You are on page 1of 21

Sejarah Masyarakat Majmuk Di Malaysia kepada para blogger di Tanah Air agar

kita sama-sama mendalami dan memahami wujudnya intergrasi masyarakat


yang berbilang bangsa sehingga melahirkan bangsa yang berdaulat.
TAHUKAN ANDA?

1. Kesan Campur Tangan Inggeris


a. Kewujudan masyarakat majmuk b. Penentangan masyarakat Melayu c.
Perubahan dalam politik, dan sosio - ekonomi

2. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?


Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan
etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit
politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan
mempunyai budaya yang tersendiri
3. Kewujudan masyarakat majmuk
i. Proses dan cara kedatangan
a. Indenture b. Kontrak c. Kangany d. Bebas
ii. Sebab-sebab penghijrahan
iii. Kesan-kesan kedatangan
iv. Dasar Inggeris dan pemajmukkan

4. Sebab-sebab penghijrahan
i. Faktor Tarikan (Luaran)
a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan
bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan

b. Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan


British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan
buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh
c. Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan
dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di
Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai
d. Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan
buruh asing. Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan
imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin
Kheh
e. Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu

ii. Faktor Tolakan (Dalaman)


a. Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan
politik yang tidak stabil di negara asal imigran
b. Kekurangan rangsangan ekonomi
c. Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

5. Kesan-kesan penghijrahan/peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu


i. Pewujudan masyarakat yang majmuk
a. Kemajmukkan budaya/adat
b. Kemajmukkan agama
c. Kemajmukkan pendidikan
d. Kemajmukkan bahasa
e. Kemajmukkan ras
f. Kemajmukkan politik - kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap
kaum

ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur


Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan
dan perdagangan seperti Raub - pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan
jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld,
Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari
negeri ke negeri di Tanah Melayu

iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum


Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO - Melayu, MCA - Cina, MIC - India,
Pasok - Kadazan Dusun, AMCJA - gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri
daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum
masing-masing

iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu


Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris
serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negerinegeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri-negeri Selat.
Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negerinegeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa
Inggeris

Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu


(Emerson, 1974)

Peningkatan Hasil Eksport


1896 1927 1896 1926 RM 8,434,083 RM 105,404,458 RM 28,395,855 RM
445,600,203

v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demograf


vi. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu
vii. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme
viii. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi
ix. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India
menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk
organisasi sosial dan budaya masing-masing
x. Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa
kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu
xi. Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi
pusat perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan bandar baru
seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain
xii. Kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah
semakin pesat
xiii. Menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan
keretapi
xiv. Pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan
bahasa pengantar yang berbeza
xv. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
mewujudkan pengasingan kaum

Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang
Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah
menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan
ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang
menunjukkan pemilikan ladang getah: (Emerson, 1974)
Keluasaan Ladang Eropah Melayu Cina India

100 sehingga
1000 ekar 357 23 287 118
1000 dan 296 - 12 Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak
memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun. Lombong-lombong yang
ada hampir semuanya dimiliki oleh orang Eropah dan Cina (Emerson,1974)

xvi. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu


Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti
perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan
ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini
membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia

6. Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia


Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu.
Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu
mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja
memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek
dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika
kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

i. Dasar Politik
Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi Jabatan Perlindungan
Orang Asing, dan undang-undang buruh
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai
sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah
menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti
indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan

Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa


dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik
ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an
juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang
menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini
sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris
untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan
dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru
seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang


Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan
para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna
buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa
seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris
mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah
Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh
yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya
kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan
kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke
negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932
orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini
menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar
yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan
penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi

ii. Dasar Ekonomi

Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada


sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah
Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh
Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh

iii. Dasar Sosial


Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan
Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat
majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda,
Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang
perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak
menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan
daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan
guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya
setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta
mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam
dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat
pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak
memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun
wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu
sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi
kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi
memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi
bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga
kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

7. Aspek-aspek lain
Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi

8. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru


a. Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem
pengangkutan moden yang lebih baik
b. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di
Malaysia ialah Penang Free School (1825)
c. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana
terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan
sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandarbandar perlombongan. Contohnya di Taiping
(1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang
d. Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang
dengan adanya kemudahan asas yang lengkap

9. Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru


a. Bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan
serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar
Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak
setanding dengan bandar yang baru muncul
b. Bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran
bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala
Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak)
c. Berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan
kurang tenaga manusia di luar bandar, dan golongan ini menjadi golongan
miskin di bandar

d. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak


seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran,
kesihatan dan kemudahan awam yang lain
e. Proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks
berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza
hingga kini. Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan
orang India di ladang-ladang.

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK


1. Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah
negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut,
terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina.
Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan
manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut
aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada
beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah

masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang


terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu
tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala,
menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat
majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan
penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah
mengakibatkan wujudnya kelompok- kelompok yang pelbagai ragam
dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi
mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat
kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.
Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan
semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan
pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat
majmuk.Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa
era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang
dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak
menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat
majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan
adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada
suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu
Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan
masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

2.Penjajahan di Tanah Melayu


a) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA
Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima
buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham
Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang
berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba
di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka
membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan
baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran

800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400
orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum
yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya
menawan Melaka.
b) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA
Pada tahun 1597Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun
1606 - Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka.
Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan
dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal
Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada
14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah
menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson
Kaartokoe
c)PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA
KEDUA
Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.Pendudukan British
di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta
yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh
British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui
perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka
telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.
Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang
dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu
bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri
barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang
baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun
dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang
menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan
pembangunan bandar-bandar kecil.
Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor
perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai
membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk
menampung kekurangan pekerja.Penambahan penduduk dan peningkatan
kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan,
rel-rel keretapi dan pembahagiankelompok kaummengikutsektor ekonomi.
Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum,
pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat


majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demograf,
masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong
bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang
getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan
bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum
kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar
penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan
undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak
migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan
pesat di penghujung abad ke- 19 dimana berlakunya perkembangan
perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka
juga dilindungi oleh British.
3. Kesan penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan
majmuk di malaysia.
Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat
dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza.
Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum
langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang
Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara
politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Sebenarnya
terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat
dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya adalah British sendiri
dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta Dasar Pecah
Perintah yang dijalankan British sewaktu penjajahanya. Tempoh yang
kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat
dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan
India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang
berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung
iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini
membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku
selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang
melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara
orang Melayu dengan Cina kembali tergugat

Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk


zaman selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk
yang bukan sahaja dari segi ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak
kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan
keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat
majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan.
Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan
menerima asimilasi dari budaya lain. Sekitar tahun 1965, penggunaan
telah mula digunakan namun ia tidak begitu diterima pakai. Kini, ia
menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan
masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.
4. Kesimpulan.
Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan
daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang
aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi
kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap
masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan
masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan
kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah
salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang
berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.
Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina NegaraBangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang
berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan
diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas
pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim
yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta
unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa
5.Bibliograf.
A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 2001.
Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi
Sejarah." In Masyarakat Malaysia.Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia. 1985.
Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh
Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University


Press. 1939.
Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _
HYPERLINK
"http://kassimahmad.blogspot.com"
__http://kassimahmad.blogspot.com_
Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay
Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.
McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger
Press. 1964.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DAN


PERKEMBANGANNYA DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA.
Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang
wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Perkembangan
perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang cina
dan India secara beramairamai.
Penghijrahan kaum imigran mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk ialah kesengsaran sosial dan
ekonomi di Negara asal. Hal ini, disebabkan pertambahan penduduk melebihi

pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyat menderita. Oleh


itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru. Dengan itu, Kerajaan Manchu
mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanah dan akhirnya
mereka kehilangan tanah. Selain itu, bertambah sengsara , kerap kali berlaku
bencana alam dan pengangguran berleluasa, menyebabkan mereka terpaksa
cari pekerjaan di Tanah Melayu terutama orang cina bahagian Selatan. Di India,
penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanan dengan itu hidup
petani menderita, terpaksa jual tanah. Amalan sistem kasta penghalang kepada
moboliti sosial dan ekonomi. Orang kasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu.
Indonesia, keadaan yang serupa, taraf hidup petani rendah malah belanda gagal
tingkat taraf hidup mereka. Mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah,
kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Selain itu, terdapat
perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Dalam kemajuan pertanian
dan perusahaan bijih timah dan getah mengalakkan kemasukan kaum imigran.
Pada tahun 1840-an, banyak lombong dibuka di Larut, Lembah kinta. Tambahan
pula, permintaan bijih timah bertambah di pasaran dunia akibat Revolusi
Perindustrian di Eropah. Contohnya, perusahaan getah memerlukan tenaga
buruh yang ramai dengan itu kemasukan orang India bertambah lebih-lebih lagi
ketika harga getah meningkat. Dalam perkembangan perusahaan ini dan
pertanian ladang yang lain wujud peluang pekerjaan. Hal ini mendorong orang
Indonesia juga berhijrah ke sini.
Kestabilan politik dan galakkan kerajaan. Hal ini disebabkan campur tangan
Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yang kaya dengan
bijih timah dan hasil ekonomi yang lain. Hal ini menjadi daya tarikan kemasukkan
modal Eropah. Dengan itu, kemasukan imigran untuk membekalkan tenaga
buruh dan kerajaan juga mengamalkan dasar penghijrahan yang longgar
sehingga tahun 1929, tidak kenakan sekatan kerana perlu tenaga buruh yang
murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerja di ladang dan gaji rendah.
Orang Punjabi dan Sikh berkhimat dalam polis dan tentera.
Orang Tamil pula ,yang pendidikan Inggeris berkhimat dalam perkhimatan
perkeranian dan teknikal. Menurut A.R.Rathborne, faktor pemerintahan British
menjamin keamanan dan ketenteraman awam telah mendorong penduduk
Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Faktor-faktor menyebabkan masyarakat majmuk ialah pergolakan dan korupsi
politik di Negara asal. Politik yang tidak stabil terutama bahagian China dan

India. Wilayah Kwangtung dan Kwangsi sering timbul pemberontakan untuk


menggulingkan Manchu. Contohnya, pemberontakan Taiping. Untuk elak tekanan
kerajaan, menlarikan diri ke Negara lain. Manchu amal rasuah dan kenakan
pelbagai cukai yang tinggi. Bagi Indonesia pula, pergolakan politik. Tekanan
daripada Belanda menyebabkan penghijrahan orang Bugis dan Sumatera.
Dalam sifat mengembara dan perniagaan terutama bagi penduduk Kwangtung
dan Fukien. Menurut Aziza Haji Muda, sifat pengembara, pelayaran dan
pengembara ini yang ada pada orang Bugis merupakan faktor penggalak proses
migrasi di Tanah Melayu.
Orang Minangkabau, keadaan sosial mempengaruhi mereka, sistem
kekeluargaan matrilincal merupakan Adat Perpatih yang melahirkan konsep
merantau kerana wanita berperanan besar pemilikan harta pusaka. Selain itu,
terdapat juga kesan migrasi terhadap masyarakat majmuk di Tanah melayu.
Dengan membentuk organisasi sosial dan budaya yang berbeza. Furnival
mendefnisikan masyarakat majmuk sebagai pelbagai bangsa yang berbeza
wujud dalam satu kawasan politik tertentu iaitu wujud berdampingan tetapi
berasingan. Kaumkaum imigran berpisah bukan sahaja kerana bangsa tetapi
agama, budaya, adat resam, kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan taraf hidup.
Di samping itu, juga bertambahan bilangan penduduk dalam peringkat awal,
kebanyakan imigran tidak menetap, untuk mencari kekayaan tetapi akhirnya ada
yang berkahwin dengan orang tempatan dan menetap kekal. Orang india
melebihi 30000 orang pada tahun 1870 dan bertambah melebihan 120000 orang
pada tahun 1901. Akhirnya, lahir satu kebudayaan yang unik. Dengan itu, setiap
kaum mengekalkan agama masing-masing seperti orang Melayu agama Islam,
orang Cina agama Buddha,dan orang India agama Hindu. Dalam bahasa ketiga
kaum bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi, setiap
kaum mengikut kegiatan tertentu.
Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan, orang
Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi India berladang getah dan
perladangan lain. Kegiatan ekonomi mengalami terpisah tempat kediaman.
Dalam golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian dan
pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan Bandar pusat perniagaan, India
tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum
berbeza mengikut jenis pekerjaan. Keseluruhannya, faktor penolak seperti sosial,
ekonomi dan

politik Negara asal serta faktor penarik seperti perkembangan eknomi dan politik
yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini
mewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik
dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19,
masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh
orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau
kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep
masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma.
Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di
bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat

berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal


ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garisgaris ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak
dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith
merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang
panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai
budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula,
masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat
bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya
atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van
Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan
mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan
kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok
korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu
wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai
unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat
bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa
masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea
atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional.
Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah
satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan
etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan
merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo
ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku
tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak

masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada


rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku
di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku
akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di
negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat
di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga
faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit
sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam
aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina
daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh
dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke
Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh
orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui
sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3),
bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar
ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara
haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan
bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada
pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh
masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan
masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu
masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya
golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada
pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari

Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri


yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke
Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti
dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah
berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan
pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin),
Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang
berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang
dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari
Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang
dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan
jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad
ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di
Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan
mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding
apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N.
Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses
pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti
sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar
kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan
seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini
seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam
masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras,
bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat
secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi
dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak
pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous

seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan
Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan
migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang
panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama
lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia
kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifkan yang besar kepada komposisi dan mobiliti
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah
mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia
yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai
komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari
keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan
seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok
Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku
apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan,
maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran
seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini
kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

You might also like