Presentation L.I

You might also like

You are on page 1of 16

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. SYED HADZRULLATFI BIN SYED OMAR


(JABATAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR NABILAH BINTI CHE SAB (030777)
(IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)
SYARIAH B

BAB 1: MAHKAMAH SYARIAH


Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam dan
Enakmen Mahkamah Syariah telah dipinda
bagi mewujudkan tiga peringkat Mahkamah
Syariah, iaitu:
1) Mahkamah Rendah Syariah
2) Mahkamah Tinggi Syariah
3) Mahkamah Rayuan Syariah

BIDANGKUASA MAHKAMAHMAHKAMAH SYARIAH


1) Di dalam sistem perundangan Islam, bidangkuasa
Mahkamah Syariah disebut sebagai al-wilayah,
iaitu hak dan juga kuasa untuk mendengar dan
memutuskan kes.
2) Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
mempunyai bidangkuasa yang berbeza.
Bidangkuasa yang tertentu dapat menentukan keskes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah
Rendah, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah
Rayuan Syariah.

BIDANGKUASA MAHKAMAH
RENDAH SYARIAH
1) Membicarakan tentang jenayah.
2) Membicarakan tentang mal.
Selain daripada itu, rayuan boleh dibuat kepada
Mahkamah Tinggi Syariah mengenai
keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Rendah Syariah.

Dalam mana-mana rayuan yang dikemukakan,


Mahkamah Tinggi Syariah boleh:
1) menolak rayuan,
2) mensabitkan kesalahan,
3) memerintahkan Mahkamah perbicaraan
membela dan memanggil pembelaan atau
membuat siasatan lanjut,
4) menambah atau meminda bentuk hukuman
5) memerintahkan perbicaraan semula,
6) atau meminda mana-mana perintah.

samb
bagi perkara mal pula, Mahkamah Tinggi Syariah
boleh:
1) mengesahkan atau mengubah keputusan
Mahkamah perbicaraan,
2) menjalankan mana-mana kuasa yang boleh
dijalankan.
3) membuat apa-apa perintah yang sepatutnya
dibuat oleh Mahkamah perbicaraan,
4) atau memerintahkan perbicaraan semula.

BIDANG KUASA MAHKAMAH


TINGGI SYARIAH
Mahkamah Tinggi Syariah juga merangkumi bidang
kuasa jenayah dan mal. Mahkamah Tinggi Syariah
hendaklah:
1) Membicarakan kesalahan yang telah dilakukan oleh
seseorang.
2) Mendengar atau memutuskan sesuatu tindakan.
Antara bidang kuasa mal tersebut adalah seperti:
a) pertunangan, perkahwinan, ruju, penceraian,
pembubaran perkahwinan, nusyuz, atau pemisahan
kehakiman,

samb..
b) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang
berbangkit,
c) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan,
atau penjagaan,
d) pembahagian atau tuntutan,
e) wasiat atau hibah,
f) wakaf atau nazr,
g) pembahagian dan perwarisan harta,
h) penentuan orang-orang yang berhak atas
bahagian harta pusaka, dan
i) pengisytiharan.

BIDANG KUASA MAHKAMAH


RAYUAN SYARIAH
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah
mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa
keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi
Syariah. Suatu rayuan daripada suatu keputusan
Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

PERBICARAAN DI MAHKAMAH
SYARIAH HENDAKLAH SECARA
TERBUKA
Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah
hendaklah terbuka. Bagaimanapun, mahkamah
boleh memerintahkan supaya keseluruhan atau
mana-mana bahagian prosiding dihadapannya
diadakan dalam mahkamah tertutup.

BAHASA BAGI SEMUA PROSIDING


DI MAHKAMAH SYARIAH
Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa bagi
semua prosiding dalam Mahkamah Syariah.
Semua dokumen dan nota prosiding boleh
digunakan di dalam tulisan rumi atau jawi. Bahasa
asing juga boleh digunakan tetapi atas kebenaran
Hakim Bicara terlebih dahulu.

BIDANG KUASA TIDAK MELIPUTI


ORANG BUKAN ISLAM
Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah, atau Mahkamah Rendah Syariah tidak
boleh melibatkan hak atau harta orang bukan
Islam.

BAB 2: LAPORAN TUGASAN


- Antara tugasan yang di arahkan kepada pelatih untuk
dilakukan adalah seperti menaip surat-menyurat
berhubung dengan kes yang dikendalikan oleh peguam.
Antara surat-surat tersebut adalah seperti:
1) Surat daftar (failing),
2) Wakalah Peguam Syarie,
3) Saman dan penyata tuntutan,

samb..
4) Notis permohonan dan afidavit serta ikatan
dokumen,
5) Ekshibit-ekshibit,
6) Pliding,
7) Surat akuan sumpah,
8) Penghujahan Peguam Syarie,
9) Surat sebutan

MENGENALI JENIS FAIL


- Pelatih di beri pengenalan mengenai 3 fail dan
warna-warna fail tersebut yang mewakili 3
negeri. Fail yang berwarna kuning mewakili
negeri Pulau Pinang. Fail yang berwarna hijau
pula mewakili negeri Kedah. Manakala fail
yang berwarna biru mewakili negeri Perak.
- Pelatih juga diajar cara-cara untuk mendaftar
kes yang baru diterima di dalam Buku Daftar.

TUGASAN TAMBAHAN
- Membuka fail untuk kes yang baru diterima
- Fotostat segala dokumen yang berkenaan dengan
kes tersebut.
- Membuat surat akuan sumpah
- Mengendalikan klien yang inginkan cop
Pesuruhjaya Sumpah.
- Menjawab panggilan telefon jika kerani firma
sibuk dengan urusan lain.

You might also like