You are on page 1of 4

Bismillahirahmanirahim

Terima kasih kepada puan pengerusi majlis, Pn/Tn..


Yang Berbahagia, Lagi dikasihi dan disayangi, Ketua UMNO Cawangan Bukit laka Tuan
Yang Berbahagia, juga disayangi Tim. Ketua Cawangan Tuan
Barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Bukit laka
Yang Berbahagia, Ketua Wanita UMNO Cawangan, Pn. dengan barisan ahli jawatankuasa
Yang Berbahagia, Ketua Puteri UMNO Cawangan, Cik bersama barisan ahli jawatankuasanya
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bukit laka
Selamat datang juga kepada wakil-wakil UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian
Jempol
Tidak lupa juga kepada Wakil Pemantau yang akan memantau perjalanan mesyuarat kita pada hari ini.
Ketua-Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO
Dan yang paling utama, ibu-ibu, bapabapa, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik yang ada di
hadapan saya ini yang menjadi tunjang kepada wadah perjuangan UMNO Cawangan Bukit laka selama
ini.

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Penguasa Semesta Alam, kerana dengan rahmat dan izin-Nya,
sekali lagi kita dapat berkumpul di hari yang penuh keberkatan ini bagi menunaikan kewajipan kita
sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Parti.
KALAU TIDAK POHON BERANGAN
TIDAK PUYUH KE TASIK CHINI
KALAU TIDAK KERANA PERJUANGAN
TIDAK KITA BERKUMPUL DI SINI.
2. Bertepatan dengan suasana Syawal, saya dan seluruh kepimpinan Pemuda Cawangan mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua pihak, sekiranya ada
tersilap kata atau terlanjur laku. Atas itu, saya secara peribadinya, sekali lagi menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap selama ini. Sesungguhnya, inilah peluang dan
ketika yang terbaik, untuk kita merapatkan saf, membuang yang keruh dan mengambil yang jernih, serta
saling maaf-memaafi bagi kita semua bergerak ke hadapan untuk berbakti pada nusa dan bangsa.

3. Pada majlis yang penuh mulia ini juga, izinkan saya mewakili seluruh ahli Pergerakan Pemuda, secara
rasminya merakamkan ucapan setinggitinggi terima kasih di atas perlantikan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,


4. Kehadiran anda semua pada hari ini pastinya dengan semangat dan komitmen yang jitu kepada
perjuangan parti. Sewajarnya, kita menginsafi bahawa kita, insan yang serba kerdil ini telah diberikan
amanah dan tanggungjawab berada di dewan yang mulia ini. Hadirnya jasad dan roh kita bukan atas
nama individu dengan kepentingan diri sendiri. Hadirnya kita di sini adalah bernawaitukan kepada Allah
SWT, bagi mendukung dan memperkasakan institusi UMNO.
Tuan-tuan dan puan-puan,
5. Kita sebenarnya berada di persimpangan jalan yang cukup penting dalam perjuangan UMNO. Pilihan
yang kita ambil akan menentukan jatuh bangun parti menjelang cabaran paling besar dalam sejarah kita.
Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) adalah pertarungan survival bagi UMNO dan Barisan Nasional.
Pakatan Pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita setelah berjaya menafikan
majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya yang lepas. UMNO dan BN hanya ada tiga tahun untuk
membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih merupakan pemimpin dan pentadbir yang terbaik untuk
negara yang mampu memenuhi aspirasi rakyat.
6. Cabaran sekarang memerlukan kebijaksanaan untuk kita mengurus persekitaran politik yang jauh
berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Kita berhadapan dengan pengundi yang lebih berpendidikan
dan terdedah kepada dunia. Mereka lebih mudah membuat perbandingan akan tahap pencapaian dan
amalan politik di Malaysia dengan negara-negara lain. Ramai daripada kumpulan ini merupakan generasi
muda hampir sembilan juta dari pengundi pada PRU-14 nanti terdiri daripada pengundi muda.
Generasi ini tidak boleh dipaksa untuk menyokong kita dengan hujah bahawa mereka patut berterima
kasih dan bersyukur kepada UMNO dan BN. Pendekatan tersebut mungkin boleh digunapakai dahulu
tetapi bagi generasi muda sekarang mereka mahu tahu apa yang boleh UMNO dan BN laksanakan dan
bukan apa yang telah serta pernah dilaksanakan.
7. Yang pasti, lanskap politik tanahair amat berlainan dengan aliran maklumat yang bebas samada
melalui media masa atau media baru. Pemodenan negara dengan infrastruktur canggih seperti jalur
lebar dan telekomunikasi mudah alih bukan hanya meningkatkan produktiviti ekonomi negara tetapi
juga memberi kesan kepada kesedaran dan kematangan politik rakyat.
8. Inilah persekitaran terkini lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan. Kaedah berpolitik
di abad ke 21 ini menuntut kepada perubahan sepertimana perubahan zaman yang telah berlaku.
Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita untuk bergerak sepanjang
waktu, tanpa noktah, tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-14 nanti.

9. Justeru, saya amat bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan, melalui transformasi generasi oleh
Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara YB Khairy Jamaluddin, atau lebih dikenali dengan
panggilan KJ di kalangan Pemuda UMNO.
10. Apakah yang telah KJ lakukan? KJ telah memperkenalkan Rukun Pemuda sebagai asas kepada
transformasi kita. Lima rukun ini, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif, relevan dan proaktif, menggariskan
satu falsafah kerja yang baru serta meletakkan garis panduan kepada pergerakan kita untuk mencapai
matlamat kemenangan sokongan generasi muda.
11. Bersatu bermaksud bahawa asas kekuatan kita adalah perpaduan dan gerak kerja berpasukan,
membariskan semua ahli Pemuda dalam saf perjuangan yang kukuh. Berprinsip pula bermakna bahawa
Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO bagi menegak, mempertahan dan
memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Inklusif pula bermakna aktiviti dan program kita
menjangkau parti dan merentasi perbezaan agama dan bangsa. Relevan membawa maksud bahawa
segala program, medium penyampaian, gaya bahasa dan saluran maklumat hendaklah menepati
citarasa golongan yang disasarkan. Akhir sekali, Proaktif merupakan piawaian budaya kerja di mana
segala perancangan dan tindakan hendaklah dibuat tanpa menunggu arahan terutama dalam hal ehwal
kebajikan rakyat sebelum ia menjadi kronik hingga dieksploitasi oleh pembangkang.
12. Oleh yang demikian, saya dan barisan ajk Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bukit laka yang
baru ditabalkan, sangat-sangat mengharapkan sokongan dan bantuan daripada semua ahli-ahli UMNO
Cawangan ini agar dapat melakukan transformasi ini.
13. Saya merayu, kepada ibu-ibu, bapabapa yang ada di dalam dewan yang mulia ini, daftarkanlah anakanak yang sudah berumur 18 tahun menjadi ahli UMNO. Bawa mereka ke majlis-majlis UMNO. Kalau
pemuda, kenalkan kepada saya, serta barisan ajk yang ada. Kalau wanita, perempuan pun boleh
kenalkan. Tiada masalah. Apabila cukup 21 tahun, tugas ibu-ibu dan bapa bapa juga mengingatkan anakanak mendaftarkan diri sebagai Daftar Pemilih. Perkara ini yang penting. Kalau setakat jadi ahli UMNO
tapi tak boleh pi mengundi pun tiada guna. Cerita politik atas bawah, kiri kanan. Bila kita tanya, Kau dah
daftar ke daftar pemilih? Belum. Jawabnya selamber jer.
14. Saya dan barisan ajk pergerakkan pemuda akan memastikan dua perkara ini akan diuruskan dengan
baik dan berjaya. Dengan bantuan dan sokongan daripada ibu-ibu dan bapa-bapa! Pertamanya
Penambahan keahlian UMNO Cawangan. Khususnya golongan orangorang muda. Kedua, memastikan
semua ahli-ahli UMNO Cawangan yang sudah berumur 21 tahun ke atas telah didaftarkan sebagai Daftar
Pemilih. Ini saya akan pastikan.
Hadirin sekalian,
15. Marilah kita barisan sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri berdiri teguh di belakang Ketua dan Timbalan
Ketua kita, marilah kita bersama-sama mempertahankan Kerajaan kita yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas, yang telah mengharungi pelbagai badai gelora bersama namun tetap tidak berganjak

dari prinsip asas perjuangan yang kekal bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, yang bekerja
keras untuk membangunkan negara, tanpa perlu menabur janji-janji palsu semata-mata untuk menjadi
Kerajaan di bumi yang tercinta ini.
BANYAK KELUK KE PENARIK,
KELUK TUMBUH POHON KUINI;
NAN ELOK BAWALAH BALIK,
NAN TAK ELOK TINGGALLAH DI SINI.
BUNGA DEDAP DI ATAS PARA,
ANAK DUSUN PASANG PELITA;
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA.
16. Sedarlah, kita kini berada di persimpangan perjuangan. Inilah masa dan detiknya, kita golongan
muda bersatu menjadi nakhoda zaman, memacu perjuangan ke arah ketamadunan yang terbilang.
Ayuh, bangkitlah, bangkitlah kita semua menyahut cabaran, menerajui harapan, menunaikan tuntutan
demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!

You might also like