You are on page 1of 22

1.

Jelaskan hubungan etnik dalam konteks modernisasi


di Malaysia.
2. Membuat analisis ringkas berkaitan pembangunan
lima tahun sebelum 1970.
3. Bincangkan ciri-ciri etnik dalam konteks demografi,
politik dan ekonomi di Malaysia.

MODERNISASI :
Satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat yang dianggap sebagai sesuatu yang harus
ditempuh oleh semua bangsa atau negara.

Perubahan berlaku antara :

BERENCANA

TIDAK
BERENCANA

Berasaskan modenisasi Eropah Barat selepas Perang Dunia II


Melalui proses penjajahan, alam sekitar Malaysia telah
membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit
ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah.
Industri bijih timah amat penting untuk pembangunan
infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.
Contohnya, perlunya landasan keretapi, jalan raya dan
pelabuhan yang boleh menampung keperluan export dan
import.

Tenaga

buruh

di

Malaysia

juga

dikenali

sebagai

division of labour iaitu mengikut kelompok etnik.


Di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
terutamanya isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik.
- Isu agihan pendapatan dapat dilihat daripada 2 sudut iaitu;
1. kelas sosial yg berbeza (kelas atas,menengah dan bawah)
2. kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.
Etnik

Melayu

(65.9%),

Cina

(25.3%),

India

(7.5%)

lain-lain (1.3%)
Etnik Majoriti : Melayu
Ekonomi Majoriti : Cina
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Pada 1980-1990an kemiskinan menurun dan kualiti hidup menaik.

&

ANALISIS
PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
SEBELUM 1970

Rancangan Malaysia ialah rancangan lima tahun


pembangunan kerajaan Malaysia.
Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan
daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu
selepas Perang Dunia Kedua.
Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya
Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu
disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun
1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan
lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia
(RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada
tahun 1966 hingga 1970.
Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya
Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah
untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960


Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965
Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970
Rancangan Malaysia Kedua: 1971 - 1975;
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga
1990
Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980
Rancangan Malaysia Keempat: 1981 1985
Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990Rancangan
Malaysia Keenam: 1991 1995
Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000
Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 2005
Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 2010
Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 - 2015

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah


rancangan pembangunan ekonomi yang
pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya
Malaysia.
Rancangan pembangunan ekonomi selama lima
tahun (19661970) ini membabitkan seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan
seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup
kawasan luar bandar terutamanya di kalangan
mereka yang berpendapatan rendah.

Memajukan ekonomi seluruh negara


demi kebajikan rakyat dan seterusnya
mengeratkan perpaduan rakyat.
Meningkatkan pendapatan penduduk
yang miskin.
Membangunkan ekonomi luar bandar.
Mempertingkatkan lagi usaha ke arah
mempelbagaikan ekonomi negara.
Mengurangkan pengangguran.
Memajukan sektor perindustrian.

Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan


sektor pertanian untuk memperbaiki sosioekonomi penduduk luar bandar.
Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25%
daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan
pertanian.
FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk
membangunkan sosio ekonomi penduduk luar
bandar, telah membuka banyak projek tanah
sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di
Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor
Tenggara.
Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup
para petani serta menambah peluang pekerjaan
dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966


untuk memulih dan memajukan projek
tanah kerajaan.
MARDI ditubuhkan pada tahun 1969
untuk membuat penyelidikan tentang
pemasaran dan pengeluaran hasil
tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman
seperti kelapa sawit, koko dan tebu
telah ditanam dengan lebih luas lagi.

Penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur


semula dari Rural Industrial Development Authority atau
RIDA)
bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta
menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan
kemasyarakatan dalam persekutan dan khususnya
dalam kawasan-kawasan luar bandar.
MARA - pedagang dan pengusaha bumiputera boleh
mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah
selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Peningkatkan kemudahan pengangkutan dan
perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan
industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di
Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta
Likas dan Kepayang di Sabah.

RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan


keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah.
Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal
untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar
bandar.
Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya
mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka
kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa
Melayu.
Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara
kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana
perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih
lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan.

Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk


(dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam
tempoh waktu tertentu.

Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik


yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

17

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada


18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada
tahun 2000.
Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia
tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek
demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik
menentukan

secara

langsung

jumlah

undi

yang

akan

diperolehi dalam pilihanraya.


Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina
tentang

kenyataan

yang

menunjukkan

bahawa

jumlah

penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan.


18

Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana


mereka ingin memastikan etnik Cina kekal
berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.
Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik
Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu
politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait
dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.
Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti
dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak
bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam
bidang yang lain.

Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan


siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh
aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak
milik kekayaan.
Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana
mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi
berbanding etnik yang lain.
Perkara ini yang
menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi
dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca


berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam
tahun 1969.
Sehubungan dengan itu, pihak
kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang
mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap
etnik yang ada di Malaysia.
Di
sebalik
tumpuan
kerajaan
untuk
mengutamakan pembangunan ekonomi dan
menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden
dan maju di Asia, aspek keharmonian dan
bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.
21

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like