You are on page 1of 2

42 WAWASAN OPEN UNIVERSITY

WLA 104/03 Pengajian Islam

1. Mempunyai akal yang sempurna.


2. Beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t.
3. Ilmu pengetahuan yang cukup tentang al-Quran dan al-Sunah.
4. Bijaksana dan waras fikiran dalam melaksanakan hukuman.
5. Berwibawa dan dihormati kerana ketegasannya dan keadilannya.
6. Adil dan sabar melaksanakan keputusan berdasarkan hujah dan bukti
sahih.

Peranan hakim
Bagi mencapai matlamat menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman, hakim
memainkan banyak peranan yang sangat penting. Antaranya, seperti berikut:
1. Menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama setimpal dengan
kesalahan.
2. Menyelesaikan persengketaan dan permusuhan sesama manusia tanpa pilih
kasih.
3. Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah dan jika ada keraguan.
4. Membebaskan tertuduh jika didapati ada keraguan dari segi bukti dan
hujah.

Aktiviti 4.12
Mahkamah Syariah merupakan salah satu daripada institusi
kehakiman yang terdapat dalam setiap negeri di Malaysia dan
mempunyai peranannya masing-masing. Terangkan tiga peranan
mahkamah tersebut.
1. _________________________________________________
_________________________________________________
2. _________________________________________________
_________________________________________________
3. ________________________________________________
_________________________________________________

UNIT 4 43
Institusi Islam B Institusi pemerintahan dan pentadbiran

Aktiviti 4.13
Nyatakan matlamat kehakiman menurut Islam.
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

Pemikiran mazhab dalam Islam


Mazhab dari segi bahasa bermakna jalan atau cara berfikir. Dari segi istilah pengajian
Islam, ia merujuk kepada jalan atau cara berfikir yang telah diterima sebagai satu
kaedah dalam menilai pelbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan bidang
ilmu fiqh dan ilmu kalam. Kaedah dan sumber yang berbeza bagi menilai isu-isu
fiqh ini telah menimbulkan mazhab fiqh yang berbeza-beza seperti empat mazhab
yang utama iaitu Hanafiyyah, Malikiyyah, Shafiiyyah dan Hanbaliyyah. Manakala
kaedah yang berbeza bagi menilai isu-isu tertentu dalam ilmu kalam atau ilmu
yang berkaitan ketuhanan pula telah menimbulkan pelbagai mazhab ilmu kalam
seperti Ashariyyah, Maturidiyyah, Salafiyyah, Mutazilah, Qadariyyah, Jabariyyah
dan lain-lain lagi.
Dengan itu adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai mazhab merupakan natijah
daripada kepelbagaian cara berfikir dalam menentukan hukum dan kedudukan
sesuatu perkara menurut perspektif syarak. Ia merupakan manifestasi kebebasan
berfikir yang dianjurkan oleh Islam. Islam sebagai agama untuk manusia sejagat
sepanjang zaman sangat memahami kerencaman hidup manusia yang berbezabeza antara sesuatu bangsa, sesuatu tempat dan zaman. Dengan itu, mereka tidak
dipaksa untuk mengikut hanya satu bentuk cara berfikir sahaja kerana ia akan
menyebabkan manusia berada dalam satu suasana hidup yang penuh kesulitan. Oleh
itu, Islam memberikan kebebasan kepada manusia memiliki kepelbagaian cara dan
kaedah berfikir asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas ajaran Islam.
Ini bermakna, kepelbagaian mazhab dalam Islam, jika difahami dan dihayati secara
betul, merupakan satu kekuatan dan rahmat, bukan satu kelemahan dan bencana.

Prinsip mazhab dalam Islam


Seperti yang dijelaskan, kewujudan pelbagai mazhab dalam Islam merupakan
satu rahmat dan kekuatan yang ada pada ajaran agama. Kepelbagaian mazhab
membolehkan syariah Islam dilaksanakan oleh manusia pada tempat dan waktu
yang berbeza mengikut kesesuaian. Namun begitu, jika tidak difahami dengan baik
dan bijaksana, kepelbagaian mazhab ini boleh menimbulkan masalah perpecahan
dalam kalangan umat Islam. Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, umat Islam
perlu memahami fiqh perbezaan pendapat dan menghayati prinsip-prinsipnya secara
sahih. Antara prinsip perbezaan mazhab ialah seperti berikut:

You might also like