Professional Documents
Culture Documents
Kurikulum adalah agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan. Urusan utama atau core-bussiness sesuatu
organisasi pendidikan ialah memastikan pelaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik. Nadi pelaksanaan
sistem kurikulum ialah panitia subjek. Pengurusan panitia yang cekap berteraskan TQM akan mewujudkan satu
sisstem pengurusan panitia yang berkualiti.
Manual pengurusan panitia yang didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan
panitia dengan cekap dan sistematik. Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang didokumenkan merupakan
panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru. Ketua Panitia yang baru dilantik
akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini. Fail Meja merupakan
dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.
Memandangkan Fail Meja Ketua Panitia yang terkini amat diperlukan untuk kelicinan dan keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran khususnya di Sekolah-Sekolah Menengah, yang sentiasa berusaha mencapai
prestasi cemerlang , maka Unit Sains dan Matematik, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban, Negeri Sembilan
Darul Khusus mengambil langkah untuk menerbitkan Fail Meja Ketua Panitia Sains.
Dengan itu, diharapkan Fail Meja ini akan dapat memantapkan lagi pengurusan panitia di peringkat sekolah.
Pengurusan panitia yang cekap dan mantap akan meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan awam dan dalam
perspektif nasional meningkatkan lagi pengeluaran sumber manusia negara yang berkualiti.
2. OBJEKTIF KETUA PANITIA
2.1. OBJEKTIF UMUM
2.1.1 Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing.
2.1.2 Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia.
2.1.3 Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitia dan kerjasama dengan panitia lain.
2.1.4 Membangunkan kemahiran R & D di dalam panitianya.
5.1 KURIKULUM
5.1.1 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini
5.1.2 Penyediaan rancangan pengajaran tahunan
5.1.3 Penyediaan rancangan pengajaran bersama
5.1.4 Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran
5.2 PENGURUSAN
5.2.1 Pemilihan buku teks dan rujukan
5.2.2 Pencerapan
5.2.3 Mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun
5.2.4 Pengajaran berpasukan (team teaching)
5.2.5 Mengadakan kursus dalaman
5.2.6 Guru ganti inter-panitia (jangka panjang)
5.2.7 Pemantauan aktiviti panitia
5.2.8 Mengadakan mesyuarat berkala dan post-mortem
5.2.9 Penyediaan anggaran belanjawan tahunan
5.2.10 Pengawalan stok dan iventori
5.2.11 Penyeliaan ULBS
5.2.12 Membantu penyeliaan pengurusan bilik khas bahasa.
5.3 KOKURIKULUM
5.5 KOKURIKULUM
i. KURIKULUM
ii. PENGURUSAN
iii. KOKURIKULUM