You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKO

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1/2015


Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

31 Januari 2015
1.00 petang
Kafeteria Hotel Riverside Majestic, Kuching.

Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

En. Abg Ali Bin Abg Sulaiman


En. Sahiran Bin Muchimun
Pn. Senorita Anyie
Pn. Siti Norasiah Bt Mustafa
En. Ayudi Farhan bin Jamaludin
En Asdullah Bin Ahmadun
En. Awg Farhan Bin Awg Ali

Agenda Mesyuarat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ucapan Alu-aluan Pengerusi


Agihan tugas/carta organisasi
RPT dan HSP
Buku/Fail Mengajar (RPH)
Penilaian/SEGAK
Peruntukan kewangan
Peralatan dan kemudahan
Hal-hal lain

BIL
1.0

BUTIRAN PERBINCANGAN
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru pada mesyuarat
Panitia PJK bil 1/2015. Mesyuarat ini sepatutnya diadakan pada hari Khamis yang
lepas (28 Januari 2015) namun di tunda ke hari ini disebabkan oleh kekangan masa
guru-guru dan juga untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara guru PJK.
1.2 Pengerusi menyampaikan amanat puan pengetua supaya semua guru sentiasa
bersedia dengan halatuju Bako 2015 dari segi memantapkan lagi PDP dan
dokumentasi.

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

TINDAKAN/
MAKLUMAN

Agihan tugas/carta organisasi


2.11 Pengerusi meminta semua guru PJK merujuk pada agihan tugas yang telah
dilampirkan bersama dengan surat panggilan mensyuarat dan meminta supaya guru
PJK menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan dengan amanah.
2.2 Rujuk Lampiran:
2.2.1 Penyelaras setiap tingkatan
2.2.2 Carta organisasi
2.2.3 Agihan mengajar
2.2.4 Penggubalan kertas soalan
2.2.5 Agihan tugas menjaga bilik PJK dan gymnasium
RPT dan HSP
3.11 Pengerusi mengingatkan ahli panitia supaya mengemaskini RPT supaya lengkap dan
selaras bagi setiap tingkatan.
3.2 RPT bagi matapelajaran PJK tidak perlu diletakkan tarikh cuma letakkan minggu
sahaja.
Buku/Fail Mengajar (RPH)
4.1 Format bagi Rancangan Pengajaran Harian pula perlu seragam bagi semua guru PJK.
Format RPH yang sedia ada akan dimurnikan lagi dan digunapakai oleh semua guru
PJK.
4.2 Pengerusi mengingatkan supaya semua guru PJK menghantar RPH pada waktu yang
telah ditetapkan tanpa gagal.
Penilaian/SEGAK
5.1 pengerusi mengingatkan supaya penilaian ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut
RPT dan borang ujian SEGAK mesti di hantar kepada guru kelas setiap tingkatan
untuk di isi secara atas talian.
5.2 Penilaian ke atas setiap pelajar untuk tajuk kemahiran mestilah direkodkan dan
disimpan sebagai rujukan dan dokumentasi.
5.3 Pencerapan ke atas semua guru akan dilakukan dua kali setahun mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Namun begitu pencerapan akan dilakukan sendiri oleh puan
pengetua secara rawak tanpa pemberitahuan. Pengerusi meminta semua ahli panitia
supaya sentiasa bersedia untuk dicerap.
5.4 Ahli panitia mencadangkan supaya Ketua Panitia mencerap guru-guru dibawah
panitia Pjk sebagai penambahbaikan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Peruntukan kewangan
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan untuk setiap matapelajaran masih
belum dapat. Pengerusi menggalakkan cadangan daripada ahli panitia untuk
pembelian alat bantu mengajar.
6.2 Antara cadangan alat bantu mengajar ialah:
6.2.1 Buku kerja pelajar
6.2.2 buku rujukan
6.2.3 Caliper
6.2.4 Gambarajah instrumen ujian SEGAK

Makluman

Tindakan:
Semua guru
PJK

Tindakan :
Semua guru
PJK

Tindakan :
Semua guru
PJK

Tindakan :
Semua guru
PJK

Tindakan :
Semua guru
PJK

7.0

Peralatan dan kemudahan


7.11 Pengerusi mengingatkan supaya semua guru PJK menggunkaan alat bantu mengajar
semaksimum mungkin untuk menggalakkan penglibatan pelajar.
7.2 Guru perlu memastikan keselamatan setaip alatan dan kemudahan yang digunakan
Semasa pengejaran dan pembelajaran bagi mengelakkan kecederaan sepanjang sesi
PDP berlansung.

8.0

Hal-hal Lain
8.1 Guru PJK perlu mengingatkan kepada pelajar supaya memakai pakaian PJK yang
lengkap semasa waktu PJK.
8.2 Guru PJK juga perlu memastikan tahap kesihatan pelajar bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini.
8.3 Guru-guru boleh menamatkan sesi PDP awal 10 minit supaya pelajar boleh bersedia
untuk matapelajaran yang seterusnya.

9.0

Penutup
Pengerusi merakamkan berbanyak terima kasih atas usaha semua ahli panitia untuk
menghadirkan diri ke mesyuarat panitia PJK kali pertama bagi tahun 2015 ini.
Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan akan dibalas dengan kejayaan.
Mesyuarat ditunda pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

.
(SITI NORASIAH BT MUSTAFA)
Setiausaha panitia PJK,
Sek. Men. Keb. Bako,
Kuching

(ABG. ALI BIN ABG SULAIMAN)


Ketua Panitia PJK
Sek. Men. Keb. Bako,
Kuching

You might also like