You are on page 1of 4

KESATUAN SEKERJA HAK DAN TUNTUTAN

http://www.kka.usm.my/berita_am5.php
Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain hasil daripada perkembangan pesat
pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabang industri. Kesatuan sekerja mula
mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di seluruh dunia sehingga kini.
Di Malaysia, MTUC ditubuhkan pada tahun 1957 untuk melindungi dan meningkatkan kualiti
kehidupan.
Definisi Kesatuan Sekerja
Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bermaksud seperti berikut:
"apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi
pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut
mana yang berkenaan."

dalam mana-mana pertubuhan, trend, pekerjaan atau industri yang tertentu atau
dalam apa-apa industri yang serupa;

sama ada secara sementara atau tetap; dan

yang mempunyai antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan


berikut "
Akta-akta yang berkaitan pula ialah:
1. Perkara 10(1)(c) Perlembangaan Persekutuan menjamin hak warganegara untuk menyertai
persatuan.
2. Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 seksyen 4 dan 5 yang memperuntukkan jaminan
hak pekerja. Seksyen 4 menjamin kebebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh ada campur
tangan atau ancaman daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk menubuhkan atau
menyertai atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)(a), 5(1)(b), 5(1)(c), 5(1)
(d) dan 5(1)(e).
Peranan kesatuan sekerja
Kebajikan pekerja menjadi fokus kesatuan sekerja kerana banyak perkara yang melibatkan
pekerja. Antaranya ialah:
1. perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan.
2. pembangunan sumber manusia.
3. mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak.
4. kesihatan dan keselamatan pekerja.
5. kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO)
Fokus kesatuan sekerja adalah seperti berikut:
-Memperluas ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam masyarakat
-Memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh
-Kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja
menurut kehendak undang-undang
-Isu pengangguran dan guna tenaga
-Peningkatan dari segi kadar kemiskinan
-Hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja
-Penswastaan tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja
-Peningkatan marginal pekerja terutamanya pekerja wanita, golongan pekerja asing dan
peningkatan buruh kanak-kanak dalam pasaran buruh.

Peranan kesatuan sekerja adalah mengikut kesatuan masing-masing. Mengikut perjuangan


MTUC adalah lebih tertumpu kepada:
a. hak gaji minimum
b. hak pekerja
c. pembangunan kemahiran dan buruh asing
d. piawaian keselamatan dan kesihatan pekerja
e. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Fungsi kesatuan sekerja
Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu memberi manfaat kepada setiap ahli
dalam perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri.
Kesatuan memberi balik tanggungjawab yang diamanahkan oleh individu dengan harapan
setiap ahli mendapat apa yang dikehendaki.
Tiga tujuan utama pekerja ingin melibatkan diri dalam kesatuan pekerja iaitu:
1. untuk membaiki keadaan ekonomi mereka
2. untuk menentukan hak mereka dilindungi
3. atas sebab-sebab sosial
Motif ekonomi
Ekonomi sentiasa menjadi dorongan di mana sahaja. Keadaan hidup yang lebih baik menjadi
pilihan pekerja dan cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan menyertai
kesatuan sekerja yang ditubuhkan.
Melalui kesatuan, mereka dapat memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan yang
lebih baik dan memuaskan. Contohnya tuntutan kenaikan gaji oleh Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) awal tahun yang lalu telah menyebabkan
kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji baru kepada kakitangan kerajaan seluruh
negara.
Meningkatkan kekuatan perundingan pekerja di mana pekerja mempunyai kuasa apabila
bergabung dan kuasa untuk berunding dengan majikan berkaitan syarat-syarat pekerjaan
yang lebih baik.
Mendapatkan faedah yang ditawarkan oleh majikan sepertimana MTUC yang menyediakan
pendidikan kesatuan dan latihan, NUEB menyediakan perlindungan insuran, NUPW memberi
biasiswa kepada anak-anak ahli dan NUPCIW menyediakan pampasan kepada keluarga ahli
yang meninggal dunia, banjir, kebakaran atau mala petaka yang lain.
Motif sosial
Hidup berkumpulan menjadikan setiap individu merasa diri mereka mendapat sokongan dan
bantuan. Justeru, dalam kesatuan ini mereka juga mempunyai motif sosial iaitu:
a) Keperluan untuk dipunyai dalam kumpulan (teori hirarki keperluan) Dalam kumpulan,
hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial yang sama memberi semangat kepada
pekerja untuk membina faedah yang lebih banyak seperti polisi insuran, pusat jagaan dan
lain-lain faedah. Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan merupakan keperluan
sosial yang diperlukan oleh pekerja.
b) Pengaruh rakan sejawat Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya
dapat mendorong pekerja lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti rakan sejawat
c) Memperlihatkan daya kepimpinan Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifatsifat kepimpinan dalam hirarki kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat untuk
membaiki syarat-syarat dan keadaan pekerjaan.
Perlindungan hak
a) Diskriminasi, eksploitasi dan layanan yang tidak adil di tempat kerja Contohnya kes yang
berlaku di Sea Firebricks di mana pembayaran gaji yang berlainan berdasarkan gender untuk
jumlah kerja yang sama, Di sini jelas terdapat layanan yang tidak adil berdasarkan gender

pekerjanya.
b) Jaminan kerja - dari pembuangan atau pemecatan yang tidak adil Menyertai kesatuan agar
dapat melindungi pekerja dari segi jaminan kerja melalui kontrak kesatuan yang
mengandungi peraturan-peraturan tegas berkenaan jaminan pekerja.
Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja
telah dijelaskan oleh Farnham dan Pimplott (1995) sebagai:
i) Pertukaran struktur di dalam corak pekerjaan kebangsaan (structural changes in the pattern
of national employment)
ii) Pertumbuhan dan penurunan di dalam ekonomi nasional (growth and decline in the
national economy)
iii) Politik, perundangan dan persekitaran sosial perusahaan perindustrian (political, legal and
social climate of industrial relations)
iv) Imej kesatuan, tarikan dan pemimpin (trade union image, appeal and leadership)
Kenapa majikan menghalang penubuhan kesatuan?
Walaupun kesatuan sekerja memberi banyak faedah kepada pekerja, ianya tidak membawa
manfaat yang besar kepada majikan kerana meningkatkan kos tenaga buruh, pekerja yang
tidak cekap diberikan perlindungan dan mengganggu perkhidmatan awam.
Contohnya syarikat makanan segera, McDonalds. R. Queenland (eksekutif dan pengurus)
menyatakan bahawa implikasi pertama berurusan dengan kesatuan sekerja ialah peningkatan
kos gaji dan lain-lain faedah sampingan. Justeru ini membebankan majikan untuk jangka
masa panjang.
Tindak balas majikan terhadap kesatuan
Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan. Biasanya,
kekuatan kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara terbuka dengan
majikan seperti yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta api. Selagi permintaan
mereka tidak ditunaikan oleh majikan, mogok akan diteruskan. Apabila kerajaan bersetuju
dengan beberapa tuntutan kesatuan, para pekerja kembali bekerja dan perkhidmatan
pengangkutan awam kereta api pulih seperti sedia kala.
Pertelingkahan secara terbuka tetapi terkawal dapat mengurangkan tempoh konflik kerana
kedua-dua pihak, pekerja dan majikan dapat mengawal keadaan.
Apabila Cuepacs memohon bonus diberikan kepada kakitangan kerajaan tetapi tidak dapat,
Cuepacs masih cuba mencari penyelesaiannya.
Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima dengan senang hati.
Apabila majikan mendapati prestasi organisasi sangat memberangsangkan, mereka
memikirkan bentuk penghargaan yang boleh diberikan kepada pekerja. Biasanya kesatuan
sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikan pekerja yang lebih baik. Jika
permintaan berpatutan, majikan akan tunaikannya dengan mudah.
Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan sekerja dan majikan.
Kerjasama ini pasti membantu pekerja dan majikan meningkatkan kualiti dan produktiviti
masing-masing. Kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berkekalan.
Cara majikan menghalang kesatuan
Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja bertindak
kerana imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada majikan.
Keadaan ini amat mencemaskan jika kesatuan sekerja merancang mengadakan demonstrasi
atau mogok. Ini kerana satu sebab: mencemarkan imej majikan seterusnya menjejaskan
produktiviti organisasi. Jadi, bagi mengelakkan kesatuan sekerja "naik kepala" dengan
membuat tuntutan yang melampau, ada beberapa cara yang digunakan oleh majikan
seperti:
-bayar gaji dan faedah lebih baik

-libatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, laksana polisi sistem terbuka secara efektif
-tawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan
-mengembangkan perasaan percaya dan setia dalam organisasi dengan cara pihak
pengurusan mendapatkan maklum balas terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap
organisasi.
Contohnya kilang-kilang elektronik di Malaysia. Majikan berjaya mengelakkan pekerjanya
mempunyai kesatuan selama 15 tahun. Langkah yang diambil oleh mereka ialah:
-bayaran gaji berpatutan
-khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah
-keadaan tempat kerja yang selamat
-menjaga kebajikan pekerja seperti sambutan hari lahir
-tempat makanan yang bersih dan berhawa dingin
-sediakan pengangkutan percuma pergi dan balik
Kesimpulan
Di bawah Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan Malaysia menggalakkan kegiatan kesatuan
sekerja dalaman. Ini kerana ia amat praktikal kerana golongan pekerja dan majikan dapat
membuat sesuatu keputusan dengan segera demi meningkatkan produktiviti syarikat.
Elemen-elemen baru hubungan industri seperti kerja dalam pasukan, penglibatan pekerja,
perkongsian keuntungan akan menjadi perhatian utama kesatuan sekerja dan majikan pada
masa depan.

You might also like