You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA,
K KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,
71760 BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
Ambilan Febuari 2012
TUGASAN SOALAN TUTORIAL 1, 2 DAN 3
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1
NAMA

: RAZALI BIN RAMLI

KURSUS

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

AMBILAN

: FEBRUARI 2012

NO. KAD PENGENALAN

: 760613-08-5695

NO. TELEFON

: 011-11159768/01110770582

E-MEL

: zalieacs@gmail.com, ppgrbt2012@gmail.com

PENSYARAH

: DR AHAMAD SHABUDIN BIN YAHAYA

TARIKH SERAHAN

: 7 FEBUARI 2015

TUGASAN 1
Bandingkan pendekatan kuantitatif dan Kualitatif

Kuantitatif

Kualitatif

Kaedah Penyelidikan

kaedah postivis,
eksperimental,
data numarika
ujian statistik

kaedah interpretif, penghuraian


kajian lapangan
kajian sejarah
kajian kes,
data verbal
triangulasi data.

Konsep Utama

konsep variable
konsep hipotisis
kepercayaan
Operasional
kesahan dan signifikan

konsep makna
Esei
pemahaman
pembentukan fenomena
konteks dan triangulasi

Sudut bidang yang


dikaji oleh penyelidik

sains asas, perindustrian,


psikologi, sains politik,
kejuruteraan, ekonomi dan
pendidikan

Tujuan

Reka Bentuk Kajian

Sudut Sampel

bidang antropologi, kemasyarakatan,


linguistic, sosiologi dan sejarah

menguji teori,
membina fakta,
menunjukkan
perbezaan,
menunjukkan
hubungan, meramal
tingkah laku
menerangkan kejadian
secara statistik

melengkapkan teori,
meningkatkan kefahaman,
menghuraikan kenyataan,
menyatakan kejadian semulajadi
menerangkan kejadian secara
verbal.

Eksperimental
Kuasi-eksperimental
temubual berstruktur,
pemerhatian berstruktur
dan tinjauan

Pemerhatian
pemerhatian peserta,
temubual tidak berstruktur
rujukan maklumat dokumentasi
dan kajian kes

sampel bersaiz besar, kaedah berskala kecil, persampelan bukan


persampelan kebarangkalian, kebarangkalian
pemilihan sampel secara rawak,

Pendekatan Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif


melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan
pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z,
skor-T, varian, dan sebagainya.

Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan


yang minima, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan
menumpukan kepada hasil.

Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar.

Contoh
1. REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN - mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variabel
bersandar,
- alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik
a) Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif
Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu
eksperimen :
(a) Sejarah
(b) Kematangan ( tempoh masa )]
(c) Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua
(d) Alat ukuran
(e) Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau
skor tingi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah.
(f) Pemilihan berlaku bias dlm pemilihan sample
(g) Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan
(h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan

Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu

eksperimen:
(a) Kesan Interaksi Pengujian
Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat
mengingat soalan dan jawapan ujianpra.
(b) Interaksi
Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan
interaksi antara subjek kajian dengan variabel yang dikaji.
(c) Kesan Tindak Balas
Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam
suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam suasana biasa (suasana
bukan eksperimen).
(d) Gangguan Rawatan Berganda
Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus.
2. Reka Bentuk Kajian Kuantitatif
(a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif
(i) Reka bentuk kes (case design)
(ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design)
(iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design)
(iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design)
(v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control
design).
(b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen
(i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): reka bentuk
ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan (singlegroup-pretest-posttest design), reka
bentuk siri-masa (time-series design)
(ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): Reka bentuk
berkumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja (controlgroup-posttestonly design); Reka
bentuk berkumpulan-kawalanujianpra-ujianpos (control-group-pretestposttest
design). Reka bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmon-control-group
design),Reka bentuk faktorial (factorial design).

Kajian Deskriptif
Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek
kajian dan biasanya variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian
yang baik, pengkaji biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000
subjek.
Reka bentuk Kajian Deskriptif :
a) Kes satu subjek kajian sahaja.
b) Siri kes beberapa kes
c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap subjek kajian
d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur pada awal kajian,
kemudian selepas beberapa ketika,hasil/kesannya (seperti sakit jantung)
ditentukan
e) Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang boleh menyebabkan
sesuatu kes/hasil berlaku . lebih sukar dan memakan masa untuk
dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan untuk menunjukkan wujudnya
hubungan sebab-kesan.
Kajian Eksperimen - Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu kesan .
dua (2) jenis, iaitu
(i) reka bentuk tak berkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas satu (1) kumpulan
subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka
bentuk ini ialah
i. reka bentuk ujianpra
ii. ujianpos
iii.satu kumpulan.
(ii) reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan kepada dua
(2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan
tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan
(kumpulan kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi
(kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar.

Pendekatan Kualitatif

Pendekatan kualitatif pula berasaskan kualiti.

Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara


yang dikaji.

Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal.

Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop


kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil

Contoh
1. Reka Bentuk Kajian Kualitatif Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan
dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan
persoalan kajian :
(i) jangka masa kajian;
(ii) jenis data yang hendak dikutip;
(iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
(iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
(v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
(vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
(vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan
(viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.
2 Pemilihan Bentuk Kajian
(a) Bentuk Kajian Lapangan-data dikutip melalui temubual dengan responden kajian
atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.
(b) Bentuk Kajian Kes-adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait
dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau
sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes
termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada
mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah
pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

(c) Bentuk Kumpulan Terfokus- proses pengutipan data melalui temubual yang
dibentuk khas untuk kumpulan kecil. Perlu berbincang menggunakan psikologi
secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar . satu kaedah untuk mendapatkan
maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap.
(d) Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu
masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif
dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi
(e) Bentuk Analisis Dokumen
Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk
mendapatkan data kajian.
(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan- Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk
kajian kualitatif dan kuantitatif. Pengutipan data dengan menggunakan lebih
daripada satu kaedah.

TUGASAN 2
Bandingkan tujuan, Kekuatan dan kelemahan setiap reka bentuk penyelidik dengan
menggunakan jadual
REKA BENTUK PENYELIDIKAN

KUANTITATIF

KAJIAN EKSPERIMENTAL

KUASI-EKSPERIMENTAL

KAJIAN TINJAUAN

KAJIAN KORELASI

KUALITATIF

KAJIAN ETNOGRAFI

KAJIAN KES

KAJIAN SEJARAH

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

JENIS
REKABENTUK

Kajian eksperimental

KEKUATAN

TUJUAN

Membuat perbandingan di
bawah situasi terkawal
Membuat generalisasi
mengenai keberkesanan.
Memperolehi pengukuran
secara objektif
Mengenalpasti sebab dan
akibat.

Melakukan perubahan ke
atas variabel bebas dan
memerhatikan kesan
perubahannya pada variabel
bersandar.
Perubahan pada variabel
bersandar adalah benarbenar disebabkan oleh
varibel bebas, bukan
disebabkan faktor lain.

KELEMAHAN

Perubahan dalam variabel rawatan


mesti wujud sebelum perubahan
variabel bersandar berlaku.

JENIS
REKABENTUK
Kuasi-eksperimental

KEKUATAN

TUJUAN

Menilai keberkesanan
suatu program apabila
responden kajian tidak
dapat diagihkan secara
rawak.

Boleh mengkaji kumpulan


responden yang tidak seimbang
dan tidak mempunyai ciri-ciri
yang sama.

KELEMAHAN

JENIS
REKABENTUK

TUJUAN

KEKUATAN

Pemilihan responden kajian akan


menimbulkan ralat yang tidak boleh
dijangka kerana prosedur persampelan
secara kebetulan, bukan melalui
persampelan rawak.
Pengkaji kurang yakin sama ada
perubahan pada responden adalah
disebabkan oleh rawatan yang
diberikan atau faktor-faktor luaran
yang lain kerana sebelum rawatan
diberi, responden sudah tidak sama dari
banyak aspek.

KELEMAHAN


Kajian tinjauan

Digunakan untuk mendapatkan


maklumat daripada responden
yang ramai iaitu ratusan atau
ribuan responden.
Untuk mendapat pandangan
orang ramai mengenai sesuatu
isu semasa.
Ia juga digunakan untuk
meninjau keberkesanan sesuatu
produk atau rancangan.

Penggunaan yang menyeluruh ia boleh


digunakan untuk menyatakan pelbagai
jenis soalan seperti isu dan masalah pada
pelbagai perspektif terutamanya
menghuraikan sikap, pandangan,
kepercayaan, perasaan, tingkah laku dan
lain-lain.
Cara pengendalian yang digemari ia
dilakukan melalui pemberian soal
selidik atau temu bual atau kedua-dua
sekali
Cara memungut data yang cepat
jawapan subjek dan keputusan analisis
diperolehi dalam masa yang singkat.
Penggunaan saiz sampel yang besar
kesahan lebih tinggi.
Maklumat yang terus maklumat dapat
dipungut secara terus daripada
responden dalam masa yang singkat.
Keupayaan keputusan kajian
digeneralisasikan hasil kajian dapat
digeneralisasi kepada populasi dengan
tepat dan berkesan.

Pengkaji
menggunakan soalan
yang berbunyi afektif
merupakan soalan
yang akan
menimbulkan emosi
responden yang
menyebabkan
responden menjawab
dengan tidak jujur
atau enggan memberi
jawapan dengan
tepat.

JENIS
REKABENTUK

Kajian kolerasi

KEKUATAN

TUJUAN

Satu jenis
penyelidikan yang
menggunakan ujian
statistik untuk
mengenalpasti
pola-pola dan
perhubungan di
antara dua
pemboleh ubah
dalam kajian.

Membolehkan penyelidik
menentukan sejauh mana
darjah asosiasi di antara 2
pemboleh ubah dalam
kajian.

KELEMAHAN

CONTOH KAJIAN KUANTITATIF

i. Kajian eksperimental :
Keberkesanan teknik pembelajaran koperatif ke atas pelajar dalam mata pelajaran
Matematik.

ii. Kuasi eksperimental :


Keberkesanan kursus peningkatan profesionalisme pensyarah baru IPTS.

iii. Kajian Tinjauan :


Masalah penulisan karangan sekumpulan pelajar Tingkatan 5.

iv. Kajian Korelasi:


Di antara latar belakang guru, aspek pengajaran Pendidikan Moral, latar belakang
pelajar serta aspek pembelajaran yang menjadi peramal terbaik dalam pemupukan
empati dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat.

PENYELIDIKAN KUALTITATIF
JENIS
REKABENTUK

Kajian etnografi

TUJUAN

Memberi gambaran sesuatu peristiwa


mengikut tema kajian.
Melapor pelbagai perspektif secara
subjektif
Memberi keterangan, kefahaman dan
penghuraian sesuatu situasi yang spesifik.
Bentuk kajian kualitatif yang digunakan
untuk menerangkan, menganalisa dan
menginterpretasi bentuk culturesharing sesuatu kumpulan seperti
tingkah laku, kepercayaan, bahasa,
ekonomi, interaksi, struktur politik,
kehidupan dan gaya dalam perhubungan.

KEKUATAN

KELEMAHAN

Menyumbang kefahaman yang lebih


Perspektif pengkaji
mendalam terhadap perkaitan antara politik berkemungkinan dipengaruhi oleh
dengan pendidikan, antara sekolah dengan kecenderungan budaya sendiri.
masyarakat, kerajaan negeri dengan
Memakan masa yang lama
kerajaan pusat dan antara guru dengan
berminggu @ berbulan
murid di sekolah.
Hasil dapatan lebih condong
Dapat mengaplikasikan pelbagai teknik
kepada kualitatif.
untuk mengetahui mengenai orang lain dan Menggunakan bilangan peserta
budaya yang berbeza untuk ditulis.
yang kecil dan suasana sekeliling
Kebolehpercayaan yang tinggi data yang yang kecil skalanya.
dikutip lebih tepat daripada pelbagai
Fokus yang keterlaluan boleh
sumber.
menyebabkan pengkaji terlepas
Penyelidikan dilakukan dalam kehidupan pandang maklumat lain yang tidak
yang sebenar sampel tidak perlu buat
kurang pentingnya.
apa-apa perubahan.
Kurang kawalan pemboleh ubah.
Sukar untuk membuat
generalisasi.

JENIS
REKABENTUK

KEKUATAN

TUJUAN

Kajian kes

Mengilustrasi gambaran,
menganalisis dan
menginterpretasi keunikan
seorang individu dan situasi
melalui keterangan yang dapat
diperolehi.
Untuk menangkap tingkah laku
yang kompleks di bawah situasi
tertentu
Untuk mempersembah perwakilan
realiti
Untuk member tindakan dan
intervensi

Mengumpul maklumat secara


mendalam mengkaji maklumat
mengenai tingkah laku individu dan
keadaan sosial.
Melibatkan pengumpulan maklumat
secara sistematik dan mendalam
mengenai tingkah laku individu,
keadaan sosial atau peristiwa
khusus.
Maklumat yang dikumpul amat
teliti dan kaya terhadap subjek
kajian.

KELEMAHAN

Tidak menguji teori,


membentuk teori atau
membuat generalisasi.
Tidak boleh
digeneralisasikan kepada
sampel lain.

JENIS
REKABENTUK

KEKUATAN

TUJUAN

Kajian sejarah

Suatu tindakan membina semula


dengan inkuiri kritikal untuk
mencapai objektif gambaran masa
lalu dengan tepat.
Untuk menjelaskan dan meramal
peristiwa.

Memberi sumbangan kefahaman


sistem dan dasar pendidikan masa
kini.
Banyak teori pembelajaran yang
dapat dihaluskan dengan lebih
sempurna berdasarkan teori-teori
pembelajaran yang dibentuk pada
masa lalu.
Ada 2 jenis maklumat kajian
sejarah iaitu:
maklumat utama (dokumen asal,
artifak, laporan @ pemerhatian
terus terhadap peristiwa)
maklumat sekunder
(buku rujukan, laporan pihak
lain)

KELEMAHAN

Kesimpulan kajian sering


dipengaruhi oleh emosi
atau kepentingan diri
Kesahihan maklumat
sekunder tidak dapat
dipastikan kesahannya
kerana berlaku pada masa
lampau.

CONTOH KAJIAN KUALITATIF

i. Kajian etnografi:
Kehidupan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh di Malaysia.

ii. Kajian Kes:


Keberkesanan guru mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris

iii. Kajian Sejarah :


Sejarah penaalukan British di Tanah Melayu.

TUGASAN 3
Seorang pelajar ingin mengkaji tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana
Tahun 5 mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apakah jenis reka bentuk
kajian yang boleh digunakan? Bincangkan prosedur menjalankan penyelidikan ini
menggunakan carta aliran.

JAWAPAN
Reka bentuk kajian yang boleh digunakan untuk mengkaji Faktor-faktor yang menyebabkan
murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah
Kajian Kes dibawah penyelidikan kualitatif. Carta Alir 1 merupakan prosedur yang boleh
dijadikan panduan untuk menjalankan penyelidikan ini.

Menyatakan masalah
kajian

Menetapkan
objektif kajian

Membentuk soalan kajian

Merancang reka
bentuk kajian

Melakukan tinjauan
literatur

Membentuk hipotesis kajian

Menentukan prosedur
persampelan

Membina istrumen
kajian

Menyatakan keesahan dan


kebolehpercayaan istrumen

Menganalisis data

Mengumpul data

Menganalisis dan
menghuraikan data

Membincangkan
dan melaporkan
hasil kajian

Menentukan prosedur
perkumpulan data

You might also like