You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS PERTAMA 2014

SK MENTU, SIMUNJAN

Tarikh

: 15 Januari 2014

Hari

: Rabu

Masa

: 0300 Petang

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :
Cikgu Stephen Musa

Cikgu Kanang

Cikgu Theresa

Cikgu Nurul Azizi

Cikgu Jendan

Cikgu Freddy

Cikgu Mahtar M.

Cikgu Haniff

Cikgu Bee Aini

Tidak Hadir Bersebab: -

Agenda :
1. Kata-Kata Aluan Daripada Guru SPBT 2014.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Beliau berasa
bebesar hati atas sokongan semua pihak guru dalam menjayakan mesyuarat pada petang
ini.
2. Ucapan Oleh PK HEM.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang pada mesyuarat kali
pertama untuk SPBT. Beliau juga turut memaklumkan agar Jawatankuasa SPBT pada
tahun ini bergerak dengan lebih aktif lagi. Beliau memohon agar para guru membaca
minit mesyuarat yang lepas. Beliau turut mengupas mengenai segala aktiviti SPBT yang
telah dijalankan pada tahun sebelumnya.
Makluman :
Semua Guru
3. Perkara-Perkara daripada Guru SPBT.
Guru SPBT sangat berbesar hati kerana semua guru dapat menghadirkan diri dalam
mesyuarat pada kali ini dengan jayanya. Guru SPBT mengagihkan lembaran
Jawatankuasa terbaru untuk 2014. Beliau turut berpesan agar semua guru menjalankan
tugas berdasarkan tugas yang telah diagihkan terutamanya dari guru kelas.
Makluman :

Semua Guru

4. Laporan Aktiviti.
Guru SPBT meminta semua guru mengemukakan cadangan aktiviti yang bersesuaian
untuk SPBT pada tahun ini. Seorang guru telah mencadangkan agar pada tahun ini
aktiviti lawatan sambil belajar di temapat yang berkaitan seperti melawat Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuching dapat dilaksanakan. Selain itu Cikgu Freddy turut mencadangkan
agar pihak sekolah dapat menyokong usaha murni seperti ini untuk kepentingan bersama.
Makluman :
Guru Kelas
5. Lain-lain Hal.
Cikgu Kanang memesan kepada semua guru kelas agar dapat memberi bantuan kepada
pihak SPBT sekolah dalam apa sekali pun untuk kepentingan bersama.
Makluman :
Semua Guru
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 0300 petang. Dicadangkan oleh Cikgu Bee Aini dan
disokong oleh Cikgu Jendan.

Disediakan oleh :

.
( HANIFF BIN AMIT )
Guru SPBT
SK Mentu, Simunjan

Disemak Oleh :

.
( THERESA JUNGKOT )
PENOLONG KANAN HEM
SK Mentu, Simunjan

You might also like