You are on page 1of 18

1.

Pengenalan

Manusia dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device)


untuk membolehkan bahasa dapat dikuasai mereka. Bahasa ialah alat yang
digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain, dengan
menggunakan bunyi-bunyi yang bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang
terdapat di dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi ini tersusun mengikut hukum-hukum
bahasa yang

ada

dalam masyarakat pengguna bahasa tersebut. Bahasa dapat

melambangkan, bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan keinginan manusia
itu. Walau bagaimanapun, bagi setiap kanak-kanak yang baharu dilahirkan, mereka
memulakan kehidupannya

tanpa bahasa. Proses pemerolehan bahasa dalam

kalangan kanak-kanak akan berlaku sedikit demi sedikit, mengikut perkembangan


mental dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri secara keseluruhan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan


mental, kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka.
Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak
mungkin dapat dipisahkan daripada corak kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut.
Seseorang kanak-kanak itu, dari saat kelahirannya, mereka sudah mengeluarkan
bunyi dari mulutnya dalam bentuk tangisan, tetapi bunyi ini tidaklah dikatakan
bahasa. Hal ini demikian kerana bunyi tangisan tidak mempunyai pola-pola yang
teratur yang dapat menyampaikan fikiran dan perasaan dengan setepat-tepatnya.

Peringkat ini, dikatakan peringkat membebel oleh para sarjana psikologi


kanak-kanak. Peringkat ini berlaku ketika peringkat bayi, iaitu dari lahir hingga umur
satu tahun dan bunyi yang dikeluarkan tidak mempunyai makna yang jelas. Kanakkanak hanya boleh dikatakan mempunyai bahasa apabila mereka sudah dapat
menghasilkan dan membezakan satu bunyi ujaran daripada bunyi yang lain dalam
hubungannya dengan orang lain. Bahasa yang diperoleh kanak-kanak itu dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahasa egosentrik dan bahasa perhubungan
(sosialized speech).
1

Bahasa egosentrik ialah bahasa yang tertumpu pada diri sendiri dan bahasa ini
dilahirkan melalui tiga cara, iaitu pengulangan, monolog, dan monolog tumpuan.
Bahasa egosentrik jenis pengulangan ialah percakapan kanak-kanak yang diulangulang secara

terus-menerus. Pengulangan itu berlaku pada kata atau suku kata

yang diujarkan. Tujuan pengulangan semata-mata

untuk keseronokan atau

kegembiraan. Bahasa egosentrik monolog pula ialah percakapan kanak-kanak yang


seolah-olah menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sedang berfikir, dan fikiran itu
dilahirkan dalam bentuk bunyi, dan kemudiannya dalam bentuk kata. Sementara itu,
apabila kanak-kanak itu mencuba untuk menghubungkan butir percakapannya
dengan orang yang berdekatan

dengannya, sungguhpun orang itu tidak diajak

bercakap dengannya, percakapan ini disebut monolog tumpuan.

Sementara dalam bahasa perhubungan atau socialized speech, kanak-kanak


akan bertukar-tukar fikiran dengan orang lain dengan menggunakan pelbagai cara
seperti bercerita, bertengkar, mengulas, membantah, bertanya, dan sebagainya. Hal
ini membayangkan bahawa pada tahap ini, bahasa digunakan oleh kanak-kanak
untuk menangkap dunia di sekeliling mereka. Pola pemikiran kanak-kanak adalah
jelas terpancar dalam bahasa yang digunakan oleh mereka ketika berkomunikasi.
Jika ditinjau dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, kata-kata yang mula-mula
sekali dipelajari seseorang kanak-kanak ialah kata-kata utama, iaitu kata-kata yang
penting yang merujuk kepada nama, seperti
air,

emak, ayah, susu, mandi,

makan, kucing, adik, dan lain-lain lagi .

Hal ini membayangkan bahawa pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu pada


kata-kata dan objek-objek yang konkrit. Kata-kata abstrak tidak wujud lagi ketika
itu. Oleh sebab itu, kata tugas seperti dan, pada dan dari, tidak akan timbul
dalam bahasa kanak-kanak pada peringkat awal. Perkembangan bahasa kanak-kanak
berlaku tanpa disedari. Hal ini demikian kerana seseorang kanak-kanak menguasai
bahasanya secara meniru dan tanpa secara langsung. Hal ini bermaksud seseorang
2

bahawa kanak-kanak tidak perlu mendapatkan pendidikan formal untuk mempelajari


bahasa pada peringkat awal, sebaliknya memperolehnya daripada bahasa yang
diucapkan oleh ahli masyarakat di persekitarannya.
Hal ini

terkandung dalam Hipotesis Tabula Rasa Behaviorisme dan

Gagasan Teori Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh Miller dan Dollar, yang
antara lain menyatakan bahawa pembelajaran dan perubahan tingkah laku seseorang
kanak-kanak itu dapat dilakukan melalui pemerhatian dan peniruan model. Dalam
konteks bahasa dan pendidikan kanak-kanak, ibu bapa dan orang yang paling hampir
dengan kanak-kanak tersebut merupakan model yang ideal. Hal ini turut dinyatakan
dalam petikan hadis seperti yang berikut:

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua
ibu bapalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadi Yahudi, Nasrani atau
Majusi. (Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Seterusnya, dalam perkembangan bahasa kanak-kanak, perkataan yang cepat
dikuasai kanak-kanak ialah nama kanak-kanak itu sendiri. Kebetulan pula dalam
budaya orang Melayu, menyebut nama sendiri dianggap mesra dan diteruskan
hingga peringkat bahasa orang dewasa. Malah, tidak hairanlah jika artis-artis popular
negara kita turut menyebut nama mereka bagi menggantikan kata ganti nama diri
saya kerana penggunaan nama dianggap lebih mesra. Perkembangan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak akan terus berkembang mengikut masa dan umur.
Kanak-kanak juga akan menguasai pelbagai aspek bahasa yang lain yang
didedahkan kepada mereka. Dengan banyak memberikan pendedahan bahasa kepada
kanak-kanak, ibu bapa dan ahli keluarga tidak sahaja mengajarkan nahu kepada
kanak-kanak itu, tetapi juga mereka sudah membantu memperluas pandangan,
pemikiran, dan pemahaman kanak-kanak tentang kehidupan di alam ini. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa disarankan menggunakan bahasa yang betul dari segi nahu
dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang
sering mendengar bahasa orang dewasa akan sedaya upaya meniru pengucapan
orang dewasa itu. Demikian juga terdapatnya pendapat yang mengatakan bahawa
kanak-kanak tidak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka dengan
3

perbezaan loghat yang didengar oleh mereka kerana setiap kanak-kanak dilahirkan
dengan daya untuk memahami alam sekitarnya, termasuklah bahasa.
2.0

Bahasa Dalam Pendidikan Kanak-Kanak

Seseorang kanak-kanak tidak akan memperoleh pengetahuan bahasa jika kanakkanak itu tidak pernah mendengar orang lain bertutur. Dengan hal demikian, kanakkanak yang ada pengetahuan bahasa sahajalah yang dapat mencipta konsepkonsep atau pengertian tertentu tentang sesuatu yang dilihat, didengar, dan yang
dialami mereka. Apabila kanak-kanak menjadi lebih dewasa, kanak-kanak itu perlu
didedahkan oleh ibu bapa dan guru dengan persekitaran penggunaan bahasa halus.
Ketika itu, kanak-kanak akan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan
lebih meluas, termasuk untuk mempelajari ilmu, mencatatkan dan merekodkan
segala pengalaman yang ditempuhi mereka nanti.
Hal ini demikian kerana pendedahan kepada persekitaran bahasa ialah satu
daripada syarat yang diperlukan jika seseorang itu ingin menguasai sesuatu bahasa di
dunia ini. Pendedahan kanak-kanak terhadap persekitaran bahasa dalam lingkungan
kehidupannya diikuti dengan latihan, akan memberikan pengalaman berbahasa yang
sangat berguna kepada kanak-kanak tersebut. Kekerapan seseorang kanak-kanak itu
mendengar bentuk bahasa yang dituturkan oleh orang di sekeliling mereka
menyebabkan mereka memperoleh bahasa tersebut dalam konteks yang sebenarnya.
Seterusnya, kanak-kanak itu akan dapat membina ayat yang mudah dan ayat yang
pendek yang lazim didengarnya bagi tujuan sosialisasi.
Selain itu, ibu bapa disarankan agar membentuk tingkah laku anak-anak
mereka menggunakan bahasa kiasan. Dengan menggunakan bahasa kiasan, nilai
pengajaran, keagamaan, kemanusiaan, dan sebagainya, dapat disampaikan secara
tidak langsung. Di samping itu, ibu bapa dapat menerapkan amalan bersopan santun
dan berbudi bahasa dalam diri kanak-kanak. Hal ini bertujuan untuk mendidik anakanak mereka agar sentiasa menjaga tutur kata ketika berbicara. Selain itu, menjadi
tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang untuk menyampaikan warisan bahasa
masyarakat Melayu dahulu agar diketahui dan dikuasai generasi muda zaman
sekarang.

Kehebatan generasi Melayu dahulu yang lebih gemar berkias sebagai satu
cara untuk menyampaikan pengajaran dan melahirkan isi hati, di samping
membentuk insan yang berketerampilan dari segi penggunaan bahasanya, perlu
didedahkan kembali. Sejarah tamadun manusia telah membuktikan bahawa bahasa
adalah berkait rapat dengan pembinaan manusia yang bertamadun. Penggunaan
kiasan atau simpulan bahasa seperti mandi kerbau,

hangat-hangat tahi

ayam, harus didedahkan untuk menggalakkan kanak-kanak membuat sesuatu


pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Dalam usaha mendidik kanak-kanak agar
tidak tamak, selitkanlah kiasan peribahasa seperti beri betis hendak paha atau
bagai anjing dengan bayang-bayang.
Sementara itu, bagi menghalang seseorang kanak-kanak daripada suka
bergaduh, mencetuskan konflik, berikan nasihat dengan menggunakan kiasan sebab
pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa, tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata bagai mulut murai, dan sebagainya. Begitu juga dalam mendidik
kanak-kanak agar sabar dengan kerenah kawan-kawan atau adik-beradik, tenangkan
hati mereka dengan kiasan peribahasa, banyak udang banyak garam, banyak orang
banyak ragam.
Selain itu, kanak kanak itu perlu juga didedahkan dengan bahasa yang
berunsur kreatif dengan tujuan memupuk bakat seni dalam diri mereka. Dalam hal
ini, pendedahan kepada cerpen, puisi tradisonal, puisi moden, novel, drama, dan
sebagainya, adalah digalakkan. Dengan adanya usaha daripada ibu bapa, guru dan
ahli masyarakat, pembinaan insan yang luhur dan berketerampilan akan berhasil
serta dapat dibentuk dalam kalangan generasi muda. Bangsa Melayu sememangnya
tidak dinafikan mempunyai nilai rasa yang tersendiri dan menilai tinggi terhadap
budi bahasa seseorang. Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan bersopan
santun dalam berbahasa akan diberi nilai yang sangat tinggi. Orang yang tidak
berbudi bahasa dan bercakap dengan cara yang tidak sopan akan dianggap
berperangai rendah, tidak berbudi dan dikatakan kurang ajar atau biadab.
Oleh hal yang demikian, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai
bentuk penggunaan bahasa, yang tersurat dan yang tersirat, agar mereka dapat
menjadi insan yang mempunyai nilai kesopanan dan kehalusan budi pekerti. Selain
5

itu, mereka perlu menjadi anggota masyarakat yang kaya dengan adab sopan serta
halus budi pekertinya. Mereka perlu menjadi warganegara Malaysia yang sentiasa
bijaksana dalam menyelesaikan masalah dalam keluarga, dalam masyarakat dan
dalam negara. Di samping itu, mereka sentiasa berhati-hati dengan kata-kata yang
dilafazkan, berhati-hati ketika mengujarkan sesuatu supaya tidak menyinggung
persaan orang lain. Mereka harus juga menyedari bahawa telajak perahu boleh
diundur, telajak kata buruk padahnya.
Sehubungan dengan hal itu, kanak-kanak perlu dilatih agar berfikiran
rasional sejak di bangku sekolah lagi. Ungkapan ikut rasa binasa, ikut hati mati,
dan ikut akal kekal perlu didedahkan kepada mereka supaya mereka dapat
bertindak dengan wajar dan adil. Begitu juga dengan ungkapan menarik rambut di
dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserakan. Kiasan Melayu ini
cukup bermakna kerana kiasan ini mengingatkan seseorang supaya berhati-hati,
teliti, berpandangan jauh, sabar, ikhlas, dan memikirkan keputusan yang positif demi
menjaga kepentingan semua pihak.
Demikian juga dengan kiasan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali. Kiasan ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu terdahulu telah banyak
menyemaikan benih pendidikan yang bijaksana menerusi bahasa kiasan untuk ahli
masyarakatnya. Melalui bahasa kiasan, mereka membentuk perilaku masyarakat
yang mulia, menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik dan menjaga hubungan
dalam masyarakat. Inilah kekayaan bahasa Melayu. Bangsa Malaysia hari ini perlu
meneruskan kelangsungan bangsa yang bersopan-santun, berbudi pekerti mulia,
bijaksana serta pandai menjaga hubungan dalam masyarakat dengan menggunakan
bahasa yang diwarisi. Insan yang bermaruah akan menaikkan martabat bangsanya.
Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak ada hubung kaitnya
dengan perkembangan mental seseorang kanak-kanak itu.
Dalam masa yang silih-berganti, kanak-kanak akan dapat memahami
penggunaan kata penjodoh bilangan, seperti helai, biji, ekor, dan sebagainya.
Justeru, bagi memastikan berlakunya perkembangan bahasa yang sihat, seseorang
kanak-kanak itu perlu diberi pengayaan bahasa oleh ahli masyarakatnya. Pelbagai
bentuk ragam bahasa perlu didedahkan kepada kanak-kanak supaya penguasaannya
lebih menyeluruh, iaitu tidak terhad kepada tujuan untuk memperoleh ilmu semata6

mata, tetapi juga untuk menjadi insan yang berketerampilan, berkemahiran, dan
beroleh kecekapan dalam berkomunikasi.
3.0

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Berikut adalah peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak, pada umur 3 tahun,


umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga 1,000 perkataan.
Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur 6 tahun.
Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata
mereka bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan.
Perkembangan pesat bahasa ini disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak
mengingat makna perkataan baru selepas mendengarnya bagi kali pertama atau
bercakap sekali dua dengan rakan-rakannya.
Walaupun kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan kurang tepat, ia
diperbaiki dengan teguran dan kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu,
bapa atau adik-beradik saudara. Kanak-kanak mula bercakap menggunakan ayat
yang ringkas dan mudah.Jawapan mereka juga mudah dan singkat. Semakin lama
bercakap, mereka dapat memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan mental
yang bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan orang dewasa
dapat memahami bahasa mereka. Jika tidak difahami, mereka cuba menerangkannya
dengan lebih jelas. Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi
kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula.

Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait


antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini,
kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap
dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanakkanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Sapir (1921) mendefinisikan, bahasa
adalah semata-mata suatu kaedah yang bukannaluri untuk manusia menyampaikan
idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar.
Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi
yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan
7

komunikasi dan luahan perasaan. Memahami

perkembangan bahasa adalah

penting kerana ia memudahkan proses pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait


rapat

dengan

kemahiran

membaca

dan

menulis.

Dengan

meningkatkan

perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep


abstrak (Santrock, 2007).

4.0

Perkembangan Bahasa Menurut Pelbagai Komponen

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat juga daripada pemerolehan bahasa


mengikut komponen-komponennya.
a) Perkembangan Pragmatik
Perkembangan komunikasi anak sesungguhnya sudah dimulai sejak dilahirkan,
pertama dari tangisannya bila bayi merasa tidak nyaman, misalnya kerana lapar,
lampin basah. Dari sini bayi akan belajar bahawa ia akan mendapat perhatian ibunya
atau orang lain saat ia menangis sehingga kemudian bayi akan menangis bila
meminta orang dewasa melakukan sesuatu buatnya. Pada usia 3 minggu bayi
tersenyum

saat ada rangsangan dari luar,

misalnya wajah

seseorang,

tatapan

mata, suara dan gelitikan. Ini disebut senyum sosial. Usia 12 minggu mulai dengan
pola dialog sederhana berupa suara balasan bila ibunya memberi tanggapan.
Ucapan yang ditujukan pada pasangan bicara menjadi jelas, tersusun baik dan
teradaptasi baik untuk pendengaran. Sebahagian besar pasangan berkomunikasi
dengan anak adalah orang dewasa, biasanya orang tua. Saat anak mulai membangun
jaringan sosial melibatkan orang di luar keluarga, mereka akan memodifikasi
pemahaman diri dan bayangan diri dan menjadi lebih sedar akan lingkungan sosial.
Persekitaran linguistik mempunyai pengaruh bermakna pada proses belajar
berbahasa. Ibu memegang peranan dalam membangun dan mempertahankan dialog
yang benar. Kanak-kanak berada pada fasa mono dialog, percakapan sendiri dengan
kemahuan untuk melibatkan orang lain. Monolog kaya dengan lagu, suara,kata-kata
tak bermakna, fantasi dan ekspresi perasaan.
b) Perkembangan Semantik
Kerana faktor lingkungan sangat berperanan dalam perkembangan semantik, maka
padaumur 6-9 bulan kanak-kanak telah mengenal orang atau benda yang berada di
8

persekitarannya. Leksikal dan pemerolehan konsep berkembang pesat pada masa


pra sekolah. Terdapat indikasi bahawa kanak-kanak dengan kosa kata lebih banyak
dan

lebih

popular

di

kalangan

kawan-kawan

mereka.

Selanjutnya

secara berperingkat kanak-kanak akan memahami maklumat-maklumat baru yang


diterima.
a) Perkembangan Sintaksis
Susunan sintaksis paling awal terlihat pada usia kira-kira 18 bulan walaupun pada
beberapa anak terlihat pada usia 1 tahun bahkan lebih dari 2 tahun. Awalnya berupa
kalimat dua kata. Rangkaian dua kata, berbeza dengan kalimat satu kata
sebelumnya yang disebut holofrastis. Kalimat satu kata biasa ditafsirkan dengan
mempertimbangkan konteks penggunaannya. Peralihan dari satu kata menjadi
kalimat yang merupakan rangkaian kata terjadi secara bertahap. Pada waktu kalimat
pertama

terbentuk

iaitu

penggabugan

dua

kata

menjadi

kalimat,

rangkaian kata tersebut berada pada jalinan intonasi.


c) Perkembangan Morfologi
Tempoh perkembangan ditanda dengan peningkatan panjang ucapan, yang diukur
dalam morfem. Panjang ucapan, mean length of Utterance (MLU) adalah alat
ramalan kompleks bahasa pada anak yang berbahasa Inggeris. MLU sangat erat
berhubungan dengan usia dan merupakan prediktor yang baik untuk perkembangan
bahasa. Dari usia 18 bulan hingga 5 tahun, MLU meningkat kira-kira 1 hingga
2 morfem per tahun. Beberapa sumber yang membahas tentang morfem dalam
kaitannya dengan morfologi semuanya merupakan bahasa inggeris yang sangat
berbeza dengan bahasa melayu.
d) Perkembangan Fonologi
Perkembangan fonologi melalui proses yang panjang dari dekode bahasa.
Sebahagian besar pembinaan morfologi anak akan bergantung pada kemampuannya
menerima dan mengeluarkan unit fonologi. Selama usia pra sekolah, anak tidak
hanya menerima inventaris fonetik dan sistem fonologi tapi juga mengembangkan
kemampuan menentukan bunyi mana yang dipakai untuk membedakan makna.
Pemerolehan fonologi berkaitan dengan proses konstruksi suku kata yang terdiri dari
gabungan vokal dankonsonan. Bahkan dalam mengumam, anak menggunakan
9

konsonan-vokal (KV) atau konsonan-vokal-konsonan (KVK). Proses lainnya


berkaitan dengan asimilasi dansubstitusi sampai pada persepsi dan produksi suara.

5.0

Teori Bahasa

Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori
Tradisional (Panini) iaitu kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori
Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan kajian tentang fonem dan morfem serta
kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Teori Tranformasi Generatif (Chomsky)
bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa dan Teori Fungsional (Halliday)
kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang
berkomunikasi.
Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh
bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori
Pemerolehan Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu
Teori Pemerolehan Bahasa aliran Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan
bahasa aliran Mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori
pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran
interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.
Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
terdapat empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan
menggunakan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat
banyak cara untuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang
disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara

10

pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran


kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.

5.1

Teori Huraian Bahasa

a) Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut
teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta
menggunakan alat untuk membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa
tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan
yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu
kepada nahu terjemahan.
b) Struktural
Teori

huraian

bahasa

struktural

ini

dipelopori

oleh

Edward

Sapir,

Bloomfield dan Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat
sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubahubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai peraturan.
Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu
dengan lain. Teori ini menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis.
Huraian bahasa juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian
diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat
secara luaran sahaja.
c) Transformasi Generatif
Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam choamsky.
Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi
untuk berbahasa. Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami
peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini
seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.
Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih
11

dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga,
bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat
dan menggunakan symbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu.
d) Teori Fungsional
Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang
perubahan

yang

berlaku

pada

struktur bahasa

ketika

seseorang

sedang

berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat
perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu
makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.
Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut.
Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika
seseorang itu berkomunikasi.

5.2

Teori Pemerolehan Bahasa

a) Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses
pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini
mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui
ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan
latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam
pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari
pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.
Golongan ini beranggapan bahawa pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa
lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli
Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan
bahasa lisan.
Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah
berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan
kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat
12

dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.
Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses
pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta
perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan
pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran
disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku
yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya
adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya.
Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan
cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. Keempat, latihan
pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan sesuatu
gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan
dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut
menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahanbahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan
oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan > pembelajaran > perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam


konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang
diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama
atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan
pelajar-pelajar itu. Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas
dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.
Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat
diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

13

berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat
serta motivasi.
Terdapat beberapa

cara

yang

boleh

dilakukan

oleh

guru

untuk

mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan


tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria,
ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat
dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu
mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif.
Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan
contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

b) Teori Mentalis
Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental.
Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu
rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang
merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna
diberikan penekanan.
Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan
sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun
kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan
melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsipprinsip itu adalah seperti berikut:
Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses
ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini
dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa
kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat
demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa
kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu
14

membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu


menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan
menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. Ketiga, kadar
perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan
yang sama dalam keadaan yang normal.
Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanakkanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru
hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak
disampaikan. Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur
bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk
menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna
bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.
Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk
membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di
dalam sistem bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses


pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa
biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi
termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau
sebaliknya. Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara
deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini
bermakna, penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai
rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contohcontoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan
secara formal.

c) Teori konstruktivisme
Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi
strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi
15

bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada
pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.
Pertama, sistem tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang
diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada muridmurid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari
itu. Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan
mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk
mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.

Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran


berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa
variasi dalam penggunaannya.Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan
fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

d) Teori Interaksionalisme
Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan
pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam
sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi
banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada
pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:
Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi
bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa
pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan
hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk
interaksi.

16

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang
dimaksudkan adalah berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua
unsur iaitu makna dan struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan
terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka
murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.
6.0

Kesimpulan

Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori
Tradisional (Panini) iaitu kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori
Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan kajian tentang fonem dan morfem serta
kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Teori Tranformasi Generatif (Chomsky)
bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa dan Teori Fungsional (Halliday)
kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang
berkomunikasi.
Apabila ditinjau kesemua teori, ada logik dan kebaikannya dan amat penting
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seseorang
guru boleh menggunakan teori yang lebih sesuai dalam pengajaran bahasa
bersesuaian dengan pendekatan atau kaedah pengajaran bahasa dengan mengambil
kira aspek kebolehan pelajar menerima pendekatan atau kaedah sesuatu teori
pembelajaran bahasa. Jika pelajar itu lebih cenderung kepada pendekatan teori
behaviourisme ataupun mentalisme maka gunakanlah pendekatan mengikut teori
yang bersesuaian itu. Oleh itu guru perlulah menentukan atau memilih teoriteori pembelajaran bahasa yang bersesuaian dan berkesan dengan pengajaran bahasa
kepada pelajarnya.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat
adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh
sebab itu, makna dan tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan
kepada situasi linguistik untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam
interaksi yang berkesan. Guru perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
17

yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi makna kepada murid. Dari aspek
kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa
murid. Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak ada hubung
kaitnya dengan perkembangan mental seseorang kanak-kanak itu.
7.0

Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu komunikasi 1,
siri pendidikan. Petaling Jaya : Longman

Abdul Razak Ismail. (2009, Mac 11). Perkembangan bahasa kanak-kanak. Diperoleh
semula

daripada

http://www.scribd.com/doc/19633989/Perkembangan-

Bahasa-Kanakkanak

Baharom Mohamad. (2010). Gaya pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur :


PTS Profesional Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak. Kuala Lumpur : PTS
Profesional Sdn. Bhd.
Zatul Azma Zainon Hamzah. (2010, Jun 20). Teori pemerolehan bahasa. Diperoleh
semula daripada http://lamanartikel.dbp.my/?p=40

18

You might also like