You are on page 1of 1

KURSUS PENULISAN WARTAWAN & KEWARTAWANAN

Shah Alam, 8 Mei 2014 Bahagian Pendidikan Islam JAIS di bawah Unit Latihan
telah menganjurkan Kursus Wartawan & Kewartawanan yang bertempat di Bilik Hj
Ismail, Tingkat 6, Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.
Kursus yang berjalan selama dua hari ini telah di sampaikan oleh penceramah
jemputan dari Jabatan Pengajian Media, University Malaya iaitu Prof. Madya Dr.
Hamedi Bin Mohd Adnan seorang yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang
penulisan dan kewartawanan.
Kursus ini telah disertai oleh 35 orang warga pendidik di JAIS dari pelbagai bahagian
yang telah dilantik
sebagai ahli jawatankuasa media, penerbitan dan arkib
termasuk juga penyelaras - penyelaras pkg setiap daerah di negeri Selangor.
Dalam ucapan aluannya, Penolong Pengarah Unit Latihan, Ust. Asmadi Mustakim
menyatakan antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan
pengetahuan mengenai penulisan wartawan dan kewartawanan, meningkatkan
kemahiran dalam menyediakan laporan penulisan aktiviti di unit masing-masing
serta untuk meningkatkan penguasaan teknik penulisan dan persembahan bahan
bercetak kepada peserta yang terlibat.
Dari temubual yang telah dibuat, rata-rata peserta meluahkan rasa berpuas hati
dengan kursus tersebut dan mengharapkan supaya diadakan lagi kursus lanjutan
seumpama dengannya ataupun kursus kursus lain yang berkaitan dengan bidang
penulisan dan kewartawanan ini.

You might also like