You are on page 1of 1

Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep

yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari. Domain pembelajaran terdiri
daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran.

Selain itu, dapt mengukuhkan

kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman
pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga
membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual,
meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul,
memproses, dan menganalisis data serta maklumat. Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai
murni.

Kaedah PBL adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William Kilpatrick
(1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. PBL yang diasaskan oleh John Dewey (1997), menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan.
Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBL sesuai
digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBL dianggap sebagai satu amalan terbaik

You might also like