You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang
meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa
ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru perlu kreatif dalam menarik
perhatian murid-murid agar ilmu yang disampaikan berkesan. Kemahiran berbahasa
terbahagi kepada dua iaitu kemahiran lisan dan bukan lisan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan kemahiran bermaksud
kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala berbahasa pula membawa
maksud mempunyai bahasa, menggunakan bahasa atau bercakap dalam sesuatu
bahasa. Maka definisi kemahiran berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu
kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu
bahasa.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Melayu
mengatakan bahawa kemahiran berbahasa merupakan isu penting dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran di bangku sekolah sejak dahulu lagi. Antara isu yang
dibangkitkan ialah seperti penguasaan murid sekolah rendah terhadap kemahiran
berbahasa terutamanya kemahiran membaca dan menulis walaupun telah menamatkan
sesi persekolahan selama enam tahun di sekolah rendah.

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat
dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen
(1990), membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses
kemahiran yang aktif bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan
daripada bahasa tulisan dan visual.
Tiga konsep asas membaca yang pernah digunakan ialah:

membunyikan perkataan demi perkataan


pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya
memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks
tersebut.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui
pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat
ditempuhinya melalui pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa
seseorang itu ke alam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya
dalam kehidupan seharian. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan
pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca
memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada
lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza
daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara
serentak. Apabila kita membaca, kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada
pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada
pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan
murid-murid di sekolah. Hal ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas
bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang terutama dalam bidang
pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama
kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja
dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan
sosial malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehinggan ke peringkat
yang lebih tinggi.

2.1 Definisi Kemahiran Membaca


Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan
bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang
tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca
dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Kemahiran membaca juga merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati
fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu
membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan
bahan bacaanya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan
oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna
dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya
dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).
Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambanglambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh
mengenal dan menyebut lambang-lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai
satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Bamberger pula mentakrifkan
membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol-simbol grafik (tulisan) kepada
konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami


pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis . Daripada definisi-definisi dan
tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses
yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks.
Membaca

mengabungkan

beberapa

kemahiran

iaitu

kemahiran

pengamatan

penglihatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf),


kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan
jelas, menyebut bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula
memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat (otak)
untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya.
Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran
kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah
mempunyai kemahiran-kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita
klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

2.2 Aspek-aspek Penilaian Kemahiran Membaca


Penilaian kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu
dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru
mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran membaca merupakan keupayaan
murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul.
Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Penilaian kemahiran membaca peringkat sekolah rendah perlu melibatkan 3
peringkat iaitu:
i.
ii.
iii.

Peringkat prabacaan/asas bacaan


Peringkat bacaan mekanis
Peringkat kefahaman bacaan

Penilaian Peringkat Prabacaan


Penilaian pada peringkat prabacaan bertujuan untuk menilai kesediaan murid
bagi mengikuti pelajaran bacaan dan menilai penguasaan mereka terhadap kemahirankemahiran asas dalam bacaan. Mengesan kesediaan membaca perlu dilakukan oleh
guru agar kesediaan membaca murid dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah
memaksimumkan keberkesanan p&p.
Teknik yang sering digunakan untuk menilai kesediaan membaca murid ialah
menyediakan rekod inventori kesediaan membaca, inventori minat dan inventori sikap.
Inventori kesediaan membaca bertujuan untuk mengesan kelemahan / kecacatan deria
pendengaran dan pertuturan murid yang mungkin akan menganggu kesediaan
membaca.

Inventori ini melibatkan faktor fisiologi seperti penglihatan, pendengaran,


pertuturan, faktor persekitaran, faktor diskriminasi pendengaran dan penglihatan, faktor
emosi, motivasi, faktor intelek dan faktor penguasaan bahasa dan lain-lain. Kemahiran
Asas bacaan meliputi kemahiran mendiskriminasi bentuk-bentuk huruf, gabungan huruf
dalam suku kata, perkataan dan frasa serta sebutannya, kemahiran mengecam makna
perkataan, membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Teknik dalam menilai kemahiran asas bacaan :i.

Mengenal pasti dan membezakan bentuk-bentuk huruf, suku kata, dan

ii.
iii.

perkataan.
Menamakan huruf dan membacanya dalam suku kata dan perkataan
Menyesuaikan atau memadankan perkataan dengan gambar, perkataan
dengan perkataan / frasa dengan frasa, memadankan frasa / ayat dengan
gambar dan lain-lain.

Penilaian Peringkat Bacaan Mekanis

Penilaian pada peringkat ini memerlukan guru menyediakan teks dan murid
dikehendaki membaca teks dengan kuat dan guru akan meneliti aspek sebutan,
intonasi, kelancaran dan kepantasan bacaan murid. Pemarkahan diberi berdasarkan
skala yang ditetapkan seperti:
1
2
3
4
5

Amat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Amat baik

i.
ii.

Intonasi: meliputi aspek hentian, nada, tekanan, dan lagu ayat.


Sebutan: sebutan bunyi-bunyi dalam perkataan, frasa dan ayat , sebutan tiada

iii.

pengaruh dialek , bahasa ibunda atau bahasa Inggeris.


Kelancaran: pembacaan yang tidak menunjukkan kesalahan seperti membaca
sambil mengeja, mengulang sebutan sesuatu perkataan,mengubah perkataan,
meninggalkan perkataan, menambah perkataan atau fonem kepada sesuatu

iv.

perkataan dan lain-lain.


Kepantasan: kadar kelajuan bacaan dan gangguan boleh berlaku kerana
gagap,sukar menyebut sesuatu perkataan, tidak menguasai kemahiran asas
bacaan.

Penilaian Peringkat Kefahaman Bacaan


Peringkat ini dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:8

i.

Peringkat kefahaman literal- peringkat mendapat maklumat dan mengingat


kembali isi teks yang dibaca. Pada peringkat ini pelajar tidak perlu menganalisis
atau menilai maklumat yang diperolehnya, tetapi hanya sekadar mereka perlu
mengenal pasti

makna-makna

perkataan mengikut konteks, memahami

pernyataan dan menyatakan semula dengan tepat untuk membuktikan


ii.

kefahamannya.
Peringkat terjemahan-

peringkat

ini

memerlukan

pembaca

menjelas,

menghurai, mengintrepetasi , mengubah maklumat kepada bentuk lain dan


sebagainya, memerlukan daya pemikiran dan daya pemahaman yang lebih
tinggi. Bagi menilai kemahiran peringkat ini , soalan-soalan berkaitan tugas
iii.

memberi penjelasan, intrepetasi, huraian lanjut serta bukti perlu dikemukakan.


Peringkat aplikasi- pembaca perlu faham lebih mendalam maklumat yang
dibaca dan dapat menggunakan maklumat itu dalam konteks lain atau mencipta

iv.

sesuatu yang baru berdasarkan maklumat yang dibaca tadi.


Peringkat analisis- pembaca dapat menganalisis maklumat yang dibaca untuk
melihat perhubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain , melihat ciri-ciri

v.

persamaan dan perbezaan dan mengkategorikan mengikut kelompok tertentu.


Peringkat kefahaman inferensi- pembaca dapat membuat rumusan atau
kesimpulan, membuat taakulan yang logik serta tepat terhadap maklumat yang
dibaca seperti dapat mengesan sikap, mengesan idea pokok, membuat

vi.

ringkasan dan sebagainya.


Peringkat kefahaman penilaian- dapat memberi penilaian terhadap maklumat
dan mengemukakan kreteria serta bukti sebagai ukuran. Sesuatu karya itu baik,
lemah mesti dijelaskan dengan kreteria serta bukti yang menyokongnya.

Teknik Penilaian kemahiran membaca dan memahami:


a) Ujian objektif sama ada bentuk betul-salah,padanan atau aneka pilihan. Soalan
yang dikemukakan hanya berkaitan kandungan petikan sahaja.
b) Melengkapkan ayat atau pernyataan 9berkaitan isi teks yang dibaca

c) Menjelaskan atau menerangkan semula- murid diminta menjelaskan apa yang


dibaca dengan menggunakan ayat serta bahasanya sendiri.
d) Membuat ringkasan karangan
e) Menjawab soalan-soalan kefahaman
f) Mengubah petikan kepada bentuk lain: petikan kepada carta, graf, grafik , jadual
dan sebagainya.
g) Menyusun semula murid perlu menyususn semula cerita agar mengikut urutan
peristiwa yang logik.
h) Ujian kloz mengisi tempat-tempat kosong yang disediakan.

3.0 INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

INSTRUMEN PENILAIAN
KEMAHIRAN MEMBACA
10

Kemahiran Membaca: Bacaan Kuat


Nama: ________________________________________
Kelas: ________________________________________
BIL
1.
2.
3.
4.

KESILAPAN/KELEMAHAN YANG DILAKUKAN


Peninggalan- bunyi huruf/ perkataan/ imbuhan yang ditinggalkan.
Ulangan- mengulang-ulang perkataan/ suku kata.
Tambahan- bunyi huruf/ imbuhan/ perkataan ditambah.
Pembalikan- huruf/ perkataan/ frasa dibaca secara terbalik atau

5.

songsang.
Membaca cuma selepas mengeja/ membatang suku kata terlebih

6.

dahulu.
Mebaca tersekat-sekat perkataan demi perkataan tanpa mengikut

7.

frasa atau unit pemikiran.


Membaca terlampau cepat/ gopoh/ tidak menghiraukan noktah/ lain-

(/)

lain tanda bacaan yang boleh menjejas kefahaman dalam bacaan.


8.
Tidak boleh/ tidak mahu membaca langsung.
*Tandakan (/) pada kotak sekiranya murid ada melakukan kesalahan.
Komen guru: ___________________________________________________________
Markah bacaan akan dinilai berdasrkan item-item berikut:
BIL

PERKARA YANG DINILAI

SKOR
1

1. Kelancaran-

murid

dapat

membaca dengan fasih dan


lancar.
2. Bacaan
jeda.
3. Murid

murid

mempunyai

membaca

dengan

menggunakan intonasi yang


sesuai.
4. Nada yang digunakan murid
11

CATATAN/KOMEN
3

GURU

sesuai
dibaca.
5. Sebutan

dengan
murid

ayat
jelas

yang
dan

terang.

Skor
1
2
3

Petunjuk:

Pencapaian
LEMAH
SEDERHANA
BAIK

Jumlah Skor: ________________


Peratus markah yang diperoleh: (_____/15X100=______________%)
Ya
Tidak

Bimbingan Guru:

Kemahiran Membaca: Bacaan Senyap


Murid dikehendaki untuk menjawab soalan yang disediakan berdasrkan teks yang
diberi.
Jumlah jawapan yang betul akan direkodkan.
Nama: ________________________________________________
Kelas: ________________________________________________
BIL

PERKARA YANG DINILAI

SKOR
1

1. Format teks
2. Pemilihan teks (diksi)
12

CATATAN/KOMEN
3

GURU

3. Laras ayat yang digunakan

Kriteria:
Skor
1
2

Pencapaian
Murid memberikan jawapan atau contoh yang hampir tepat
Murid dapat memberikan jawapan tepat atau contoh yang agak

bersesuaian
Murid dapat memberikan jawapan dengan tepat beserta contoh

yang sesuai
*Tandakan (/) pada kotak yang betul atau kotak salah bagi jawpaan murid yang
salah.
Jawapan yang betul akan diberi 1 markah.
Peratus markah yang diperoleh: (______/3) X 100 ___________%

Panduan guru:

Markah
55% ke atas

Peringkat Bacaan Am
Peringkat Bersendirian

Murid

Maksud
telah
mencapai

peringkat
kefahaman

bacaan

dan
yang

memuaskan di mana ia
telah

menunjukkan

kebolehan membaca dan


memahami bahan bacaan
dengan bersendirian tanpa
50% ke bawah

Peringkat Bimbingan
13

memerlukan bantuan.
Murid telah menghadapi

beberapa masalah dalam


bacaan

dan

Murid

kefahaman.
memerlukan

pertolongan
25% ke bawah

Peringkat Kecewa

bimbingan.
Murid telah
banyak

atau
menghadapi

masalah

dalam

bacaan dan kefahamannya.


Murid

memerlukan

perhatian dan bimbingan


khusus
menghantar

dengan
ke

kelas

pemulihan.

4.0 RUMUSAN
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh murid-murid kerana melalui
pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran,
meluaskan

pengetahuan,

mencari

dan

mengumpul

maklumat-maklumat

yang

diperlukan dan lain-lain lagi. Membaca merupakan satu amalan yang seharusnya
dipupuk sejak dari kecil malah ia adalah satu kemahiran yang seharusnya diasah dalam
usaha memantapkan lagi tahap pembacaan. Hal ini kerana membaca adalah salah satu
amalan mulia yang dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan sepatutnya juga
menjadi aktiviti harian.
Keupayaan membaca dalam kalangan individu adalah berbeza-beza dan guru
hendaklah member perhatian terhadap hakikat ini. Guru memainkan peranan penting
dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Sekiranya guru memilih untuk
14

menggunakan sesuatu kaedah maka guru hendaklah menetapkan langkah-langkah


yang disarankan dalam kaedah itu.
Oleh itu guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran
bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian
pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan
mamantau pencapaian murid dalam bacaan.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahasa Melayu 2, (2009). Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2014). Modul Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Tahun 6. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Tuan Jah Tuan Yusoff & Faridah Nazir. (2014).Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
15

Yahya Othman. (2006). Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Selangor Darul Ehsan:
PTS Sdn. Bhd
Yahya Othman. (2003). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: PTS Sdn. Bhd
Zulkifley Hamid. (2005). Aplikasi Psikolinguistik: Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Selangor Darul Ehsan: PTS Sdn.Bhd
Rubrik Penilaian Bahasa Melayu, dilayari pada 15 Ogos 2014 di laman web
https://docs.google.com/document/d/1tdHGc7rF3O63542jBspiqJivB_9M6ikEJrDjqJZk0J
A/edit?hl=en&pli=1

RubrikLisandilayaripada 16 Ogos 2014


https://bmcyber.wordpress.com/category/ujian-lisan/

16

You might also like