You are on page 1of 8

Anjakan sistem pendidikan

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif
penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa
tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, antara perkara yang boleh dijangka dalam Gelombang
Pertama pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam
kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta
mutu kepimpinan sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, Gelombang Kedua mulai tahun 2016 hingga
2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati
pakej kerjaya baru.
Dalam gelombang sama, tambah Muhyiddin, bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran
distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar
dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
"Dalam Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru
besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu
sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan.
Kata beliau, pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi
utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian serta identiti nasional.
"Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil
daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya.
Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 1. Memartabatkan profesion perguruan; 2.
Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 3. Meningkatkan kualiti sekolah; 4. Memantapkan
kualiti kurikulum dan pentaksiran; 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 6.
Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam
pendidikan; 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi
dan pasaran kerja; 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 9.
Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Jelas Muhyiddin, berdasarkan sembilan bidang keutamaan tersebut, kementerian telah


mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh
rakyat.
Sebelas anjakan tersebut adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa; 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris; 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 4. Transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah; 6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD)
dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 7. Memanfaatkan
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia;
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 9. Bekerjasama dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit dan 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Dalam pembentangannya, Muhyiddin berkata, pelan itu dihasilkan menerusi kajian semula
secara menyeluruh yang dimulakan Kementerian Pelajaran pada Oktober 2011.
"Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan
masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan.
"Menerusi siri jelajah dialog pendidikan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor diterima
daripada hampir 12,000 peserta yang mengambil bahagian selain 156 memorandum daripada
pelbagai pertubuhan dan individu," jelasnya.
Kata beliau, pandangan panel penilai bebas tempatan dan antarabangsa diperolehi dalam
penyediaan laporan awal pelan tersebut.
Katanya, kementerian juga turut mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),
Bank Dunia dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari


2013-2025.
Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh
YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007.
Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan
PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di

seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000


peserta ambil bahagian.
Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari
pelbagai individu dan pertubuhan.
Muhyiddin menyifatkan PPP adalah satu referendum
bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan
rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama
iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin,
kemahiran
dwi-bahasa,
etika
dan
kerohanian serta identiti nasional.
Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan
yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel
Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula
sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti
dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:
1. Menyediakan
kesamarataan
akses
kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada
tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan
kepada peraturan sedia ada untuk memberikan
kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal.
Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan
melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain
pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan
murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian

sekolah menengah dalam masa empat tahun


berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan
sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding
enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan
mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras
tinggi.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris:
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa
Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru
Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT)
dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai
standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif.
Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid
sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan
Bahasa
Malaysia
pula,
Kementerian
akan
memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang
standard pada peringkat rendah, merangkumi semua
sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan
kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah
kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan
juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa
tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta
bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid
dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh
dan
jitu,
Kementerian
akan
memperkukuhkan
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik
menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral juga disemak semula untuk
melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-

play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam


kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan
Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai
teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian
juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam
berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat
diajar.
4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion
keguruan sebagai profesion pilihan:
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke
latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30
peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang
menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang
sudah ada dalam sistem, Kementerian akan
mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru
berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan
pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54
dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada
25 tahun.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan
di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan
pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta
memperkukuhkan proses perancangan penggantian
pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga
akan menempatkan pengetua atau guru besar
cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di
kawasan-kawasan miskin bandar.
6. Mengupaya
menyediakan
keperluan:

JPN, PPD
penyelesaian

dan sekolah untuk


khusus
berasaskan

Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata


Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah
(SISC+)
dan
Jurulatih
Pengetua
Rakan
Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh
masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih
berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus
kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis
akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari
2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara
bermula Januari 2014.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan
persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan
1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang
dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013.
Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai
akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan
menyediakan
landasan
untuk
perlaksanaan
pembelajaran secara interaktif.
8. Mentransformasi
kebolehan
dan
keupayaan
penyampaian Kementerian Pelajaran:
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula
agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai
tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan
terlibat secara langsung dalam memantau dan
mengurus prestasi sekolah.
9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa,
komuniti dan sektor swasta:
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem
Analisis
Peperiksaan
Sekolah
(SAPS)untuk

membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak


mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga
akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500
buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan
alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai
penganjur.
10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang
dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang
dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak
dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah
setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan
kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan
memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal
seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses
yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap
inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian. Laporan
Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan
ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.
Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk
tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan
menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem
pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang
berfokuskan
akses,
kepada
pendidikan
yang
berfokuskan
kualiti.
Kementerian
akan

mewujudkan Unit
Penyampaian
memacu perlaksanaan pelan ini.

Pendidikanuntuk

You might also like