You are on page 1of 10

BMM 3103

PENGERTIAN DAN KONSEP


Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian,
dan Penilaian

PENTAKSIRAN

DEFINISI

Pentaksiran adalah suatu proses yang


meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau
atribut yang diperolehi seseorang
individu.

PENGUJIAN

mozuba education tools 2009

DEFINISI

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri


tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam
sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur.
Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan
pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi
satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang
berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang
pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan
mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan
dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
mozuba education tools 2009

KONSEP

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang


sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik
bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di
universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian
yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan
betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh
dipertahankan.
Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah
dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

mozuba education tools 2009

PENILAIAN

DEFINISI

Definisi penilaian ini membawa maksud


objektif pengajaran perlu dikenal pasti
terlebih dahulu sebelum penentuan
pencapaian objektif tersebut dibuat
berasaskan pertimbangan terhadap bukti
empirikal. Bukti empirikal pencapaian
biasanya diperoleh secara pengukuran
terhadap penguasaan pelajar dengan
menggunakan alat ukur yang dinamakan
ujian.

KONSEP

Perkembangan dalam bidang penilaian


menunjukkan banyak cara kita boleh menilai
pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis
penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah
penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes,
portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti
empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan
maklumat sahih, tekal, telus dan boleh
dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan
terhadap pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat
iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang
dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu


kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian
bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan
pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan
pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif
pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang
sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat
penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang
dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita
membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat
pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat
penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya

You might also like