You are on page 1of 4

Perlembagaan dan undang-undang negara

Oleh Mohd. Ayop Abd. Razid


PENULIS ialah Penolong Pengarah di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan
Penerangan Malaysia.

SETIAP negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai perlembagaan masingmasing. Perlembagaan dan undang-undang wujud dalam masyarakat bertujuan
menjamin kelangsungan sesebuah negara, menjamin kestabilannya, menyelesaikan
pelbagai masalah masyarakat, menegakkan keadilan serta memberi panduan dan
kuasa kepada pemerintah.

Justeru, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan


pentadbiran dan kestabilan politik serta menjamin taat setia rakyat sesebuah
negara itu.

Selain itu, perlembagaan juga menjamin hak dan kebebasan awam mengikut batasbatas yang ditentukan perlembagaan. Ini bermakna, perlembagaan menggariskan
hak, kuasa, tanggungjawab dan tatacara yang dapat memandu hubungan antara
satu autoriti dengan satu autoriti yang lain supaya ia dapat menjamin pentadbiran
yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil.

Apakah maksud atau takrif perlembagaan itu? Pakar-pakar perlembagaan menyebut


perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi bagi kewujudan sebuah negara.
Biasanya undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua
undang-undang lain. Mahkamah pula bertindak sebagai penjaga perlembagaan dan
mentafsir peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan dengan jelas dan
muktamad.

Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi yang


menjadi sumber dan punca kepada semua undang- undang. Ketinggian
Perlembagaan Persekutuan boleh difahami dengan jelas di bawah Perkara 4(1)
Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 75 pula menyebut mana-mana

undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan


adalah terbatal, setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang Persekutuan
itu.

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan tertinggi yang menggubal


undang- undang seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 66 Perlembagaan
Persekutuan. Kerajaan, sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri akan
mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran mengikut lunas-lunas yang telah
digariskan di dalam Perlembagaan.

Konsep pembahagian kuasa selari dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara


Persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam sistem
negara (Kerajaan) Persekutuan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berkongsi
kuasa pemerintahan dan perundangan. Selain Malaysia, negara lain yang turut
mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada,
Australia, India dan Brazil.

Seperti disebut, Perlembagaan Persekutuan menjadi sumber dan punca kepada


semua undang-undang. Ada banyak undang-undang yang dikuatkuasakan di negara
kita dibentuk melalui Parlimen.

Undang-undang yang terbit dari parlimen ini dikenali sebagai akta, manakala
undang- undang yang terbit dari Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenali sebagai
enakmen.

Walaupun DUN boleh mengadakan undang-undang tetapi ia masih tertakluk kepada


Perkara 75 yang menetapkan undang-undang negeri tidak boleh bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah pula makna undang-undang? Terdapat banyak takrifan undang-undang


yang dikemukakan oleh tokoh falsafah, sosiologis dan tokoh undang-undang sendiri.
Aquinas menganggap undang-undang sebagai 'ordinan akal' mengenai apa yang
diisytiharkan baik oleh ketua komuniti.

John Austin pula melihat undang-undang sebagai perintah yang diberi sama ada
secara langsung atau tidak oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang
berdaulat kepada masyarakat atau komuniti di mana kuasa kedaulatan undangundang (rule of law) tersebut adalah kuasa tertinggi.

Di negara kita badan berdaulat yang menggubal dan mengeluarkan undang-undang


ialah Parlimen.

Lady Wooton, pakar sosiologi AS menyatakan undang-undang perlu dihadkan


kepada perlakuan dan tindakan yang memberi kesan langsung terhadap
kesejahteraan masyarakat dan negara. Mana-mana perlakuan yang tidak ada
hubungan dengan soal kesejahteraan negara tetapi dilihat tidak selari dengan
tatasusila dan nilai peradaban masyarakat perlu diselesaikan dengan 'sanksi'
(sanction) masyarakat.

Satu perkara yang harus difahami ialah, perlembagaan dan undang-undang tidak
sepatutnya dilihat dari aspek takrifan yang literal kepada peruntukanperuntukannya semata- mata, tetapi ia juga ia mengandungi dan mendukung
falsafah tertentu.

Falsafah perlembagaan bagi negara yang mengamalkan ideologi komunis sudah


tentu berbeza falsafah dengan negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti
yang diamalkan di negara kita.

Di negara kita perlembagaan mengiktiraf dan menjamin hak asasi manusia. Ini
bermakna perlembagaan negara mendukung prinsip hak kebebasan seperti yang
terkandung dalam Bahagian 2: Kebebasan Asasi (Perkara 5-13) Perlembagaan
Persekutuan.

Hak-hak Asasi tersebut selari dengan Perisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat
(HAM)1948, iaitu dalam Artikel 19, 20 dan 21 (HAM) yang menekankan setiap
individu memiliki hak kepada pendapat dan penyuaraan, kebebasan berhimpun dan
berpersatuan, hak untuk mengambil bahagian dalam negara secara langsung atau
wakil yang dipilih secara bebas serta hak terhadap khidmat awam dan negara.

Kesimpulan, perlembagaan merupakan undang-undang utama (induk) bagi


sesebuah negara. Ketinggian dan keagungan (supremacy of the constitution)
melambangkan ia sebuah dokumen utama yang menjadi 'yard stick' segala
tindakan kerajaan dan rakyat dalam sesebuah negara. Ia secara langsung menjadi
instrumen yang melahirkan kuasa dan institusi-institusi di dalam sesuatu
masyarakat atau negara.

Kongsi Konten di :
0Share 0Share 0Share 0Share

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=1219&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz3Qq4SkJ3P
Utusan Melayu (M) Bhd

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1219&sec=Rencana&pg=re_05.htm

You might also like