You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KEDUA 2014

SK MENTU, SIMUNJAN

Tarikh

: 10 November 2014

Hari

: Isnin

Masa

: 0230 Petang

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :
Cikgu Stephen Musa

Cikgu Kanang

Cikgu Theresa

Cikgu Nurul Azizi

Cikgu Jendan

Cikgu Freddy

Cikgu Mahtar M.

Cikgu Haniff

Cikgu Maktar Abong

Cikgu Sophan Sophiaan


Tidak Hadir Bersebab: -

Agenda :
1

Kata-Kata Aluan Daripada Guru SPBT 2014.


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada petang
tersebut. Beliau berasa gembira kerana pada tahun ini pihak SPBT sekolah telah
menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Ucapan Oleh PK HEM.


Beliau mengucapkan salam 1Malaysia kepada semua guru yang dapat menghadirkan diri
pada petang ini walaupun cuaca tidak menentu. Beliau mengedarkan minit SPBT yang
pertama kepada semua guru dan meminta salah seorang guru untuk mengesahkan minit
tersebut.
Makluman :
Semua Guru

Perkara-Perkara daripada Guru SPBT.


Guru SPBT telah menyentuh hal berkaitan dengan bilik BOSS yang di pindahkan kerana
bilik asal tidak sesuai untuk penyimpanan buku teks sekolah. Beliau turut mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu pihak SPBT
dalam usaha pemindahan semua buku tersebut.
Makluman :
Semua Guru

Laporan Aktiviti.
Guru SPBT sangat berpuas hati pada aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak SPBT pada
tahun ini. walaupun terdapat beberapa aktiviti yang terpaksa ditangguhkan atas sebab
yang tidak dapat dielakkan. Beliau berharap pada tahun yang mendatang aktiviti yang
telah dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Makluman :
Guru Kelas

Lain-lain Hal.
Guru Besar menyentuh berkaitan hal bilik BOSS yang baharu agar guru SPBT sekolah
dapat mengecat bilik tersebut untuk kecerian bilik BOSS.
Makluman :
Guru SPBT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 0340 petang. Dicadangkan oleh Cikgu Maktar dan
disokong oleh Cikgu Kanang.

Disediakan oleh :

.
( HANIFF BIN AMIT )
Guru SPBT
SK Mentu, Simunjan

Disemak Oleh :

.
( THERESA JUNGKOT )
PENOLONG KANAN HEM
SK Mentu, Simunjan

You might also like