You are on page 1of 3

PENGETAHUAN DAN AMALAN AKADEMIA BARU DALAM KALANGAN

PENSYARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NORALIAH BINTI ZAINAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengetahuan dan amalan
Akademia Baru dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga
turut mengkaji perbandingan pengetahuan dan amalan Akademia Baru mengikut empat aliran
utama di UTM iaitu aliran Sains Tulen, aliran Sains Komputer, aliran Sains Kejuruteraan dan
Aliran Sains Sosial. Seramai 217 orang pensyarah telah dijadikan sebagai responden kajian.
Data dikumpulkan menerusi soal selidik yang menggunakan soalan aneka pilihan untuk
menguji pengetahuan dan skala Thurstone untuk mengkaji amalan pensyarah terhadap
Akademia Baru. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu
frekuensi dan peratusan serta min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian ini mendapati
pensyarah di UTM mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap Akademia Baru. Namun
begitu, untuk kaedah pembelajaran berbantu rakan (PI), pensyarah hanya mempunyai
pengetahuan yang sederhana. Untuk amalan Akademia Baru, keseluruhannya pensyarah kerap
mengamalkan pendekatan Akademia Baru. Perbandingan antara aliran pula mendapati tidak
jauh perbezaan sama ada untuk pengetahuan dan amalan pensyarah. Kajian ini juga memberi
cadangan sokongan UTM dalam membantu perlaksanaan Akademia Baru. Oleh itu,
diharapkan kajian ini dapat digunakan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
di universiti serta memberi idea pengajaran yang berkesan kepada pensyarah.

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the knowledge and practice of the New
Academia among lecturers of University Technology Malaysia. This study also examined the
comparative knowledge and practices of New Academia by four main streams in UTM which
is science stream, computer science, engineering science and social sciences. A total of 217
lecturers was used as respondents. Data were collected through a questionnaire using multiple
choice questions to examine their knowledge while Thurstone scale was used to examine their
practice toward New Academia. Data were analyzed using descriptive statistics of frequency,
percentage, mean and standard deviation. The findings of this study show that the lecturers at
UTM have high knowledge on New Academia. However, for peer instruction (PI), lecturers
have a modest knowledge only. For New Academia practices, it stated high practice among
lecturers. Then, the comparison between four main streams in UTM shows similarities in
knowledge and practice towards New Academia. This study also makes recommendations for
UTM to support the implementation of New Academia. Hopefully, this study can be used to
improve teaching and learning in universities and provide effective teaching ideas for
lecturers.

You might also like