You are on page 1of 2

Asmarah Bin Akupah,

JKKK KG Tanjung Batu,


P/S 138, 89108 Kota Marudu,
Sabah.

Jurutera,
Jabatan Kerja Raya
Kota Marudu

31. Disember . 2014

Melalui :
Pegawai Daerah Kota Marudu
PER: Memohon Pembinaan Pembahagi Besi Jalan, Bonggol Jalan dan Papan
Tanda Kawasan Kemalangan.
Saya seperti nama di atas selaku Ketua Jawatankuasa Kemajuan Kampung,
Kampung Tanjung Batu dengan ini berbesar hati membawa suara masyarakat
kampung untuk memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan pembinaan
Pembahagi Besi Jalan, Bonggol Jalan dan Papan Tanda Kawasan Kemalangan di
kawasan kampung kami.
02.
Untuk makluman dan pengetahuan pihak tuan, permohonan ini bertujuan
untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan insiden yang tidak diingini berlaku di
kawasan kampung serta memberi isyarat awal supaya pengguna jalanraya dapat
mengurangkan kelajuan kenderaan mereka memandangkan kawasan kampung kami
telah berlaku banyak kemalangan yang melibatkan jentera bermotor, pacuan empat
roda dan jentera berat . Adalah amat-amat dikhuatiri apabila suatu hari nanti berlaku
kemalangan yang melibatkan masyarakat kampung memandangkan kawasan rumah
dan juga kawasan untuk pejalan kaki sangat berhampiran dengan jalanraya.
03.
Seabagai makluman, kawasan rumah serta jarak di antara jalanraya dengan
kawasan pejalan kaki adalah sangat hampir dan ini sangat membimbangkan jika
berlaku kemalangan yang melibatkan masyarakat kampung. Untuk makluman pihak
tuan, insiden kemalangan telah banyak berlaku dikawasan kampung kami dan barubaru ini masyarakat kampung telah dikejutkan dengan insiden kemalangan yang telah
meragut nyawa seorang pembonceng motosikal. Saya sangat terpanggil untuk
menyuarakan hasrat masyrakat kampung ini kerana mereka dibelenggu kerisauan
akan keselamatan anak-anak mereka jika suatu hari nanti berlaku insiden kemalangan
tanpa adanya penghadang/penghalang yang boleh mengurangkan risiko kecederaan
dan kemalangan jiwa.
04.
Oleh hal yang sedemikian, saya menyeru agar pihak tuan dapat mendengar
suara kami dan mengambil tindakan lanjut supaya kemalangan jiwa tidak lagi berlaku
dan masyarakat kampung tidak dihantui perasaan takut dan risau. Segala perhatian
dan tindakan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih
Sekian, Terima Kasih
Yang Benar

( Asmarah bin Akupah )


Ketua JKKK Kg Tanjung Batu
Kota Marudu Sabah.
SK. - Pegawai Daerah Kota Marudu

You might also like