You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN MENGADAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

AKTIVITI AIR
1. Pastikan ada jurulatih yang berkelayakan.
2. Sekurang-kurangnya ada seorang pemegang Sijil Menyelamat `BRONZE MEDELLION yang
bersama sepanjang aktiviti.
3. Pastikan cuaca baik sebelum aktiviti dijalankan.
4. Setiap aktiviti air MESTI dimulakan dengan aktiviti `keyakinan di air (water confident)
5. Buat tinjauan di tempat aktiviti hendak dijalankan
6. Minta nasihat dari penduduk setempat
7. Pastikan semua peralatan yang hendak diguna pakai dalam keadaan yang baik
8. Nasihatkan peserta agar mematuhi segala arahan jurulatih.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH / SEKOLAH ( PERKHEMAHAN / KEM )


Prosedur ini perlu dipatuhi oleh kelab/persatuan yang dikawal selia oleh Pengetua / Guru Besar.
AKTIVITI DIADAKAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
1.

Permohonan bertulis kepada Pengetua/ Guru Besar dengan mengemukakan kertas kerja,
senarai nama murid dan guru terlibat, jadual tentatif, mengemukakan nama jurulatih
jemputan, kos perbelanjaan dan sumber kos/dana.

2.

Kelulusan dan kebenaran bertulis daripada Pengetua/ Guru Besar. Hanya pengetua/Guru
Besar sahaja yang boleh memberi kebenaran dan kelulusan.

3.

Memaklumkan ke Pejabat Pelajaran Gabungan / Dearah (u.p. Unit Kokurikulum) dengan


mengemukakan salinan perkara 1 dan 2 di atas.

4.

Memaklumkan aktiviti dengan memberikan satu salinan program kepada Balai Polis terdekat.

5.

Memaklumkan aktiviti dengan memberikan satu salinan program kepada Balai Bomba
terdekat.

6.

Mendapatkan kebenaran dan deklarasi kesihatan murid (Borang Deklarasi dan Akuan
Kebenaran Ibu Bapa Borang SPPK1). Borang ini hendaklah disimpan oleh pengelola
sehingga 2 tahun untuk rujukan jika diperlukan.

7.

Jadual aktiviti yang jelas dan dimaklumi oleh Pengetua, Guru-guru dan Ibu Bapa.

8.

Laporan bertulis aktiviti setelah 14 hari tamat program kepada Pengetua dengan satu salinan
ke Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Gabungan / Daerah.

AKTIVITI DIADAKAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH TETAPI DI DALAM DAERAH.


1.

Permohonan bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dengan mengemukakan kertas kerja,


senarai nama murid dan guru terlibat, jadual tentatif, nama jurulatih/penceramah luar, kos
perbelanjaan dan sumber kos/dana.

2.

Kelulusan dan kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Besar. Hanya Pengetua/Guru


Besar sahaja yang boleh memberi kebenaran dan kelulusan.

3.

Memohon kebenaran secara bertulis daripada tuan tanah / tempat aktiviti diadakan.

4.

Mendapat kebenaran bertulis daripada tuan tanah / tempat tempat aktiviti dijalankan.

5.

Memaklumkan ke Pejabat Pelajaran Gabungan / Dearah (u.p. Unit Kokurikulum) dengan


mengemukakan salinan perkara 1, 2, 3 dan 4 di atas.

6.

Memaklumkan aktiviti dengan memberikan satu salinan program kepada Balai Polis terdekat.

7.

Memaklumkan aktiviti dengan memberikan satu salinan program kepada Balai Bomba
terdekat.

8.

Mendapatkan kebenaran dan deklarasi kesihatan murid (Borang Deklarasi dan Akuan
Kebenaran Ibu Bapa Borang SPPK1)

9.

Jadual aktiviti dimaklumi oleh Pengetua, Guru-guru dan Ibu Bapa dengan jelas.

10.

Laporan bertulis aktiviti setelah tamat program kepada Pengetua dengan satu salinan ke Unit
Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Gabungan / Daerah.

AKTIVITI DIADAKAN DI LUAR DAERAH


1.

Permohonan bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dengan mengemukakan kertas kerja,


senarai nama murid dan guru terlibat, jadual tentatif, kos perbelanjaan dan sumber
kos/dana.

2.

Kelulusan dan kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Besar.

3.

Memohon kebenaran secara bertulis daripada tuan tanah / tempat aktiviti diadakan.

4.

Mendapat kebenaran bertulis daripada tuan tanah / tempat tempat aktiviti dijalankan.

5.

Memanjangkan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Sarawak dengan


mengemukakan perkara 1, 2, 3 dan 4 di atas. (Meskipun permohonan diluluskan oleh
Pengetua/Guru Besar di peringkat sekolah, Persetujuan dan kelulusan daripada Pengarah
akan dijadikan penentu untuk meneruskan aktiviti atau tidak).

6.

Memaklumkan ke Pejabat Pelajaran Gabungan / Dearah (u.p. Unit Kokurikulum) dengan


mengemukakan salinan perkara 1, 2, 3, 4 dan 5 di atas.

7.

Memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Gabungan / Daerah terdekat dengan program /


aktiviti dengan mengemukakan perkara 1, 2, 3, 4, dan 5 di atas.

8.

Memaklumkan aktiviti dengan memberikan satu salinan program kepada Balai Polis terdekat
dengan tempat/aktiviti.

9.

Memaklumkan aktiviti dengan memberikan satu salinan program kepada Balai Bomba
terdekat dengan tempat/aktiviti.

10.

Mendapatkan kebenaran dan deklarasi kesihatan murid (Borang Deklarasi dan Akuan
Kebenaran Ibu Bapa Borang SPPK1)

11.

Jadual aktiviti dimaklumi oleh Pengetua, Guru-guru dan Ibu Bapa dengan jelas.

12.

Laporan bertulis aktiviti setelah tamat program kepada Pengetua dengan satu salinan
masing-masing ke Unit Kokurikulum, SPPK, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Gabungan / Daerah.

* Bagi aktiviti dikelolakan oleh sekolah, (bukan kelab/persatuan), Permohonan hendaklah dikemukakan
oleh Jawatankuasa yang di bentuk..

You might also like