You are on page 1of 23

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan adalah
suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Pendidikan merupakan
proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang seimbang dan
baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara.
Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat
secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai
sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut
boleh mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan
masyarakat.
Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat
dan proses ini adalah proses sepanjang hayat. Ini adalah selaras dengan
pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menginginkan
pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui aktiviti pendidikan. Modal
insan yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis, kreatif,
menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang baru seseuai
dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah (Zulfahmi, 2008).
Pendidikan Jasmani melibatkan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor yang
diperolehi daripada suatu proses yang yang bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan pendidikan jasmani sebagai matapelajaran teras di sekolah menengah
dan sekolah rendah.Menurut Wee Eng Hoe (1994), matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dan ianya wajib diajar
sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Mata pelajaran ini
1

digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk


meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan
tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan
keperluan negara.
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Pada sesi praktikum yang lalu, pengkaji telah menjalani dua fasa praktikum di
mana fasa 1 telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu 4 dan fasa 2 di Sekolah
Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau. Sepanjang menjalani praktikum, pengkaji
melihat terdapat satu masalah major yang terdapat di kedua buah sekolah pada
kelas pemulihan iaitu berkaitan dengan konsep asas darab. Umum sedar
kepentingan matematik, namun hanya segelintir yang melihat kepentingan itu dari
sudut kritis sementara kebanyakannya melihat ia sebagai satu masalah yang
melibatkan penomboran. Menurut Nor Azlan (1987), Kebolehan matematik adalah
asas kemahiran yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak dalam menjalani
kehidupannya, dan matematik adalah satu cabang ilmu yang melibatkan kemajuan
sesebuah Negara, ini disokong oleh Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan
Matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara
maju, maka seharusnya setiap murid itu dilihat sebagai modal insan yang mampu
menyumbang kepada keberhasilan Negara di masa akan datang, justeru perlu satu
tindakan ataupun gerak kerja yang efektif dalam menangani masalah ini.
Berdasarkan isu yang ditemui, pengkaji juga melihat bahawa masalah ini
sebenarnya wujud akibat daya kognitif murid pemulihan yang agak lemah
berbanding murid lain, dan ciri daya ingatan lemah ini telah dinyatakan di dalam
modul pengenalan terhadap Pendidikan Pemulihan. Dalam mencari jalan keluar
kepada masalah lemah daya ingatan ini, guru haruslah mempelbagaikan kaedah
dan teknik dalam pengajaran kerana yang harus setiap guru terima adalah murid
mempunyai kecerdasan yang berbeza, dan kecerdasan pelbagai inilah yang
seharusnya dimanipulasikan oleh guru untuk mencari intervensi terbaik bagi
menyelesaikan isu murid ini.
2

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa,


humans have several different ways of processing information and these ways are
relatively independent of one another
Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai merupakan salah satu cara
terbaik dalam membimbing murid pemulihan, berdasarkan pengalaman lalu,
pengkaji mendapati bahawa dengan adanya bahan atau alat bantu mengajar, ini
akan lebih memudahkan murid untuk memahami sesi pengajaran terutamanya sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konsep seperti konsep darab yang
menjadi isu bagi pengkaji. Jean Piaget ( 1962) menyatakan bahawa alat atau bahan
mampu menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, melalui pernyataan
itu, jelas menunjukkan salah satu cara meningkatkan tahap kognitif dan fokus
belajar murid dalam mempelajari sesuatu yang abstrak adalah dengan
menerangkannya dalam bentuk yang konkrit, kenyataan ini disokong oleh Frosting
dan Maslow (1973) berpendapat bahawa usaha sesuatu pengajaran biasanya amat
susah terutamanya sesuatu yang abstrak, maka adalah lebih mudah dipelajari
melalui peringkat awal dengan mengenali secara konkrit atau separa konkrit.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan


Sepanjang menjalani latihan mengajar di sekolah, banyak pengalaman yang
membantu pengkaji dalam mendalami ilmu pendidikan pemulihan. Selain itu juga,
pengkaji mendapati bahawa murid pemulihan mempunyai hak untuk mendapatkan
ilmu dari guru mereka. Walaupun kecerdasan mereka kurang berbanding dari
3

murid yang lain, mereka seharusnya mendapat pendidikan yang sama seperti
murid-murid yang adil.

Mereka juga berhak mencapai kesempurnaan kendiri

supaya menjadi seorang manusia yang sempurna berdasarkan teori keperluan


Abraham Maslow dalam Mok (2009).

Bagi pengkaji, menjadi seorang guru

pemulihan merupakan satu cabaran yang besar bagi memastikan murid pemulihan
tidak keciciran.
Menurut Choong (2008), keguruan sebagai satu kerjaya memberi guru
peluang yang istimewa untuk meninggalkan kesan dan pengaruh yang positif
dalam diri

murid-murid yang mereka ajar. Sebagai guru pemulihan, pengkaji

menyedari bahawa sikap sabar dalam melayan karenah murid-murid pemulihan


merupakan satu aset penting yang perlu ada dalam diri.
Pengkaji juga menyedari bahawa penggunaan alat bantu mengajar sangat
penting dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ini telah

dinyatakan di dalam Asri (2000) bahawa alat bantu mengajar dapat menarik minat
dan perhatian pelajar memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran yang mudah,
mewujudkan suasana pengajaran yang aktif dan menarik. Murid akan lebih aktif
di dalam pembelajaran mereka sekiranya guru menggunakan alat bantu mengajar.
Oleh kerana itu, murid akan banyak melibatkan diri dalam mempelajari kemahiran
tersebut.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Pengenalan
Pengkaji mengenalpasti masalah yang telah dihadapi oleh responden. Dalam bab
ini, pengkaji telah menyatakan isu dan masalah yang akan dikaji untuk tujuan
kajian tindakan.

2.2 Isu dan Pernyataan Masalah Kajian


Sepanjang praktikum, pengkaji telah mengenalpasti banyak kelemahan murid dari
segi bahasa dan pengiraan. Salah satu kelemahan yang telah dikenalpasti oleh
pengkaji ialah murid mempunyai masalah konsep asas darab kerana terpengaruh
oleh konsep asas matematik yang lain. Masalah yang ditemui adalah setelah murid
menjawan 2 x 2 = 4, untuk soalan 2 x 3, murid akan menjawab 5 dan jawapan
sebenar adalah 6, persoalan mengapa wujudnya angka 5 itu menjadi isu bagi
pengkaji untuk difahami sekaligus menyelesaikan masalah tersebut bagi
memudahkan murid pemulihan meneruskan lanjutan pembelajaran kepada aras
yang lebih tinggi. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak
menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi
masalah pemahaman dalam matematik.
Murid pemulihan yang lemah dalam numerasi amat sukar untuk memahami
konsep dalam Matematik. Nik Aziz dan Ng (1990) menyatakan bahawa masih ada
pelajar yang gagal menguasai kemahiran mendarab, membahagi, menambah dan
menolak dengan baik setelah sepuluh dan sebelas tahun di alam persekolahan.
Berpandukan penyataan ini, kemahiran mendarab merupakan salah satu kemahiran
yang seharusnya dikuasai oleh murid ketika di alam persekolahan kerana ia
merupakan salah satu kemahiran asas dalam Matematik.

Mohd Zain Mukmin (1984), yang mendapati bahawa kelemahan pelajar di


dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab.
Matematik akan menjadi subjek yang sangat mudah sekiranya murid dapat
menguasai pendaraban.
Murid agak sukar untuk menghafal sifir.

Oleh sebab itu, murid akan

mengalami masalah dalam pembelajaran Matematik yang melibatkan pendaraban.


Ini disokong oleh Mok (1990) yang mendapati bahawa masalah murid-murid
dalam penguasaan operasi darab ialah mereka tidak dapat menghafal sifir dengan
tepat.
5

Dalam kajian ini, pengkaji membina satu alat bantu mengajar yang
dinamakan Member Of Clan, dalam alat bantu mengajar ini, guru akan
menerapkan sistem ahli dan kumpulan bagi memberi penerangan kepada
murid tentang konsep darab, penggunaan alat ini akan disusuli dengan lanjutan
intervensi yang masih berkonsepkan sistem ahli dan kumpulan agar murid
dapat menyelesaikan masalah mendarab mudah tanpa alat bantu mengajar dalam
lingkungan 3 yang melibatkan kemahiran 16 dalam buku panduan pengajaran dan
pembelajaran matematik, program Pemulihan Khas. Ini disokong oleh satu
penyataan yang menyatakan guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang
paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut
menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu
memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah
Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Pengkaji telah memfokuskan intervensi
berpusatkan bahan di dalam kajian ini.
Dengan berbantukan alat bantu mengajar, murid akan lebih berminat untuk
mengikuti pembelajaran Matematik. Penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan
kefahaman pelajar selain dapat meransang minat dan sikapnya yang lebih positif
(Herlinda, 2008).

2.3 Tinjauan Literatur

2.3.1 Definisi berkaitan kajian


i. Aplikasi
Menurut Kamus Dewan (dalam laman web rasmi DBP), aplikasi bermaksud
kegunaan.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan alat bantu

mengajar sebagai instrumen penyelesaian masalah kajian.


6

ii. Membantu
Membantu bermaksud memberi pertolongan, menolong, dan menyokong
(Kamus Dewan Edisi Keempat 2010). Penggunaan alat bantu mengajar yang
dibina oleh guru adalah sebagai alat untuk menolong murid yang menghadapi
masalah yang difokuskan dalam kajian.
iii. Murid pemulihan
Menurut buku Garis Panduan Perlaksanaan Program Pemulihan Khas (2008),
murid pemulihan didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran
dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran
dan bukan kognitif.

Ia bermaksud murid pemulihan juga seperti murid

normal yang lain tetapi mereka hanya mempunyai masalah dalam


pembelajaran mereka disebabkan oleh keadaan di sekeliling mereka.
iv. Mendarab nombor asas
Mendarab bermaksud menyelesaikan operasi yang melibatkan darab. Ini
dinyatakan sebagai membuat hitungan darab (dalam portal rasmi DBP).
Kemahiran mendarab nombor asas juga merupakan salah satu kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid pemulihan.

2.3.2 Teori Pembelajaran Yang Berkaitan


Di dalam bidang Matematik, banyak teori yang digunakan seperti bidangbidang yang lain. Bagi kanak-kanak, mereka lebih mudah untuk menguasai
sesuatu konsep dengan menggunakan bahan konkrit.

Ini disokong oleh

pendapat Rosseau, Pestalozzi dan Froebel (1746-1827), mereka menyatakan


bahawa aspek penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak ialah
7

merancang aktiviti konkrit terutamanya permainan. Di dalam kajian ini,


pengkaji telah membina satu alat bantu mengajar yang akan diaplikasikan
oleh murid dalam meyelesaikan operasi darab nombor asas dalam lingkungan
1 hingga 3.
Kajian ini dijalankan untuk murid berumur 9 tahun. Menurut Jean
Piaget, kanak-kanak berada di peringkat operasi konkrit pada umur 7 hingga
11 tahun. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak masih bergantung
kuat kepada bahan konkrit untuk pembentukan dan pemahaman konsep.
Melalui bahan konkrit, kanak-kanak dapat mengamati sendiri dan dapat
mengaitkan sendiri bahan tersebut dengan kemahiran yang diajar.
Dalam teori pembelajaran Bruner (1961) pula, guru haruslah
menentukan tahap kesediaan murid untuk mempelajari sesuatu konsep.
Bruner juga telah mengemukakan tiga tahap pembelajaran bagi kanak-kanak.
Menurut Bruner, tahap pertama pembelajaran kanak-kanak ialah kanak-kanak
mesti mempunyai pengalaman konkrit dan mereka dibenarkan untuk
mengendalikan bahan-bahan sebenar. Penggunaan alat bantu mengajar yang
maujud digunakan di dalam kajian ini supaya murid lebih mudah untuk
menyelesaikan operasi darab nombor asas.
Kajian ini juga melibatkan latih tubi murid yang akan sentiasa
mengira bilangan petak untuk mendapatkan jawapan. Latih tubi ini juga
akan meningkatkan penguasaan murid pemulihan dalam mengira nombor
mengikut turutan menaik di samping mencari jawapan untuk permasalahan
operasi darab. Menurut Edward Lee Thorndike (1874-1949), kanak-kanak
boleh belajar matematik melalui pendedahan kepada banyak latih tubi
berkenaan dengan fakta Matematik.

Murid akan mudah mengingat jika

mereka sentiasa membuat sesuatu secara berulang-ulang.

Teori-teori ini

terdapat dalam buku Pengajaran Matematik KBSR yang ditulis oleh Swetz,
F.J & Liew S.T. (1998).
8

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN


3.1 Pengenalan
Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden, pengkaji membuat
satu kajian berkaitan masalah tersebut.

Sebelum memulakan kajian, pengkaji

telah menghuraikan tujuan kajian ini dilaksanakan. Dengan itu, pengkaji telah
menetapkan objektif bagi kajian ini. Dalam persoalan kajian, objektif kajian perlu
dipersoalkan supaya pengkaji dapat merancang langkah-langkah kajian supaya
kajian yang dibuat ini lebih berfokus dan sistematik.

3.2 Tujuan Kajian


Kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai konsep
pendaraban dengan menggunakan alat bantu mengajar. Ini disebabkan terdapat
murid yang mempunyai masalah dalam memahami konsep operasi darab dalam
lingkungan 1 hingga 3. Memandangkan murid sering keliru dalam menyatakan
jawapan bagi soalan darab dalam lingkungan 1 hingga 3, pengkaji telah berfikir
untuk membuat satu alat bantu mengajar untuk digunakan dalam kajian ini. Selain
itu juga, pengkaji ingin melihat tahap penguasaan murid setelah mereka
menggunakan alat bantu mengajar tersebut.

Kajian ini juga bertujuan untuk

melihat keberkesanan alat bantu mengajar yang dicipta sama ada ia sesuai untuk
digunakan untuk masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ini.

Sebelum

menjalankan intervensi terhadap masalah murid pemulihan ini, pengkaji perlu


mengenalpasti punca masalah kekeliruan murid dengan melaksanakan
1. Ujian Diagnostik
2. Temu Bual

3.3 Objektif Kajian


Objektif kajian bertujuan untuk :
3.2.1

Mengenal pasti punca masalah kekeliruan konsep darab dalam lingkungan


1 hingga 3 murid pemulihan.

3.2.2

Membantu meningkatkan penguasaan konsep darab dalam lingkungan 1


hingga 3 murid pemulihan menggunakan Member Of Clan.

3.3.3

Meningkatkan tahap penguasaan konsep darab dalam lingkungan 1 hingga


4 murid pemulihan menggunakan lanjutan sistem Member Of Clan.

10

3.4 Persoalan Kajian


3.3.1

Apakah punca masalah kekeliruan konsep darab dalam lingkungan 1


hingga 3 murid pemulihan ?

3.3.2

Adakah penggunaan Member Of Clan dapat membantu murid pemulihan


dalam menguasai konsep darab dalam lingkungan 1 hingga 3?

3.3.3

Adakah

penggunaan

lanjutan

sistem

Member

Of

Clan

mampu

meningkatkan tahap penguasaan konsep darab 1 hingga 4 murid


pemulihan?

4.0 METODOLOGI KAJIAN


4.1 Pengenalan
Kumpulan responden yang dikaji ialah murid pemulihan yang mempunyai masalah
dalam memahami konsep asas darab dalam lingkungan 1 hingga 3. Berdasarkan
masalah ini, pengkaji telah membina satu alat bantu mengajar untuk membantu
murid berdasarkan masalah yang mereka hadapi.

Guru perlu merancang

pengajaran yang sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Ini disokong oleh
penyataan Bruner dalam Mok (2009) yang menyatakan bahawa perancangan isi
pelajaran yang sesuai dengan pembelajaran mental kanak-kanak menyebabkan
aktiviti pembelajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.
11

4.2 Kumpulan Sasaran Kajian


Dalam menentukan kumpulan responden, pengkaji akan melaksanakan ujian
diagnostik kepada murid tahun 2 dan 3 bagi kelas pemulihan untuk mengesan
murid yang mempunyai masalah konsep asas darab dalam lingkungan 1 hingga 3.
Pengkaji akan mensasarkan individu yang tidak mempunyai masalah atau sudah
menguasai kemahiran asas tambah dan tolak tetapi belum menguasai kemahiran
asas darab.

4.3 Reka Bentuk Kajian


4.3.1 Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan

kualitatif

bersifat

deskriptif

iaitu

mengkaji

sesuatu

permasalahan yang timbul. Di dalam penyelidikan ini, ia mementingkan


kepada proses kajian, bagaimana kajian itu dibuat. Muhamad Kasim (2011)
menyatakan pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan kerana
penyelidikan ini memberi penekanan kepada proses dan hasil kajian. Ia tidak
memerlukan responden yang banyak kerana apa yang dilihat di dalam
penyelidikan ini bukan berfokuskan kuantiti tetapi kualiti kajian itu dalam
mencapai objektif. Pengkaji hanya melihat proses dan sebab penggunaan alat
bantu mengajar dapat membantu murid dalam penguasaan operasi darab
nombor asas dalam lingkungan 1 hingga 9.

4.3.2 Model Kemmis dan McTaggart


Dalam menjalankan kajian, pengkaji memilih model kajian tindakan Kemmis
dan McTaggart sebagai proses kajian yang dibuat. Terdapat 4 fasa yang akan
dilakukan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian. Fasa pertama yang akan
dilakukan ialah pengkaji akan membuat perancangan seterusnya membuat
tindakan setelah melakukan perancangan iaitu pada fasa tindakan. Setelah
membuat tindakan, pengkaji akan membuat pemerhatian berdasarkan
12

pencapaian responden melalui fasa pemerhatian. Akhir sekali, fasa refleksi


yang melibatkan pengkaji membuat refleksi setelah melalui fasa-fasa yang
sebelumnya.

Ini telah dinyatakan Akhiar dan Shamsina (2012) yang

menyatakan bahawa model ini merangkumi empat fasa. Rajah 4.1 di bawah
menunjukkan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart.

Rajah 4.1 Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan


Dalam melakukan kajian tindakan, model Kemmis dan McTaggart merupakan
salah satu model yang selalu digunakan oleh para pengkaji.

Disebabkan itu,

pengkaji telah memilih dan seterusnya mengaplikasikan model ini sebagai rujukan
dalam membuat kajian.

Dengan itu, pengkaji akan melaksanakan kajian ini

bermula dari perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


13

Jadual 4.1 Pelan Fasa Pelaksanaan Kajian Tindakan


Fasa
Mengenal

Masa
Pelaksanaan
Minggu pertama

Pelaksanaan

Menjalankan ujian diagnostik operasi

darab.
Menganalisis ujian diagnostik yang

dibuat oleh murid pemulihan.


Mengesan murid pemulihan

mempunyai masalah konsep asas darab.


Memilih seorang murid pemulihan

pasti masalah

yang

untuk dijadikan sebagai responden

dalam kajian.
Menemu bual guru pemulihan berkaitan
tentang latar belakang murid.

Merancang

Minggu kedua

menentukan intervensi yang sesuai

dengan permasalahan responden.


Memilih tajuk untuk kajian yang akan

dijalankan.
Membina alat bantu mengajar operasi
darab.

Bertindak

Minggu ketiga

Meminta kebenaran pihak pentadbir


sekolah

untuk

menjalankan

kajian

tindakan.
Responden membuat lembaran kerja

yang pertama.
Pengkaji membuat intervensi terhadap

responden.
Responden membuat lembaran kerja

yang kedua.
Pengkaji membuat intervensi terhadap

14

responden.
Responden membuat lembaran kerja
yang ketiga.

Pemerhatian

Minggu keempat

Menganalisis

responden
Menemu bual

hasil

lembaran

responden

kerja
tentang

intervensi yang telah dijalankan.


Refleksi

Minggu keempat

Membuat refleksi tentang intervensi


yang telah dibuat.

Membuat refleksi berkaitan dengan


kajian.

4.4.1 Merancang
Dalam model Kemmis dan McTaggart, merancang merupakan fasa pertama
dalam melakukan sesuatu kajian. Perancangan yang telah dibuat awal akan
membuatkan pengkaji dapat melakukan kajian dengan lebih sistematik.
Responden yang dipilih adalah murid pemulihan yang menghadapi masalah
dalam menyelesaikan operasi darab nombor asas. Fasa ini dijalankan setelah
pengkaji memperoleh maklumat tentang responden yang akan dikaji. Dalam
kajian ini, pengkaji telah merancang untuk menggunakan alat bantu mengajar
yang dibina bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi responden

4.4.2 Bertindak
Setelah perancangan dibuat, fasa ini akan berlaku. Dalam fasa ini, pengkaji
akan melakukan intervensi menggunakan alat bantu mengajar yang
dinamakan Counting Multiple Square.

15

Pengkaji akan menunjukkan cara

penggunaan alat ini dalam menyelesaikan masalah operasi darab. Selepas


itu, responden akan menggunakan alat ini dengan bimbingan guru.

4.4.3 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sepanjang intervensi dibuat. Pengkaji
akan melihat reaksi murid membuat operasi darab dengan menggunakan
Counting Multiple Square. Selain itu juga, pengkaji akan melihat hasil kerja
murid setelah intervensi ini dijalankan. Ini supaya pengkaji ingin melihat
sama ada penggunaan alat bantu mengajar ini memberi kesan kepada murid
dalam penguasaan operasi darab.
4.4.4 Refleksi
Refleksi merupakan satu cara untuk menilai kekuatan dan kelemahan bagi
sesuatu tindakan. Dengan membuat refleksi, pengkaji akan dapat membuat
penambahbaikan dalam kajian tindakan yang telah dijalankan. Di hujung
kajian ini, pengkaji akan membuat refleksi berdasarkan apa yang berlaku di
sepanjang kajian tindakan ini dilaksanakan.

4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian


Sebelum kajian ini dibuat, pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik untuk
mengesan masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan Tahun 3. Dalam proses
pengumpulan data, pengkaji telah memilih untuk menggunakan pemerhatian,
lembaran kerja dan temu bual separa berstruktur.

Objektif

Persoalan Kajian

Kaedah
Pengumpulan

Data
membantu murid pemulihan Adakah penggunaan Counting -Lembaran kerja
dalam menyelesaikan operasi Multiple

Square

dapat -Temu bual

darab dalam lingkungan 1 membantu murid pemulihan


hingga 9 dengan menggunakan dalam menyelesaikan operasi
16

Counting Multiple Square.

darab dalam lingkungan 1


hingga 9?

mengenal

pasti

tahap Apakah

penguasaan murid pemulihan murid

tahap

penguasaan -Ujian Diagnostik

pemulihan

dalam kemahiran operasi darab kemahiran

operasi

dalam -Lembaran kerja


darab

dalam lingkungan 1 hingga 9 dalam lingkungan 1 hingga 9


sebelum

menggunakan sebelum

menggunakan

Counting Multiple Square.


Counting Multiple Square?
mengenal
pasti
tahap Apakah tahap penguasaan -Lembaran kerja
penguasaan murid pemulihan murid

pemulihan

dalam kemahiran operasi darab kemahiran

operasi

dalam
darab

dalam lingkungan 1 hingga 9 dalam lingkungan 1 hingga 9


selepas

menggunakan selepas

Counting Multiple Square.

menggunakan

Counting Multiple Square?

Jadual 4.2 Kaedah pengumpulan data bagi setiap objektif

4.5.1 Ujian Diagnostik


Pengkaji akan dapat mengesan daerah kelemahan responden setelah ujian
diagnostik dianalisis. Melalui ujian diagnostik ini, pengkaji dapat memilih
responden yang sesuai dengan masalah yang dihadapi iaitu kemahiran
mendarab nombor asas.

4.5.2 Temu bual separa berstruktur


Pengkaji telah memilih temu bual separa berstruktur sebagai salah satu cara
untuk mengumpul data kajian. Pengkaji akan bertanyakan soalan tentang
minat, keberkesanan, perasaan dan penggunaan alat bantu mengajar setelah
Counting Multiple Square diaplikasikan dalam intervensi operasi darab.
Temu bual ini akan dijalankan setelah intervensi dilaksanakan.

17

4.5.3 Lembaran Kerja


Pengkaji menggunakan lembaran kerja untuk melihat kepada tahap
penguasaan murid dalam operasi darab nombor asas dari sifir 1 hingga sifir 9.
Lembaran kerja akan diberi sebanyak 3 kali iaitu pada awal kajian,
pertengahan kajian dan pada akhir kajian. Pada peringkat permulaan kajian,
responden akan menyelesaikan 10 soalan operasi darab nombor asas. Setelah
intervensi menggunakan Counting Multiple Square dilaksanakan, 10 soalan
operasi darab yang sama seperti pada awal kajian akan diberikan kepada
responden. Pada akhir kajian pula, set soalan yang sama akan diselesaikan
oleh responden.

Ini bertujuan untuk melihat penguasaan murid dalam

menyelesaikan operasi darab nombor asas setelah aplikasi penggunaan


Counting Multiple Square dilaksanakan. Rubrik pemarkahan untuk lembaran
kerja ini adalah seperti dalam jadual di bawah :

Jadual 4.3 Rubrik tahap penguasaan murid


Skor

Tahap

8 hingga 10

penguasaan
Telah Menguasai

Kriteria

Murid faham tentang konsep


darab dan dapat menyelesaikan
masalah operasi darab tanpa
bantuan guru dan alat bantu
mengajar.

Murid faham tentang konsep


darab tetapi memerlukan bantuan
alat bantu mengajar untuk
menyelesaikan masalah operasi
darab.
Terdapat
banyak
kesilapan
semasa proses pengiraan kotak.

4 hingga 7

Sedang
Menguasai

0 hingga 3

Belum Menguasai

18

Murid langsung tidak faham


tentang konsep darab dan
memerlukan bimbingan guru
yang lebih untuk menyelesaikan
operasi
darab
dengan

menggunakan
mengajar.

alat

bantu

4.6 Cara Menganalisis Data Kajian


Penganalisisan data dihasilkan dari data lembaran kerja yang diberikan oleh guru
sepanjang kajian dijalankan. Selain itu juga, data juga dianalisis hasil dari temu
bual yang telah dibuat oleh pengkaji. Analisis data kajian akan dibuat berdasarkan
rubrik yang disediakan oleh pengkaji mengikut penguasaan responden dalam
operasi darab. Hasil analisis ini akan diinterprestasikan dalam bentuk jadual yang
akan ditunjukkan pada bab yang seterusnya.

Dalam kajian ini, responden akan menyelesaikan 3 lembaran kerja yang


dilaksanakan pada awal, pertengahan dan akhir kajian.

Lembaran kerja yang

pertama akan memberi keputusan untuk persoalan kajian yang kedua iaitu tahap
penguasaan murid pemulihan dalam operasi darab nombor asas sebelum
menggunakan Counting Multiple Square manakala lembaran kerja yang ketiga
akan menjawab persoalan yang ketiga. Daripada 3 lembaran kerja yang dibuat, ini
akan menghasilkan 3 skor dan ia akan diinterprestasikan dalam bentuk graf palang.
Dengan menggunakan graf palang, pengkaji akan dapat melihat dengan jelas
perbezaan penguasaan responden dalam operasi darab nombor asas setelah
melibatkan diri dalam intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji. Selain melihat
perbezaan antara ketiga-tiga skor, pengkaji juga telah menganalisis perubahan
peratus peningkatan dengan menggunakan lembaran kerja yang pertama dan
lembaran kerja yang ketiga. Perubahan hasil yang ditunjukkan melalui analisis ini
akan memberi jawapan kepada persoalan kajian yang pertama.

19

Data juga dikumpul melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan ia
juga dianalisis. Aspek minat, keberkesanan, perasaan dan penggunaan Counting
Multiple Square ditekankan bagi menjawab persoalan kajian. Dari aspek minat,
pengkaji melihat kepada minat responden dalam pembelajaran matematik apabila
menggunakan Counting Multiple Square.

Soalan berkaitan keberkesanan

penggunaan Counting Multiple Square juga ditujukan kepada responden. Selain


daripada itu, pengkaji juga akan menujukan soalan berkaitan dengan perasaan
murid setelah menjalankan intervensi.

Aspek yang terakhir iaitu aspek

penggunaan Counting Multiple Square melihat kepada kesukaran murid


menggunakan alat bantu mengajar tersebut sama ada ia mudah digunakan atau
sebaliknya.

20

5.0 REFLEKSI
5.1 Refleksi Terjemahan Pengalaman Semasa Dalam Penyediaan Kertas
Cadangan Penyelidikan
Daripada penghasilan kertas cadangan untuk kajian ini, pengkaji telah mendapat
banyak pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat. Dalam membuat kertas
cadangan ini, pengkaji telah merujuk banyak sumber seperti buku, jurnal dan
sumber ilmiah yang lain. Pengkaji telah membuat banyak pembacaan dan ini
menyebabkan pengkaji dapat menambahkan pengetahuan berkenaan dengan bahan
rujukan yang telah dibaca. Salah satu pembacaan yang telah dibuat oleh pengkaji
ialah berkaitan dengan kajian tindakan.

Ia merupakan ilmu yang baru bagi

pengkaji dan sangat bermanfaat kepada pengkaji sekiranya pengkaji mempunyai


hasrat untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu juga, pengkaji juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang
perkara yang dipelajari sebelum ini. Sebelum ini pengkaji hanya tahu tentang
sedikit sahaja ilmu tentang pemulihan tetapi dengan membuat pelbagai rujukan,
pengkaji dapat menambah pengetahuan dengan lebih mendalam berkaitan dengan
pendidikan pemulihan.

Pengetahuan pengkaji tentang pendidikan pemulihan

sebelum ini hanya menggunakan pemikiran logik dan sedikit pembacaan sahaja.
Oleh sebab banyak pembacaan yang telah dibuat, ia mengukuhkan lagi fakta
berkaitan dengan pendidikan pemulihan.

Pengurusan masa sangat penting di sepanjang pembikinan kertas cadangan


bagi kajian ini. Dari pengalaman ini, pengkaji perlu menguatkan semangat dan
daya ketahanan mental kerana masa yang singkat diperuntukkan untuk membuat
kertas cadangan ini. Ia memerlukan masa yang banyak untuk menyiapkan kertas
21

cadangan ini. Oleh sebab itu, pengkaji menyedari bahawa masa itu adalah emas.
Pengkaji telah mengisi masa lapang dengan menyiapkan kertas cadangan di
samping menghadiri kuliah yang lain.
Nilai sosial pengkaji juga telah meningkat. Ini kerana pengkaji telah
banyak meminta banyak pendapat daripada rakan-rakan yang lain dan pensyarah
pembimbing tentang kajian yang akan dibuat.

Masalah yang paling berat di

sepanjang membuat kertas cadangan ini ialah pengkaji kekurangan ilmu tentang
cara menyediakan kertas cadangan kajian. Oleh yang demikian, pengkaji banyak
merujuk dengan pembimbing dan rakan-rakan yang lain dengan bertanyakan
tentang cara penyediaan kertas cadangan kajian yang betul.

5.2 Refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan dilaksanakan dalam


kajian
Pengkaji akan dapat mendidik murid pemulihan dengan berkesan kerana banyak
ilmu tentang pendidikan pemulihan yang telah diperolehi oleh pengkaji sepanjang
menyediakan kertas cadangan kajian. Sekiranya pengkaji tidak mempunyai ilmu
tentang pendidikan pemulihan, pengajaran yang akan dibuat oleh pengkaji tidak
akan berkesan.

Dengan menyediakan kertas cadangan kajian ini, pengkaji juga telah


membina alat bantu mengajar dan digunakan dalam intervensi. Ini menyebabkan
murid akan tertarik untuk melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid juga akan mudah untuk memahami sesuatu konsep sekiranya
pengajaran seseorang guru menggunakan alat bantu mengajar. Ini kerana kanakkanak belajar dari sesuatu yang konkrit kepada yang abstrak.

Pengkaji dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pengajaran


akan menjadi lebih menarik. Melalui pembacaan yang banyak, pengkaji dapat
inspirasi tenang kepelbagaian kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid
pemulihan. Selain itu juga, pengkaji juga telah mendalami ilmu tentang intervensi
22

yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid
pemulihan. Dengan itu, pengalaman membuat kertas cadangan kajian ini banyak
membantu pengkaji dalam melengkapkan potensi diri sebagai seorang bakal guru.

23

You might also like