkata dan tingkah
laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan
pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat. Budi bahasa merupakan
budaya rakyat Malaysia. Ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali sebagai
negara yang mempunyai penduduk yang berbudi bahasa.

Rajah 2. Nilai-Nilai Aspirasi


Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1 Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi
penekanan. Yang pertama ialah Budaya Berprestasi Tinggi yang merupakan sifat memastikan
setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil
lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Yang kedua
ialah Budaya Ketepatan. Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status
negara maju,rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati
waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
Menepati waktu sangat penting. Setiap orang perlu mempunyai pengurusan masa yang baik
supaya masa dapat digunakan dengan sebaiknya dan masa dapat ditepati. Mayarakat yang
menepati masa merupakan masyarakat yang cemerlang.

Yang ketiga pula ialah Budaya Ilmu. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju
dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah
kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk
menimba ilmu sepanjang hayat. Apabila masyarakat berilmu, ini akan meningkatkan kadar celik
akal di sesebuah negara. Masyarakat yang berilmu akan dipandang tinggi oleh negara luar.
Kerajaan telah melaksanakan program Permata Negara. Program ini telah diilhamkan oleh isteri
YAB Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansur. Program Permata Negara ini bertujuan untuk
memberi pendidikan kepada kanak-kanak pintar cerdas ke tahap yang optimum yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak tersebut. Ini akan menyebabkan kanak-kanak pintar ini dapat dilatih
dan mereka tidak akan terabai seperti Sufiah Yusof. Peristiwa yang terjadi kepada Sufiah Yusof
amat mengejutkan dan menyedihkan semua rakyat Malaysia. Sufiah merupakan seorang yang
dikategorikan sebagai pintar cerdas. Malangnya,Sufiah telah diabaikan oleh ayahnya dan
akhirnya dia menjadi seorang GRO di England.
Yang keempat ialah Integriti. Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam
melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani
dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap
dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Segala tugas
dilaksanakan dengan betul tanpa mengamalkan rasuah. Rasuah merupakan amalan yang tidak
berintegriti. Rasuah merupakan amalan yang buruk serta boleh menjatuhkan kredibiliti
seseorang mahupun agensi. Kerajaan telah melaksanakan kempen anti-rasuah. Hal ini dapat
dilihat apabila kebanyakan agensi kerajaan memakai lencana anti-rasuah seperti polis dan
sebagainya.
Nilai-nilai aspirasi yang kelima ialah Ketabahan. Ketabahan dalam mengharungi
masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah
mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang
kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Apabila sifat tabah diterapkan di dalam diri,segala
masalah yang mendatang dapat diselesaikan dengan mudah. Sifat tabah merupakan kunci
kejayaan. Sebagai contoh, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Beliau merupakan
pengembara wanita Asia yang pertama merentasi Kutub selatan semasa Ekspidisi menawan
Antartika. Beliau melaksanakan ekspedisi tersebut seorang diri sehinggalah berjaya. Dato'
Azhar Mansor pula berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan pelayarannya mengelilingi
dunia. Datuk Nicol Ann David juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa
dengan menjuarai Kejohanan Skuasy Dunia sebanyak 7 kali.

Yang keenam ialah Kesetiaan. Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan
kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta. Rakyat Malaysia haruslah
menjadi rakyat yang setia kepada Raja dan negara serta menghormati Rukun Negara. Kerajaan
telah melaksanakan banyak dasar-dasar baru yang memberi banyak manfaat kepada rakyat
Malaysia seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Baucer Buku 1 Malaysia dan sebagainya. Rakyat
juga perlulah setia serta tidak berpaling tadah kepada negara luar. Yang ketujuh ialah
Kebijaksanaan. Kebijaksanaan Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan
penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan
perasaan mana-mana pihak yang lain. Nilai Kebijaksanaan ini sangat penting kerana ia
merupakan satu kayu ukur kemajuan sesebuah negara. Rakyat yang bijak akan menyebabkan
negara dipandang tinggi oleh dunia.
Dan nilai-nilai aspirasi yang terakhir pula ialah Budaya Inovasi . Budaya inovasi adalah
kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa
jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang
mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk
kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia
untuk menjadi perintis.

Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan diyakini akan menjana satu


transformasi ketara, kearah sebuah negara malaysia yang maju, didokongi oleh rakyat yang
utuh perpaduan nya dan tinggi mertabatnya pada pandangan dunia.

You might also like