You are on page 1of 27

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI


HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN
Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi
beberapa sejarah. Pluraliti budaya terdapat di alam melayu sejak sekurangkurangnya abad kelima masihi. Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada
abad ke -19 dan ke 20 telah mengakibatkan penghijarahan masuk orang Cina dan
India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Meskipun pelbagai kumpulan etnik
hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing , terdapat
persefahaman dan keharmonian yang erat sehingga membolehkan Malaysia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Secara umumnya , Malaysia sememangnya terkenal dengan hubungan etnik
yang begitu unik di mata dunia. Dengan kepelbagai kaum atau etnik yang ada di
Malaysia masih lagi boleh mengekalkan keamanan negara ini. Tetapi apakah yang
dimaksudkan dengan hubungan etnik ini?. Hubungan etnik

boleh didefinisikan

sebagai hubungan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir


seragam , termasuk adat resam , pakaian , bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras
dan Bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi
( keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia ( Mansor Abdul
Rahman & Mohammad Ainuddin, 2006). Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan
antara masyarakat Malaysia tetapi amalan perpaduan yang diamalkan dapat
menghapuskan jurang perbezaan mereka ini.
Akan tetapi sebelum mencapai perpaduan Malaysia pernah mengalami satu
sejarah hitam yang tidak disangkakan. Tragedi 13 Mei 1969 , merupakan salah satu
sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Malaysia. Setelah enam tahun
Malaysia ditubuhkan, tragedi 13 Mei 1969 telah mencetuskan kegemparan yang
tidak dapat dilupakan dan mengakibatkan pertumpahan darah serta huru-hara yang
menghancurkan Negara suatu ketika dahulu. Perdana Menteri Malaysia pada waktu
itu ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau menyatakan melalui ucapan
yang dipetik dari Radio dan Televisyen Malaysia bertarikh 13 Mei 1969:

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

Semua yang bertanggungjawab kenalah menjalankan kepentingan


mereka supaya hal ini tidak merebak. Mahulah setiap tempat meletakkan
jawatankuasa muhibah serata tempat itu boleh menjaga keselamatan dan
perasaan baik waspada antara kaum dengan satu kaum yang lain
Pada ketika itu , masa yang amat sukar telah dialami oleh masyarakat
Malaysia untuk menyatukan semua kaum di Malaysia ini. Daripada tragedi ini ,
maka terbentuk satu jawatankuasa atau majlis muhibah disemua peringkat bagi
membina hubungn baik antara kaum. Jabatan Perpaduan Negara pula ditubuhkan
bagi mempercepatkan proses persefahaman antara kaum. Hasil perbincangan
Majlis Perundingan Negara maka lahir penegasan ideologi kebangsaan yang
dikenali sebagai Rukun Negara. Selain itu Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dari
1970 hingga 1975 telah berjaya menggerakkan perubahan yang besar dalam
kehidupan sosial masyarakat. Selain melaksanakan pembaharuan dalam bidang
pendidikan dan ekonomi , langkah turut diambil bagi memulihkan hubungan parti
politik yang bertelagah. Kesan daripada tragedi ini telah membawa banyak
perubahan dalam gaya hidup masyarakat dan kerajaan berusaha membina semula
masa depan demi bangsa dan Negara.
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI.
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap ahli masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga dengan tanah
air.Manakala integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan , sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik ( Ahmad Haji Kambar , 1987).
Proses untuk mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang
mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987) integrasi ialah suatu proses yang kompleks.
Tahap tahap hubungan etnik ini boleh dilihat dari pelbagai aspek yang bermula
dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati
iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan


perasaan harmonis antara pelbagi etnik.

KONSEP PERPADUAN DAN INTERGASI

KONSEP PERPADUAN DAN


INTEGRASI

SEGREGASI

AMALGAMASI

AKOMODASI

ASIMILASI
AKULTURASI

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

KONSEP SEGREGASI , AKOMODASI , AKULTURASI , ASIMILASI DAN


AMALGAMASI.
SEGREGASI
Merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam
beberapa keadaan , antaranya dari segi kawasan tempat tinggal , sistem
persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama
ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Apartheid di
Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948 1994.
AKOMODASI
Diertikan sebagai satu proses yang menyebabkan setiap kumpulan
etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik
hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada
peringkat

pemerintahan pusat , setiap kumpulan etnik mempunyai wakil

dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.


Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik
bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.
AKULTURASI
Akulturasi merupakan satu

proses penerimaan unsur kebudayaan

dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan yang


berbeza. Ianya terjadi apabila satu kelompok manusia itu dapat menerima
kebudayaan kelompok lain dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Proses ini
berbeza dengan asimilasi kerana masyarakat penerima budaya asing ini tidak
akan hilang identitinya.

ASIMILASI
Asimilasi merupakan proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk kelompok
dengan kebudayaan dan identiti sama. Proses ini wujud apabila berlakunya
interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi satu

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

tempoh masa yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada


kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima
identiti kumpulan etnik majoriti.
AMALGAMASI
Amalgamasi boleh diertikan sebagai satu proses yang terjadi apabila
budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
Cara utama dalam menentukan proses ini adalah terjadinya perkahwinan
campur antara kumpulan etnik.
Konsep-konsep asas hubungan etnik di atas sangat relevan untuk kita
memahami situasi hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat
majmuk Malaysia. Kepelbagaian etnik di Malaysia iaitu kaum melayu , cina , india
dan lain-lain kaum , sama ada secara langsung atau tidak memainkan peranan
penting dalam hubungan etnik. Dengan ada kepelbagaian kaum ini , kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah menubuhkan
Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 , pengenalan Rukun
Negara , pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pendidikan Kebangsaan , Dasar
Kebudayaan Kebangsaan , dasar wawasan 2020 dan yang terkini ialah gagasan
satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Bin Tun
Razak.

BENTUK BENTUK CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN DASARDASAR KERAJAAN.

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

RUKUN NEGARA

GAGASAN SATU
MALAYSIA

CABARAN DALAM
HUBUNGAN ETNIK
DASAR EKONOMI
DARI SEGI :

BARU

DASAR
WAWASAN 2020
DASAR
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

RUKUN NEGARA

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara


digubal oleh Majlis Perundingan Negara dan ianya dirumus berasaskan kepada
tujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan
antara kaum ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dijadikan sebagai
pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam merancang program
pembangunan Negara. Oleh yang demikian , prinsip-prinsip Rukun Negara yang
bertunjangkan semangat perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat
negara ini sebagai Bangsa Malaysia. Rukun Negara juga merupakan ikrar bagi
semua rakyat Malaysia. Terdapat lima prinsip Rukun Negara iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan
Prinsip ini bermaksud rakyat negara ini mempunyai agama dan sistem
kepercayaan. Islam merupakan agama persekutuan. Agama lain turut diberi
kebebasan untuk diamalkan. Melalui kehidupan beragama ini , rakyat
Malaysia menjadi rakyat yang berkahlak mulia , jujur , berakomodatif dan
saling bantu membantu antara satu sama lain.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Yang Di Pertuan Agong ialah lambang kedaulatan dan perpaduan
negara. Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara. Kesetiaan
kepada raja ialah lambang perpaduan seluruh rakyat dan kedudukan raja-raja
telah termaktub dalam perlembagaan.
Keluhuran Perlembagaan
Rakyat harus menghormati dan mematuhi perlembagaan yang
merupakan

undang-

undang

yang

tertinggi

di

dalam

negara

ini.

Perlembagaan melindungi hak rakyat dan menjamin kemakmuran dan


perpaduan negara.
Kedaulatan Undang-Undang
Setiap rakyat mesti mematuhi undang-undang negara. Ini kerana
keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undang-undang. Di sisi undangundang , semua rakyat tidak mengira kaum atau agama adalah sama rata.
Kesopanan dan Kesusilaan
Rakyat Malaysia perlu mempunyai akhlak yang mulia. Dengan akhlak
mulia akan wujud sifat-sifat positif yang lain seperti saling hormat

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

menghormati antara satu sama lain , jujur , amanah , berakomodatif dan


berkerjasama. Kesemua ini akan melahirkan semangat kekitaan yang mana
natijahnya negara Malaysia akan mengalami suasana yang harmonis dan
keamanan negara akan berkekalan.

CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN RUKUN NEGARA

Pada masa kini , boleh dikatakan bahawa semangat yang


terkandung melalui kelima - lima prinsip Rukun Negara seolah-olah semakin
dilupakan oleh generasi muda sekarang. Agak tidak keterlaluan sekiranya boleh
dikatakan ramai yang tidak mengingati kesemua prinsip Rukun Negara sekiranya
ditanya kepada mereka. Mereka tidak begitu menghayati makna sebenar kewujudan
Rukun Negara ini , seperti mana yang diinginkan oleh kepimpinan negara. Keadaan
sebegini amat berbahaya kepada negara yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum.
Beberapa peristiwa yang berlaku memberi gambaran bahawa prinsip Rukun Negara
seolah-olah sudah dilupakan serta tidak relevan dalam kehidupan hari ini.
Di antara isu yang pernah kita dengar adalah seperti penghinaan
terhadap Sultan Johor menerusi blog. Dengan era teknologi terkini , terdapat
seorang penulis blog yang yang telah mempertikaikan kewibawaan sultan johor
mengenai isu nombor plat kereta yang dibeli. Ini merupakan perbuatan yang
memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab generasi muda yang sudah
melupakan penghayatan terhadap Rukun Negara. Sekiranya penghayatan Rukun
Negara tersemat kukuh di jiwa rakyat Malaysia sudah semestinya perkara sebegini
tidak akan berlaku kerana prinsip yang kedua merupakan rakyat perlu menumpukan
sepenuh kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika menyampaikan ucapan di Majlis
Pelancaran

Rancangan

meningatkan bahawa :

Pemasyarakatan

Perpaduan

pada

Ogos

1998

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

pergolakkan dan pergaduhan yang telah dan berlaku di sebilangan negara


lain disebabkan bukan sahaja kerana pertelingkahan antara kaum , bahkan juga
kerana pertelingakahan antara kaum , bahkan juga kerana pertelingkahan antara
rakyat daripada kaum yang sama.
Oleh itu , tunjang kepada kestabilan dan kekuatan negara merupakan
keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum

di

Malaysia ini. Keharmonian ini hanya tercapai dengan wujudnya sifat saling faham
memahami antara satu sama lain dikalangan masyarakat yang berbilang kaum
yang mempunyai tradisi , kebudayaan dan agama yang berbeza. Ini merupakan
salah satu keunikkan yang terdapat di Malaysia. Namun begitu keunikkan ini boleh
membawa persengketaan sekiranya tidak dijaga dengan betul. Perdana Menteri
Malaysia ketiga , Tun Hussein Onn , pernah menekankan kepada empat faktor
yang saling memerlukan antara satu sama lain iaitu politik , ekonomi , perpaduan
dan keselamatan yang menjadi tunjang kepada kestabilan dan kemakmuran
kepada negara ini ( Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin ,
2008)
Justeru itu , rakyat Malaysia pada masa kini harus menghidupkan
kembali semangat yang digariskan oleh prinsip prinsip Rukun Negara bagi
memperkukuhkan lagi keharmonian yang terbina di antara kaum agar tidak
tergelincir kerana sekiranya ikatan perpaduan tidak kukuh kerana bila-bila masa
sahaja peristiwa seumpama 13 mei 1969 akan berulang kembali.

CADANGAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN


BERDASARKAN RUKUN NEGARA

Dalam

menghadapi cabaran untuk menyatukan perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini , pihak Jabatan Perpaduan
Rakyat

dan Jabatan Perdana Menteri telah mengambil langkah dengan

menubuhkan Kelab Rukun Negara bagi peringkat sekolah dan Sekretariat Rukun

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

Negara adalah bagi peringkat mahasiswa. Kelab ini bertujuan unrtuk menghidupkan
penghayatan Rukun Negara dikalangan generasi muda.
Selain daripda itu , Perdana Menteri kita Dato Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak kini telah memperkenalkan satu konsep yang menjurus kepada
memperkukuhkan ketahanan negara melalui perpaduan iaitu konsep 1 Malaysia
yang membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang
dikehendaki oleh prinsip rukun negara. Oleh yang demikian , semua kaum yang ada
di Malaysia perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana
segalanya perlu dinikmati secara bersama.
Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum
yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan
daripada kerajaan. Betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang hidup dalam
keadaan aman dan damai berbanding dengan negara-negara lain betapa
sengsaranya mereka di negara sendiri. Mereka terpaksa hidup dalam ketakutan ,
kelaparan , kesengsaraan dan kehinaan. Hal ini berlaku kerana mereka tidak
mempunyai perpaduan dan sikap saling hormat menghormati dan berkasih saying
antara satu sama lain. Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan
perpaduan yang kita kecapi selama ini. Kita mencapai perpaduan disebabkan oleh
perpaduan , kesetiaan , hormat menghormati dan sayang menyanyangi antara
satu sama lain. Janganla kita lupa sejarah bangsa dan peristiwa yang menjadikan
negara kita kekal aman.
Secara keseluruhan , sebagai rakyat Malaysia yang inginkan
perpaduan dan keamanan dalam negara kita perlu memahami , menjiwai dan
berjanji untuk mematuhi prinsip prinsip Rukun Negara. Hal ini kerana di dalam
prinsip Rukun Negara jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa
iaitu negara dan bangsa Malaysia yang warganya bersatu padu , mengamalkan
cara hidup yang demokratik , melaksanakan keadilan social berfikiran terbuka.
Dalam konteks pembangunan ekonomi pula , secara jelas Rukun Negara
menggariskan bahawa sains dan teknologi menjadi asas kepada ekonomi

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

berasaskan perindustrian yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang


progresif.

DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru dilancarkan ekoran tragedi 13 Mei 1969.


Rusuhan kaum yang berlaku pada ketika itu antara lain disebabkan oleh jurang
ketidakseimbangan sosoiekonomi antara kaum yang sangat luas. Dengan kadar
pendapatan di bawah garis kemiskinan pada ketika sebanyak 49.3% keluarga di
semenanjung Malaysia. Selain itu kaum Melayu merupakan kaum yang paling tinggi
kadar kemiskinannya , diikuti oleh India dan kaum-kaum yang lain. Manakala kaum
Cina merupakan kaum yang paling sedikit kadar kemiskinannya. Hal ini memaksa
kerajaan untuk

melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan

menyeluruh, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB disasarkan hanya untuk tempoh
20 tahun sahaja iaitu bagi tempoh 1971-1990. DEB dilancarkan melalui Rancangan
Malaysia Kedua 1971-1975. Matlamat utama Dasar ini ialah mencapai perpaduan
negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara
kaum dan wilayah. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat
untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN


DASAR EKONOMI BARU.

Pada masa kini , cabaran hubungan etnik dapat kita lihat dengan jelas
bahawa terdapat jurang ekonomi yang amat jauh antara kaum di Malaysia ini.
Terdapat dua aspek penting dalam cabaran yang dihadapi dalam dasar ekonomi
baru iaitu penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum dan juga perbezaan perkerjaan
berdasarkan ekonomi. Dalam aspek penguasaan ekonomi , apa

yang kita

perhatikan sekarang majoriti kaum yang menguasai ekonomi pada masa kini ialah
kaum Cina. Di mana mereka ini umumnya menguasai sektor yang lebih maju
daripada kaum yang lain iaitu sektor perniagaan , perdagangan dan juga teknologi
moden. Manakala kaum Melayu pula lebih banyak terlibat dalam sektor pertanian
yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi
kaum India pula , mereka menguasai sektor peladangan.
Cabaran yang seterusnya adalah perbezaan pekerjaan berdasarkan
ekonomi yang secara tidak langsung mempengaruhi penempatan sesuatu kaum
tersebut. Berlakunya proses segregasi disini , di mana kaum Cina pada kebiasaanya
terlibat dengan ekonomi perniagaan maka kehidupan mereka lebih tertumpu di
kawasan bandar. Bagi kaum Melayu pula mereka lebih tertumpu dengan sektor
pertanian , oleh itu penempatan mereka lebih tertumpu di kawasan perkampungan
berbanding dengan kaum India penempatan mereka lebih kepada kawasan ladang
kerana mereka terlibat dengan ekonomi peladangan.
Hal ini menunjukkan , terdapat jurang pendapatan yang ketara dan
ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap golongan etnik berusaha
untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar dalam sektor ekonomi.
Secara tidak langsung , berlaku cabaran yang sering membawa ketidakstabilan
dalam masyarakat majmuk. Faktor kemiskinan yang dialami. merupakan punca
utama yang dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya
bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman malah di kawasan bandar juga tetap
berlaku kemiskinan. Dalam rancangan Malaysia kedua , perpaduan negara tidak

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

boleh dicapai sekiranya tiada ketaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar
dalam

kalangan

kumpulan

social

dan

melalui

penyertaan

mereka

dalam

pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada pemodenan dan


pertumbuhan ekonomi. Perpaduan negara tidak boleh dipupuk sekiranya terdapat
segolongan besar penduduk kekal miskin.

CADANGAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN


BERDASARKAN DASAR EKONOMI BARU
Dasar Ekonomi Baru ini merupakan usaha yang telah kerajaan
lakukan bagi menyelesaikan masalah sosioekonomi

ini. Secara tidak langsung

projek pembangunan juga telah dirangka untuk membasmi kemiskinan dan rapat
jurang pendapatan rakyat. Ini akan memberi impak yang besar dalam merapatkan
lagi perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Antara projek pembangunan yang dirangka adalah mewujudkan
peluang pekerjaan bagi semua golongan rakyat yang menganggur dan ianya
memberi kesan kepada peningkatan kepada daya pengeluaran dan pendapatan
masyarakat Malaysia. Seperti yang kita lihat , pada masa kini Malaysia merupakan
salah satu negara yang menjadi tumpuan dari negara luar untuk memperoleh
peluang pekerjaan kerana Malaysia merupakan negara yang maju dan membangun.
Selain itu , projek ini juga memberi peluang perpindahan orang yang berkerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan
Dalam Dasar Ekonomi Baru ini juga , kerajaan telah mengambil
langkah mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik ,
antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Salah satu caranya

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

ialah memodenkan kehidupan di luar bandar. Hasil yang kita lihat , pada masa kini
kawasan di luar bandar juga telah dimodenkan dengan disediakan pelbagai
infrastruktur yang memberi pelbagai kemudahan yang boleh memajukan kehidupan
masyarakat luar bandar. Malah kerajaan juga telah mengambil langkah memperbaiki
taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran , latihan , kesihatan , kemudahankemudahan prasarana dan lain-lain.
Secara keseluruhan pembangunan ekonomi yang dirancangkan dan
dijalankan oleh kerajaan sejak merdeka telah membawa hasil yang sangat positif.
Ekonomi yang dahulunya berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang
berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi. Kadar pertumbuhan ekonomi dan
indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti
kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Secara umum

, kemiskinan tanpa

mengira golongan etnik sudah dapat diatasi . Manakala penyusunan semula


masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik menjadi seimbang
turut mencatatkan hasil yang positif. Dalam kehidupan seharian pula , proses
urbanisasi yang berlangsung seiring dengan proses pembangunan ekonomi telah
menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung , rakyat Malaysia tanpa mengira
golongan etnik telah berinteraksi dengan lebih harmoni sama ada di tempat tinggal
atau di tempat kerja.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan landasan yang tepat bagi


mewujudkan masyarakat yang harmonis. Hal ini kerana asas bagi dasar dalam
orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan, contohnya
dari segi bahasa penghantar , sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya. Perkara ini

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

terkandungan dalam Penyata Razak Tahun 1956 dan termaktub dalam Ordinan
Pelajaran 1957. Dasar Pendidikan Kebangsaan sering kali dikaji dan disemak
semula , ini terbukti dengan penghasilan Laporan Rahman Talib yang termaktub
dalam Akta Pelajaran 1961. Dasar ini perlu sentiasa dikaji semula dengan tujuan
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyrakat
yang bersatu padu dan berdisplin.
Dalam konteks hubungan etnik , Dasar Pendidikan Kebangsaan
dengan acuan tempatan berada di atas landasan yang tepat untuk membawa
generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatupadu. Pendekatan yang
dibawa oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan berbentuk holistik. Dasar ini selaras
dengan dasar semasa ke arah pembinaan insan yang unggul.

CABARAN HUBUNGAN ETNIK DALAM


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Masalah utama yang dihadapi oleh negara berbilang etnik seperti


Malaysia adalah untuk menentukan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan
penting dalam konteks pembinaan negara bangsa kerana berkaitan dengan
persoalan ideeologi , nasionalisme , integrasi nasional dan identiti nasional. Dalam
hal ini , kerajaan Malaysia

melihat pendidikan sebagai salah satu alat untuk

mencapai matlamat perpaduan dan pembangunan ekonomi.


Namun begitu isu bahasa ialah salah satu cabaran yang dihadapi bagi
mencapai perpaduan. Hal ini kerana isu bahasa mempunyai kaitan dengan budaya
suatu kelompok etnik yang cuba dipertahankan. Pelaksanaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan telah diperdebatkan oleh sesetengah golongan
terutama golongan bukan melayu.

Dalam tahun 60-an , terdapat

segelintir

golongan pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis dan seterusnya
menghapuskan bahasa , budaya dan kepentingan kelompok bukan melayu.
Golongan elit yang berpendidikan inggeris pula khuatir tentang pelaksanaan dasar

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

ini kerana bleh menyebabkan prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan
kebangsaan mengalami kemerosotan.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan sendiri. Di
Malaysia , golongan kaum melayu belajar di sekolah kebangsaan iaitu sekolah
melayu yang menggunakan bahasa penghantar bahasa Melayu. Manakala kaum
Cina dan India pula belajar di sekolah jenis kebangsaan kaum masing-masing dan
mereka menggunakan bahasa penghantar mereka sendiri. Seperti kaum Cina
mereka menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India menggunakan bahasa
Tamil sebagai bahasa penghantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar
untuk mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan
yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila perlembagaan
persekutuan dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya sistem
pendidikan vernacular. Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila kerajaan
melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris. Di sini bahasa inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi yang tinggi ,
baik pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Manakala bahasa Melayu
dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi dan tidak dapat dibawa ke peringkat
antarabangsa. Terdapat setengah pihak yang menganggap bahasa Inggeris sebagai
bahasa kemajuan . Pada masa yang sama , terdapat juga sesetengah pihak yang
bertegas bahawa bahasa Melayu ini boleh dibawa dan diangkat tarafnya sebagai
bahasa yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ini bermakna bahasa Melayu
akan memainkan peranan yang lebih penting , bukan sahaja sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa rasmi negara.
Pertembungan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , akhirnya
terjelma dalam pelaksanaan dasar tentang bahasa. Terdapat dua dasar yang
kerajaan laksanakan iaitu pertama , bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa

untuk mencapai kemajuan negara

dengan menjadikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Pertembungan ini juga menyebabkan ramai yang membuat pilihan bahasa Inggeris
kerana bahasa tersebut mempunyai nilai ekonomi ytang tinggi. Ini juga

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

menyebabkan bahasa Melayu digunakan dalam sektor awam sahaja manakala


sektor swasta lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris. Dicelah-celah
pertembungan ini juga telah lahir satu fenomena bahasa rojak sama ada untuk
bahasa Melayu rojak dan juga bahasa Inggeris rojak , yang mana penggunaanya
dicampuradukan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Umumnya bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam
pembentukkan insan yang beretika , bermoral , berakomodatif , berbudaya ikram ,
penyanyang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat prasekolah
khususnya Tadika Perpaduan adalah baik , akan tetapi keterasingan pada peringkat
sekolah rendah dan kerengganan pada peringkat sekolah menengah serta Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta masih wujud. Situasi ini menyukarkan lagi
proses hubungan etnik di Malaysia.

CADANGAN MENGEKALKAN PERPADUAN BERDASARKAN


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Sistem pendidikan merupakan salah satu saluran yang terpenting dan


berkesan bagi membina jati diri nasional , memupuk semangat kebangsaan serta
cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional. Peranan sistem
pendidikan dalam hal ini meliputi aspek-aspek penyediaan persekitaran serta
kemudahan bagi sosisalisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat negara yang
masih berusia muda dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan
pengetahuan yang akan membangunkan kesedaran nasional dan semangat cinta
kepada negara.
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Sememangnya
diakui bahawa sekolah daan pendidikan merupakan peranan yang sangat penting
dalam pembinaan dan pembentukkan warga negara dan perpaduan untuk rakyat
Malaysia. Sememangnya telah dicatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek , rohani , emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berakhlak mulia ,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta member
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan , mulai tahun 1983 , kurikulum
yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja , bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah ,
keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.
Kurikulum ini berorientasikan suasana

Malaysia dan dilaksanakan melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah (KBSM). Manakala mata pelajaran Pendidikan Islam , Pendidikan Moral ,
dan Pendidikan Al-Quran yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama
, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku dan keperibadian yang
bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain sesama manusia.
Bagi mengekal perpaduan dalam hubungan etnik ini , Dasar
Pendidikan Kebangsaan juga perlu menitik beratkan beberapa perkara. Antaranya
ialah menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah
hingga ke peringkat universiti , menggunakan satu bahasa perantaraan ( Bahasa
Malaysia) , kurikulum dan kokurilum yang seragam dan satu jenis peperiksaan serta
satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Tidak dilupakan
penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di
negara ini pada peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai salah satu mata
pelajaran pilihan oleh semua pelajar. Seperti yang sedang dilaksanakan dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada masa kini , pelajar diberi pilihan
untuk mempelajari pelbagai bahasa.
Sekiranya terdapat atau wujud sekolah sekolah dan institusi institusi
pendidikan yang pelajarnya terdiri umumnya daripada satu kaum sahaja ( Sekolah
Jenis Kebangsaan CIna atau Tamil , Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama ) ,

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membolehkan pelajar sekolah dan


institusi berkenan berinteraksi dan bergaul dengan pelajar sekolah serta institusi lain
yang berlainan kaum.

Sebagai contohnya program Rancangan Integrasi Murid

Untuk Perpaduan (RIMUP) boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan
perpaduan antara etnik. Program ini boleh dilakukan melalui penyertaan dalam
acara acara sukan , acara acara sosial , perkhemahan dan sebagainya.
Untuk mencapai perpaduan dalam pendidikan , konsep Sekolah
Wawasan juga telah diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk
memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau
tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa penghantar dan
pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti
padang permainan , dewan dan sebagainya. Pelaksanaan Sekolah Wawasan
bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas untuk pelajar
pelbagai kaum berinteraksi dan bergaul dalam pelbagai aktiviti. Ini merupakan salah
satu konsep perpaduan iaitu akulturasi yang mana , konsep tidak akan
menjejaskan status dan perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada.
Seterusnya pendidikan sepanjang hayat iaitu program pendidikan yang
dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal , juga
boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara
dan integrasi nasional. Bagi mencapai tujuan ini , usaha dapat dilakukan untuk
memastikan supaya unsur-unsur perpaduan diserapkan ke dalam kurikulum ,
kokurikulum dan program-program pendidikan tidak formal yang dijalankan oleh
agensi-agensi kerajaan , pihak swasta dan NGO.
Secara keseluruhannya , pendidikan sememangnya salah satu saluran
yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk perpaduan dalam
hubungan etnik ini. Kita lihat sahaja pada masa sekarang banyak aktiviti atau
program yang dijalankan di sekolah menjurus kepada perpaduan dan integrasi
hubungan antara kaum. Sebagai contoh

, program bulan kemerdekaan yang

mengingati semangat pejuang lalu yang mempertahankan tanah air dan juga terkini
1 Murid 1 Sukan yang berfokus kepada perpaduan. Malah ianya bertepatan dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

mana potensi murid diperkembangkan dalam aspek jasmani , emosi , rohani , intelek
dan sosial.

DASAR WAWASAN 2020

Wawasan 2020 merupakan respons kepada perkembangan ekonomi ,


social dan politik yang berlaku pada erpingkat nasional dan antarabangsa. Matlamat
ialah pembentukkan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang
tahun 2020. Wawasan 2020 menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan
sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus menjadi negara maju dari segi
ekonomi , politik , social , kerohanian , kejiwaan dan kebudayaan. Menurut Tun Dr
Mahathir Mohammad , kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi
perpaduan negara dan kesepaduan social , ekonomi , keadilan sosial , kestabilan
politik , sistem pemerintahan , mutu kehidupan , nilai-nialai social dan kerohanian ,
selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri.

CABARAN YANG DIHADAPI DASAR WAWASAN 2020

Bagi merealisasikan wawasan 2020 ini , Malaysia perlu menghadapi


sembilan cabaran yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah :1) Membentuk negara Malaysia yang bersatu padu serta Bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya , dengan
para warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan didorong oleh standard etika paling tinggi.

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

3) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas , tenteram dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri , bangga dengan apa yang ada dan
gagah menghadapi pelbagai masalah.
4) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum
bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada
satu negara.
5) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyrakat demokratik yang
matang , yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul
, berasaskan muafakat dan musyawarah dan dicontohi oleh banyak negara
membangun.
6) Mewujudkan

masyarakat

saintifik

dan

progresif,

mempunyai

daya

perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna


teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
7) Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya , yakni masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil lagi
saksama.
8) Membentuk

sebuah

masyarakat

berbudi

bahasa

dan

berbudaya

penyanyang , sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat


daripada diri sendiri.
9) Membentuk masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu
menghadapi persaingan

, bersifat

dinamik dan

mempunyai

daya

ketahanan.
Malaysia juga mengalami satu lagi cabaran yang perlu dipandang berat
iaitu perbezaan dari segi agama , bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Hal ini berkaitan dengan Dasar Wawasan 2020 yang mahu
membentuk sebuah masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya penyanyang.
Di Malaysia , masing-masing kaum Melayu , Cina dan India mempunyai agama ,
bahas dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila
setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Hal ini
menyebabkan anggota etnik mengutamakan anggota daripada etnik yang sama
dalam memilih sahabat,

mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu


dijadikan pegangan dalam masyarakat.
Kesemua cabaran yang dinyatakan , jelas memperlihatkan bahawa
Wawasan 2020 merupakan satu rangka kerja tindakan bagi semua pihak iaitu
kerajaan dan rakyat iaitu sebagai satu entiti yang bersatu padu. Wawasan 2020 ini
memandang jauh ke hadapan yang mana amat menekankan pengisian modal insan
yang diterjemahkan melalui program pendidikan , aspek kejiwaan dengan sikap dan
nilai yang unggul , kemajuan sains dan teknologi yang terkini dan perancangan yang
sistematik dan dinamik.

CADANGAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN


BERDASARKAN WAWASAN 2020.

Dalam merealisasikan Wawasan 2020 , perpaduan dalam hubungan


etnik amat penting. Apa yang lebih penting , rakyat Malaysia perlu ada Jati Diri
mereka sendiri.

Rakyat Malaysia

perlu bergabung tenaga dan saling hormat

menghormati untuk mencapai perpaduan. Rakyat Malaysia perlu berganding bahu


untuk membenteras anasir-anasir barat agar tidak terpengaruh dengan propaganda
mereka yang mahu menguasai dan menakluki negara kita ini seperti yang dilakukan
di zaman penjajah dahulu.
Jika kita perhatikan , antara Sembilan cabaran Wawasan 2020 tersebut
, lapan daripadanya bersifat budaya , politik dan social. Manakala hanya satu
cabaran sahaja daripada cabaran tersebut yang menumpukan pada aspek ekonomi.
Penekanan tersebut menunjukkan bahawa pembangunan yang seimbang harus

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

dicapai pada kedua-dua aspek iaitu material dan bukan material. Penekanan
tersebut juga membuktikan bahawa pembangunan dari segi bukan material sangat
perlu digiatkan
Pelaksanaan pelbagai program dan dasar seperti Dasar Sosial
Negara , Pelan Integriti Nasional dan Misi Nasional yang terkandung Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga amat penting untuk menangani cabaran yang
termaktub dalam wawasan 2020. Pelan yang digubal pasti berkesan jika rakyat
memiliki dan praktis ideologi nasional , iaitu Rukun Negara.
Semangat yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara , kini
semakin dilupakan khususnya dalam kalangan golongan belia sepatutnya , golongan
belia perlu mengambil iktibar untuk memperkasakan dan mendaulatkan prinsip yang
termaktub dalam Rukun Negara kerana semua prinsip ini mempunyai nilai dan
semangat yang luhur. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk kita dapat hidup
aman , damai dan harmoni.
Rakyat pelbagai kaum rata-ratanya bersikap sederhana. Mereka sedar
tentang kepentingan perpaduan nasional. Mereka mahu berkerjasama dan ini tidak
sukar dipupuk kerana amalan sederhana, bertolak ansur, berakomodasi dan
bekerjasama merupakan asas kebudayaan semua. Perkara penting dilakukan
sekarang adalah memanjangkan pengalaman ini kepada perhubungan antara kaum.
Dalam hal inilah, peranan pemimpin diperlukan sebagai model untuk dijadikan
tauladan.

GAGASAN 1 MALAYSIA

Gagasan 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di


kalangan rakyat Malaysia yang ebrbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai
penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja
satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum
ini , sebaliknya ia merupkan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan , kea rah
mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara
Malaysia.
Dalam erti kata lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang
akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 . Wawasan 2020
ini akan tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat. Syarat yang paling utama untuk mencapai Wawasan
2020 ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai
apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oelh Gagasan 1
Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yag diamalkan di negara-negara lain
dimana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti
nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsipprinsip di perlembagaan persekutuan serta identiti etnik setiap kaum di Malaysia
dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

CABARAN YANG DIHADAPI GAGASAN 1 MALAYSIA.

Gagasan 1 malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita


juga turut sama mengalami cabaran yang tersendiri. Proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat merupakan
cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Melalui penjajahan , mereka
membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan
bahawa bangsa lain kurang bertamadun.
Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus
pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak. Globalisasi ialah faktor perubah
budaya yang amat kuat dan pantas. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur
dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Apa yang kita lihat

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

pada masa kini generasi muda lebih terpengaruh dengan ideology negara barat.
Mereka mudah terikut dengan budaya barat berbanding budaya di dalam Malaysia
yang mengutamakan kesopanan dan ketimuran.
Selain itu perbezaan dari segi agama , bahasa dan kebudayaan lebih
ketara dalam masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu , Cina dan India
mempunyai agama , bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan
kebudayaan

mereka

sendiri.

Hal

ini

menyebabkan

anggota

etnik

lebih

mengutamakan kaum etnik mereka sendiri dalam memilih sahabat , mendapatkan


pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik.
Malah politik perkauman juga merupakan cabaran dalam gagasan 1
Malaysia. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu
dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa , kebudayaan , pendidkan , agama , kerakyatan dan ekonomi diperalat oleh
sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat , maka tindakan ini tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

CADANGAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN


BERDASARKAN GAGASAN 1 MALAYSIA

Gagasan 1 malaysia merupakan inspirasi bagi mencapai perpaduan di


kalangan masyarakat Malaysia. Dalam Gagasan 1 Malaysia , semua rakyat di
Malaysia tanpa mengira kaum perlu bergabung untuk mencapai perpaduan negara.
Laungan 1 Malaysia sentiasa dilaungkan umpama satu kata hikmat dan perangsang
bagi mencapai perpaduan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk
mencapai perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia.
Antara langkah yang boleh diambil ialah mengadakan pelbagai
program dan aktiviti perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan


kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu tentang perpaduan antara
kaum. Aktiviti aktiviti yang tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasaran.
Pada peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan berbentuk pendidikan pelbagai
budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Di
tempat kerja pula , aktiviti yang dicadangkan ialah mengenai pengurusan
kepelbagaian dalam kalangan pekerja.
Aktiviti seperti rumah terbuka juga dapat mengeratkan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia. Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat
Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan
sering kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga ataupun sahabat handai
walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh apabila tiba musim perayaan hari raya
aidilfitri , etnik Cina , India , Kadazan , Iban dan sebagainya akan mengunjungi ke
rumah orang melayu dan sebaliknya. Antara etnik akan menyediakan pelbagi juadah
yang halal bagi semua etnik untuk menjamu selera. Amalan ini membuktikan
bahawa konsep perpaduan dan integrasi dari segi akultrasi dalam integrasi social
dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama , bangsa dan
kebudayaan.
Selain itu , masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan
masyarakat majmuknya. Rakyat Malaysia yang pelbagai etnik dapat hidup dengan
aman dalam satu kawasan perkampungan atau perumahan. Di sini salah satu
program yang dapat dilakukan untuk memantapkan perpaduan ialah dengan
program sukaneka antara rakyat yang berbilang etnik. Dengan adanya aktiviti seperti
ini , hubungan rakyat yang perlbagai etnik ini dapat dieratkan lagi dengan cara
bermuhibah di dalam semangat kesukanan. Ini bermakna bukan sahaja pada
peringkat pendidikan program seperti ini boleh dilakukan (RIMUP) akan tetapi di
kalangan dewasa atau masyrakat juga boleh terlaksana.

WAJ3106
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
HUBUNGAN ETNIK

You might also like