You are on page 1of 3

Hukum Faraid : Dimanakah Kedudukan Sebenarnya?

Hukum Faraid

HARTA YANG BERPENAMA


Harta yang berpenama memang akan dibayar kepada penama. Namun penama perlu ingat
bahawa wang ini bukan milik mereka secara total kerana Majlis Fatwa kebangsaan telah
menfatwakan bahawa mereka hanyalah pemegang amanah dan perlu mengagihkan semula
wang tersebut kepada waris-waris yang lain mengikut Hukum Faraid.
Bagaimana pula wang tersebut hendak diagihkan?
Penama sebenarnya perlu menyerahkan wang tersebut kepada Pentadbir Harta Pusaka yang
telah dilantik, contoh harta yang penama ialah KWSP, Akaun Lembaga tabung Haji
dan polisi Insuran takaful.

HARTA ALIH YANG TIDAK BERPENAMA


bagai harta alih yang tidak berpenama seperti akaun semasa, akaun simpanan atau akaun
tetap di bank atau akaun pelaburan. Wasi yang dilantik boleh menuntut dari institusi
kewangan agar harta ini dibayar kepada mereka selepas wasi memperolehi Surat Kuasa
Mentadbir dari pejabat Pesaka Kecil (untuk harta bernilai RM2 juta ke bawah) atau
Mahkamah Tinggi Sivil (untuk harta pusaka bernilai RM2 juta ke atas)
KEDUDUKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA
Pentadbir harta pusaka biasanya dilantik melalui dua kaedah. Bagi orang islam yang
mempunyai nilai harta berjumlah RM2 juta dan ke atas semasa hidup boleh melantik wasi
(Pentadbir Harta Pusaka) dengan cara menyediakan Dokumen Perlantikan Wasi. Pengesahan
Pentadbir harta pusaka ini akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Sivil. Sekiranya waris-waris
tidak bersetuju dengan pelantikan itu, mereka perlu membuktikan kepada Mahkamah Tinggi
Sivil bahawa dokumen itu palsu atau pelantikan itu tidak sah.
Bagi nilai harta di bawah RM2 juta. Pentadbir harta pusaka boleh dilantik melalui Dokumen
Pelantikan Wasi namun pengesahannya akan dibuat melalui proses bicara kuasa di Pejabat
Pesaka Kecil. Sekiranya waris-waris bersetuju. Wasi yang dilantik di dalam dokumen itu
akan tergunapakai dan sekiranya waris-waris tidak bersetuju, maka Pegawai Pesaka Kecil
akan bertanya kepada waris-waris siapakah yang mereka setuju untuk dilantik sebagai
pegawai Pesaka Kecil?

HUTANG SI MATI
Wasi mempunyai tanggungjawab berat di sisi undang-undang sivil. Mereka perlu
memastikan sebelum semua harta pusaka diagihkan kepada waris-waris, hutang semati perlu
dijelaskan terlebih dahulu. Ini termasuklah hutang kepada Institut kewangan, hutang kepada
individu atau hutang kepada kerajaan seperti cukai pendapatan yang belum dijelaskan.
Sekiranya wasi gagal menjelaskan hutang-hutang ini, wasi boleh disaman oleh pemiutang.
Dari segi undang-undang syarak pula, wasi perlu pastikan hutang kepada Allah SWT seperti
nazar dan upah haji diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta pusaka diagihkan. Ini
bersesuaian dengan hadis Rasulullah bermaksud

"Roh seorang muslim itu tergantung selagi hutangnya tidak


diselesaikan oleh waris-warisnya"
PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA PENERIMA MENGIKUT DOKUMEN
PERANCANGAN YANG TELAH DIBUAT SEMASA HIDUP
Sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris-waris mengikut Hukum Faraid, wasi perlu
faham bahawa sekiranya si mati semasa hidupnya telah menyediakan dokumen-dokumen
perancangan seperti wasiat Islam, Hibah, Harta Sepencarian dan Amanah, harta-harta ini
telah terkeluar dari harta pusaka dan tidak boleh diagihkan kepada waris-waris mengikut
hukum faraid.
Pengesahan bagi wasiat Islam (pemberian 1/3 dan harta pusaka kepada bukan waris),
Hibah(pemberian hadiah kepada penerima hibah) dan Harta Sepencarian akan dibuat oleh
Mahkamah Syariah melalui perintah penghakiman. pengesahan tentang Amanah pula akan
dibuat oleh Mahkamah Tinggi Sivil melalui perintah yang berasingan.
Dalam keadaan ini wasi mestilah memainkan peranan aktif untuk memberikan penerangan
kepada waris-waris betapa harta yang telah dirancang melalui dokumen perancangan ini telah
terkeluar dari harta pusaka.

PEMBAHAGIAN KEPADA WARIS-WARIS YANG BERHAK!


Selepas wasi mengumpulkan semua harta pusaka si mati dan ditolak hutang serta harta-harta
yang telah dirancang, barulah harta pusaka itu boleh dibahagikan kepada waris-waris yang
berhak mengikut Hukum Faraid.
Pada peringkat ini, waris-waris juga boleh bersetuju untuk menolak bahagian masing-masing
atau membahagikan secara sama rata di antara waris lelaki dan perempuan. Secara umumnya,
kedudukan Hukum Faraid di dalam pengagihan harta pusaka orang islam adalah seperti
dibawah :
HARTA YANG DITINGALKAN SI MATI
Tolak Hibah / Amanah / Wakaf
HARTA PUSAKA
Tolak Hutang (kepada organisasi / individu / Allah)
HARTA PUSAKA BERSIH
Tolak Wasiat Islam (Pemberian 1/3)
Tolak Harta Sepencarian
BAKI HARTA PUSAKA
Dibahagikan kepada waris-waris mengikut Hukum Faraid atau secara permuafakatan wariswaris)

You might also like