You are on page 1of 4

Definisi dadah

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.

Jenis-jenis dadah
Ia terdapat dalam bentuk pil, serbuk dan lain2 lagi.
Contohnya: Ganja, Heroin dan morfin.

Sebab-sebab pelajar terlibat


1. Tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga
Remaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa
diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi,mereka mengambil dadah yang
membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.
2. Pengaruh kawan
Sesetengah daripada mereka menagih dadah kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan
kawan mereka untuk mengambil dadah.Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk
menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik.Akhirnya,mereka terjebak ke
dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.
3. Rasa ingin mencuba
Remaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba.Apabila
mereka mendapat dadah,mereka ingin tahu apakah kesan selepas
menggunakannya.Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam
perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.

4. Kesenangan untuk mendapat dadah


Dalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah,pehak
penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara
ini.Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah,remaja mudah mendapat
dadah di pasaran dengan mudah secara haram.
Kesan-kesan
1. Masalah kesihatan
Remaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang akan menghadapi
masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit mental,kanser dan sebagainya.Hal
ini disebabkan dadah mengandungi kandungan ubat yang beracun.Mengikut kajian yang
dijalankan,sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus yang beracun serta
serpihan kaca.Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam dadah adalah untuk
mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas penagih.
2. Peningkatan kes jenayah
Demi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah,mereka terpaksa
mencuri,merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang membolehkan mereka
untuk mendapat wang.Oleh itu,kita sering mendapat berita tentang kes pecah
rumah,meragut,merompak dalam surat khabar.

3. Pembangunan dan keamanan negara tergugat


Apabila penagih dadah dalam negara kita meningkat,pembangunan negara tergugat
kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkan mereka hilang minat
dalam pelajaran dan keiginan untuk bekerja.Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan
mengurangkan pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.

Langkah-langkah
1. Mengetatkan undang-undang
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan gejala ini terutamanya
di kalangan remaja.Undang-undang yang berkaitan dengan dadah harus dipreketatkan
lagi agar pengedar dan penagih dadah akan bertaubat.Dengan adanya undang-undang
yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kitas dalam
menghapuskan gejala ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa mengadakan pemeriksaan
yang ketat di kastam-kastam untuk menghalang pengedar dadah yang berniat
menyeludup dadah ke dalam negara kita.
2. Kempen dan ceramah diadakan
Kempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk
menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah.Polis juga patut dijemput untuk
memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan tentang.Pada masa yang sama,polis

boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun
menagih dadah.
3. Kasih sayang Ibubapa
Ibubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak
mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan yang tidak baik dan seterusnya
terjebak ke dalam amalan penagihan dadah.
4. Pegangan agama yang kuat
Remaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak mudah
terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah.Hal ini disebabkan,mereka adalah kuat
dan teguh dari segi mental serta mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada
di sisi undang-undang.

You might also like