You are on page 1of 19

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB

830812105557001

PETALING JAYA LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI / 2014


HBPE 3202
PENDIDIKAN LUAR

NO. MATRIKULASI

830812105557001

NO. KAD PENGENALAN

830812105557

NO. TELEFON

0167257812

E-MEL

bojot53@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA LEARNING CENTRE

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

PENGENALAN
Pada masa kini, Pendidikan Luar merupakan satu cabang masyarakat untuk
mengekspresikan minda untuk mengekplorasi alam semulajadi dengan meneroka dan
menghayati kepentingan menjaga alam semulajadi. Kelab-kelab dan persatuan luar juga
banyak menganjurkan pelbagai aktiviti keluar dari kemajuan kotaraya dengan mengadakan
perkhemahan-perkhemahan yang banyak menjalankan pendidikan luar. Khususnya yang
berada di Malaysia sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara PLKN telahpun
mengubah modul pembelajaran mereka dengan menjalankan latihan secara 2 peringkat iaitu
di kem dan institusi pengajian tinggi. Perubahan pusat pembelajaran tersebut menunjukkan
betapa pentingnya dan nilai yang tinggi terhadap aktiviti pendidikan luar. Datuk Seri Najib
Tun Razak dalam ucapannya banyak menegaskan ciri-ciri utama remaja yang mampu untuk
membawa negara ini mencapai status negara maju ialah kekukuhan perpaduan, mempunyai
perwatakan yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai ketahanan diri menempuh
segala rintangan. (Hatta, 2005).
Pusat Perkembangan Kurikulum (1989; petikan dari Abu Bakar Sidek, 2004) telah
menggariskan Falsafah Pendidikan Luar sebagai: Alam semulajadi merupakan sebuah
makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan
yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan
individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di
kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional.
Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber
luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990).
Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan
pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan.
Dalam dunia pendidikan ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Selain itu pendidikan luar
juga merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaran melalui pengalaman.
Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan
luar termasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau
kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih menghargai. Selain itu aktiviti
pendidikan luar juga menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui
persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994).

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN LUAR


Adalah tidak jelas dinyatakan bahawa permulaan pendidikan luar bermula. Mungkin
kewujudan manusia sebenarnya telahpun bermulanya pendidikan luar. Ini kerana kewujudan
manusia sendiri telahpun berinteraksi dengan alam semulajadi. Namun tiada sebarang
dokumentasi telahpun direkodkan semasa zaman purba mengenai pendidikan luar ini. Namun
pada zaman 60an tamadun barat telahpun mendokumentasikan pendidikan luar secara formal
iaitu dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neil 2004) yang
kemudiannya bercambah melalui Project Advanture (1971) dan National Outdoor Leadership
School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya 3 badan utama dalam pendidikan luar di
Barat hingga masa kini masih kekal.
Di Malaysia pula, pendidikan luar telahpun dimulakan secara tidak formal dengan
aktiviti dijalankan di Maktab Perguruan untuk guru pelatih yang mengikuti Program
Pendidikan Jasmani. Pelbagai aktiviti diperkenalkan seperti berkayak, menjelajah, mendaki
gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan
Ilmu Khas sejak tahun 60an.
Pendidikan luar diperkenalkan secara rasmi pula dengan tertubuhnya satu program
yang diperkenalkan oleh Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979 iaitu Pengajian Ijazah
Pendidikan (Pendidikan Jasmani) yang menjadikan Pendidikan Luar ini satu matapelajaran
yang formal secara rasmi. Sehingga kini hanya 2 buah institusi pengajian tinggi yang
menwarkan kursus formal pendidikan luar dalam program pengajiannya iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) dan Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Aktiviti pendidikan
luar telahpun diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani sekolah tetapi ia hanya
bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

Terdapat pelbagai definisi dalam menentukan apakah itu sebenarnya pendidikan luar
yang sebenar. Namun ramai tokoh yang menyentuh mengenai pendidikan luar ini adalah sebagai
satu cabang bagaimana cara untuk seseorang mempelajari sesuatu yang lain dari dalam bilik
darjah dan mengeksplorasi alam semulajadi untuk dikaitkan dengan apa yang diperolehi dalam
bilik darjah. Pendidikan luar merangkumi aktiviti yang mencabar fizikal dan minda bagi
menyelesaikan masalah bagi menghadapi cabaran alam semulajadi. Walaubagaimanapun definisi
yang menyatakan bahawa pendidikan luar hanya tertumpu kepada alam semulajadi ini telah
mendapat kritikan. Ramai pengkaji percaya bahawa pendidikan luar tidak tertumpu kepada alam
semulajadi sahaja tetapi juga kawasa yang tertutup (Smith, Calrson, Donaldson et al, 1972).
Secara umumnya walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat dan idea dalam mendalami
maksud sebenar pendidikan luar, ramai pengkaji bersetuju proses pembelajaran pendidikan luar
berlaku dalam model pembelajaran berasaskan pengalaman.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Menurut Ford 1981 mendefinisikan pendidikan luar sebagai suatu proses pengajaran
dan pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan sama ada di dalam atau
di luar bilik kuliah. Ianya merangkumi pelbagai subjek yang berkaitan dengan alam persekitaran
dan situasi sebenar. Pendidikan luar sebenarnya banyak menerapkan pembelajaran secara hands
on dan pelajar didedahkan dengan perbuatan dan penghasilan projek. Bahan rujukan ataupun
buku sebagai rujukan dan perlu mendapat sokongan dengan membuat sesuatu perbuatan agar
pelajar dapat memahami isi kandungan dengan lebih mudah dan konkrit. Sebagai contoh
pembelajaran membuat gajet. Pelajar perlu untuk mempelajari jenis-jenis ikatan sebelum boleh
menghasilkan sebuah gajet yang baik dan kukuh. Oleh itu pembelajaran secara hands on dapat
dilakukan oleh pelajar dan seterusnya menghasilkan satu ingatan yang konkrit di dalam ingatan
pelajar.
Definisi Ford ini merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang bersifat realistik
yang menggabungkan elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusatkan kepada pelajar
secara keseluruhannya. Gabungan elemen ini akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan
diri dan akan menyumbang ke arah pembentukan kecemerlangan pelajar yang mempunyai
kesihatan mental dan fizikal (Edginton, 1998). Definisi Ford 1981 ini juga dapat disesuaikan
dengan tokoh teori Learning by doing John Dewey (1939) yang menyatakan keperluan dan
hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain daripada itu, pendidikan
luar sebenarnya membantu memperkembangkan fizikal yang diingini dan semangat yang lebih
berkualiti (Mejer & Mitchell, 1993).

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Menurut Smith, Carlson, Donaldson & Master pada tahun 1972 menyatakan
pendidikan luar membawa maksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini merupakan
persamaan kepada definisi Ford 1981 di mana pendidikan luar ini merupakan tambahan dan
penggayaan kurikulum menerusi pendidikan luar. Penyataan ini disokong dengan kenyataan
pendidikan luar sebagai penggunaan sumber di luar kelas untuk mencapai matlamat dan objektif
pendidikan (Knapp, 1990). Selain daripada itu menurut Glair, 1997 mendefinisikan pendidikan
luar sebagai meliputi sebarang pendidikan terbuka yang melibatkan dalam bandar mahupun luar
Bandar. Banyak perlakuan yang dapat dijalankan dalam kehidupan seharian yang melibatkan
pendidikan luar. Menurut Smith Ed al. ini pelbagai contoh dapat di beri dalam pembelajaran di
dalam dan luar rumah.
Sebagai contohnya pendidikan luar adalah lebih kepada aktiviti beriadah seperti belajar
meneroka alam semulajadi dengan berbasikal ataupun bersiar di luar rumah. Dari sini pelajar
dapat mempelajari cara menghayati alam semulajadi dengan sendiri melalui penerokaan. Selain
daripada berada di luar rumah dan menghayati alam semulajadi, definisi pendidikan luar oleh
Smith Ed al. ini juga berlaku di dalam rumah iaitu dengan menguruskan kehidupan seharian juga
bileh dikategorikan sebagai pendidikan luar juga. Perkara yang penting dalam pendidikan luar
adalah bagaimana seseorang itu berdikari untuk menjalani kehidupan seharian seperti memasak,
membasuh dan sebagainya.
Pendidikan luar adalah proses yang berdasarkan aktiviti berstruktur yang mana
menggunakan alam semulajadi atau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu
atau intrapersonal dan interpersonal kumpulan (Priest, 1990). Dalam definisi Priest pula
menerangkan mengenai bagaimana seseorang itu dapat mengadaptasikan diri ke dalam alam
semulajadi dan menjadikan sebagai ujian untuk menguji kekuatan mental dan fizikal bagi
menghadapi cabaran. Selain daripada berada dalam perseorangan, Priest juga menegaskan
bagaimana kepentingan pendidikan luar dapat menjalinkan hubungan antara intrapersonal dan
interpersonal di dalam pembentukan kumpulan. Sebagai contohnya bagaimana seseorang dapat
membantu ahli kumpulan di dalam situasi yang melibatkan alam semulajdi contohnya jika
tersesat di dalam hutan. Oleh itu, jelaslah dalam definisi Priest ini menjelaskan bagaimana
pendidikan luar ini penting untuk seseorang untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan untuk
mencapai matlamat dan tujuan yang sama.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

PERBANDINGAN PENDIDIKAN LUAR MENGIKUT ZAMAN


Zaman berubah mengikut peredaran masa, maka pendidikan luar juga mempunyai
perbezaan dan banyak perubahan yang berlaku sepanjang peredaran zaman. Walaupun tiada
rekod yang menunjukkan bilakah bermulanya pendidikan luar ini, namun di sini akan
dikemukakan dua bahagian pendidikan luar iaitu pendidikan luar zaman purba dan pendidikan
luar era moden.
PERBEZAAN PENDIDIKAN LUAR ZAMAN PURBA DAN ZAMAN MODEN
1. SUMBER MAKANAN
Pada zaman purba, pendidikan luar merupakan satu keperluan asas bagi mereka untuk
terus hidup. Ini kerana kehidupan mereka pada masa dan zaman tersebut terdedah dengan alam
semulajadi secara terus. Sebagai contoh antara aktiviti pendidikan luar pada zaman tersebut ialah
memburu. Aktiviti memburu bagi mereka pada zaman tersebut adalah merupakan aktiviti yang
wajib untuk mencari sumber makanan bagi memastikan keluarga terus mendapat bekalan
makanan.

Aktiviti ini merupakan satu aktiviti rutin yang dilakukan pada zaman purba dan
dipelajari oleh sifat semulajadi untuk mendapatkan makanan. Pelbagai kemahiran yang dapat
diperolehi melalui aktiviti memburu ini. Antara kemahiran yang dapat dipelajari ialah kemahiran
membuat jerat dan senjata. Senjata dan jerat yang dihasilkan kebanyakkan masih lagi relevan
digunakan dalam ikhtihar hidup di mana salah satu aspek di dalam pendidikan luar era moden
ini.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Antara senjata dan jerat yang digunakan untuk aktiviti memburu semasa pendidikan luar zaman
purba

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

2. TEMPAT TINGGAL

Pada asasnya kehidupan zaman purba banyak merekodkan mengenai cara kehidupan
mereka yang berpindah randah. Namun, cara kehidupan di dalam suasana yang mencabar sedikit
sebanyak memberi penjelasan mengenai pendidikan luar yang diterapkan kepada anak-anak
mereka mengenai pembinaan tempat tinggal yang kukuh dan boleh didiami dengan suatu tempoh
yang agak lama. Seperti contoh rumah yang mereka bina dengan menggunakan segala hasil
hutan sepenuhnya sebagai contoh atap daun rumbia, dinding dan lantai buluh, pintu dari pelepah
kelapa dan sebagainya. Ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan pendidikan luar pada
zaman sekarang iaitu pendidikan luar zaman sekarang hanya mendirikan khemah untuk tempat
berteduh untuk beberapa hari sahaja.
Jelaslah bahawa pendidikan luar zaman purba lebih mencabar minda dan idea bagi anakanak mempelajari satu pelajaran yang tidak diperolehi di dalam bilik darjah.
Antara Contoh Tempat Tinggal didiami oleh Pendidikan Luar Zaman Purba

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Antara tempat tinggal bagi pendidikan luar zaman moden

3.

CARIAN SUMBER UBAT-UBATAN


Pencarian sumber ubat-ubatan menjadi satu kemestian dalam pendidikan luar zaman

purba kerana ianya penting untuk menghasilkan ubat bagi merawat penyakit yang dialami oleh
sanak saudara mahupun ahli keluarga yang terdekat. Berbeza dengan pendidikan luar zaman
moden ini hanya melakukan aktiviti meredah hutan untuk menikmati keindahan alam flora dan
fauna sambil mengenali jenis-jenis pokok yang boleh dibuat sebagai herba tradisional.
Pada zaman purba, mereka banyak meredah hutan untuk mencari hasil-hasil herba yang
terdapat di dalam hutan untuk di bawa pulang bagi merawat penyakit. Hasil daripada inilah maka
generasi zaman moden dapat mengenali nama-nama dan jenis-jenis pokok herba yang terpilih
bagi merawat segala macam jenis penyakit. Generasi sekarang sepatutnya lebih bersyukur kerana
melalui pendidikan luar yang dijalani oleh generasi purba maka mereka masih lagi dapat
mengenali pokok-pokok yang semakin pupus dan jarang dijumpai.
Pokok Tongkat Ali

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Pokok Kacip Fatimah

Pokok Mas Cotek

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Lempoyang

Pokok Meringan
TENTATIF PROGRAM PENDIDIKAN LUAR
SK BRICKFIELDS 1
MASA
3.00 PETANG
4.00 PETANG
5.00 PETANG

7.00 MALAM

HARI PERTAMA (7 MEI 2010 JUMAAT)


BERKUMPUL DI SK BRICKFIELDS (1)
BERTOLAK KE PUSAT BELIA BUKIT LAGONG
DIJANGKA TIBA
MINUM PETANG
TAKLIMAT PERKHEMAHAN
UCAPAN GPK KO-KURIKULUM DAN GURU BESAR
PEMASANGAN KHEMAH
PENGURUSAN DIRI
SOLAT MAGHRIB ( BERJEMAAH )
KULIAH MAGHRIB

( MAKAN MALAM )

SOLAT ISYA ( BERJEMAAH )


9.00 MALAM

PEMBAHAGIAN KUMPULAN
LDK 1

NAMA KUMPULAN

BENDERA KUMPULAN

CHEERS KUMPULAN

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001
10.00 MALAM

11.30 MALAM

LDK 2

SESI PERKENALAN DENGAN FASILITATOR KUMPULAN


PERMAINAN DALAM KUMPULAN (ICE BREAKING)

( MINUM MALAM )

SESI REFLEKSI DIRI

MASA

HARI KEDUA (8 MEI 2010 SABTU)

6.00 PAGI

SOLAT DAN KULIAH SUBUH

7.00 PAGI

PERHIMPUNAN PAGI
SENAMAN PAGI

8.00 PAGI

( SARAPAN PAGI )
PENGURUSAN DIRI

9.00 PAGI

AKTIVITI 1

SURVIVAL COURSE

AMALI SURVIVAL COURSE

JUNGLE TRACKING

12.30 T/HARI

2.30 PETANG

4.30 PETANG

5.00 PETANG

6.30 MALAM

9.00 MALAM

10.30 MALAM

REHAT
( MAKAN TENGAHARI )
PENGURUSAN DIRI
SOLAT ZOHOR (BERJEMAAH)
AKTIVITI 2

MEMASAK ALA SURVIVAL

( MINUM PETANG )
SOLAT ASAR (BERJEMAAH)
AKTIVITI 3

MEREMPUH HALANGAN ( OBSTACLE )


PENGURUSAN DIRI
SOLAT MAGHRIB (BERJEMAAH)
( BBQ NIGHT )
SOLAT ISYAK (BERJEMAAH)
BERKEMAS PENUTUPAN KHEMAH DAN MAJLIS PENUTUPAN
PENILAIAN KENDIRI
BERTOLAK KE KUALA LUMPUR

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

PERINCIAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR


1. TAKLIMAT PERKHEMAHAN
Taklimat akan disampaikan kepada peserta oleh penyelaras program mengenai perkaraperkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di tapak perkhemahan. Antaranya lagi
taklimat mengenai kebersihan tempat perkhemahan dan taklimat keselamatan semasa menjalani
aktiviti di dalam tapak perkhemahan.
2. PEMASANGAN KHEMAH / PENDIRIAN KHEMAH
Aktiviti pendirian khemah ini akan dibimbing oleh setiap fasilitator kumpulan dan
biasanya sebelum aktiviti ini dijalankan jurulatih akan membuat pemasangan contoh dan semua
peserta perkhemahan akan melihat dahulu cara pemasangan khemah yang betul supaya tidak
berlaku kerosakan pada khemah, khasnya pada tulang khemah.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

Pemasangan khemah oleh peserta perkhemahan

3. PEMBAHAGIAN KUMPULAN ( ICE BREAKING )


Melalui aktiviti ini peserta akan bermain permainan kumpulan bagi mengenali antara satu sama
lain. Tujuan aktiviti ini adalah untuk peserta perkhemahan dapat mengenali peserta lain dengan
lebih rapat lagi. Antara permainan yang sesuai adalah seperti Silent Telephone, Telegraph
Zaman Batu dan pelbagai lagi. Aktiviti ini akan membina satu kumpulan yang bersatu dan
menjalinkan hubungan sahabat dengan lebih akrab lagi. Selain daripada permainan setiap
kumpulan akan mencipta logo atau bendera kumpulan masing-masing bagi menunjukkan
kreativiti ahli kumpulan masing-masing.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

4. AMALI SURVIVAL COURSE ( IKTIHAR HIDUP ) DAN JUNGLE TRACKING


Dalam slot ini peserta akan didedahkan dengan cara iktihar hidup antaranya ialah cara
mengenali tumbuhan yang selamat dimakan. Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih yang terlatih
dan mahir bagi memastikan keselamatan peserta-peserta yang ada. Sebelum melakukan aktiviti
ini para peserta diberi taklimat yang khusus bagi memastikan keselamatan lebih terjamin semasa
meredah hutan. Aktiviti ini akan memberikan pendedahan yang lebih kepada peserta dalam
mengenali keindahan alam flora dan fauna serta dapat juga mempelajari ilmu serba sedikit
mengenai herba hutan.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

5. MEMASAK ALA SURVIVAL


Slot ini akan dijalankan dalam aktiviti meredah hutan. Peserta akan diberi tepung, telur,
beras, ikan, ayam dan sedikit rempah ratus untuk dimasak semasa perjalanan meredah hutan itu.
Peserta juga tidak dibenarkan membawa peralatan memasak dan akan menggunakan pelbagai
sumber hutan untuk memasak bahan-bahan yang mereka bawa tadi. Dari aktiviti ini peserta akan
didedahkan dengan cara memasak ayam dan ikan di dalam buluh, nasi di dalam tempurung dan
roti lilit dan memasak telur di dalam tanah. Melalui slot ini peserta akan memasak mengikut
kumpulan dan akan makan tengahari dengan hasil masakan kumpulan masing-masing. Dari sini
dapat juga terbina semangat kerjasama kumpulan untuk membuat sesuatu perkara sehingga
selesai.

4. MEREMPUH HALANGAN ( OBSTACLE )


Aktiviti ini dijalankan bagi peserta perkhemahan merasai bagaimana jika inginkan sesuatu
pelbagai rintangan yang perlu mereka hadapi. Aktitivi ini boleh dikatakan sebagai satu aktiviti
yang lasak dan mampu mencabar ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001

BIBLIOGRAFI

Ford, P. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education .


New York: Wiley.

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB


830812105557001
Hammerman, D. R., Hammerman, W. M., & Hammerman, E. L. (1985). Teaching in the outdoors.
Danville, IL: Interstate.
Maznah Hassan. Persepsi guru pelatih KDPM terhadap pelaksanaan program pendidikan luar .
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Priest, S. (1986). Redefining outdoor education. Journal of environmental education , 17(3), 13.
Hattingh, G. (2003). The outdoor survival manual. London: New Holland.

You might also like