You are on page 1of 6

PROGRAM JOM MASUK KAMPUNG

SAMURA
BERSAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA
REDONG

20-22 MAC 2014

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR

KERTAS KERJA
PROGRAM JOM MASUK KAMPUNG
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR BERSAMA SK LKTP REDONG
TAHUN 2014
RASIONAL:
Program Perkongsian Ilmu merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab
Bimbingan dan Kaunseling SAMURA. Program ini melibatkan ahli kelab yang
bertindak sebagai fasilitator bersama ibu bapa angkat serta murid-murid Tahun 6
di SK Felda Redong seramai 40 orang.
Program ini melibatkan kebolehan komunikasi para fasilitator dengan ibu bapa
dan murid-murid sekolah berkenaan. Fasilitator akan berkongsi pengalaman
belajar dan hidup di Sekolah Berasrama Penuh dengan tujuan menarik minat
murid-murid Tahun 6 belajar bersungguh-sungguh untuk terpilih ke Sekolah
Berasrama Penuh. Disamping itu, fasilitator akan dapat merasai kehidupan di
kampung dengan menjalani aktiviti-aktiviti harian penduduk kampung. Ini akan
memberi pengalaman yang berguna dan sesuai dengan motto sekolah DIPIMPIN
UNTUK MEMIMPIN.

MATLAMAT:
Mendidik dan memberi pengalaman kepada peserta (fasilitator), mendekati dan
menghayati kehidupan bermasyarakat serta membantu memberi motivasi kepada
calon UPSR.
OBJEKTIF:
1. Memupuk rasa tangungjawab dalam diri pelajar terhadap diri dan masyarakat.
2. Memberikan pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 iaitu calon-calon UPSR 2014
mengenai cara belajar berkesan dan kehidupan di asrama.
3. Memberi motivasi kepada calon UPSR
4. Merasai kehidupan di kampung dan melakukan aktiviti-aktiviti harian penduduk
kampung.
5. Mendekati masyarakat bersesuaian dengan motto DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN.

TARIKH:
20-22 Mac 2014

TEMPAT:
Sekolah Kebangsaan Felda Redong

SASARAN:
1. Ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling (30 orang Fasilitator)
2. Ibu bapa angkat dan 40 orang Murid Tahun 6 (Calon UPSR 2014) SK Felda Redong
3. 3 orang Kaunselor SAMURA

SUMBER TENAGA:
1.
2.
3.
4.

Ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling (30 orang Fasilitator)


Kaunselor SAMURA
Guru-guru SK Felda Redong
Keluarga Angkat

KOS:
Makan/ minum

= RM450.00

Kain rentang

= RM60.00

Bahan Cetak

= RM60.00

Cenderamata

= RM150.00

Jumlah

= RM720.00

PENILAIAN:
Soal selidik dan pemerhatian:
1. Penilaian program oleh peserta program
2. Guru-guru SK Felda Redong
3. Keputusan peperiksaan/ujian

JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi

: Tn Hj Samian bin Sawiyo

Naib Pengerusi : En Mohd Fauzi bin Othman


Setiausaha

: Pn. Hjh Noorazianah binti Mohamed

P/Setiusaha

: Pn Suliza binti Subani

Penyelaras

: En. Zainol Hasnizul Hapiz bin Mahfodz

PENUTUP
Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman yang berguna kepada para
SAMURA agar mereka belajar memahami cara hidup penduduk di luar bandar
serta melatih mereka untuk berbakti kepada orang lain. Melalui program ini
juga diharapkan dapat menyuntik semangat calon-calon UPSR agar berusaha
dengan gigih seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2014. Program ini
juga diharap dapat dijalankan dengan jayanya supaya objektif program dapat
dicapai.

Disediakan oleh :

Disahkan :

........................................

............................................

( NOORAZIANAH BINTI MOHAMED)


Setiausaha
Program Jom Masuk Kampung

Pengetua
SM SAINS MUAR

TENTATIF PROGRAM
______________________________________________
20 MAC 2014 (KHAMIS)
2.00 ptg

- Dijangka sampai di SK Felda Redong

3.00 ptg

Majlis Perasmian
- Doa
- Ucapan Alu-aluan Guru Besar
- Ucapan Tuan Pengetua Kanan/ Wakil SAMURA
- Ucap utama dan Perasmian Majlis
- Majlis penyerahan Anak Angkat

5.00ptg

- Slot 1 Ice Breaking / Suai kenal

6.30ptg

- Bersama Keluarga Angkat

8.00mlm

- Slot 2
LDK 1: Pembinaan Matlamat dan Motivasi

10.00mlm

- Rehat

21 MAC 2014 (JUMAAT)


7.15pg

- Senaman pagi

8.00pg

- Slot 3
LDK 2 : Kemahiran Belajar Asas (Jadual Belajar)

10.00pg

- Minum pagi

10.30pg

- Slot 4
LDK 3: Peta Minda

12.30pg

- Rehat

2.45ptg

- Kembara Minda

5.00ptg

- Bersama Keluarga Angkat

08.00mlm

- Slot 5
LDK 4: (Persediaan/ Tips Menghadapi Peperiksaan)

10.00mlm

- Rehat

22 MAC 2014 (SABTU)


8.00pg

- Slot 6
Jejak Jaya (Perkongsian pengalaman)
Promosi SBP
Aku Janji UPSR
Penilaian Program

10.00pg

- Minum pagi

10.30pg

- Majlis Penutupan Program

12.00 tgh

- Bertolak pulang ke SAMURA

You might also like