You are on page 1of 4

Metodologi Penyelidikan (DCE3002)

Tugasan Individu (30%)


Tajuk / bidang tumpuan / variabel untuk penyelidikan bagi Tugasan bagi
Semester 2, 2012-2013 adalah seperti berikut :
Job Satisfaction (Kepuasan Kerja)

Individu

Tugasan

Ia.

Lima (5) abstrak artikel penyelidikan dalam jurnal yang diterbitkan


dan satu(1) abstrak kertas projek, tesis atau disertasi sarjana atau Phd. 10%
(Sila hantar seminggu sebelum Pep. Pertengahan Semester)

Ib.

Dua (2) artikel penyelidikan kuantitatif berteks penuh. Semua artikel


penyelidikan dari jurnal yang diterbitkan melalui internet. Baca dan
kenalpasti langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam proses
penyelidikan dan kritik (sila lihat Unit 10)
(Sila hantar seminggu sebelum Pep. Akhir Semester)

20%

Kriteria Tugasan:
1. Artikel MESTI artikel penyelidikan kuantitatif dan tajuk/variable seperti
diatas. Satu atau kedua variable tersebut boleh dalam satu artikel
penyelidikan.
2. Artikel penyelidikan telah di terbitkan dalam jurnal2 berkaitan dengan
pembangunan sumber manusia. (Artikel dari proceeding atau dari website
penyelidik2 biasa bukan di terbitkan di jurnal).
3. Tugasan 1a. Penilaian atas abstrak yang baik mesti dibuat: kenalpasti
objektif kajian, metodologi, hasil dapatan kajia. (rumusan, cadangan dan
implikasi kajian adalah opsional). Tulis biblioliografi artikel yang dipilih.
4. Tugasan 1b. boleh pilih dua artikel penyelidikan dalam tugasan 1a. dan
buat penilaian dengan soalan panduan seperti dibawah.

Penilaian Artikel Penyelidikan


Setelah anda mengikuti Modul ini dari unit 1 hingga unit 10, anda telah didedahkan
kepada semua elemen-elemen dalam proses penyelidikan. Kriteria dalam setiap
elemen telah dibincangkan dalam setiap langkah proses penyelidikan. Rumusan
kriteria untuk penilaian artikel penyelidikan kuantitaif adalah seperti berikut:

Bab 1: Pendahuluan

Adakah latarbelakang masalah menggambarkan masalah dikaji?

Adakah maklumat dan hasil dapatan maklumat lepas mencukupi menjelas isu yang hendak
dikaji?

Adakah pernyataan masalah jelas dan terperinci?

Adakah variabel telah dikenalpasti?

Apakah rasional atau pentingnya bagi menjalankan kajian tersebut?

Adakah objektif kajian jelas dan berasaskan kenyataan masalah?

Adakah kajian itu mempunyai definisi operasi yang boleh diukur?

Adakah limitasi kajian dinyatakan? Adakah limitasi kajian tidak boleh diatasi?

Bab II: Sorotan Literatur

Adakah literatur mencukupi menerangkan pembolehubah kajian ?

Adakah literatur bersesuaian dan bahan penting bagi kajian ?

Adakah sorotan literatur menyokong keperluan mengkaji masalah ?

Adakah sorotan literatur membentuk rangka konsep dan rangka teori ?

Adakah sorotan literatur menilai secara kritis dapatan kajian lepas ?

Bab III: Metodologi Kajian

Adakah prosedur, rekabentuk kajian dan instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data
dijelaskan secukupnya bagi penyelidik lain untuk penduakan kajian tersebut?

Adakah populasi diterangkan dengan terperinci. Adakah kaedah persampelan atau


keseluruhan populasi digunakan?

Adakah instrumen yang digunakan telah dinilai kesahan dan kebolehpercayaan?

Adakah prauji dijalankan? Bagaimana kebolehpercayaan instrumen?

Adakah analisis data bersesuai dengan objektif kajian?

Bab IV: Hasil Kajian dan Perbincangan

Adakah teknik statistik digunakan sesuai dan bermakna?

Adakah pembentangan hasil kajian sesuai dan mencukupi?

Adakah perbincangan hasil kajian logik dan dikaitkan dengan sorotan literatur?

Bab V: Kesimpulan, Implikasi dan cadangan

Adakah kesimpulan konsisten dengan dapatan kajian?

Adakah implikasi atau cadangan berasaskan dapatan kajian?

Adakah kesimpulan dibuat selepas pembentangan dan perbincangan hasil dapatan


mencukupi?

You might also like